Wednesday, January 28, 2009

jemaah islam..

assalammualaikum w.bt..

Saya terpanggil-panggil untuk menulis entri kali ini.Saya gagah jua akhirnya menulis entri dalam kesibukan masa yang agak kritikal ibarat masa di hujung pedang.Mungkin kali ini huraian ini tidak memadai dan tidak sekongkol dengan seseorang.Satu akidah lain fikrahnya.Itulah yang dapat saya observe sepanjang berada disini. Agak keberatan juga untuk saya mengulasnya.Takut yang ditulis lain ditafsirkan.Ribuan kemaafan dihulurkan jika ada yang terasa hati dengan entri kali ini.Perlu dipaparkan untuk kita bersama.
Artikel yang dipaparkan ini saya merujuk pada sebuah kitab iaitu AlQudwah Ala Tariq AdDakwah (contoh Tauladan Sepanjang Jalan Dakwah) juga berdasarkan huraian Ustaz Mustafa Masyhur.Perkara-perkara yang dihuraikan mungkin dapat dijadikan sebagai panduan atau rujukan dan mengabdikan diri dalam sesebuah jamaah untuk menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi bagi tujuan menyebarkan dakwah. seperti mana firman ALLAH dalam surah assof ayat :4


Sesungguhnya Allah itu mencintai orang-orang yang berperang di jalan Allah, dalam barisan perang yang teratur, bagai bangunan yang teguh.


Seperti mana yang saya katakan tujuan saya menulis entri bukan untuk menimbulkan tidak kesefahaman dan perbedaan jemaah yang sedia ada tetapi sebaliknya mengharapkan agar jemaah-jemaah kembali kepada hakikat iaitu kesatuan ummah sejagat berdasarkan prinsip-prinsip haraki Islam yang sebenar dengan izin Allah S.W.T.Bukan mengharapkan yang terbaik mungkin mengharapkan keadaan menjadi lebih baik. "Sesunnguhnya sesama mukmin itu bersaudara"

Bukan saya mahu mengatakn jemaah-jemaah yang lain tidak betul atau sesat, selagi pegang alquran dan assunah saya yakin para sahabat pun telah mengetahuinya.Seperti mana kata saidina ALI
,"Janganlah kamu kenali sesuatu kebenaran itu kerana orangnya, sebaliknya kenalilah kebenaran tersebut dahulu nanti kamu akan kenali orangnya". Dengan demikian,seseorang harus mengetahui ciri-ciri jemaah yang syumul sebelum membabitkan diri kedalam jemaah tersebut. Cukuplah dengan mengetahui ciri-ciri jemaah saya yakin seseorang dapat membuat pilihan yang begitu berhikmah,tulus,bijak, penerangan yang cukup terang,meyakinkan dan pilihan yang benar dan amat penting sekali tidak terburu-buru.Saya yakin dalam medan dakwah ini, terdapat banyak jemaah yang mempunyai ciri dan tujuan tersendiri asalkan semua ini menuju islam yang satu iaitu rabbani.


FIKRAH JEMAAH YANG BERLAINAN

Saya ambil satu cerita yang mengaitkan tajuk di atas.

‘’Ana tengok anta ni masih tak dapat bagi komitmen 100% kepada fikrah yang kita pegang’’

‘’Fikrah ana dengan nta berbeza,kita mana boleh bekerjasama’’

‘’Fikrah ana lebih baik dari fikrah nti!’’

‘’Kita mana boleh kahwin,ana ikut jemaah lain,anti ikut jemaah lain’’

Ungkapan ini kita sering kedengaran di kampus,tetapi apa yang saya observe ungkapan ini bukan menunjukkan kepada kesatuan ummah islam tetapi kepada perpecahan.Perbezaan ini bukan disebabkan perbezaan firah islamiah tetapi disebabkan "perbezaan fikrah jemaah" mungkin disebabkan cara berdakwah yang agak berlainan sedikit.Tetapi apa yang saya lihat kenyatan ini sering dibangkitkan oleh orang2 bawahan bukan orang atas-atasan dimana akan sering adanya perdebatan antara orang-orang bawahan yang agak memeningkan kepala orang atasan.Seharusnya pihak atasan juga harus bertindak dengan secepat mungkin untuk mengelakkan perpecahan umat islam yang berlaku sekarang di palestin.

Saudina ali ada menyebut "kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun".Oleh itu saya mengharap jangan disebabkan sifat assabiyah terhadap jemaah yang sedia ada akan menyebabkan kebenaran sering dilindungi oleh kebatilan. Semua ahli jemaah hendaklah bercampur-gaul dengan semua orang dari segenap lapisan tidak kira bangsa, warna kulit, bahasa ataupun pangkat, demi mematuhi konsep alamiyyah yang disarankan. Mereka adalah ladang dakwah dan tapak semaian yang perlu disediakan terlebih dahulu sebelum mendirikan Negara Islam. Haruslah dibuang sifat assabiyah yang meyelimuti semua ahli jemaah.

Sahabat-sahabat sekalian,kita renung kembali prinsip-prinsip islam yang digagaskan oleh imam hassan al-banna iaitu:
  1. ALLAH matlamat kami
  2. Rasul ikutan kami
  3. al quran perundangan kami
  4. jihad jalan kami
  5. mati syahid cita tertinggi kami
Perjuangan dan manhaj islam seharusnya syumul (menyeluruh). Fikrah yang jelas dan faham mengapa sesuatu jemaah didokongi dan perlu mengutamakan islam dalam segenap perkara tanpa ada kompromi.

Fikrah perjuangan islammestilah merujuk kepada manhaj islam yang menepati ciri-ciri islam. Bermatlamat menegakkan u'budiyah kepada ALLAH dan menolak taghut sepenuhnya.Perjuangan islam hendaklah dilakasanakan mengikut manhaj yang sesuai dengan ciri-cirinya:

a. Rabbaniyyah

b. Syumuliyyah

c. Inqilabiyyah

d. ‘Alamiyyah

PRINSIP UMUM DALAM MANHAJ PERJUANAGN ISLAM

Dalam sirah tentu kita mengetahui bagaimana rasulullah menyebarkan dakwah dengan melaksanakan beberapa tindakan bagi mencapai matlamat untuk menegakkan daulah islamiyyah. Antaranya ialah:

a) Risalah Dan Jalan Penyampaian Yang Jelas (mengikut waqi)

b) Bergerak Mengikut Kemampuan

c) Melaksanakan Hazar (Waspada) (hazar terhadap musuh islam)

d) Menimbang Kemaslahatan Dakwah Demi Tuntutan Syari’at


AKHLAK BERJEMAAH

Prasyarat seperti ini harus dilihat dengan sifat dan sikap ahli. Jika akhlak dan adab dilaksanakan maka akan semakin bertambah barakahnya dalam sebarang gerak kerja dalam menyebarkan dakwah. Antaranya ialah :

  • mempunyai manhaj
  • ada matlamat tertentu
  • tidak melampau
  • tidak leka dengan percampaian yang ada
  • tunaikan janji dan beriltizam
  • munazamah

Cukuplah pandangan saya setakat ini. Dalil2 dan sirah perjuangan yang terdahulu cukup untuk membuatkan saya memberi pandangan dari semua aspek.Dan yang pasti matlamat kita ialah menyeru umat islam amar maaruf nahi mungkar dan jadikan islam sebagai adden

Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya. Dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan".

Berlainan jemaah bukanlah satu alasan untuk diutarakan bagi mencetus perpecahan. Jadikanlah perkara tersebut sebagai rahmat yang melengkapi kekurangan kita, Tidak perlu bermasam muka,tuduh menuduh, dan berebut mad'u yang boleh menjerumus ke arah perpecahan umat.Cukuplah pandangan saya mengenai ini.Segala kelemahan datang dari ALLAH tapi disandarkan kepada saya dan kebaikan semua itu datang dari ALLAH.Apa yang baik diambil,yang keruh jangan dibuang tapi jadikanlah ia sebagai pengajaran untuk kita semua.WALLAHUALAM




p/s :alhamdulillah..sesungguhnya ALLAH itu maha kuasa..

Thursday, January 22, 2009

muslimah dan gambarnya


> Muslimah & Gambar.. Di mana salahnya..?
> Kadangkala,
> tika diri ini menenangkan minda dari memikir2 perkara yg rumit ataupon
> merehatkan minda dari kerja rumah yg melelahkan, terlihat lah akan
> individu2 yg menyatakan diri mereka Muslimah meletakkan ganbar2 mereka
> pada page2 mereka.. tidak kiralah samada di Friendster, Myspace,
> mahupon blog sekalipun.. tidak lupa juga bg mereka yg menggunakan ym
> sebagai medium perhubungan. .. terbit rasa hairan di dalam hati ini..
> dimanakah perginya rasa segan mereka..? tiadakah terbit rasa malu di
> hati mereka..?
>
>
>
> ADA APA DENGAN GAMBAR..??
>
> Baiklah...
> ana rase mungkin ramai yg membaca perkara ini merasa pelik..? Mungkin
> juga masing2 sudah memasang ayat bagaimana mahu melawan apa yang ana
> taipkan selepas ini.. ana amatlah berharap antunna (khususnya) semua
> membuka pintu hati masing2 dan bersedia untuk menerima apa yg ana mahu
> perkatakan selepas ini...
>
> ana mulakan dengan persoalan..
> Perlukah diupload gambar untuk totonan umum..? Mengapa..??
> 1.Supaya orang yg x kenal aku pon boleh kenal aku.
> 2.Supaya orang yg dh kenal aku boleh melihat aku selalu.
> 3.Supaya friendster aku jd kunjungan ramai...sbb ape..?
> dan byk lagi ana rase....
>
> jd.. di atas adalah sebahagian survey ana terhadap pemilik2
Friendster dan respon mereka...
>
>
> KERANA GAMBARMU ITU BEGITU BERHARGA
>
> Sedarlah
> wahai Muslimah... tidakkah kamu merasakan gambarmu itu sungguh
> berharga..? adakah kamu fikir wajahmu diciptakan semata2 untuk
> pandangan umum..??
> Tak salah rasanya jika ana mengatakan ramai yg
> bangga meletakkan gambar dgn niat mahu mempertontonkan kecantikan yg
> telah dikurniakan Allah kpdnya..
> Adakah kamu fikir kebarangkalian
> gambarmu itu dijadikan bahan bg Muslim meruntuhkan IMAN mereka..?
> Sanggupkah kamu dituduh sebagai peruntuh keimanan seorang Muslim..??
> Dikira 'beruntunglah' jika begitu.. tidak kurang juga yg hanya menjadi
> modal umpatan bg lelaki2 yg mengenali kamu..? Adakah kamu tahu apa yang
> mereka bualkan dibelakang kamu..? Jika kamu tahu, cuak kamu nk
> mengupload gambar kamu di alam maya ini..
>
> Diingatkanlah juga kpd kamu bahawa kemudahan sekarang semakin
canggih hari demi hari...
> Tidakkah
> kamu igt bahawa gambar2 di alam maya ini boleh di'save' dgn sng dgn
> hanya menekan bahagian kanan tetikus dan mengelik pd Save As sahaja
> boleh menjadikan gambarmu itu diabadikan di dlm komputer sang lelaki...
> Apa yang perlu dirisaukan sebenarnya bagi mereka yg mmg mahukan
> kecantikan mereka ditunjuk2..?
>
> INGAT..!! dengan kemudahan
> sekarang.. dgn mudah gambarmu itu di'edit' oleh mereka yg tidak
> bertanggungjwab dengan menggunakan Photoshop,Fireworks , dan lain2..
> Hanya dengan satu kesilapan sahaja, jangan terkejut jika gambarmu
> secara tiba2 terpampang besar pd skrin website yg tidak sepatutnya.. ..
> Adakah ketika itu kamu mampu lg berbangga..? Apa yg mampu anda lakukan
> ketika itu..?? Hanya merintih x tentu pasal sahaja atas kesilapan yg
> dilakukan olehmu sendiri...
> (jaga2..!! ana juga seorang yg boleh dikatakan mahir dlm adobe
photoshop ini.. hehehe...)
>
>
>
> MUSLIMAH DAN GAMBAR
>
> Perlu
> ana tekan kan di sini bahawa ana bukanlah musuh2 kamu semua, bukanlah
> mahu mengaibkan ataupon menghentam antunna semua.. tp ana adalah
> saudara seislam mu yg enggan melihat wajah2mu menjadi tontonan umum...
> tidak rela melihat mukamu dipaparkan sewenang2nya di alam maya..
> Meskipun antunna sudah lengkap menutup auratmu..
> namun tatkala fitnah mengundang, muka tetap dikategorikan sebagai
aurat ..
>
> Sanggupkah
> kamu dituduh sebagai peruntuh keimanan seorang lelaki..? Perosak
> ketaqwaan seorang Muslim..?? dan lebih teruk lg menjadi Anak Panah
> syaitan..??
>
> Ini semua bukanlah satu rekaan semata2... Sabda Nabi: Perempuan itu
boleh menjadi sebaik2 anak panah bg syaitan....( mafhum)
>
> Sedarlah
> muslimah/akhowat. . sudah tiba masanya antunna sedar bahawa wajahmu itu
> hanya Halal dilihat berkali2 oleh mereka yg btol2 layak sahaja.. tidak
> perlulah berbangga dgn apa ygtelah Allah anugerahkan kpdmu dgn
> menggunakanya sbgi Anak panah kpd syaitan..Na' uzubillah. .!! Jika kamu
> semua tetap tidak mahu membuang gambarmu dr alam maya ini dgn seribu
> satu alasan... hanya satu pesan ana... BERHATI2LAH. ..!!
>
>
> *secara
> jujurnya ini bukanlah artikel pertama yg berkaitan tntg bende nih.. ini
> hanyalah suatu kesimpulan dn pndpt tambahan ana hasil pengkajian tntg
> hukum mengupload gambar bg wanita... kerana perkra ini berkaitan dgn
> agama.. ana harap tiada siapa yg tidak berpuas hati dgn ana.. jika ade
> sebarang ketidak puas hatian boleh jer YM dgn ana... ataupon letak
> komen..insya allah dijawab sebaik mungkin.. jika kamu berada di pihak
> yg btol buat ape takut2..!! mari kemukakan hujah anda..*
>
> (Artikel
> ini sepatutnya lebih dirasai oleh bdk sekolah agama..(Al-Amin la
> tuh)...setelah perkara ini tersebar luas, ramai yg mendelete account
> Friendster mereka setelah mnyedari perkara ini.. jika mereka boleh,
> anda bila lagi..??)
>
> sumber : cetusanmindaseorang pemuda.blogspot. com

Sunday, January 18, 2009

boikot barang israel



Tindak kebiadaban Imperialis Israel di bumi Palestina telah mendapatkan berbagai respons dari kalangan umat Islam, termasuk ulama-ulama Islam. Tokoh-tokoh Islam, seperti Syaikh Dr. Muhammad Sayyid Thanthawi, Syaikhul Azhar, yang selama ini terkesan lentur dalam setiap pernyataannya, kini lebih tegas lagi akan kemestian memerangi musuh-musuh Islam, "Apabila kamu tidak mampu memerangi mereka (musuh-musuh Islam, Israel dan Amerika Serikat) dengan senjata, maka minimal lawanlah dengan memboikot barang-barang dan produk-produk mereka."

Banyak tokoh Islam dunia yang mendukung kemestian pemboikotan barang-barang dan produk-produk Israel dan Amerika, bahkan mengeluarkan fatwa untuk merespon tindak kejahatan yang mereka lakukan di bumi Palestina. Mereka adalah Dr. Yusuf Qardhawi, Dr. Abdul Satar Fathullah Said (Dosen Syariah Universitas Al Azhar), Dr. Naser Farid Wasil (mantan Mufti Mesir), Dr. Muhammad Imarah (Pemikir Muslim Dunia), Dr. Abdul Hamid Ghazali (pakar ekonomi dan politik Islam) dan lain-lain. Berikut ini fatwa yang ditanda tangani tidak kurang dari 70 ulama Sudan dan negara-negara Islam lainnya, seputar wajibnya memboikot barang-barang dan produk-produk Imperialis Israel dan Amerika Serikat.

Fatwa: Wajib Memboikot Barang-barang dan Produk-produk Amerika dan Israel

Segala puji bagi Allah yang telah mewajibkan hamba-hamba-Nya memerangi orang-orang kafir dengan jiwa dan hartanya. Allah telah memberikan kabar gembira kepada mereka kemenangan dan kemuliaan, Dia berfirman,

Perangilah mereka, niscaya Allah akan menyiksa mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman. (Qs. At Taubah, 9: 14).

Shalawat dan salam semoga tercurahkan kepada Rasulullah SAW yang telah bersabda, "Perangilah orang-orang musyrik itu dengan harta, jiwa dan lisan kalian." Shalawat dan salam juga semoga tercurah kepada keluarga dan para sahabatnya.

Wahai kaum muslimin, tak tersembunyi dari kalian apa yang menimpa umat kita belakangan ini. Konspirasi negara dzalim Amerika dangan rezim Imperialis Yahudi-Israel telah merampas tanah suci kita, membantai anak-anak kita di bumi Palestina, mengepung rakyatnya dan memaklumatkan perang kepada mereka di semua media visual ataupun audio lewat legalitas internasional yang mereka klaim. Oleh karena itu, wajib bagi umat Islam tampil berperan utnuk menghadapi persoalan umat ini dengan menggunakan berbagai sarana yang mungkin, terutama aksi pemboikotan barang-barang dan produk-produk Amerika dan Israel. Hal demikian itu didasarkan pada:

Pertama, firman Allah SWT.,
Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Qs. Al Mumtahanah, 60: 9)

Kedua, persetujuan Rasulullah SAW. pada Tsumamah ketika dia berkata kepada orang-orang Quraisy,
"Demi Allah, tidak akan sampai kepada kalian sebiji gandum pun sehingga Rasulullah SAW. mengizinkannya"

Ketiga, Allah SWT. berfirman,
"Dan (bagi) orang-orang yang apabila mereka diperlakukan dengan zalim mereka membela diri. (Qs. Asy Syura, 42: 39).

Kita semua tahu bahwa Amerika telah banyak berbuat kedzaliman dan mengembargo negeri-negeri Islam dan kaum muslimin, teriakan dan tangisan anak-anak, rintihan orang-orang sakit, ratapan para wanita dan ribuan mayat yang tewas tidak bisa mengetuk nuraninya.

Keempat, konsensus para ulama' yang mengharamkan pemberian manfaat buat orang-orang kafir harbi (yang memerangi umat Islam).

"Menyatakan, haram hukumnya bagi setiap Muslim membeli barang-barang dan produk-produk Amerika Serikat dan Israel, baik berupa produk-produk minuman, gas bumi dan sejenisnya, produk-produk makanan, pakaian, elektronik dan sebagainya. Barang siapa yang melakukan transaksi berarti membela dan menolong orang-orang kafir, membantu mereka mendzalimi saudara-saudaranya kaum muslimin; dia telah melakukan kesalahan dan dosa besar"

Sebelum dan sesudahnya kami ucapkan alhamdulillah, shalawat dan salam semoga tercurahkan kepada junjungan kita, Muhammad SAW, keluarga dan para sahabatnya.

Yang menandatangani fatwa ini adalah:
1. Syaikh Muhammad Fadhil Al Taqlawi, mantan Ketua Jamaah Anshar As Sunnah Al Muhamadiyah, Sudan.
2. Syaikh Ahmad Muhammad Ali Al Thuraifi, Ketua Dewan Fatwa dan Kajian di Universitas Al Quranul Karim
3. Syaikh Ahmad Dr. Muhammad Utsman Shalih, Direktur Universitas Islam Umdarman dan Sekjen Majlis Ulama Sudan.
4. Syaikh Prof. Dr. Ahmad Ali Al Arzaq, Wakil Direktur Universitas Islam Umdarman Sudan.
5. Syaikh Ash Shadiq Abdullah Abdul Majid, Muraqib Am Al Ikhwan Al Muslimin, Sudan.
6. Syaikh Dr. Ismail Al Beliy, Ketua Majlis Ulama Sudan.
7. Syaikh Prof. Dr. Al Khadhar Abdul Rahim, Dekan Fakultas Ushuludin Universitas Islam Umdarman.
8. Syaikh Prof. Hasan Hamid, Wakil Ketua Dewan Fatwa dan Kajian Universitas Al Quranul Karim
9. Syaikh Dr. Al Hibr Yusuf Nur Al Daim, Ketua Dewan Pengajaran Majlis Nasional Sudan.
10. Syaikh Jalaludin Al Murad, Ketua Malis Tinggi Dakwah, Haji dan Wakaf Sudan
11. Syaikh Kamal Utsman Rizq, Khatib Masjid Jami' Agung Qurthum.
12. Mr. Muhammad Ibrahim Muhammad, Wakil Sekjen Majlis Ulama' Sudan.
13. Syaikh Prof. Dr. Abbas Mahjub, Direktur Pusat Universitas Al Quranul Karim untuk Cabang Puteri.
14. Syaikh Al Amin Al Haj Muhammad, Dosen Universitas Internasional Afrika.
15. Dr. Suad Al Fatih, Anggota Majlis Nasional Sudan
16. Syaikh Abdul Rahim Abul Ghaits, Direktur Institut Al Quranul Karim di Umdarman.
17. Syaikh Dr. Al Qurasyi Abdul Rahim, mantan Dekan Fakultas Syariah Universitas Al Quranul Karim.
18. Syaikh Sulaiman Utsman Abu Naro, Amir Jamaah Al Ikhwan Al Muslimin, Sudan.
19. Syaikh Abdul Khalil Al Nadzir Al Karuri, Ketua Jam'iyah Al Ishlah wal Musawah Sudan.
20. Dr. Fathimah Abdul Rahman, Dosen Universitas Al Quranul Karim.
21. Syaikh Dr. Kamal Abid, Direktur Islamic Center Afrika
22. Syaikh Dr. Ismail Hanaafi, Dekan Fakultas Syariah Universitas Internasional Afrika
23. Syaikh Husain Asyisy, Khathib masjid Al Firdaus di Umdarman
24. Syaikh Muhammad Al Amin Ismail, Khathib Masjid Al Fath di Shafahah
25. Syaikh Dr. Abdullah Az Zubair, Dosen Universitas Al Quranul Karim
26. Syaikh Dr. Mubarak Rahmah, mantan Dekan Fakultas Ushuludin Universitas Islam Umdarman
27. Syaikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Ghafar, Dosen Universitas Qurthum
28. Syaikh Dr. Sa'ad Ahmad Sa'ad, Sekjen Badan Penyantun Penerapan Syariat Islam, Sudan.
29. Syaikh Muhammad Hasan Thanun, Ketua Dewan Pengurus Jam'iyah Anshar
30. Dr. Umar Yusuf Hamzah, Dosen Universitas Islam Umdarman
31. Syaikh Hamad Al Fadini, Ketua Urusan Aqidah dan Dakwah
32. Syaikh Muhammad Abdul Karim, Khathib Masjid Majma' Islami di Jerif Barat
33. Syaikh Musa'identivikasi Basyir Ali, Khathib Masjid Agung Umdaum
34. Syaikh Dr. Ala'uddin Az Zuki, Dosen Universitas Qurthum
35. Syaikh Dr. Abdullah Abdul Hay, Ketua Urusan Kemahasiswaan Universitas Al Quranul Karim
36. Syaikh Dr. Abdul Hay Yusuf, Ketua Jurusan Peradaban Islam Universitas Qurthum
37. Syaikh Dr. Umar Abdul Ma'ruf Ali, Universitas Islam Umdarman
38. Syaikh Dr. Al Abid Muadz, Dekan Fakultas Syariah Universitas Al Quranul Karim
39. Syaikh Mudatsir Ahmad Ismail, Khathib Masjid Al Arqam di Al Haj Yusuf
40. Syaikh Dr. Yusuf Al Kudah, Dosen Universitas El Nilain
41. Syaikh Dr. Shalih Al Taum, Dosen Universitas Qurthum
42. Syaikh Al Abid Abdul Wahab, Dosen Universitas Qurthum
43. Syaikh Ibrahim Al Dharir, Anggota Dewan Fatwa dan Kajian Universitas Al Quranul Karim
44. Syaikh Dr. Ali Ulwan, Dekan Fakultas Syariah Universitas Nasional Al Ribath
45. Syaikh Ahmad Hasan Muhammad, Ketua Jurusan Komunikasi Universitas Internasional Afrika
46. Syaikh Dr. Mahmud Sulaiman Jadin, Dosen Universitas Al Quranul Karim
47. Syaikh Fadhlullah Ibrahim Thaha, Dosen Universitas Al Quranul Karim
48. Syaikh Akin Mawil, Anggota Majlis Ulama' Sudan
49. Syaikh Dr. Adil Thahir, Universitas Islam Umdarman
50. Syaikh Amad Bakri Abu Hiras, Da'i
51. Syaikh Nazar Muhammad Utsman, Ketua Dewan Penasehat
52. Syaikh Dr. Izzuddin Ibrahim, Dekan Fakultas Syariah Universitas Al Quranul Karim Cabang Juba
53. Syaikh Utsman Abdul Razaq, Perintis Majlis Ulama' Sudan
54. Syaikh Ibrahim Al Arzaq, Universitas Islam Umdarman
55. Syaikh Dr. Ahmad Shadiq Basyir, Dosen Universitas Al Quranul Karim
56. Syaikh Jamal Thahir Hasan, Khathib Masjid Banet Timur
57. Syaikh Athiyah Muhammad Hasan, Anggota Majlis Ulama' Sudan
58. Syaikh Khalid Ramadhan, Khathib Masjid Al Mustaghfirin
59. Syaikh Umar Abdul Qadir, Televisi Qurthum
60. Syaikh Daf'ullah Muhammad Hasan, Imam dan Khathib Masjid Al Dzakirin di Riyadh
61. Syaikh Yahya Abdullah, Imam dan Khathib Masjid Al Mansyiyah
62. Syaikh Muhammad Sayid Haj, Imam dan Khathib Masjid ats Tsaurah
63. Syaikh Dr. Ibrahim Ali Muhammad, Universitas Islam Umdarman
64. Syaikh Bakri Mikyal, Khathib Masjid Mikyal
65. Syaikh Abdul Ilah Muhammad Ahmad Namr, Da'i
66. Syaikh As'ad Abdul Karim, Imam dan Khathib Masjid Majma' Al Furqan
67. Syaikh Dr. Adil Aliyullah, Universitas Islam Umdarman
68. Syaikh Taj Thalab, Imam dan Khathib Masjid Boretzudan
69. Syaikh Dr. utsman Ali Hasan, Dosen Fakultas Syariah Universitas Katar
70. Syaikh Ali Aba Shalih, Imam dan Khathib Masjid Muraba' Wahid di Haj Yusuf

BOIKOT PEPSI

(Untuk Disampaikan kepada seluruh insan yang empunyai hati nurani.)
Pernah dengar maksud yang tersirat di sebalik nama
"PEPSI"? Kalau belum, disini ana ingin menjelaskan serba sedikit tentang minuman bekarbonat ini...
"PEPSI" - P : PAY, E : EVERY, P : POUND, S : SAVE, I : ISRAEL
Masya-Allah.. Sungguh mengharukan, rupa-rupanya dia gunakan minuman untuk meruntuhkan Negara Palestin dan "Baitul Maqdis". Jadi sama-sama lah kita pulaukan minuman ini...


sumber : http://www.ikadi.org/berita/duniaislam/boikot-barang-dan-produk-amerika-dan-israel-1231314776.htm dan halaqah.net

Saturday, January 17, 2009

MEDAN VS MALAYSIA


no feeling to say..ana rasa semua sahabat akan cakap seperti itu..mana tidak nya cuti yang diberi hanya 2 minggu untuk berholiday di kampung tidak terasa sekali tetapi oleh kerna masa yang pantas berlalu seperti semalam baru pulang dari medan..betulla "alwaktu kalsaif" (masa itu seperti pedang)..boleh membunuh dan terbunuh..rasa nak putarkan jam tu jerk..alangkah indahnya jika 10 hari dalam seminggu..alangkah bagusnya 28 jam sehari..dan alangkah bagusnya tak payah balik langsung ke medan..ana tewas dengan masa lagi..

"YA ALLAH sesungguhnya hamba MU ini seorang yang lalai,tercicir,pelupa, tidak bersyukur, tetapi dengan kelemahan yang hamba ada hamba jadikan ia kekuatan sebagai hala tuju untuk berjuang dibumi MU ya ALLAH..hamba akui ya ALLAH kadang2 hamba cemburu dengan masa..kenapa mereka berlalu begitu pantas sekali..tidakkah mereka kasihani hamba yang ketika itu tengah menagih kasih sayang dari ibu ayah..tidakkah mereka kasihani hamba ketika itu tengah memungut setitis ilmu di kala heningan pagi..tidakkah mereka kasihani sama hamba ini YA ALLAH..hamba tewas dengan masa..hamba tidak dapat mengejarnya walau hamba diberi seekor bura' sekalipun..hamba letih merayu pada masa supaya diberi peluang kembalikan masa yang telah berlalu..berlalu di bawa taufan la nina..tetapi hamba tidak akan putus asa dengan masa kerna suatu hari nanti masa akan tertewas dalam tangan hamba..saat hamba melangkah keluar pergi hamba berjanji pada diri bahwa suatu hari hamba dapat mengejarnya..tunngulah masa..hamba tidak akan mengalah pada kau..hamba akan gunakan segala ilmu alam..qiamullail,bacaan quran,mathurat,hafalan, ilmi tauhid, ilmu kalam dan segala ilmu di alam yang indah..hamba pasti dapat mengejar kau..wahai masa..tunggu dan lihat"..azam di saat ana melangkah pergi..harapan mak ayah tidak akan ana sia2 kan..perjuangan berteraskan aqidah dan fikrah yang satu harus diteruskan..berbekalkan semangat dan dorongan sahabat dari malaysia akan ana teruskannya..semua berlandaskan pada yang satu iaitu ALLAH..cuma yang dapat memisahkan jasad dan roh adalah sakaratulmaut..

saat menghitung masa untuk pulang ke medan..terdengar keluhan suara adikku "betul ke k.sau nak balik..xcakap pun kat adik..nanti sape nak ajar ngaji..nak ajar matematik..nanti saper nak tolong mak"..hati ana dah sebak.ana tidak dapt membendung perasaan ketika adekku merayu meminta untuk tangguhkan penerbangan..bukan sengaja mahu meninggalkan keluarga ku..tetapi banyak yang menuggu ku disana..dek kerna amanah yang terpaksa ditunaikan..ana gagah untuk bangkit setelah di "brainwash" oleh mak..semangat perjuangan yang ditiup oleh sahabat myfam ketika cuti itulah ana dapat bangun semula dari mimpi yang indah..jika engkau mengerti wahai adikku..aku pasti yakin engkaulah orang pertama yang berada di saf pertama menyokong aku..

dan kini..ana sudah berada di medan..bersedia menunaikan tanggungjawab as student..walau tidak ada semangat der kerna cuti semester1..akan ku gagah mengharungi..like cerita narnia lak (gara2 bahang narnia)..selamat tinggal malaysia..to my beloved sister..doakanlah kejayaan kakakmu..

p/s: xtaw naper suka sangat hari ini..sebab pas menang kot..xpown mak kol..dua2 rasanya..alhamdulillah pas dapat memenagi hati rakyat KT (adek aku lagi excited sebb di kt KT..spy xbley pakai langsung)..syabas di ucapkan pada PKR..

Monday, January 5, 2009

SERANGAN ISRAEL DI GAZA


berita yang diterima baru-baru ini amat mengejutkan ana. sekarang jumlah angka kematian meningkat sebanyak lebih dari 45o orang..kejadian tembak-menembak malam tadi menyaksikan puluhan pejuang hamas mati syahid..moga ALLAH menempatkan mereka di golongan orang beriman..menurut sumber yang diperolehi, israel turut menggerakkan puluhan ribu askar simpanan sementara jurucakap ketua tentera menyaatakan bahawa operasi di kawasan yang ditadbir HAMAS akan berterusan selama beberapa hari..bayangkan suasana di palestin yang diselubungi rasa takut..lebih menghayatkan lagi hati lebih 1.5 juta rakyat palestin menjadi lebih melarat kerna ramai yang berkurung di rumah disebabkan agensi kemanusian memberi amaran bahawa bekalan air, makanan n perubatan semakin menyusut..

kita berbalik pula pada isu obama barack..tanggal 20 januari 2009 obama barack akan memulakan tugas sebagai Presedin Amerika Syarikat..mula menghitung hari tetapi mengambil sikap membisu terhadap konflik terbaru membabitkan kekejaman zionis ke atas penduduk palestin..menurut sumber, obama akan terus memantau situasi di Gaza,konflik yang setakat ini meragut lebih 450 nyawa..bagaimanapun tindakan obama menimbulkan kemarahan dunia arab.. "ia permulaan suatu yang tidak baik", kata pemimpin HAMAS Khaled Meshaal..suatu yang pelik bagi kita sebab kenapa Obama boleh bersuara mengenai isu serangan mumbai tetapi tidak sepatah pun berkata mengenai rejim Israel..Adakah obama mengamalkan polisi berat sebelah seperti ini.

palestin dikelilingi oleh negara arab..yang menjadi persoalannya semua negara arab mengambil sikap berdiam diri..tetapi berlainan pulak negara yang bukan islam iaitu Perancis (menjadi negara erorah pertama) menyuarakan bantahan bila tentera israel mula memasuki Genting Gaza berbanding AS yang mengambil sikap berdiam diri..Bernard Kouchner (menteri luar perancis) berkata keputusan menghantar tentera darat menjadikan serangan udara akan menjadikan konflik itu bertambah buruk dan berbahaya..operasi ini juga merumitkan usaha antarabangsa untuk mewujudkan perjanjian damai di genting Gaza..perancis juga menagaskan Israel tiada hak untuk melancarkan serangan darat yang boleh mengancam orang awam..sementara presiden george W.Bush berkata Israel sengaja berbuat demekian untun mempertahankan diri..

Pemerintah Iran juga menyebut serangan darat Israel di Jalur Gaza adalah kesalahan strategi dan mengatakan Israel tidak akan pernah melenyapkan kelompok Hamas."Serangan darat oleh rezim Zionis (Israel) adalah satu kesalahan strategis dan tujuan untuk melenyapkan Hamas tidak akan dapat dicapai karena Hamas adalah satu bangsa dan satu bangsa tidak akan pernah dapat dimusnahkan," kata Menlu Iran Manouchehr Mottaki yang dikutip dalam satu percakapan telepon dengan beberapa sejawat Eropanya.

sekarang yang menjadi persoalan kita..dimanakah kedudukan malaysia sebagai negara islam dalam membantu rakyat palestin..menurut suatu sumber, indonesia yang merupakan negara islam terbesar menghantar 1000 orang rakyatnya untuk dijadikan mujahid disana..tetapi kita hanya merenung masa depan mereka tanpa berbuat sesuatu..jadi apa yang ana boleh simpulkan berkenaan suasana di palestin ialah..HAMAS dan FATAH patut bersatu demi keamanan rakyat palestin..tujuan ISRAEL menghentam palestin adalah untuk menghancurkan HAMAS.. seperti kata pemerintah iran HAMAS adalah suatu bangsa yang tidak dapat dimusnahkan..Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad juga menuduh bahwa "mereka yang memiliki hubungan terbuka dan rahasia kepentingan-kepentingan mereka pada Zionis (Israel) seharusnya tahu bahwa mereka akhirnya akan pergi bersama ke neraka."

p/s : pesanan ana kepada sahabat2..marilah kita bersolat hajat disertakan dengan qunut nazilah dan solat jenazah ghaib untuk pejuang2 palestin yang telah mati syahid..moga2 ALLAH menempatkan mereka di kalangan orang2 beriman.. berdoalah moga2 sikap para pemerintah negara arab membuat sesuatu dalam situasi ini seperti perancis..kita doakan juga moga2 obama barack mengambil tindakan terhadap tentera zionis..sama2lah kita doakan..ameen rabbal alamin...