Alhamdulillah. Syukur kehadrat ilahi. Genap 24tahun saya hidup pada 31 disember. Allah masih memberi peluang untuk saya berkhidmat sebagai hamba Allah. Dan terima kasih pada sahabt2 yang memberi ucapan. Seronok dapat hadiah dan kek yg banyak2. Dan paling saya terkesan ucapa yang diberi pada murobbi saya. Jazakillah ukhti. Terima kasih akhwat "humaira" doakan kakakmu, terima kasih akhwat "hurul al-ain" buat majlis makan meraikan dan ada scene dramatik. Dan akhwat "kauthar" yang sudi nyanyi pagi2 buta atas request saya even ntunna masih di jakarta. Terima kasih pada semua yang saya xsebut. Dan terima kasih pada siklus clinical saya sebab xbuat apa yang kalian plan kan. Mujur waktu tu saya balik malaysia. Simpanlah telur2 anda tu. Hahaha.
Hijrah
Ya. Saya berhijrah demi janji saya pada Allah. Bukan suatu yang mudah untuk berhijrah. 2 bulan saya muhasabah diri saya. Since saya masuk clinical banyak benda yang berlaku dalam diri saya. Teguran dari Allah buat saya yang lalai.
Dalam situasi saya sebagai seorang bakal dokter, situasi saya sebagai seorang anak kepada orang tua yang sudah lama tinggal di kampung yang terlalu phobia dengan islam dan situasi saya sebagai bakal seorang pendakwah di malaysia. Dalam keadaan saya yang mahu berhijrah boleh mendatangkan fitnah pada diri saya. Dan saya nekad untuk istiqamah memakai niqab. Permulaan yang sukar kerna saya harus beradaptasi dengan masyarakat yang melihat keanehan dalam pemakaian niqab. Namun alhamdulillah. Allah permudahkan urusan saya. Namun agak sukar saya mengekalkan penghijrahan waktu saya kembali ke indonesia. Tidak tahu mengapa. Kerna pemakaian niqab tidak dibenarkan sewaktu saya bekerja. Saya raikan hujah mereka. Ada benarnya. :)
Terima kasih pada kak lin sebab bagi semangat tuk saya berhijrah. Syukran ukhti!
Diri saya
24 tahun saya hidup. Saya xnak expect semua orang suka saya. Ada yang tak suka tingkah laku saya yang friendly, "galau" dan emosi. Jujur sikap saya xsama dengan semua orang yang saya kawan. Overall yang saya observe dlm diri saya, saya adalah seorang yang emosi, mudah kecil hati, suka bising, suka galau dan saya mudah cemburu once kalau mereka lebih pandai dari saya. Dan dalam sehari tu, perkataan maaf sering saya ucap. Mudah saya maafkan orang namun sukar saya nak menatap orang yang membuat saya kecil hati. Itulah saya. Dalam dunia tarbiyah semua mengajar saya berdapang dada. Jadi saya harus berdapang dada dengan semua orang. Tarbiyah mengajar saya segala2. Tarbiyah juga mengajar saya arti cinta sebenar. Sebelum saya mengenal tarbiyah, saya mudah membenci orang yang membuat saya kecil hati. Sampai kan waktu saya dimatrik, saya hanya bersahabat dengan "budak surau". Namun bila saya berinjak ke dunia tarbiyah sebenar, saya berkawan dengan pelbagai orang, baru saya sedar dunia ini tidak sama seperti yang kita pikirkan. Terima kasih ya Allah kerna sentiasa tunjuk jalan yang terbaik. :)
Mohon maaf. Saya hanya manusia biasa. Saya tak dapat puaskan hati masing2. Ya kadang2 saya terpaksa menjadi hipokrit untuk memuaskan hati semua orang. Saya cuba yang terbaik untuk melapangkan hati semua. Maaf kalau saya gagal melapangkan hati ntunna semua.
"mereka telah diliputi kehinaan dimana saja mereka berada kecuali jika berpegang pada agama Allah dan hubungan dengan manusia......" 3:112
Dan saya seorang yang mudah dibuli. :)
p/s : Oleh kerna banyak ucapan besday pasal baitul muslim, tetiba hati saya pikir pasal mak. Ohh mak!