Tuesday, December 30, 2008

sanah helwa...


sanah helwa ila my twin nabihah..moga ALLAH merahmatimu..


salam alaika...

tanggal 31 dec..
detik nya jam 12..maka genaplah ana and my twin 2o tahun..to all my sahabat..ieda, yati,azi,yaya,kak fathin, kak asfahana dan lain2 lagi..thanks 4 wishing..baik dari mesej atau YM atau frenster..sumer ana akan hargai..thanks juga ingat besday ana walau ana kurang mengingati besday kalian..sesungguhnya kita memang dilahirkan untuk lupa..
alhamdulillah ALLAH masih memberi kesempatan pada ana untuk berjuang di bumi ini as khalifah ALLAH..and 4 my family..thanks 4 supporting me..without u'll saper la ana ini..thanks 4 my mak n baba coz membesarkan anakmu yang banyak kerenah n banyak songeh..
to my twin also..thanks gak wishing kt me..walau k.cik kt UDM ngah berjuang demi menuntut setitik ilmu lautan..tapi still ingatkan ana..sowey la coz xdapat celebrate sama2..

per yang ana ingin perkatakan sepanjang 2o tahun menjalani kehidupan as student..as anak..as kakak..as adik n so on..kehidupan yang beronak duri n beranjau banyak mematang kan ana..terutama sekali wak2 jadi perantauan kt medan..memang mencabar..tapi ALLAH iz de only way..seorang diri menghadapi nyer tapi xrase keseorangan..2 la hikmah bagi hamba2 yang bersabar..anggaplah ia satu tarbiyah dari ALLAH yang cukup mahal nilai nya..

Dari Ibn Umar r.a., katanya :"Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda : ' Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara. ' Maka Ibn Umar berkata : "Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang.Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit.Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati."

teringat kata2 my nenek.."zaman sekarang nie kalau celebrate besday mengalahkan orang barat..beli kek ler..tiup lilin la..xyah buat semua 2..doa yang paling penting..jangan terikut2 sangat orang barat yang akhlak nyer kurang"..nenek memang anti cikit kalau cucu ikut ala2 barat..even nak beli kek pun dia xkasi..membazir kata nya..tapi berbeza dgn hari jadi sekarang..hari jadi bukan diraikan untuk meraikan kemenangan..tidak ada apa-apa kemenangan..terlalu ramai orang yang dengan mudah dapat hidup dari tahun ke tahun. Walaupun dia adalah penagih dadah, ‘kejayaan’ hari jadi tetap boleh dikecapi dengan mudah.

hukum menyambut bithday??..."Birthday" Nabi SAW disambut kerana hidupnya sangat bermakna, dan tidak semua orang boleh melakukan sebagaimana akhlak Rasulullah SAW.
.Adakah akhlak kita setanding Rasulullah SAW sehinggakan hari jadi kita patut disambut? Adakah nyawa kita sentiasa diancam oleh orang ramai pada sepanjang masa kerana kita menegakkan agama Islam? Setiap benda, mestilah kena rujuk dulu dari segi Islam..first skali letakkan Islam di tempat paling tinggi..Lazimnya, hari jadi diraikan dalam suasana yang riang gembira atau fun, iaitu lebih kepada hiburan..yela semua suka pada hiburan..so xheran kalau majority mudah sangat terikut2 budaya barat..even ana pun mudah sangat terpengaruh dengan budaya 2..nauzubillah..

kalau ikut budaya barat..bila ulang tahun hari jadi setahun..sebatang lilin dicacakkan di atas kek..bila ulang tahun ke-40, 40 batang lilin dicacakkan. Apa yang kita lihat, seolah-olah suatu kejayaan apabila kita mencacakkan lilin.. Lebih banyak lilin..kelihatan lebih berjaya.
.lepas 2 tiup..b4 tiup wish dulu..bukan kew itu budaya yahudi..sebab mereka menganggap lilin itu ibarat islam..bila terpadam nya cahaya lilin maka terpadamlah islam..tapi mereka lupa cahaya addin xkan terpadam..sama2 lah kiter renungkan..

Sebenarnya ini ‘kejayaan’ yang tidak ada maknanya apa-apa kerana peningkatan umur bukanlah sesuatu yang sukar dicapai.
.Ketika menyambut hari jadi.when kita meletakkan harapan supaya orang yang menyambut hari jadi itu sihat, berjaya dan seumpamanya.. kenapa tidak kita meletakkan harapan tersebut pada sepanjang masa?..even masa waktu besday ke??ntah ler..mungkin birthday itu satu kejayaan yang kita kecapi setelah banyak halangan yang kita harungi..xheran la kalau ramai yang anggap hari lahir 2 sebagai tapak bermulanya karier seseorang individu...

Namun begitu, tidaklah sia-sia jika pada ulang tahun hari jadi te
rsebut kita meraikan dengan cara membuat kenduri kesyukuran sebagai tanda kita bersyukur (niatnya) kepada Allah SWT kerana masih lagi diberikan ruang untuk meneruskan kehidupan..ameennn...


p/s: teringat waktu celebrate ngan sahabat myfam kat musolla muttaqin..thanks ya sahabatku..memori yang indah xkan ana luper kan..moga2 ukhwah yang dibina sepanjang di matrik dulu xkan putus..mudah2an..

Sunday, December 28, 2008

SELAMAT TAHUN BARU DAN MAAL HIJRAH..



"tut..tut.."

kedengaran bunyi HP tanda mesej masuk..banyak nya mesej masuk.."selamat tahun baru dan maal hijrah moga tahun ini menjadi lembaran yang paling baik dari tahun2 lepas"..lorr patut lah banyak mesej masuk..sok tahun baru..apa2 pown selamat tahun baru dan salam maal hijrah pada semua sahabat n family...

"kak jangan lupa baca doa awal n akhir tahun..baca yassin sekali 3 kali taw.."..mesej yang dihantar oleh adik ana berkali2 dibaca..kenapa lak nak baca??dalam hadith tak der pown kata kene baca..hadith apa pakai??soalan yang terngiang2 difikiran..tambah plik pulak..
"kak mana doa awal tahun dan akhir tahun nak bacalah"..aik baru nak cari..ala baca jerk doa lain.."xsama lah kak kan doa 2 tahun baru nyer"..n bertambah plik ana lagi..xkan time maal hijrah baca doa 2 jerk..tapi bila ditransletkan balik doa 2..rupa2 nya doa harian..istimewa sangat ke doa 2 sampai doa 2 jadi pembuka tahun maal hijrah..ermm...bid'ah nie..


.

sebenarnya sahabatku boleh kalau nak pakai doa 2..tapi oleh kerana ada segelintir dari kita xfaham maksud doa 2..apasal lah baca doa tu..baca mathurat pun boleh..tapi jangan jadikan budaya..asal maal hijrah jerk baca yassin..baca doa tu..dah ler panjang..xafahm maksud..apa guna baca doa xfaham maksud..dah ler 3 kali baca yassin dan doa awal tahun tu..orang yang xpernah pegang alquran pun baca..bagus gak..ke arah kebaikan..tapi kalau boley jadikan "benda alah" nie sebagai amalan harian kita..kan senang..xpayah tunggu maal hijrah baru nak sibuk2 cari doa awal tahun..baru nak baca yassin..zaman sekarang pun plik..nabi xbuat kita buat..nabi buat lagi lak kita xbuat..terbalik dah dunia..boleh nak baca tapi jangan jadi budaya..doa itu memang digalakkan baca sebb tue kalau boleh doa tu dijadikan doa harian kita..bukan time maal hijrah jerk..

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."


cuma mungkin kita sambut maal hijrah nie tanda menyingkap sejarah penghijrahan nabi dari mekah ke madinah..perjalanan yang penuh onak duri..peristiwa yang perlu dihayati..kebajikan pun patut ditambah..


MUHARRAM

Muharam adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah)..before Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi..hijrah Rasulullah SAW memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91)..sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
.


P/S: sALAM maal hijrah dan tahun baru..moga tahun ini lebih baik dari tahun lepas..doa ku pada sahabat n family moga2 menjadi muttaqin yang tiap detik bibir basah dengan ASMA ilahi hati jernih mengagung ILAHI jiwa rindu bertemu RABBI..hidup mati dalam MAHABBATULLAH..salam maal hijrah 1430 H..

Tuesday, December 9, 2008

al-sa'ihun..


al-sa'ihun bermaksud pengembara. Pengembara yang dimaksudkan disini bukan melibatkan diri dengan unsur2 maksiat..tapi mengembara dari sudut pemikiran, hati dan perasaan dengan melihat dan merenung makhluk ciptaan ALLAH di langit dan di bumi..

"sesungguhnya dalam kejadian langit dan di bumi dan silih berganti malam dan siang terdapat tanda2 kebesara bagi orang yang berakal yaitu orang yang selalu mengingati ALLAH sambil berdiri atau duduk atau keadaan berbaring......." (surah al-imran 190-191)

teringat ana tentang sylabus ISK yang baru dipelajari dan didengari.. pengisian yang mantap..sebagai pejuang islam sudah menjadi lumrah kita mengkaji dan mempelajari sejarah perjalanan hidup para salihin sehingga terbinanya satu tamadun islam yang gemilang dimana suatu ketika dahulu 2/3 dunia ditakhluki oleh pejuang islam kita..teringat pula kata2 dalam buku "BAHTERA PENYELAMAT"..apa gunanya kita hidup di dunia..jika kita tidak mempelajari sirah2 nabi kita..jika kita tidak mengexplorekan sejarah pertarungan antara kebenaran dengan kebatilan di mana mereka dapat melihat dengan jelas bagaiman para taghut,para pemerintah yang zalim dan perancangan musuh2 islam hancur berkecai berhadapan dengan benteng2 islam..cukup megahnya islam ketika zaman dahulu..subhanALLAH..


AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR..

"dan sesungguhnya kamu akan mendapati mereka (manusia) yang paling loba kepada kehidupan di dunia"..ayat al baqarah:96

kehidupan di sini sungguh mencabar..kadang2 cabaran yang dilalui banyak mematangkan diri sendiri..mencari jalan penyelesaian permasalahan itu..sungguh indah tarbiyah dari ALLAH..tidak ternilai rasanya jika dibandingkan tarbiyah yang ku lalui selama ini..mungkin ada hikmah nya ALLAH menghantar ana di sini..ermm..terbaru2 ini khabar yang agak tidak menyenangkan singgah di "porus acusticus externus" (lubang telinga) tentang gejala sosial para doktor2 di usu yang agak kurang sedikit tentang agama.."POOL PARTY"..kebunyikan yang agak enak didengar tapi hakikatnya jijik jika dirasai..(maaf perkataan yang agak kurang sopan)..inikah doktor2 yang akan menyelamatkan orang jika akhlak mereka sedemikian..berparty di sebuah hotel yang terletak di kota medan..diselangi gelak ketawa syaitan2 yang juga memeriahkan party mereka..
dengar kata minuman keras turut dihidangkan disamping perempuan2 dibuat hidangan selera makan mereka..sejauh mana pun berita ini ana pun tidak dapat mensahihkan..mudah2an ALLAH bagi pengajaran bagi mereka...

"dan hendaklah ada dikalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar,merekalah orang2 yang beruntung" (surah al-imran: ayat 104)

sekadar menggeleng kepala tanda meluat kepada mereka..mudah2an ALLAH memberi hidayah kepada mereka..itu baru pool party..belum lagi benda2 ringan yang mereka telah expert buat..ermm..susah mahu dibicarakan disini..cukuplah sekadar teguran dan nasihat buat antum semua..

p/s: syukran sahabat2 ku kerna sudi bagi info tentang ISK kt ana..info yang cukup mantap..

Friday, December 5, 2008

ukhwah..


terdengar suara2 hati yang mendayu2..dimanakah suara itu datang..seluruh genap ku mencari2 suara itu..sudah lama ku tidak mendengar doa2 itu..aku buntu..adakah suara hati aku..i need ukhwah..

"Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati kami ini telah berkumpul di tempat ini karena mengasihi-MU; bertemu untuk memenuhi perintah-Mu; bersatu untuk memikul beban da'wah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu. Maka eratkanlah ya Allah atas ikatannya, dan kekalkanlah kemesraan di antara hati-hati ini. Tunjukkan kepada hati-hati ini akan jalan-Mu yang haq. Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung padam. Lapangkan hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidupkan hati ini dengan ma'rifat tentang-Mu. Dan jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-MU. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. "

tidak seindah yang ku bayangkan..tidak semewah yang ku dapat..cukuplah apa yang ana alami sepanjang kehidupan seorang hamba ALLAH yang bergelar pejuang..kepenatan??istilah yang cukup terngiang2 di sudut hatiku..apakah ana seorang yang mudah give up??emotional?? dengarlah wahai manusia yang bergelar pendaie..itu bukan ciri seorang pendaie..itu pengecut namanya..ingatlah kehidupan seorang pendaie mengharungi onak duri ranjau kehidupan boleh dikatakan saban hari..saban hari mencari jalan penyelesaian..bukan keseorangan mencarinya..mencari bersama2 sahabat satu perkara yang menjadi kewajipan dalam kehidupan berjemaah..kini..istilah ketabahan harus dipraktikan..seorang diri mencari akar tunjang permasalahan..satu tarbiyah dari ALLAH yang cukup mahal harganya..mujurlah ukhwah yang ku bina disini banyak mengajar erti kehidupan pada diriku..kehidupan yang sukar ditafsirkan dan dibayangkan..umpama air terjun yang mengalir jika dicampak dengan batu sekalipun air itu akan terus mengalir dan mengalir..ya..itulah yang ku inginkan..sifat air yang begitu flexible pada semua waqi'..aku harus tabah itulah bisikan hati naluriku..

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :

"لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه مايحب لنفسه"

(رواه البخارى)

Maksudnya:

“Tidak beriman (sempurna) seseorang kamu,sehingga dia kasihkan (sesuatu) kepada saudaranya apa yang dia kasihkan untuk dirinya sendiri.”


p/s: syukran ila azi dan syazwani kerna selalu menyelami permasalahan ana..thanks a lot..i luv u all..moga ukhwah yang dibina akan terus disemarakkan..

MANTAPNYA UKHWAH..

today is birthday aisyah..so ingat nak wish malam ni..tapi apakah daya ana juga seorang manusia yang mengenal erti kepenatan..sori ek wani sebab korang sanggup tunggu aku habis meeting..last2 x pergi langsung ke rumah aisyah..jiwaku diselubungi rasa bersalah..3 kali janji2 ku bersama sahabat tidak ditunaikan akibat kesibukan sebagai seorang pelaksana amanah..mujurlah mereka memahami..dibahu merekalah tempat ku menumpang ukhwah..merekalah sebahagian hidupku..to aisyah sanah helwaku ucapkan..sori la ek..dah rancang nak wat suprise..kami yang merancang ALLAH yang menentukan..ya ALLAH sungguh rasa bersalah yang teramat2 sangat sentiasa memburu aku..maaf ya korang...



~posted by diri yang hina~

Monday, December 1, 2008

RENUNGAN..

Perbualan Imam al-Ghazali dengan anak muridnya.

Dia bertanya: Wahai anak muridku, apakah yang paling dekat dengan kamu? Jawab anak muridnya: Ibu bapa dan keluarga. Imam al-Ghazali kata: Betul tetapi yang paling dekat dengan diri kamu ialah mati. Sejauh mana pun kamu lari, kamu tidak dapat dipisahkan dengan mati selagi kamu bernyawa.

Al-Ghazali bertanya lagi: Apakah yang paling jauh dalam hidup kamu? Jawab anak muridnya: Bulan, bintang, bulan. Kata al-Ghazali: Betul tetapi yang sebenar-benarnya ialah masa yang berlalu yang tidak akan dapat kamu kejar. Sebelum masa berlalu gunakanlah ia untuk kebaikan dan amanah yang telah diberikan.

Dia bertanya lagi: Apakah yang paling besar dalam hidup kamu? Anak muridnya menjawab: Bumi, matahari. Imam al-Ghazali berkata: Betul tetapi yang paling
yang paling besar ialah nafsu yang tidak akan dapat kamu penuhi. Jadi kita kena kawal nafsu.

Imam al-Ghazali bertanya: Apakah yang paling berat? Anak muridnya menjawab: Besi, batu. Betul, kata Imam al-Ghazali, tetapi yang paling berat dalam hidup kamu ialah amanah. Cukup susah hendak dibuat kerana ia akan dinilai apabila kita menghadap...

Dia bertanya: Apakah yang paling ringan? Anak muridnya menjawab: Kertas, kapas. Imam al-Ghazali berkata: Betul tetapi yang sebenar-benarnya ialah meninggalkan sembahyang kerana orang tidak rasa bersalah meninggalkannya.

Imam al-Ghazali bertanya lagi: Apakah yang paling tajam? Pedang, pisau. Betul, katanya, tetapi yang paling tajam sebenarnya ialah lidah. Jagalah lidah kerana kalau ia melukakan perasaan dan jiwa orang, dia tidak akan lupa sampai bila-bila

perpecahan umat islam..


Soalan yang sering ana utarakan kepada sahabat2..benarkah umat islam sekarang tidak bersatu..??tengok sajalah di peristiwa pahit di iran yang banyak memberi pengajaran kita semua di mana akhirnya pembunuhan sesama orang Islam yang bermazhab Syiah dan Sunni...Turut terjadi di Pakistan dan di mana sahaja adanya pelbagai pemikiran yang taksub mazhab ini.. Di Malaysia pun seperti di beberapa negara Islam Sunni, semacam ada perancangan halus untuk memecah belahkankan umat Islam kepada beberapa mazhab..sekarang ini wahabi semakin menular di negara kita..hizbut tarith,syiah dan seumpamanya..dan apabila sesebuah negara menggunakan pelbagai mazhab sehingga memberi kecelaruan yang teramat buruk..apakah yang akan terjadi kepada umat islam di negara kita??..sampai yang ada bertikam lidah menegakkan kebenaran..Di Mesir juga, larangan menukar mazhab difatwakan oleh para ulama mereka, bimbangkan akan parah lagi perpecahan yang ada..

Berbalik kepada soal perpecahan sesama sendiri, ana pernah terfikir..apa sikap kita terhadap berbagai-bagai mazhab seperti Syiah dan Wahabi..biarkan Wahabi di Arab Saudi dan Syiah di negara Iran..Malaysia dan alam Melayu tinggalkan kepada anutan dan pemikiran tradisi kita, dalam akidah bermazhabkan Asya‘irah atau pengikut mazhab Imam Asy‘ari dan fekah pula bermazhabkan Imam Shafi‘i. Kita tidak ada masalah dengan mazhab yang kita pegang dan anuti selama ini..tapi yang mempunyai persoalannya..penangan wahabi atau syiah semakin kuat..apakah peranan kita sebagai umat islam??

Di sebaliknya, apa pula perlunya ajaran mazhab Hambali dengan pendekatan keras ala Wahabi diperkenalkan di Malaysia? Sedangkan orang Melayu menganuti Islam dengan cara yang lembut dan bersifat kesufian..Wahabi, banyak membidaahkan segala amalan umat Islam yang sedia ada sehingga segala-galanya ditolak daripada tahlil dan qunut, hingga sambutan Maulidur Rasul dan amalan bacaan Yasin..Apakah yang menjadi perkiraan mereka selain daripada golongan taksub, bukan lagi membidaahkan orang lain..

Pada tahun awal 70-an, idea-idea islah dan reform gerakan Islam luar negara juga sudah dibawa ke sini, maka tersebarlah idea-idea Hasan al-Banna, Syed Qutub, al-Maududi, Said Hawwa dan sebagainya.. Ia adalah idea yang baik, jika dapat ditapis daripada segi pendekatan dan disesuaikan dengan iklim di Malaysia.. Namun ramai orang pada satu ketika dulu terperangkap dengan idea2 itu akhirnya juga mengambil pendekatan ‘megkafirkan’ orang lain setelah membaca tafsir Fi Dzilal al-Quran dan Ma‘alim fi al-Tariq..terfikir juga..adakah kafir hukum atau kafir politik?

Mazhab masih menjadi penting untuk mendapat kaedah dan metode mengambil hukum dan kefahaman daripada al- Quran dan al-Sunnah.. Mereka yang menyeru kepada al-Quran dan al-Sunnah tanpa bermazhab sama seperti mereka yang tidak mahu atau rasa perlu masuk ke sekolah, belajar sendiri untuk dapat ijazah..Mampukah semua orang berbuat demikian? Pada keadaan biasa, masing-masing memerlukan sekolah dan maktab untuk mendaptkan ijazah.

umat Islam di Malaysia menghadapi krisis kepimpinan, bukan dalam kepimpinan politik sahaja , tetapi kepimpinan intelektual dan ilmu.. Ia menjadi lebih parah, jika ilmu dipelajari secara separuh-separuh dan secara berpecah-pecah.. Mereka belajar hanya daripada satu perspektif, lalu menghasilkan natijah ilmu yang dangkal..

Ada mereka yang mahir hadis tetapi kurang kefahaman dalam hukum fekah, ada yang alim fekah tetapi jahil hadis, ada yang tahu pemikiran moden yang buta bahasa Arab dan tahu ilmu agama tetapi buta dengan ilmu alat seperti ilmu moden.. Jadilah para ilmuan seperti tujuh orang buta yang ingin menafsirkan bentuk seekor gajah.. Akhirnya tidak ada yang benar-benar tepat kerana mereka hanya mengambil faham berdasarkan persepsi dan perspektif mereka sahaja..


yang penting sekali..peranan komuniti ulama atau badan-badan agama yang seharusnya dapat menyatukan pandangan mereka ini dengan kekerapan mengadakan pertemuan dan perbincangan.. Orang awam menjadi keliru dengan keadaan yang ada.. Bagaimana orang ramai boleh percaya kepada doktor, kalau doktor sendiri pun sakit? Wallahualam..

المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضاً"
"org mukmin dgn mukmin seperi binaan yg mengukuhkan satu sama lain"

p/s: sesiapa yang ade informasi pasal wahabi silalah bagi komen..