Thursday, October 29, 2009

kenangan

"Kenangan Manis Kau dan Aku
Takkan Terhapus
Duri Ranjau Dalam Bercinta
Lumrah Dunia

Sayang Menyayang".........

Jiwang-jiwang. Haiya begini la kehidupan bebudak zaman sekarang. Alangkah cinta itu boleh dijual beli. Kaya gak kalau macam tu. Mengarut-mengarut.

Sudah hampir 2 tahun aku di sini. Terus terang cakap aku dah jatuh cinta pada negara ini seakan-akan lupa akan negara sendiri. Bukan apa mungkin aku sedang leka dengan kemesraan rakyat disini, kesopanan mereka yang ikhlas walau dulu aku agak anti orang disini. Ya sangat anti, sejak aku bergaduh dengan pak beca gara-gara harga yang tidak berpatutan . Aku ingat kata-kata dia "MALINGsia sungguh kata-kata kamu". Siapa yang tidak angin kalau kita berlembut-lembut dengan mereka tapi dia macam buat "taik" kat kita. Cuma aku balas "mudah-mudahan ALLAH berkati rezeki kamu". Hati aku dah berdetik jangan dia serang aku sudah. Beg dan henset aku pegang erat-erat. Gerun-gerun bila memikirkan semua itu. Tapi kejadian itu sudah berlalu.tak nak dah ingat bende-benda alah itu. Ada sorang pak beca yang aku tabik spring la kat dia. Baik sesangat kat kami orang.Dia suruh kami simpan henset dalam poket la, dia suh kami jangan renung mata orang la,nak naik beca baca itu la inila. ye2. Kami tahu itu pak. "sudah tahu kenapa nggak buat". so anggapan kita orang kat orang disini makin pulih ke arah bersangka baik.Tak kenal maka tak cinta. So buat apa la nak main ganyang-ganyang, main pondok-pondok lagi bagus. "Kita kan serumpunnnn.." kata pak beca tu. Betul-betul.

banyak kenangan aku kat sini. kalau diingatkan macam kelakar lak.satu kenangan yang aku tak pernah lupa.malu gila. Tapi nak cerita gak. Masa tu first sem lagi. Nak dekat raya. Al-maklumlah tak dapat balik beraya kat rumah so raya lah kat sini. Kat rumah kost semua orang balik kampung if cina pun. Haiya!!. Aku pun xbalik. So takut la duk rumah sorang-sorang. Jadi tidur rumah wani. Wani ni selalu jadi mangsa aku kalau ada apa-apa. Bila tyme kat rumah wani. Hati tak sedap sebab kes kecurian sering berlaku kat rumah tu. Dah le bibik tinggal sorang, sian lak kalau tinggalkan dia. So balik la. Tyme tu tak silap dah jam 12. Aku melewati lorong yang sangat sempit dan gelap. Pecut 100m. Watson nyambek pun kalah. alhamdulillah sangat-sangat aku selamat. Menarik nafas dengan lega. Jadi aku pun menyeluk poket nak kuarkan kunci. Kunci tadak.. Aisey tinggal rumah wani. Abes aku nak tido mana. Sejam aku memikirnya kat situ macam penyangak dah.hampir jam 1pagi dah aku memikirnya. Panjat pagar tak berjaya. panjat bumbung tak berjaya. badan pun dah penuh luka. enset pulak mati. At least aku dengan tak tahu malu mengetuk jiran sebelah yang aku tak kenal langsung. "bu bisa tidur semalam dirumah ibu. soalnya kunci nggak ada tuk masuk kerumah". Broken gila ayat indonesia. Ibu tu pun terkebil-kebil ."masuk-masuk" lama sungguh memberi jawapan. Aku dah kesejukan kat luar tu. Muka tak tahu malu masuk kebilik. Pastu cakap kat ibu tu "bu terima kasih ya moga ALLAH membalas jasa ibu". Yela xkenal, cakap indon pun baru belajar. so masuk bilik,tarik selimut terus tido. Naseb baek ibu tu sporting. "Besok sahur ibu kejutkan ya". mekasih ibu. Kalau tiada ibu tak tahu la saya nak tido kat mana, aku menolog dalam hati. Rumah kat sekeliling semua dah balik kampung. haiyaa....seb bek la ibu ada.

Kenangan-kenangan. Terasa lucu lak memikirkan. Tadi azi kol "jom makan KFC". Aku baru baik demam ni jawab "jauhnya tak larat la sok jela". akibat menolak rezki maka aku kelaparan yang teramat. Maka aku mengambil tudung nak beli nasi kat depan dengan gagahnya. Jalan yang tidak tahu arah, tangan aku menggatal mengangkat menahan angkut. Dalam angkut ku memikir "nak pergi mana sebenarnya ni..bukan nak pergi beli nasi ke kat depan pintu4". erkkkk.. Ngeri sungguh dengan kelakuanku. "pinggir pak". Kat mana aku sekarang ni. Arghhhhh. Aku ngah pening ni. Da le baru baik demam. Maka aku pergi jerk beli nasi apa ntah pas2 aku balik dengan keadaan yang tidak keharuan. So nak simpulkan "jangan pergi sorang2" dalam kedaan yang tidak betul (bengong). Hu2


gambar bebudak

tyme nie masa bukak pose ngan budak indonesia


tyme nie ngah menemani azi beli barang sebb nak blik mesia


mkn lagi..memang hobi kami makan..smbil 2 wat usrah

hobi kami adalah makan..har..ha
tema kami pada hari ini : pink...sehati dan sejiwa..inilah house8 yang agak satu kepala..tudung yg aku paki bukn alas meja...


p/s: xde pesanan

Tuesday, October 27, 2009

masa..



salam perjuangan. Agak lama juga saya tidak mengupdate blog. Bukan apa kadang-kala saya terpaksa mengejar masa yang amat singkat, kerja yang menekankan kehidupan seorang mahasiswa, program yang terpaksa dikendalikan, tugasan makalah yang perlu disiapkan segera. Sudah lama saya tidak keluar bersama sahabat FKG (fakultas kedokteran gigi), adanya alasan saya untuk menolak ajakan mereka. Tapi saya sedar kadang-kala tolakan saya memberi kesan kepada mereka. Akui itu memang salah saya. Tapi itu bukan kehendak saya, saya manusia biasa, saya bukan kepunyaan mereka seorang. Banyak kewajipan yang menuntut saya disini. Komitmen saya terhadap organisasi harus dilaksanakan. Kata-kata hasan al-banna menjadi penyejuk hati saya ketika saat orang lain tengah bergembira bercuti "kewajipan itu lebih banyak dari masa". Ya kewajipan itulah menjadi saya lebih tabah dari orang lain.

Kadang-kala saya merasakan diri saya sudah lain dari kehidupan matrik. Kata-kata sahabat saya ketika berjumpa dengan saya suatu ketika dahulu"agar sukar nak bergurau dengan nti la nie yer kuat betul tarbiyah orang sana". Geli hati saya mendengarnya "habis tak kan nak jadi macam budak-budak zaman matrik lak". Memang banyak saya dengar rungutan sebegitu, tapi sahabat kene tahu, bukan senang saya nak berada disini, bukan senang saya nak hadapinya. Saya pernah mengalami sindrom "down" suatu ketika. Agak lama saya mengambil waktu untuk pulih. syukran sesiapa yang ada disamping saya.

sudah lama saya tidak menelefon adik-adik, sahabat, parents. Saya tidak tahu kenapa dengan diri saya. Tapi terus terang saya katakan saya dalam proses muhasabah diri untuk memperbaiki diri saya. Saya nak temui jawapan setiap persoalan yang berlegar-legar di minda saya. Thats why saya selalu bersendirian dalam bilik. Saya tolak ajakan teman-teman untuk keluar bersama. semata-mata untuk pulihkan diri yang lemah ini. Mintak maaf banyak-banyak andai kata saya tidak menjawab telefon, membalas mesej dan tidak menjaga kebajikan adik-adik. jawapan saya untuk anda "saya hamba yang lemah dalam proses memulihkan diri, proses untuk menguatkan semangat saya". Kepada my sibling kakak mintak maaf jika tidak menelefon seperti yang di janjikan. Sahabat-sahabat yang memberi mesej pada saya, terima kasih kerna mengambil berat. Saya tidak mampu untuk membalasnya, tapi saya terharu sangat-sangat kerna mengingati diri yang kerdil ini.

Kadang-kala saya pernah menyesal belajar disini, saya nak berhenti!!. Mujurlah ALLAH memberi petunjuk pada saya. Kenapa saya dicampak disini. kenapa saya memilihnya. Kenapa saya keseorangan mengendalinya.Ya saya sudah dapat jawapannya.Itulah pilihan sebaik-baik pilihan yang saya pilih. Terus bangkit dari menyesali setiap perbuatan yang ditentukan. Yang pastinya "saya bukan kanak-kanak mujahadah islam". Saya nak seperti "zainab al-ghazali" berjuang tanpa mengenal erti takut. Tabah menghadapi seorang diri, berani menentang disaat nyawa diancam walau beliau seorang wanita. yupp. Seorang wanita yang tabah. Saya nak berhati seperti hati sang semut. Saya nak gagah seperti burung ababil.

So saya harap pada sahabat-sahabat, teguhkan pendirian anda, banyak topupkan ilmu, banyak hadirkan ke majlis ilmu walau sesibuk mana pun anda. Yang penting selalu muhasabah diri diwaktu malam . Qiam itulah senjata kita, solat taubat penyambung kasih sayang kita dengan ALLAH. Itulah saya nak kekalkan sepanjang hidup saya walau kehidupan saya disini penuh kesosialan. Saya harus hadapinya dengan kuat (cehh~~~). dan saya harap sangat-sangat saya still istiqamah dalam pekerjaan. Doakan saya disini.

saya teringat lirik nice dalam album teristimewa tiada dua. sungguh..saya amat insaf setelah mendengar lagu ini. cinta yang abadi. Sekali kita jatuh pasti kita akan mencari DIA yang satu. Saya pun tengah mencari cinta yang satu itu. Sama-sama kita doakan...

Di mana letaknya
Sebuah cinta yang sejati
Cuma sementara
Tiada yang abadi

Diriku tersisih
Menagih sebutir harapan
Selalu merintih
Namun tiada jawapan
Lalu ku beralih arah
Temui kasih tiada bandingan
Yang satu selamanya
Ya ALLAH….

Di mana hilang sebuah cinta sejati
Ku mencari kasih tulus suci
Ku bahgia KAU selalu menemani
Kala hatiku sunyi….

Ya…
Ya Rahman..
Ya Rabbi…Ya Allah
Ya Rabbi…Ya Allah
Ya Rabbi…Ya Allah
Ya Allah….


p/s : selamat menduduki peperiksaan pada semua sahabat . khas wish nie untuk adik tersyang kak cik, hidayah, abang dan adik. Teringat aku tentang panggilan dari rumah, adik xtenteram selagi aku tak menelefonnya. lucu sama kamu dik. hu3

p/s2: sanah helwa ila syazwan (mansurah), kak lang (uthm), dan ieda(intec uitm). dan yang tersayang (cehh..) ukhti hidayah..sanah helwa da 18 taun hidup..so matngkan lagi diri itu..muhasabah slalu..jgn slalu give up..jgn say no..xbley buatlah..takutlah..branikan diri anda..

Saturday, October 17, 2009

khas untuk mu...


Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.

Dan dia menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.

Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

~ Khalil Gibran

p/s : tetibe.. Waktu dilanda kesepian,air hangat mengalir di pipiku. Aku rindu pada sahabat-sahabat di malaysia. aku rindu pada pentarbiyahan disana. Aku rindu gelak ketawa yang menyenangkan hatiku. Segala-galanya menjadi kenangan manis aku. But aku try nak ciptakan suasana disini. Banyak halangan kutempuh, banyak onak duri ku harungi. tapi ternyata aku xbersendirian. ALLAH temukan aku dengan sahabat sefikrah untuk mantapkan pentarbiyahan aku. ALLAH masih sayangkan aku. syukran YA ALLAH..


Monday, October 5, 2009

gambar raya....

Salam..tidak terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya pada semua muslimin n muslimat. n selamat menunaikan ibadah puasa sunat di bulan syawan yang mulia. Kali ini juz nak upload gambar famili masa raya. So siapa xbalik raya boley la tengok gambar ni puas2. Hanya satu gambar sahaja yang diperolehi. Dalam proses pemohonan gambar raya keluarga hikmah. Gambar raya ni khas dituju pada keluarga mak ngah n pak ngah (abg zai tgok puas2),zufar, acik.




dimanakah saya??
.........~:~..........
p/s : exam mode..der lagi 8 paper tuk menghabiskan riwayat mid sem3
p/s2 : dimaklumkan saya xbalik cuti mid sem kerana perpanjangan kittas..
p/s3 : atoi..dimanakah gambar2 raya dimintak olehku??