bismillah

Thursday, December 31, 2009

sanah helwa kak cik

.

sanah helwa ila kak cik..yang xsegan langsng menelefon hanya suh wat post besday kat dalam blog...khas tuk mu syg..hu~~hu~~

31 dec..cam xder per2 yang berlaku sebb rie nie macam2 berlaku..macam hari biasa sahaja..tp tenx siapa yg ingt besday saya...terharu saper yg sanggp senkang mata tunggu smpi jam 12...syg jga korang..xmengharap present dr korang tapi ckplah sekadar igtn mu terhadap ku..dan doa kanlah semoga amln ku bertambah seirg dengan usia ku...cikgu2 yg igt besday sya tenx..sahabat dan sedara mara tenx gak...




P/S : NAK HELIKOPTER CONTROL!!!

Sunday, December 27, 2009

ketupat lemak manis

~..~


suka sangat ke ngayam ketupat...
ak ingt org tua jerk pandai....
rupe nyer org muda pun super2 power...
memg adat ke?
ak der baca story....
jgn buka aib org dan aib diri sendiri..
sebb klu kita tgok aib org sure la tgok kelemhn org..
dan dr situ kita akn tggi diri..xsedar..
maka ketupat yang kita buat banyak versi die..
try tgok kelebihan diri org 2..
aku rasa senyap kita dibuat nya...
terasa diri nie xberguna..
ok..ntara ngumpat dengan berzina maner lagi besar dosanya
of coz ngumpat...akn diterima tanpa khilaf..
sebb "zina" klu taubat ALLAH ampunkan dosanya...
klu ngumpat..kene refer kat org yang diumpat...xakan terampun dosa jika org yang diumpat tak maafkannya...sekadar renungan

Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan, sesungguhnya orang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang diumpat.” (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

tapi..klu tanyer kat sesorg..asl ko ngumpat??
la bukn ngumpat la..bender nie nak ceritakn supaya jadikan pengajaran kat org len..
tapi rasanya der syarat klu nak ceritakan keburukan..
first sekali mesti libatkan org ketiga dimana ia boleh memudrtkan org lain..
cam merompak ke..mencuri ke...
tapi ak tgok xder pun ngumpat kebaikan...
xder pun org ketiga..
alasan yg kedua..
bukan ngumpat la tuk muhasabah diri...!
terdiam la..xbley nak cakap apa...
betul2...hu2~~angguk jerk la....

Firman Allah bermaksud: “Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengah daripada kamu. Adakah seorang daripada kamu suka makan daging bangkai saudaranya, tentunya kamu semua membenci memakannya …” (Surah al-Hujurat, ayat 12).

~klu terasa harap maafkan..YA ALLAH ampunkanlah dosaku..saya bukan nyibuk ya..tapi..ntah la sebb sy budak bawah umur..sush kan nak ubah yang da jadi kebiasaan kita..tapi kan saper yang akan ubah klu bukn kita..sekadar muhasabh..dari hamba yang hina...~

Monday, December 21, 2009

coming soon.........PERMAI 2010

Pagi tadi saya dapat mesej dari kak tasya."pergi x permai"?

ha??ada ke tahun ni PERMAI?..bukan tahun lepas dah buat ke?kata hatiku.Kejap jerk berlalu..InsyaALLAH saya akan pergi kalau xder hal. Hu2...InsyaALLAH.

Copy dari blog PERMAI

PERMAI 2010 akan membuka tirainya tidak lama lagi. PERMAI 2010, singkatan dari Perhimpunan Mahasiswa Islam Malaysia Se-Indonesia 2010 adalah kesinambungan dari PERMAI’08 yang diadakan di Jogjakarta pada tahun 2008. Mungkin ada sahabat-sahabat yang belum tahu atau mungkin kurang jelas dengan kewujudan PERMAI ni. PERMAI merupakan program berbentuk seminar keagamaan dan motivasi yang menghimpunkan mahasiswa-mahasiswa Malaysia dari seluruh pelosok Indonesia. InsyaAllah, PERMAI 2010 Januari ini akan diadakan di Bandung dan mendatangkan wakil-wakil dari Bandung sendiri sebagai tuan rumah, Jakarta, Jogjakarta, Surabaya, Malang, Makassar, Medan, Palembang, Padang, Solo, Indramayu dan ada juga wakil dari Malaysia yang sangat bersemangat untuk ikut serta dalam PERMAI kali ini.

Sejarah PERMAI

Mungkin sahabat-sahabat pernah dengar tentang PUISI di Ireland (Perhimpunan Ukhuwah Insaniyyah Seluruh Ireland), PERISTIWA di Australia (Perhimpunan Remaja Islam dan Tautan Insan Western Australia), IPIJ di Jepun (Ikatan Persaudaraan Islam Jepun) dengan program-programnya atau JASSI di India (Jalinan Sahabat Seluruh India), ISK (Ini Sejarah Kita) anjuran MSM (Majlis Syura Muslimun) dan banyak lagi program-program di luar Negara yang menghimpunkan mahasiswa-mahasiwa Malaysia yang belajar di sana.

Dan di Indonesia, PERMAI merupakan program yang kurang lebih sama dengan program-program tersebut, mungkin sahaja cara dan isinya yang sedikit berbeza, sesuai dengan kondisi mahasiswa di sini. Idea untuk mewujudkan PERMAI dicetuskan oleh saudara Isa Azzaki dan sahabat-sahabat dari Jogja dan juga Bandung dengan harapan dapat mendekatkan mahasiswa-mahasiswa muslim di Indonesia terhadap ilmu agama disamping mengeratkan ukhuwah antara mahasiswa dari berbagai universiti seluruh Indonesia. Sebelum nama PERMAI digunakan, berbagai nama-nama lain telah dicadangkan, antaranya PEMIMPIN, (skemanye..) PERMAIDANI (huhu) dan PUISI (tinggal tukar Ireland ke Indonesia je.hehe)..dan akhirnya nama PERMAI dipilih, singkatan dari Perhimpunan Mahasiswa Islam Malaysia Se-Indonesia (walaupun tak berapa sesuai kat hujung dia).

Permai ‘08

PERMAI’08 yang diadakan di Jogjakarta pada tanggal 23-25 mei 2008 adalah program Islamik pertama yang menghimpunkan pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia. PERMAI’08 dianjurkan oleh UPIMI (Ukhuwah Pelajar Islam Malaysia di Indonesia) dari Jogjakarta dengan kerjasama IMAN (Islamic Malaysian Association) dari Bandung dan PKPMI (Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia). Saudara Isa Azzaki bin Zainal dari Universitas Gadjah Mada (UGM), Jogjakarta merupakan pengarah PERMAI’08 dan dibantu oleh sahabat-sahabat lain dari UGM.

PERMAI’08 diadakan selama 3 hari 2 malam, merangkumi seminar, ceramah motivasi dan ‘games’ dalam beberapa slot berdasarkan modul The 7 Habits of Highly Effective Mukmin yang disampaikan oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, seorang ustaz, motivator dan juga artis (hehe) yang popular di kalangan mahasiswa Malaysia, terkenal dengan slogannya berbunyi “Erti Hidup pada Memberi". ‘Details’ tentang Ustaz Hasrizal telahpun di kupas dalam artikel yang lepas (sila rujuk) atau layari blog beliau, http://www.saifulislam.com. Modul The 7 Habits of Highly Effective Mukmin membicarakan tentang 7 aspek yang harus dimilik oleh seorang mukmin, dan diambil dari buku karangan Stephen Covey bertajuk “The 7 Habits of Highly Effective People”, membincangkan tentang:

1) Be proactive – Principles of personal vision

2) Begins with the end in mind – Principles of personal leadership

3) Put first things first – Principles of personal management

4) Think win/win – Principles of interpersonal leadership

5) Seek first to understand, then to be understood – Principles of empathetic communication

6) Synergize – Principles of creative communication

7) Sharpen the saw – Principles of balanced self-renewal

Alhamdulillah, PERMAI’08 berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik dari peserta-peserta. Di harapkan ilmu yang diperoleh dapat menggerakkan para peserta daripada TAHU, terus berusaha mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU.=) (juga slogan Ustaz Hasrizal)

Maklumat lanjut tentang PERMAI'08 boleh didapati di sini

PERMAI 2010

clip_image001

Kesinambungan dari PERMAI’08, PERMAI 2010 meneruskan jejak langkahnya dan untuk PERMAI kali ini, Bandung diamanahkan untuk menjadi tuan rumah, dan kami masih mengekalkan Ustaz Hasrizal sebagai ‘main speaker’. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa tiada PERMAI 2009? Untuk pengetahuan semua, memang rencananya PERMAI berikutnya selepas yang pertama akan diadakan pada tahun ini tapi disebabkan Ustaz Has tak dapat memenuhi jemputan ke luar negara untuk tahun 2009 atas sebab-sebab tertentu, kami memilih untuk menundakan tarikh program ke tahun 2010, dan tidak bercadang menggantikan penceramah yang lain. Diharapkan penundaan dan penantian ini ada hikmahnya, insyaAllah,

clip_image002

Pengarah untuk PERMAI 2010 adalah saudara Ahmad Zulhazwan bin Ahmad Kasim, pelajar perubatan ‘batch’ 2006 (tahun 4) dari Universitas Padjadjaran (UNPAD), Bandung dan dibantu oleh ahli jawatankuasa yang terdiri daripada sahabat-sahabat dari UNPAD. Tema kali ini ialah Islam & Muslim; Dulu, Kini dan Masa Depan dan modulnya berasaskan buku “Apa Ertinya Saya Menganut Islam” karangan Fathi Yakan, membicarakan tentang 6 Perspektif menjadi Muslim yang Efektif, diolah mengikut ‘style’ dan versi ustaz hasrizal. Modul yang sama dipakai untuk PUISI 2007 tapi ditambah dengan sedikit intro tentang sejarah Islam dari awal kebangkitannya hinggalah kejatuhan turki uthmaniyyah, sehingga kini. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, Ustaz Hasrizal merupakan bekas graduan master dalam bidang sejarah Islam dan peluang ini kami ambil untuk mengadakan slot khas membincangkan tentang sejarah Islam dan Muslim. ‘Details’ tentang tema dan modul ini akan dihuraikan lebih lanjut dalam artikel berikutnya insyaAllah =). Berikut merupakan butir lengkap dan padat tentang PERMAI kali ini:

PERMAI 2010 (Bandung)

Tempat: Politeknik Pos Bandung, Indonesia

Tarikh: 22-24 Januari 2010

Penceramah: Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Tema: Islam dan Muslim; Dulu kini dan Masa depan

Modul: 6 Perspektif Menjadi Muslim yang Efektif

clip_image004

Sunday, December 20, 2009

Cuti yang menghiburkan

....

salam ukhwah. Lama sungguh saya tidak mengupdate blog. Exam barangkali menyebabkan saya sibuk sehingga tiada waktu untuk mengemas kini blog saya. Kini saya sudah berada dimalaysia, tanah air yang tercinta selepas berakhirnya paper pathalogy anatomy yang agak mencabar otak saya untuk memikirnya. Sudah 3hari saya berada dirumah namun tidak pernah terasa sunyi walau seminit kerna keriuhan keluarga serta sepupu sepapatku memeriahkan lagi rumahku yang diibarat "pondok panas" tambahan pula diserikan lagi dengan kepulangan pak cik dari mekah. Asyik mendengar serta kagum dengan kehebatan ALLAH setelah mendengar tazkirah daripada mereka di surau hikmah,kerinduan saya pada makkatul mukarramah bertambah meluap-luap dan kalau diizin dengan ALLAH hari ini juga saya pergi namun apakah daya mungkin rezeki tidak berpihak pada saya.

18 disember saya pulang dengan menaiki pesawat AK451 menuju ke LCCT kuala lumpur. Kerisauan saya tentang exam makin pudar gara2 ditenggelami air mata kegembiraan . Alhamdulillah saya tiba pada jam 10.oo pagi dan dijemput oleh ukhti hidayah. Peristiwa yang amat berharga ketika itu dan tidak mungkin saya lupakan. Sila klik blog ukhti saya untuk inforamsi lanjut. Kerna ketika itu mak dan abah tidak dapat mengambil kami kerna sibuk menguruskan majlis MAAL HIJRAH di masjid kampung sempang.

19 disember seawal 6.30 pagi ukhti2 ku sudah bersiap2 untuk beriadah usai menunaikan solat subuh. MasyaALLAH kesungguhan mereka dan istiqamahnya mereka untuk menjaga "kesehatan" menarik minatku untuk menyertai. Walau jauh perjalanan namun mereka berpuas hati kerna "penyakit obesiti" dalam badan hampir tiada. Perjalanan ku tidak sia2 kerna "tazkirah"mengiringi kami. Seperti biasa POLITIK menjadi tajuk perbualan kami gara2 peristiwa "jaya jusco" yang terbesar dimalaysia meletup dimelaka. Mana tidaknya hasil pembangunan itu tidak berkat~mak dik said~.

Tanah jaya jusco adalah tanah dirampas. Bayangkan tanah yang dirampas dari rakyat melaka yang serba daif dengan alasan tidak membayar cukai amatlah tidak logik . Jika dirampas pun mereka mendapat pampasan 5rggt sekaki sedangkan harga mengikut pasaran 100rggt sekaki. Adilkah namanya?. Fikirlah. Untung broker "pak ali" ya dan derita tuan tanah tidak terfikirnya.Hak rakyat dizalimi dan diceroboh. Tidak hairan kalau bencana itu mungkin do rakyat yang dizaliminya.


“Wahai kaum Muslimin, ingatlah bahawasanya darah dan harta benda kalian adalah terjamin dan dilindungi (iaitu tidak boleh dicerobohi atau dirampas begitu sahaja tanpa alasan dan sebab) sehingga kamu bertemu dengan Allah..” ~ketika khutbahtul wida yang disampaikan Rasulullah~


Perkara yang sama diulangi dalam Hadis riwayat Muslim di mana Rasulullah bersabda,
“Darah, harta dan kehormatan setiap Muslim adalah haram (ia itu untuk dicerobohi atau dirampas) ke atas Muslim yang lain.

Cukuplah saya menbahaskannya. JOm lihat mereka beriadah



sifu kami..warm up dulu sebelum lari

geleng2...bek2 terseliuh



1 2 mula..

21-0..kui2...saya menang


Pagi beriadah. Kesehatan dah baik. Iman pun kene la baik. Seimbangkanlah ya .Jom topup ilmu kat majlis sempena maal hijrah. Sempena tahun baru azam pun kene ada juga. AZAM. he2.. Buat masa sekarang azam maal hijrah belum ada. Bukan apa azam sem 3 pun banyak belum saya laksanakan. Takut azam ini pun hanya sekadar nama tetapi perlaksanaan tidak ada. Lebih baik tidak ada azam tapi laksanakan azam yang lepas dari ada azam tapi tidak melaksanakannya.

Usai solat maghrib di surau, terus menemani ukhti ke majlis. Walau memang tidak ada niat untuk pergi tambahan penat balik pun tak hilang lagi, demi ilmu pergilah. Ilmu kalau orang nak tak ada alasan dah. (terasa lak). Pergi niat kerna ALLAH bukan sebab niat nak teman orang. Bila tyme kat masjid, yang penuh baris depan, yang penuh kat masjid adalah ORANG TUA. Boleh kira dengan jari berapa kerat orang muda pergi masjid. Mana tak nya yang uruskan majlis ini pun orang tua, orang muda nya mana?? Tak kan tak larat kot. Kejar dunia cintan mungkin. Yela sekarang nie kan tyme orang kahwen. Sibuk barangkali. HUSNU DZON dong.

Duduk la dengan makcik2. Ramahnya mak cik2 ni. So saya pun kene la ramah seket walau hampir setahun lebih tidak menjejaki kaki ke masjid. Ramah pun bertempat seket mak cik. Islam memang suka orang berbudi bahasa lebih2 bila tyme majlis macam ni. Sangat digalakkan. Tapi mak cik ada batasnya, bila tyme orang azan alangkah eloknya mak cik istighfar, doa ampunkan dosa, bukan nak tunjuk siapa yang lebih ramah. Tiada piala disediakan mak cik2 sekalian. Moga ALLAH merahmati dan memberkati kamu. Rahmah pun ada batas nyer cik, jangan over sangat. Nnati teranyam lak ketupat. Sekadar muhasabah untuk saya juga cik. Betapa kerdilnya diri dan betapa hinanya saya cik, sebab saya pun tak termampu nak tegur direk dengan mak cik. YA ALLAH ampunilah dosa2ku. Cik jangan cakap saya fatwa haram cakap dalam masjid tapi lebih elok kan kita gunakan keramahan tu pada tempat yang elok. Tak salah kalau bercakap malah tiada dalil yang mengatakan haram.

Nabi s.a.w. tidak bangun dari tempat solat fajarnya sehinggalah naiknya matahari, apabila matahari naik Nabipun bangun, dan mereka bercakap-cakap perihal jahiliyyah lalu mereka ketawa dan Nabi pun tersenyum.. (Muslim)


Hati sejuk bila saya solat berjemaah dengan cik. Sejuk cik. SERIUS. Sebab jarang saya dapat berjemaah dengan orang kampung. Sangat jarang. Jadi saya ambil lah peluang keemasan ini untuk berjemaah dengan mak cik2 sekalian. Tapi cik, alangkah bagusnya kalau mak cik rapatkan saf2 antara muslimah. Biarlah kita dapat rasa ukhwah bersama. Bukan selalu kita buat macam tu cik. Majlis nie pun setahun sekali. Saya janggal sangat kalau ada ruang antara kita yang boleh memuatkan seorang muslimat. AMAT JANGGAL. Sama seperti saya solat seorang cik.

Saya musykil dengan situasi itu . Amat janggal. " Mak kenapa tak tegur mereka tu. X terangkan ke adab2 berjemaah?", kata saya pada mak yang merupakan bilal. "Susah nak tegur mereka, yelah orang kampung nie da lama buat cam 2, kalau nak buat perubahan ambil masa sedikit. Bab bercakap2 dalam masjid 2 seolah2 da jadi "tabiat". Susah nak ubah. Banyak kalu da bagi ceramah", kata mak. Macam kenduri juga. Orang kampungkan suka pergi kenduri, tolong menolong2, tapi kalau ada majlis tazkirah susah seket nak mai. Sebab tu kalau ada tazkirah kat surau kene ada masak2. MEMANG pun. Tidak hairan kalau masak 5 jam tapi tazkirahnya 1 jam. Tapi lagi bagus kalau tidak ada langsung. Tabiat orang kampung memang susah nak ubah. Dimanakah anak2 muda yang kononnya sanggup berjuang ketika di universiti, tapi tyme balik juangkan masa tidur. Thats why tiada perubahan pada orang kampung. Sebab pelapis pun entah ke mana pergi. Hairan la sama orang yang mengaku dia seorang pendaie. Sibuk barangkali

Tapi bertambah lagi saya hairan, tyme pilihan raya, cukup ramai pemuda pemudi yang turun padang. Malah 24 jam sanggup tidak tidur. Malah siap bawa tilam dan bantal untuk tidur di surau. Berjuang dan berdakwah pada orang kampung tyme pilihan raya sahaja kah.?Tapi bila nak mengimarahkan masjid bayang2 pun tidak kelihatan. Bukan musim cuti sem ke sekarang?? sibukkah nda?? Adakah sebab penganjurnya?? Biarlah jawapan pada anda. Sebab 2 saya tidak hairan kalau pas masih tidak dapat terima oleh penduduk di sini. barangkali kita sendiri pun tidak mainkan peranan. Sekadar pandangan.

Peristiwa yang menarik dan penglaman selama 3 hari yang membuat saya sentiasa muhasabh diri. Terasa diri amat kerdil kalau nak dibandingkan sahabat2 saya. Rindu sama sahabat. InsyaALLAH masa yang ada kita akan berjumpa.



men game jerk keje..pukul 7 pagi dah terpacak depan umah sebb nak men game..klakar adep2 ku sekalian...

Saturday, November 28, 2009

untuk mu ibu

“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.


Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya.Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.


“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu,
jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi.
Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.


Malam itu, Along berjaga sepanjang malam.. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah.. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap
dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak
acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.

“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?”Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu... Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along. “Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. “Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.


Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur. “waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?”Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. “Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.


Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh.Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah.Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. “Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. “Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya. Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru.. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok.


Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit
gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya.
Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?”Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan.
Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?”Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. “ Ada ” jawab Along pendek “Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam
aku…atau….” Along menggeleng-gelengka n kepala. “semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. “ Ala , gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya… .saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir.Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk
membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang. “Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu.
“No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.


Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. “Ha..hadiah….untuk… .ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.


Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ‘Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini….. UNTUKMU IBU!’


Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. “Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami.. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan. “Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.



"sebenar nya, saya baca cerpen, saya dah agak mesti cerpen yang sedih. Tapi oleh kerna keegoaan saya tak menangis. but de ending sure la rasa sedih, sebab itulah fitra kaum hawa. Juz saya nak olah balik apa yang saya dapat dari cerpen yang saya "curi" darI kak halimah.

First, pasal anak. Semua manusia adalah "anak". Dan amat berpengalaman menjadi seorang anak kepada mak dan abah. Dalam banyak2 cerita, kalau anak tu "bangang" atau "bodoh" atau "pemalas" mesti mak "bengang" gila. dalam plot nie saya try nak selami apa sebenarnya para ibu mahu pada golongan anak mereka yang cukup "teristimewa". Siapa xnak anak dia berjaya. Semua ibu nie nak anak dia lah adalah terbaik. Tidak kira orang kafir mahupun islam. Tapi itu semua bergantung pada cara didikan maka ayah. Anak ibarat kain putih. So up 2 them la cam ner nak corak kan anak mereka. kalau dalam cerita ini, bila kita baca, rasa ibu along tidak adil. Rotan jadi makan minum dia. siana kan. Tapi kenapa ibu along buat macam 2? along anak sulung. mestilah ibu nak yang terbaik pada along, supaya jadi contoh kat adik2 dia. Ayah da tak de. so siapa lagi yang mampu harapkan. Ibu along pun pernah sakit "mental". along la harapn dia. Tapi kalu baca lagi, mesti kita akan kata "ibu apa 2". sahabat sekalian, anda pernah kene rotan? saya pernah kene rotan ngan ibu saya. Tapi saya makin sayang kat ibu saya sebab.. itu tanda dia sayang kat saya. macam 2 la keadaan along. Saat along tinggalkan rumah, ibu along sedih. sebab? dia rindu wajah along. saban hari dia tengok muka along, saban hari dia "rotan" along. sebenarnya kerinduan i2 muncul saat bende i2 hilang. Sayang mak sebenarnya lebih dari sayang anak. Seburuk2 mak, pasti ada pengorbanan. Pengorbanan mak itulah kasih sayangnya. Kenapa ALLAH beri gelaran "mak" pada kaum hawa? kaum hawa ni special seket , buruk sekali pun perangai sifat "keibuan" pasti ada. kalau gelaran "mak" pada kaum adam saya pasti sekali ramai anak ditinggalkan. Dan rasanya kaum hawa yang banyak mainkan peranan dalam soal didikan anak.

kedua pengorbanan. anak korban untuk ibu atau ibu korban untuk anak. Persoalan saya tinggal pada semua sahabat blog. Sebab anda berpengalaman menjadi anak. dalam plot nie, kita lihat dua2 berkorban. Tapi saya lebih tertarik dengan pengorbanan along. Pada zaman IT saya tak pernah lihat kes macam ni. Teruk dkerjakan ibunya, selalu dibandingkan dengan adik yang lain, disishkan. Tapi kasih sayang along makin menebal. Cuma saya hairan dengan sikap pemuda sekarang. Ibu marah sedikit, terajang ibu, pukul ibu. Dunia dah terbalik. So saya assume cerpen nie mungkin cerpen 100 tahun yang lepas. kalau kita kat tempat along, apa yang anda buat? Boleh ke kita masih nak beli kan ibu jubah setelah ibu merotan kita. Tapi saya dah boleh agak, anda tak sanggup buat macam tu. Sedangkan ibu nasihat sikit pun kita dah merajuk. So simpulkanlah sendiri. Cerpen nie banyak mengajar saya macam mana nak jdi anak yang baik. Macam mana nak pupuk sifat sayangkan ibu, macam mana nak hadapi tarbiyah dari ALLAH to be a good anak. Cuma saya juz terkilan ending cerpen nie along mati. Orang melayu akan kesal dengan tindakan dorang apabila benda i2 berakhir dengan kematian. Dan saya nak tahu sangat macam mana keadaan along sebelum ayah dia mati. Adakah dia bahgia. Kalau dia bahgia mungkin tak terkilan sangat kot dengan ending dia. Tapi apa2 pun, itulah sunatullah along yang da sedia tertulis bahwa dia akn mati setelah ibu sedar along itu penting baginya.

kesimpulan, saya tak tahu kes nie wujud atau tak. Tapi sya berani katakan 100% kes nie mungkin xwujud pada zaman ini. Cuma banyak kes yang ada , anak "buli" mak tapi mak masih sanggup nak tunaikan permintaan anak. ASTAGHFIRULLAH. Juz kita amik ikhtibar dari cerita ini. Jadi anak yang baik, sebab syurga adalah di bawah tapak kaki ibu. Keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan orang tua kita. Macam mana buruk nya ibu macam mana garang nya ibu, itulah terbaik untuk kita. Sebab ibu sedang menunaikan amanah ALLAH dan biarlah dia menunai tangungjwab nya. Itu soal ibu dengan ALLAH. Paling penting doakan ibu bapa, sebab doa kita tidak akan makbul jika tiada doa untuk ibu bapa (saya xtahu sama ada hadith ini diterima atau tidak). Jaga ibu dan ayah, jaga hati mereka, taat pada mereka. ALquran banyak sebut pasal ketaatan anak pada ibu bapa. bukan ketaatan ibu ayah pada anak. So renungkan lah kembali. Jika kita tidak bersyukur pada orang tua kita, maka syukur anda tida akan terima walaupun anda seorang yang kuat beribadah. Dan tidak akan terima jihad seseorang jika ia tidak taat kepada orang tua nya.

Abdullah bin Umar r.a. berkata: "Seorang datang kepada Nabi Muhammad s.a.w dan berkata: "Saya ingin berjihad (perang fisabilillah)." Nabi Muhammad s.a.w. bertanya: "Apakah kedua ibu bapamu masih hidup?" Jawabnya: "Ya, kedua-duanya." Sabda Rasulullah s.a.w.: "Didalam melayani keduanya harus berjihad."

Abul-Laits berkata: "Andaikan Allah s.w.t. tidak menyebut kewajipan berbakti kepada kedua orang tua itu dalam al-quran, dan tidak ditekankan nescaya dapat dimengertikan oleh akal bahawa taat kepada kedua orang tua itu wajib, kerana itu diwajibkan seorang yang berakal harus mengerti kewajipannya terhadap kedua orang tuanya, lebih-lebih Allah s.w.t. telah menekan dalam semua kitab yang diturunkan iaitu Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran, juga telah diwahyukan kepada semua Nabi, Rasul bahawa ridho Allah s.w.t. tergantung pada ridho kedua orang tua dan murka Allah s.w.t. tergantung pada murka kedua ayah bonda."



Jika hidup anda tidak tenang, check balik amalam anda terhadap ibu ayah. Bakti pada mereka, mintak ampun pada mereka, redhkanlah setiap perbuatan yang diberi kepada anda. Tapi saya amat yakin terhadap anda, anda dipilih oleh ALLAH sebagai anak yang soleh, anak para mujahid, dan paling penting anda lah harapn mak ayah untuk memimpin barisan para mujahidin. Itulah sebenarnya harapan mak ayah kita. Bukan harta yang dipinta tapi, percaya doa siang malam mereka adalah moga ALLAH mengurniakan anak yang soleh.

Bagi yang mengalami kes diatas, syabas untuk anda kerna terpilih menjadi hamba yang dikasihi ALLAH sesungguhnya saya amat cemburu akan anda.


note 1 : salam eidul adha pada semua. TYME nie saya amat keboringan, so update lah blog yang xseberapa. Sebab saya bukan dilahirkn sebagai penulis tapi saya ingin menjdi penulis
note 2 : saya dilanda syndrom of down yang tahap kronis akibat exam makin dekat. Bantulah saya dalam menyembuhnya.
note 3 : saya rindu pada mak dan abah. waktu mengulas post ni, saya membanjiri bilik dengan air mata. Betapa hina nya hambaMU ini. Tenx pada mak sebab menghadiahkan saya sebuah enset "sony ericson"
note 4 : doakan saya dalam exam ya..xmo repeat.............

Thursday, November 26, 2009

gosip


"pujalah artis2 korang..pujalah lagu2 mereka..ntah apa2 maksud la" ujar aku dalam hati setelah mendengar perbincangan mereka tentang hiburan. Jangan cop ana anti hiburan lak. Mazhab mana la kau pakai nabilah oii yang mengharamkan hiburan. YUPP. xboley ke kalau ana mengharamkannya kalau dah perangai korang cam dah xbetul. Agungkanlah mereka tu.

Terus terang la xpernah seorang pun yang ana jumpa yang tidak pernah cakap pasal artis baik tudung labuh maupun tudung ala2 "bienda". Muhasabah diri sebenarnya. Diri pun bukan baik sangat tapi rasa nya kalau cakap bab pasal artis memang fail. Stakat kenal siti nurhaliza kenal la lagi. Ana tak kisah kalau berbicara bait2 puisi maupun lirik nasyid, faedah gak la kalau difikirkan. Ini tidak duduk berkumpulan bicara pasal artis, bergosip sana sini, lagu apa yang main kat radio, tentang fesyen terkini lagi2 ikut2 lah orang barat. ISYH.. Naik pening pikir nya. Nie la orang melayu mudah layu. Maaf katakan. nak tanya. Berapa kerat artis melayu dapat baca quran dengan lancar? Berapa kerat artis melayu yang dah khtam quran? Ada x mereka mempunyai sijil agama? Nak jadi mereka ikon konon. Pirahhh. Xlayak la. Itz ok kalau lirik mereka ada unsur nasehat. lagi digalakkan kalau ada lgu berunsur keagamaan.Tapi kalau lagu cam ala barat2, xder unsur agama , xder unsur moral pe kejadah hafal lagu cam 2. Pas 2 menjerit2 dalam bilik menganggu orang lain.

Bukan nak kritik "korang". Tapi sedarlah wahai sahabat2 yang ku kasihi, hiburan xbawa ke syurga. Lagi bagus kalau korang beli album nasyid , perhtikan lirik meraka lagi faedah. At least dapat muhasabah diri. Ok kalau nak dengar lagu yang xbermanfaat tuk release tensen, dimaafkan tapi janji jangan bawa sampai ke dunia luar. Ini tak.. Kumpul ramai2 gosip sana sini. Cukup ku rimas keadaan begini. Kalau time cam nie. Angkat kaki kanan blah. Naik atas baca buku lagi bagus. Dunia tanpa hiburan sukar ku tafsir. Memang benar kata2 sahabat "nak kurangkan hiburan memang xboleh sebab hiburan 2 da jadi makan minum anak orang melayu macam mana mereka nak terima islam jika budaya hindunisme meraka anuti". Islam tak menyusahkn kengkawan. Hiburan itu dibenarkan tapi biarlah memadai sahaja. ini tidak hiburan dijadikan ketuhanan ,dunia lupa apatah lagi akhirat.


'Sesungguhnya beruntunglah orang-orang Mukmin. Yaitu, orang-orang yang khusyuk dalam shalatnya. Dan orang-orang yang meninggalkan perbuatan sia-sia.'' (QS Almukminun [23]: 1-3).


ayat di atas. Try tafsirkan. Beruntungkan orang muslim. ops bukan muslim but mukmin.Cukup tertarik dengan ayat "meninggalkan perbuatan sia-sia". Orang muslim tak semestinya orang mukmin. dan orang mukmin mesti orang muslim. Sebab orang mukmin tinggalkan perbuatan sia-sia. Orang melayu? orang melayu mestikah orang islam? dan orang islam adalah orang mukmin? Ana tinggalkan persoalan pada "korang". Bergosip pasal artis dan berbicara pasal hiburan yang tiada kaitan adakah ia termasuk dengan perbuatan sia-sia. PIKIRKANLAH anda...!!

Jangan kata ana haramkan hiburan. I said no!! hiburan itu dibolehkan tapi biarlah pada tempatnya. Hiburan at least ada lah sedikit moral n value nya. Tak kesah lah lagu apa2 . Ini tidak anda ikuti lah gosip yang ada kat dalam tv . GOSIP sahaja yang anda tahu. Tahukah anda perangai demikian melahirkan generasi baru yaitu bakal pemimpin yang berakal pendek.


10 perkara termasuk perbuatan sia-sia

Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-

1.Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2.Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3.Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.

4.Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.

5.Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.

6.Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7.Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8.Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9.Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10.Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.


sebenarnya ana tertarik dengan hadith yang bernombor 9. Anda bacalah sendiri. Kemudian ana tertarik dengan nombor 6. Kenapa ya macam benda nie terjadi pada lingkungan ana. Susah nak ditafsirkan. Sebab sebenarnya iman yang menjadi ukuran. tertanya2 gak. Adakah salah daie juga yang mengabaikan "korang" dan mereka xmemainkan peranan. Kesian para daie dipersalahkan. Mereka dah menunaikan amanah merka. Tapi itulah nak buat macam mana kan islam bukan satu paksaan. Hidayah itu milik ALLAH.

sebenarnya ana teringat 5 elemen yang bermula huruf s. sport,sex, song, 2 lain 2 tak ingat sangat. Tapi cuma nak tekan kan perktaan song. Elemen apa 2? itu adalah elemen ghazwul fikr yang diciptakan oleh eropah kat korang. Jahat x orang barat ni.?? Ana yang cakap jahat. korang x. sebab itulah korang agungkan mereka. Aik. Xkan lagu 2 pun boleh merosakkan akidah umat islam. Tipulah. Lagu xboleh,itu xboleh . Isyh teruk nya islam. ~~itu orang berfikir "BANGANG"

teruk kah islam sampai lagu pun diharamkan?ok jom kita tengok dan renung balik. Korang nyanyi lagu, jadi alpa dan lalai. bila dah syok lagu mesti cari artis. sampai berminggu2 dok menghafal lagu.perhatian korang kat "dia" yang sengal. Sedangkan ALLAH mengharap perhatian korang padaNYA. siapa teruk?? DIA bagi korang free jerk O2, makanan, xharap kan apa2 tapi korang balas kat DIA "islam tanpa iman". Siapa teruk?ALLAH bagi peluang kepada korang sekali lagi, ulama memberi kelonggaran boleh berhibur tapi mestilah ada batasnya sebab islam bukan satu kepayahan. Tapi korang ni degil xbersyukur korang lah jadikan islam satu kepayahan. Persoalannya siapa yang teruk? dah bagi betis nak peha. Boleh berhibur xsalah. tapi biarlah kena pada caranya. Cukuplah dengan lagu nasyid yang tenangkan fikiran kita disamping ingat pada ALLAH. bukankah dapat pahla?

korang xboleh bezakan hiburan yang dibenarkan dan hiburan yang tidak dibenarkan. sebb 2 korang cam2??xpe2 kami memahami. hiburan xsemestinya kene nyayi kan..banyak benda yang boleh hilang stress korang selain dengar lagu. Tunggang kuda, memanah, main dadu, main lumba lari, main catur dan lain2. kan banyak lagi hiburan. xyah dok main lagu pas2 bergosip bile da bergosip mana nak ingat ALLAH. makin lalai da~~

Rasulullah SAW dalam sebuah hadis menyebutkan, segala sesuatu yang di dalamnya tidak terdapat dzikrullah (mengingat kepada Allah) merupakan perbuatan sia-sia, seperti senda gurau, dan permainan. Kecuali empat hal yaitu senda gurau suami-istri, melatih kuda, berlatih memanah, dan mengajarkan renang.

"renungkan lah hadith tu .selamat berjuang kengkawan"


"manusia hidup di atas muka bumi ini hanya sbg hamba. Hamba tidak boleh punyai sifat Tuhannya iaitu sifat sombong.Jika manusia punyai sifat itu, maka ingatlah bahawa Tuhan itu lagi bersifat Maha Sombong kepada makhluk ciptaanNya."~qamarunnajmi~


"kita hidup di dunia bukan untuk berhibur dan senang lenang tapi untuk mengumpul segala amal ibadah untuk akhirat..itulah sebenarnya destinasi kita"

"saya manusia biasa yang ada silap dan salah .muhasabah diri adlah jalan terbaik untuk diri saya untuk mencapai keredhaan ALLAH kerna saya adalah hamba yang sangat hina"


p/s 1: salam eidul adha~~

Saturday, November 21, 2009

hari ini

.....................................................

hari ini : aku menangis. Tapi kerana apa? Kerana aku sedar aku banyak melakukan kesilapan. Aku malu memikirnya. Bunga di bilik ku hampir layu. Menunjukkan aku pura2 membizikan diri dan tidak peduli sama temanku. Aku tewas dalam menjaga mu. Itulah diri aku yang sebenarnya. Aku berusha perbaikinya. Maafkanlah aku wahai bunga

hari ini : Akhirnya aku berjaya menemui suatu titik "kefokusan" yaitu titik fokus hidup ku. berjaya mengetahui apa yang aku mahu dalam hidup. Untuk apa. Mengapa aku berpijak di bumi medan. Untuk apa semua itu. Akhirnya aku menemui jawapan. Aku tak mahu tewas lagi. Cukuplah aku berpura-pura mengetahuinya walau hakikatnya aku enggan mahu ambil peduli .Dan kali ini biarkanlah aku menang dalam pertarungan ini.

hari ini : zulhijjah sudah menjelma. Aku menghitung amal ibadah ku.melihat graf amalanku. Aku akui aku tewas lagi. aku tertanya-tanya. Mengapa aku begitu senang ditewaskan sama graf itu. benarkah "yang lemah akan kalah", "yang hebat terus menang". Adakah hebat yang menghiasi mata kita hebat juga dipandangan ALLAH? sudah tentu tidak. hebat belum tentu hebat dimata ALLAH. Aku hanya hamba yang lemah dan hina. hidup ini satu perjuangan. Aku tetap mahu bersaing untuk merebut cintaNYA . Graf yukk naik erkk..

hari ini : setakat mana kukuhnya iman aku pada ALLAH? aku menilainya kembali. Pagi tadi aku berjalan dan melintas seorang kanak-kanak yang ligat menyanyi bagi meraih simpati untuk mendapatkan sesuap makanan. Sedangkan aku barusan sahaja menghabiskan sekeping roti. itu pun terasa lapar.Terasa diri ini tidak bersyukur. "nikmat mana kah lagi yang aku mahu menafikan". Syukurlah nikmat yang diberikan. Namun ku maseh menghitung hari "kapan mahu elaun masuk". hu2~~

hari ini : dalam sejarah, praktikal IMT membuatkan ku menangis. Kerna ku sedar keikhlasan aku menuntut ilmu maseh kelihatan samar-samar. YA ALLAH bantulah hambaMU ini. Ikhlaskan lah hati ini ketika mengharungi liku-liku dalam perjuangan menuntut ilmu ALLAH.
baru ku sedar mampukah aku menggalas tanggungjawab ku sebagai pelajar FKG (dentistry) dan ku binggung memikir future as a dentist. YA ALLAH tolonglah hambaMU ini dalam membereskan kerja praktikalnya dengan mudah..ameen

hari ini : aku bertekad mahu buat "EPO" untuk pulang ke malaysia. risiko yang ku ambil akan ku tanggung sendiri kerna ku tahu ALLAH tidak pernah lepas pandanganNYA terhadap hambaNYA walau sesaat.


khas untuk sahabatku..

by : dehearty

Di hati bersama mengembara
Tiba masanya tika saatnya kuterasa
Meredah lautan kasih sinar iman yang subur
Redup menyinar hati sanubariku

Kutabahkan hatiku dibuang berkelana
Gerimis hati terpaku sukma
Semoga hidayahNya kan terus menyinar
Penuhi alam kegelapan

Berikan kekuatan dalam mencari sinar
Di jalan ini kuhadapi duka dan sedu sepi
Bersama teman-teman harungi perjuangan
Biarpun kekurangannya ada
Takkan ku gundah

Kita akan bersama
Menempuh segalanya
Bersatu hati mendamaikan jiwa yang keluh resah
Janji patri bersama ikatan teguh setia
Berjaya menuju gerbang impian kita harapkan

Di hati kita bersama..
Di hati kita melangkah...
Jangan dipisahkan kasih bersaudara
jangan didendamkan ukhuwah yang terbina..



p/s1 : terime kaseh kengkwn fkg sebab support saya. sayang kat korang
p/s 2 : tetibe rindu mak dan abah

Saturday, November 14, 2009

Mursyidul Am IM: Amanat Kepada Pelajar-pelajar Baru


Kamu adalah pencetus kebangkitan

Sesungguhnya telah menjadi ketentuan Allah s.w.t. bahawa dakwah tidak tegak dan tidak menang kecuali di atas bahu orang muda. Sirah Nabi s.a.w. adalah saksinya. Ibn Abbas r.a. melaporkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda pada hari peperangan Badar (maksudnya): “Sesiapa yang melakukan begini dan begini dan datang ke tempat ini dan ini, maka baginya ini dan ini!”, lalu berlumba-lumbalah para pemuda ke arahnya, sedangkan orang tua-tua terpacak sahaja di sisi bendera. (Riwayat an-Nasaei)
Maka pemuda hari ini adalah harapan bagi umat ini. Merekalah roh yang menghidupkannya dan tiang yang menjadi tonggaknya.

Mahasiswa dan mahasiswi khususnya adalah mereka yang mencipta kecemerlangan dan keunggulan. Merekalah agen perubahan yang dinanti-nantikan. Merekalah factor kebangkitan yang diharapkan. Lantaran itu, Allah s.w.t. menjadikan hati-hati pemuda sebagai bejana penampung ilmu. Dia menjadikan ilmu serasi bersemadi di dalam hati para pemuda. Ibn Abbas r.a. pernah berkata maksudnya: “Allah ‘Azza wa Jalla tidak memberikan ilmu kepada seseorang hamba kecuali pemuda. Kebaikan itu semuanya ada pada pemuda. Kemudian beliau membacakan firman Allah ‘Azza wa Jalla yang bermaksud:( (Setengah dari) mereka berkata: Kami ada mendengar seorang anak muda bernama Ibrahim, mencacinya. (Al-Anbia’:60) dan “Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh! Dan Kami berikan kepadanya Hikmat kebijaksanaan semasa dia masih kanak-kanak.” (Maryam:12)

Maka ummah berhajat kepada kejayaan akademik kamu, menanti cetusan ilmu hasil penyelidikan kamu, mengharap kecemerlangan dan keunggulan daripada kegigihan kamu. Siapakah yang lebih layak daripada kamu wahai pemuda. Kamu punya energy yang disalut cahaya ilmu untuk mengubah masa depan tanah air kita, memimpin dunia ini ke arah kebenaran, keadilan dan persamaan. “Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahi mereka dengan hidayat petunjuk.” (Al-Kahf:13)

Kewajipan Mahasiswa Yang Paling Utama

Sebenarnya saya telah melontarkan kepada kamu sebelum ini beberapa soalan. Hari ini akan saya lontarkan buat kali ke dua. Saya meminta setiap pemuda dan pemudi menggariskan di dalam jawapannya lukisan yang menggambarkan kewajipannya yang saebenar. Selepas itu mula bergerak ke arah kebangkitan dan mengembalikan hak-hak yang dirampas dari umat ini.

- Di manakah letaknya para pemuda dunia Islam di atas peta dunia dan sejauh mana kesan yang mereka bawa terhadap perubahan yang berlaku di dalam dunia hari ini?

- Bagaimana para pemuda di dunia Islam melihat kedudukannya di atas peta tanah airnya?

- Adakah pengetahuan pemuda dunia Islam sekarang bersumberkan Islam dan diwarnai pemikiran Islam atau diceduk daripada sumber yang lain?

- Apakah yang dicita-citakan oleh pemuda dunia Islam kita mengenai masa depan mereka?
Bukankah dengan jawapan itu kamu wahai pelajar, kamu dapat memahami reality umat hari ini, tentang apa yang kita harapkan daripada umat kita yang berusaha untuk membebaskan diri daripada ikatan penjajahan, kediktatoran, kerosakan dan penindasan?

Sesungguhnya Imam al-Banna telah mengingatkan hal ini kepada para pemuda di mana beliau pernah berkata: “Dan pada ketika itu kewajipan pemuda yang paling utama adalah memberi tumpuan kepada umatnya lebih daripada tumpuan kepada diri mereka sendiri!” Inilah juga yang dilihat oleh Rasulullah s.a.w. terhadap pahlawan-pahlawan dari kalangan pemuda di sekelilingnya. Baginda bersabda maksudnya: “Aku dibangkitkan, maka aku dikeciwakan oleh orang tua, dibantu oleh pemuda”
Dan hari ini tibalah masa untuk kamu menulung agama kamu tanpa takut dan ragu. Berpegang teguhlah kepada hak-hak kamu sekalipun berhadapan dengan ancaman dan tekanan yang berat. Suarakan kebenaran dengan lantang meskipun ia mengundang seribu rintangan. Kemukakan idea dan buah fikiran kamu tanpa segan dan malu. Jangan endahkan system kuku besi yang mencengkam kini kerana sesungguhnya tidak lama lagi ia akan berkubur. Tiada yang kekal kecuali kebenaran.

Melangkah ke medan amal

Antara kewajipan pelajar yang paling utama terhadap umat adalah langkah-langkah praktikal yang diajukan oleh mereka dan ikhwan dari segi fikrah, amal dan pelaksanaan. Ayuhlah dari sekarang kita bergerak demi merealisasikan impian Imam al-Banaa ketika beliau berucap di hadapan para pelajar di dalam muktmar mereka: “Kita tinggalkan medan bercakap ke medan amal, medan meletakkan strategi dan manhaj ke medan melaksana dan merealisasi.

Timur menuntut kita dengan sungguh-sungguh sepaya bekerja keras, kerja yang membuahkan hasil. Dunia seluruhnya mempersiapkan diri mereka dengan membina kekuatan kekuatan dan mencari jalan-jalan yang membawa kepada kejayaan. “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.” (As-Saff:2-3)

Ayuh kita fahami Islam. Ia satu-satunya risalah yang mampu menyelamatkan dunia dan seluruh isinya. Ia mengandungi siasah, ekonomi, kemasyarakatan, kebudayaan dan undang-undang. Kalau bukan itu, maka apakah dia?

Imam al-Banna telah menjawab di hadapan para pelajar dengan berkata: “Adakah Islam itu rakaat-rakaat yang lahir dari hati yang tiada khusyu’? Atau adakah ia lafaz-lafaz/perkataan-perkataan yang diucapkan di bibir semata? Adakah hanya untuk ini al-Quran diturunkan? Tidak! Ia merupakan system yang sempurna, kemas, rapi dan terperinci! “…dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayat petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan, bagi orang-orang Islam.” (An-Nahl:89)

Mari kita lakukan pengislahan dan berpegang dengannya sekalipun terdapat halangan dan rintangan kerana pengislahan adalah perintah Allah “Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah.” (Al-Maidah:50).

Sesungguhnya Rasul ikutan kita telah mengingatkan kita dengan sabdanya yang bermaksud: “Din itu nasihat. Mereka bertanya: “Untuk siapa ya Rasulullah? Baginda menjawab: “Untuk Allah, RasulNya, KitabNya, imam-imam muslimin dan awam mereka”. Dengan itu, mustahil bagi kita berjalan ke suatu matlamat selain daripada matlamat Islam, atau kita berkerja untuk satu fikrah selain daripada fikrah Islam yang suci. “(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam) dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat.” (Al-Baqarah:138)
Ayuh kita laungkan dakwah Islam senyaring-nyaringnya agar gemanya tinggi dan didengari. Sesungguhnya inilah tabiat dakwah yang dibawa oleh Nabi kita s.a.w. Adakah kita mahu menyimpang daripadanya? Atau adakah ia seharusnya sebati dengan urat saraf kita, darah kita, jiwa kita dan akal kita? Maka kita jadi seperti generasi pertama yang memikul amanah ini dan mempertahankannya? Mereka adalah rahib di waktu malam, perwira di waktu siang. Teman setia masjid, ahli ibadah yang taat, penghafaz kitab suci, mendokong ilmu, tentera dakwah, pembina hadharah yang menjulang tinggi memenuhi bumi, membebaskan bangsa-bangsa, mengajar manusia, menanam benih kemuliaan di mana jua.

Maka jadilah kamu utusan kesejahteraan di sekolah-sekolah kamu, di universiti-universiti kamu sehingga makna-makna ini hidup di dalam diri kawan-kawan kamu, guru-guru kamu dan keluarga kamu.

Kamu wahai pemuda orang yang memelihara kebebasan umat dan kemerdekaannya, yang mengembalikan kemuliaan dan ketinggiannya, yang memertabatkan keagongan dan kepemimpinannya, supaya ia kembali mengambil tempatnya yang di hadapan di kalangan bangsa-bangsa, darjatnya yang tinggi di kalangan umat-umat di muka bumi, supaya dia terlepas daripada cengkaman penjajahan yang jelik di Palestin, yang menceroboh tanah suci umat Islam, yang sedang berusaha untuk meyahudikan al-Quds dan meruntuhkan masjid kita, atau penjajah yang hina di Iraq dan Afghanistan, atau penguasaan yang memualkan di Kasymir dan Turkistan, atau kelemahan yang menyeluruh di semua negara umat Islam. Di dalam negara umat Islam sendiri pula, berlaku pembunuhan sesama Islam, penangkapan orang-orang mulia yang tidak berdosa, pembatasan kebebasan bergerak dan bersuara, pemalsuan undi dalam pilihanraya, penghukuman tanpa berpandukan akal dan perasaan kemanusiaan. Kamulah yang bertanggungjawab membetulkannya.

Dan tidak ada jalan untuk merealisasikan semua itu melainkan dengan membuat persediaan dan melengkapkan bekalan “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya.” (Al-Anfal:60). Dengan itu kamu akan dapat membuka lembaran baru ke arah membangun umat kita. Ini juga memerlukan paduan tenaga, gabungan kekuatan, memanfaatkan semua kebolehan, kerja yang bersunguh-sungguh di setiap medan. Jangan tuang tenaga kamu kecuali untuk merealisasikan matlamat kamu, iaitu menyelamatkan bangsa kita sekarang ini. Sesungguhnya bangsa kita telah mula bernafas, telah bersedia untuk bangkit dengan cergas, tetapi ia berhajat kepada orang yang dapat memandu arah dan menunjukkan jalan.

Dan dengan itu kamu telah menyiapkan jalan untuk berpindah daripada kelemahan, kefaqiran, kejahilan dan kehinaan yang ditaja oleh mereka yang tidak inginkan kebaikan dan pembaikan. Mereka hanya melakukan kerosakan di bumi. Jangan kamu hiraukan mereka itu. Kamu adalah pencetus kebangkitan. Hadapi mereka dengan hikmah. Hikmah bererti jangan berhenti dan jangan undur atau berpaling ke belakang. Sekiranya mereka menghalang kamu daripada menyuarakan pandangan kamu dengan cara berdemontrasi maka nyatakan pandangan kamu di angkasa raya, menerusi internet atau risalah-risalah dengan segala macam dan cara, atau suarakan kepada kaum kerabat, rakan-rakan, pusat-pusat komuniti, kelab-kelab sosial atau berbicara dengan ahli akademik, golongan berpendidikan tinggi dan para profesynal. Sesungguhnya dakwah kita bukan dakwah yang meruntuhkan atau mengoyakkan, memalsukan atau memecahkan. Dakwah kita adalah kesejahteraan, kejujuran, pembinaan dan pembaikan.

Jadilah kamu barisan pemuda yang satu. Ia sudah cukup untuk mengambil kembali semua hak-hak. Awasi perpecahan dan pertelingkahan. Sesungguhnya musuh sentiasa mengintai kamu dan menunggu peluang untuk memecah belahkan tenaga kamu, mencerai beraikan usaha kamu, pergeseran sesama kamu, percakaran di kalangan kamu, pemboikotan antara kamu, perbezaan hala tuju di dalam saf kamu. Sesungguhnya masa depan benar-benar memanggil kamu, mendesak kamu supaya beramal dan berjalan selaju mungkin, melangkah sepantas yang boleh. Kemukakan dakwah Islam dengan iman yang mendalam, dengan bukti yang kukuh, dengan keyakinan yang teguh. Jadikanlah firman Allah sebagai slogan kamu “Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Dia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.” (Al-Anfal:24)

Akhirnya:
Ketahuilah bahawa Allah bersama kamu selagi kamu mengetahui tangungjawab kamu, kamu memahami betapa besarnya dakwah kamu, kamu ikhlaskan niat kamu untuk Allah. Kamulah tonggak kekuatan umat ini, kuasa penolaknya ke hadapan, yang membawakan kemajuan dalam bidang ilmu pengetahuan. Kamulah lambang kesatuannya, kemantapan pendiriannya, harapan masa depannya, keamanan hari ini dan hari esoknya.
Maka tunggulah saat kemenangan, nantikanlah waktu kejayaan. “… Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira; Dengan kemenangan yang diberi Allah. Dia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.” (Ar-Rum:4-5)

Al-Ustaz Muhammad Mahdi ‘Aakif
Khamis 12 Syawal 1430/1 Oktober 2009
Risalah al-Ikhwan, bil 610, 13 Syawal 1430/2 Oktober 2009


sumber: http://khyrulhycal313.blogspot.com/2009/10/mursyidul-am-im-amanat-kepada-pelajar.html