“Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” 47 : 7
Saturday, July 16, 2011
saya tergamam
Semalam saudara Mohd Firdaus Madzlan atau lebih mesra dikalangan mahasiswa Islam di Mesir sebagai Ust Alang. Menerima panggilan telefon daripada doktor kuliahnya, di Darul Ifta' Misriyyah. Bahawa beliau telah dibuang daripada universiti atas alasan ada masalah dengan kedutaan Malaysia di Mesir. Kemungkinan besar adalah disebabkan beliau adalah penganjur kepada Bersih 2.0 Mesir baru-baru ini.
Saudara Firdaus adalah penuntut kursus lanjutan untuk menjadi mufti di Darul Ifta' Misriyyah. Beliau yang akan menamatkan pengajiannya pada 25 Julai ini, setelah 3 tahun menghabiskan masa untuk melayakkannya menjadi seorang bakal mufti terpaksa berputih mata, atas alasan menganjurkan Bersih 2.0 dan ia tiada kena mengena dengan undang-undang atau kesalahan universiti. Hanya kerana mendapat arahan daripada kedutaan Malaysia, beliau dinafikan haknya.
Apakah ini demokrasi dan keterbukaan kerajaan Malaysia? Walhal di Mesir, atau pelajar Malaysia yang belajar di luar negara sama sekali tidak terikat dengan Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU) yang membolehkannya untuk dikenakan tindakan yang terkandung didalam akta tersebut. Amat malang dan menyedihkan tindakan yang diambil oleh kerajaan Malaysia kerana politik sempit.
BERSIH 2.0 di Mesir
Persoalannya sekarang, mengapa hanya di Mesir diambil tindakan? Bukankah Bersih 2.0 dianjurkan diseluruh dunia? Di Australia, Jepun, Taiwan, United Kingdom, US dan lain-lain lagi? Adakah hanya kerana beliau seorang mahasiswa Melayu Islam, maka tindakan tersebut dikenakan keatas beliau? Jika kerajaan Malaysia ingin mengenakan tindakan sebegitu, biarlah adil, hukum semua penganjur atau mereka yang terlibat dengan tindakan yang sama ditempat-tempat lain. Jangan hanya kerana kami anak Melayu, kamu berani mengambil tindakan, berbanding pelajar bangsa lain? Ini sikap double standart kerajaan Malaysia.
Apa yang salahnya dengan penganjuran Bersih 2.0 di Mesir atau diseluruh dunia? Walhal ia dilaksanakan untuk menyokong dan menuntut kearah sistem pilihanraya yang bebas dan lebih adil. Malah, ia dilaksanakan dengan aman dan tiada sebarang provokasi dan kekecohan. Maka, dimana atau atas alasan apa beliau dihukum? Jika dikatakan menderhaka kepada Yang Dipertuan Agong, dimana lafaz atau tindakannya yang menderhaka? Dalam titah Yang DIpertuan Agong sendiri tiada kenyataan dikeluarkan melarang perhimpunan Bersih, tetapi baginda hanya menasihatkan bahawasanya himpunan/demonstrasi jalanan lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.
Seluruh dunia melihat, bahawa keburukan dan kekecohan itu berlaku adalah disebabkan provokasi polis dan menggunakan kekerasan. Walaupun perdana menteri cuba menafikan dengan mengatakan polis hanya menggunakan tindakan yang paling minimum keatas demonstran dalam temubualnya dengan CNN dalam rangka lawatan ke UK semalam. Tenyata, kebenaran tidak dapat disembunyikan lagi, semua mata memandang dan mengatakan bahawa tindakan polis dan FRU adalah zalim dan melanggar hak asasi manusia. Jika tidak, masakan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyelar tindakan kerajaan Malaysia dalam menyurai dan mengendalikan himpunan aman Bersih baru-baru ini.
Sepatutnya kerajaan menggunakan peluang himpunan bersih 2.0 sebagai satu peluang dan menambah kredit bagi menunjukkan kepada rakyat Malaysia dan dunia, bahawa Kerajaan Barisan Nasional yang ada sekarang adalah terbuka dan rasional dalam memberikan hak kepada semua rakyat seperti mana yang terkandung dalam perlembagaan negara, hak setiap warganegara untuk berhimpun secara aman dan bebas bergerak diseluruh negara. Tetapi, kerana ketakutan yang amat terhadap tuntutan bersih, kerajaan tidak nampak peluang dan ruang yang boleh mereka ambil daripada perhimpunan aman tersebut.
Kami berharap kerajaan Malaysia tidak sebodoh itu dan menarik balik tindakan kurang cerdiknya hanya kerana seorang rakyat menuntut hak agar diadakan pilihanraya yang bersih dan adil.
Ayuh sahabat-sahabat sama-sama kita mendoakan agar mereka yang dizalimi mendapat pembelaan dan mereka yang zalim Allah beri hidayah atau hancurkan mereka.
Rasulullah Sollallahu alaihi wasalam pernah bersabda: "Barangsiapa yang memudahkan jalan orang yang ingin menuntut ilmu, Allah akan mempermudahkan jalannya untuk ke Syurga" maka dengan tindakan menyusahkan serta ingin menyekat orang ingin menuntut ilmu hanya kerana perbezaan fahaman politik, seolah-olah ia menolak tawaran syurga daripada Allah subhanahu wataala. Maka, lawan kepada syurga adalah neraka.
Sabda Rasulullah SAW: "Bantulah saudaramu yang zalim atau yang di zalimi". Para sahabat lalu bertanya: "Memang kita perlu membantu saudara kita yang dizalimi, tetapi bagaimana pula kita membantu mereka bilamana mereka melakukan kezaliman?”. Maka Rasulullah SAW menjawab : “Engkau mencegahnya daripada melakukan kezaliman, itulah cara membantu saudaramu yang zalim.” (H.R. Al-Bukhari)
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga
Jika demonstrasi aman sebegini pun dikata tindakan yang memalukan negara, hingga dibuang universiti. Lebih baik kita buat huru hara sungguh, biar tindakan buang universiti tersebut setimpal dengan tindakan yang dilakukan. Jangan cabar anak muda untuk melakukannya. Kami mampu merusuh, menyerang kedutaan, tetapi kami tidak mahu lakukan, sebab kami tahu bukan sebegitu yang Islam ajar dan kami masih ada pertimbangan yang rasional dan menghormati adab tingkah laku sebagai seorang mahasiswa Islam. Dan yang paling penting perlu difahami adalah kami bukan menentang kerajaan, kami sekadar mahu penambah baikan dalam sistem piliharaya negara. Tanda cinta dan semangat patriotisme kami anak Malaysia.
SUMBER : http://allgreenislamic.blogspot.com/2011/07/dibuang-universiti-kerana-menganjur.html
p/s : permai pun kuning. Adakah pihak kedutaan akan mengambil tindakan terhadap PERMAI.
.
PERMAI
kueh raya
Macam tak percaya bisnes kueh raya.Thanks atas support sedara2 dan syukur ke hadrat ilahi dengan kelimpahan nikmat. ALAHAMDULILLAH.
Semalam tart. Rasa agak lembut rugi siapa tak beli. ok. Hari ini kita buat almond londang tapi almond tak perfect sangat sebab badam cincang tak ada. Satu klang pusing cari badam. Sampaikan abang kedai 2 da cam muka. Isy gara2 pergi kedai selalu. Yela barang dapur mana la cukup. Asal budak2 nak makan telur , telur pulak tak ada. Takut pulak abang 2 ingat saya syok kat dia asyik pergi kedai dia. T-T. kalau ada delivery kat sana kan bagus. Apa la punya la maju negara. Skang kedai xyah orang pergi. Juz fb pas 2 pesan dan hantar. Kan senang. Isyh
Oleh kerana as manager yg sibuk buat kueh raya, maka hari ini kita lunch siap dinner dalam jam5 petang. Nasi goreng+ sotong goreng je pun. Gara2 xsampai hati melihat cik adibah yang sedang mengunyah megi. Kang die report kat mak ina, baru padan muka ko nabilah. :)
GIGI
Cuti2 pun hari2 tengok gigi. Mana taknya setiap hari semua orang ngadu sakit gigi. Makan je tahu tapi gosok gigi salah teknik,salah masa dan salah FAHAM. Sebab apa? majoriti orang beranggapan gosok gigi masa nak mandi je. Pas 2 pakai berus gigi yang macam berus PIUK.
Maka dengan rasa riangnya hati saya menyarankan mak cik2 pakcik2 adik2 kakak2 memberus selepas makan dan b4 tidur. (gaya bercakap as seorang dr.eceheceh). Kenapa harus sebelum tidur. Kerana untuk mebentuk plak kt gigi bukan ambil masa yang lama . Sekejap sahaja dalam masa tidak kurang 24jam plak boleh muncul kembali. Awas donk. Karies kat gigi bisa terjadi. Dari situ la kalian nggak bisa makan. (gaya yang menakutkan hak2)
Make sure lepas gosok gigi rajin2 la berflossing. Takut sisa makanan duk kat celah gigi. Kang xpasal2 tambal gigi klas III.
Ajar anak menjaga gigi. Boleh dikatakan semua budak yang saya jumpa dalam keadaan karies rampan (karies lebih dr 6 gigi) gara2 susu botol. Si kembau ni pun hisap botol lagi. Maka saya ajar minum menggunakan cawan. Tapi xboleh juga nak suruh minum use cup sebab da besar2 mana la dengar nasihat sangat. Gigi depan yang sepatutnya cabut (assume gigi permanent da eruption) . Tapi gigi dorang nie xboleh guna tangan harus guna TANG+ethyl chloride sebb da la liat +meraung pulak. LEMAS. Biar jela.
gigi ompong (makanya berus gigi donk!)
Tiba2
tiba2 rasa tercabar kalau bab ni dikaitkan. Masih saya ingat kata2 angah "korang blja tinggi dapat degree pun tahu ke memasak?". Kata2 angah 2 la saya simpan. Memang akui budak2 medik nie memang xtahu masak termasuk saya. Dan kata2 itulah saya pegang sampai saya berazam nak jadi CHEF. Amazing kan. Dari tidak tahu, kita cuba bolehkan yang kita tahu. Dan ILMU Allah 2 sangat luas. Ikhlaskan hati, istiqamah insyaALLAH dari yang kosong jadi orang yang tahu. Sekarang nie chef hanieliza jadi anak murid saya taw . ehh
Renung sejenak
[Surah Al-Baqarah: 174]
Wednesday, July 13, 2011
bersih 2.0
cuti..
macam2 aku buat tyme cuti..cuma satu aku sedih hati..xdapat jumpa sahabat2 matrik tyme bersih n kt klang..sebb aku bukannya boleh keluar macam biasa..ada tiket 2 nak keluar..tiket da la mahal
last week sempat buat cheese tart n moist choclate cake dgn bantuan pembantu2 yang diimport. Tapi xlayaklah la nak jadi macam chef hanieliza sampai kan aku da kena sound. La kata ko da fed up dengan dunia masakan.Hakhak. Hanya trick sahaja sebab da ada orang puji aku. Bukan senang orang nak puji aku. *syok sendiri*
cheese tart. MEMANG SEDAP. Kalau bukan masa 2 aku tengah "sedih" mesti da licin aku kerjakan. Nasib kakak korang ni baik hati
sebelum dibakar
bile aku DATING
musafir
da lama duk umah maka bermula la perjalanan aku sebagai musafir di bumi KLANG. B4 g klang lawat sekolah dulu. Wow sangat cantik!!terima kasih cikgu.
.
Thursday, July 7, 2011
Monday, July 4, 2011
cinta itu bukan aneh
Bismillah ...
❤❤ Dalam Diam,,, Aku Ingin Mencintaimu Karena Allah ❤❤
Pesan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah:“jangan pernah kau menyalahkan cinta, tapi salahkan mereka yang menyalahgunakan cinta hingga berbuat dosa”
{ astaghfirullaaha wa'atuubu ilaih }
❤•*ﷲ*•♫♪Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang,cukup cintai ia dalam diam…karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya…kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya… karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu… menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu…karena diammu bukti kesetiaanmu padanya…
❤•*ﷲ*•♫♪Karena mungkin saja orang yang kau cintai, adalah juga orang yang telah Allah Subhanahu Wa Ta’ala benar-benar pilihkan untukmu… Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali Radhiyallahu ‘anhuma ? yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan…tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah…Karena dalam diammu tersimpan kekuatan…kekuatan harapan, kekuatan impian,,hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan dan impian itu menjadi nyata…dan cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata…bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap dan berdo’a pada-Nya ?
❤•*ﷲ*•♫♪Dan jika memang ‘cinta dalam diammu’ itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam… Iyaa… biarkan… karena Allah Ta’alaa masih punya rencana dan ‘hadiah’ lain untukmu…jika dia memang bukan milikmu, melalui waktu akan menghapus ‘cinta dalam diammu’ itu dengan memberi rasa yang lebih indah, dan orang yang tepat oleh Allah Subhanahu Wata’ala biarkan ‘cinta dalam diammu’ itu menjadi memori tersendiri… dan sudut hatimu menjadi rahasia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu… Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Tata hatimu…
❤•*ﷲ*•♫♪Sudahkah aku pantas untuk dia ? Benar-benar pantas…???Biarkanlah jiwamu terbang bebas menjalani semua niatmu, yang terpenting,kita perlu berbaik sangka selalu pada Allah Ta’alaa…Pasangan kita, adalah cerminan sosok yang hampir mirip dengan kita…Cintamu pada orang yang kau cintai dan sayangi, titipkanlah…Titipkanlah pada Allah Ta’alaa…Sebab hanya Allah Ta’alaa yang Maha Menjaga…dikala kau dan dia saling berjauhan…dikala kau dan dia saling memendam rindu, ingin bertemu…Allah menjaga dengan menenangkan hatimu melalui dzikir dan tadabbur…
❤❤❤ Cintamu pada orang yang sungguh-sungguh kau sayangi, adalah milik-Nya…
❤•*ﷲ*•♫♪❤ Wallahu A’lam bish Shawwab...
❤ Semoga bermanfaat Insya Allah...
❤ Salam santun dan salam ukhuwah fillah selalu...:)
from yana 4th year as medical student kt azhar..tenx yana!~kangan sama kamu~
.
Sunday, July 3, 2011
jalan tanpa henti..bile da penat berehat bersama devotees
Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menanti
Bila dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
Pada-Nya yang kuasa di kau berserah
Jika kau rebah
Jika kau kalah
Bersaksilah rahmat-Nya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa
Duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat-Nya Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia
.
bersama dia..
bersama si dia..
membuatku berasa geram..
enset ku selau hilang..
dan bersama dialah duet saya asik habes..
kerna dia adalah nabihah..my sis
genap 2 minggu saya di rumah..
tiada yang harus dibanggakan..
dan 2 minggu ini la membuat saya berkeputusan beralih ke dunia jahitan..selamat tinggal dunia masakan..
memaang xboleh mengalir darah masakan..hanya yang pro menjahit..cehh..prasan!
baju kurung yang pertama dijahit oleh saya tyme umur 13 tahun..wooww amazing..^^
minggu terakhir mungkin saya dirumah pas tu cabut tempat biasa..
caramel guna susu cair..
guna susu pekat..sgt manis..menyesal buat guna susu pekat..gara2 abah yang suka caramel godeh je apa yang ada kat dapur..
apam buat tyme budak2 usim balik..keras sebb baking powder abes..buat guna bikarbonat..da agak da akan keras..xpela janji habes
pavlova..datz my feveret..tapi guna resepi cik biha..lama plak masak..da kata guna la resepi cheq..xdengar..
budak ni asik merajuk..tiap2 minggu lawat dia..manja bebenau..senang kalau nak suh dia menangis..korang cite kat dia semua adik beradep balik pas 2 buat gathering malam2..makan2..gelak2..kompem dia nangis..terpkse la buat surat bawa dia lari..kakak ko yg la kne setelkan..
.