bismillah

Saturday, July 16, 2011

saya tergamam

.

Semalam saudara Mohd Firdaus Madzlan atau lebih mesra dikalangan mahasiswa Islam di Mesir sebagai Ust Alang. Menerima panggilan telefon daripada doktor kuliahnya, di Darul Ifta' Misriyyah. Bahawa beliau telah dibuang daripada universiti atas alasan ada masalah dengan kedutaan Malaysia di Mesir. Kemungkinan besar adalah disebabkan beliau adalah penganjur kepada Bersih 2.0 Mesir baru-baru ini.

Saudara Firdaus adalah penuntut kursus lanjutan untuk menjadi mufti di Darul Ifta' Misriyyah. Beliau yang akan menamatkan pengajiannya pada 25 Julai ini, setelah 3 tahun menghabiskan masa untuk melayakkannya menjadi seorang bakal mufti terpaksa berputih mata, atas alasan menganjurkan Bersih 2.0 dan ia tiada kena mengena dengan undang-undang atau kesalahan universiti. Hanya kerana mendapat arahan daripada kedutaan Malaysia, beliau dinafikan haknya.

Apakah ini demokrasi dan keterbukaan kerajaan Malaysia? Walhal di Mesir, atau pelajar Malaysia yang belajar di luar negara sama sekali tidak terikat dengan Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU) yang membolehkannya untuk dikenakan tindakan yang terkandung didalam akta tersebut. Amat malang dan menyedihkan tindakan yang diambil oleh kerajaan Malaysia kerana politik sempit.


BERSIH 2.0 di Mesir

Persoalannya sekarang, mengapa hanya di Mesir diambil tindakan? Bukankah Bersih 2.0 dianjurkan diseluruh dunia? Di Australia, Jepun, Taiwan, United Kingdom, US dan lain-lain lagi? Adakah hanya kerana beliau seorang mahasiswa Melayu Islam, maka tindakan tersebut dikenakan keatas beliau? Jika kerajaan Malaysia ingin mengenakan tindakan sebegitu, biarlah adil, hukum semua penganjur atau mereka yang terlibat dengan tindakan yang sama ditempat-tempat lain. Jangan hanya kerana kami anak Melayu, kamu berani mengambil tindakan, berbanding pelajar bangsa lain? Ini sikap double standart kerajaan Malaysia.

Apa yang salahnya dengan penganjuran Bersih 2.0 di Mesir atau diseluruh dunia? Walhal ia dilaksanakan untuk menyokong dan menuntut kearah sistem pilihanraya yang bebas dan lebih adil. Malah, ia dilaksanakan dengan aman dan tiada sebarang provokasi dan kekecohan. Maka, dimana atau atas alasan apa beliau dihukum? Jika dikatakan menderhaka kepada Yang Dipertuan Agong, dimana lafaz atau tindakannya yang menderhaka? Dalam titah Yang DIpertuan Agong sendiri tiada kenyataan dikeluarkan melarang perhimpunan Bersih, tetapi baginda hanya menasihatkan bahawasanya himpunan/demonstrasi jalanan lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.


Seluruh dunia melihat, bahawa keburukan dan kekecohan itu berlaku adalah disebabkan provokasi polis dan menggunakan kekerasan. Walaupun perdana menteri cuba menafikan dengan mengatakan polis hanya menggunakan tindakan yang paling minimum keatas demonstran dalam temubualnya dengan CNN dalam rangka lawatan ke UK semalam. Tenyata, kebenaran tidak dapat disembunyikan lagi, semua mata memandang dan mengatakan bahawa tindakan polis dan FRU adalah zalim dan melanggar hak asasi manusia. Jika tidak, masakan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyelar tindakan kerajaan Malaysia dalam menyurai dan mengendalikan himpunan aman Bersih baru-baru ini.

Sepatutnya kerajaan menggunakan peluang himpunan bersih 2.0 sebagai satu peluang dan menambah kredit bagi menunjukkan kepada rakyat Malaysia dan dunia, bahawa Kerajaan Barisan Nasional yang ada sekarang adalah terbuka dan rasional dalam memberikan hak kepada semua rakyat seperti mana yang terkandung dalam perlembagaan negara, hak setiap warganegara untuk berhimpun secara aman dan bebas bergerak diseluruh negara. Tetapi, kerana ketakutan yang amat terhadap tuntutan bersih, kerajaan tidak nampak peluang dan ruang yang boleh mereka ambil daripada perhimpunan aman tersebut.

Kami berharap kerajaan Malaysia tidak sebodoh itu dan menarik balik tindakan kurang cerdiknya hanya kerana seorang rakyat menuntut hak agar diadakan pilihanraya yang bersih dan adil.


Ayuh sahabat-sahabat sama-sama kita mendoakan agar mereka yang dizalimi mendapat pembelaan dan mereka yang zalim Allah beri hidayah atau hancurkan mereka.

Rasulullah Sollallahu alaihi wasalam pernah bersabda: "Barangsiapa yang memudahkan jalan orang yang ingin menuntut ilmu, Allah akan mempermudahkan jalannya untuk ke Syurga" maka dengan tindakan menyusahkan serta ingin menyekat orang ingin menuntut ilmu hanya kerana perbezaan fahaman politik, seolah-olah ia menolak tawaran syurga daripada Allah subhanahu wataala. Maka, lawan kepada syurga adalah neraka.


Sabda Rasulullah SAW: "Bantulah saudaramu yang zalim atau yang di zalimi". Para sahabat lalu bertanya: "Memang kita perlu membantu saudara kita yang dizalimi, tetapi bagaimana pula kita membantu mereka bilamana mereka melakukan kezaliman?”. Maka Rasulullah SAW menjawab : “Engkau mencegahnya daripada melakukan kezaliman, itulah cara membantu saudaramu yang zalim.” (H.R. Al-Bukhari)

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga

Jika demonstrasi aman sebegini pun dikata tindakan yang memalukan negara, hingga dibuang universiti. Lebih baik kita buat huru hara sungguh, biar tindakan buang universiti tersebut setimpal dengan tindakan yang dilakukan. Jangan cabar anak muda untuk melakukannya. Kami mampu merusuh, menyerang kedutaan, tetapi kami tidak mahu lakukan, sebab kami tahu bukan sebegitu yang Islam ajar dan kami masih ada pertimbangan yang rasional dan menghormati adab tingkah laku sebagai seorang mahasiswa Islam. Dan yang paling penting perlu difahami adalah kami bukan menentang kerajaan, kami sekadar mahu penambah baikan dalam sistem piliharaya negara. Tanda cinta dan semangat patriotisme kami anak Malaysia.


SUMBER : http://allgreenislamic.blogspot.com/2011/07/dibuang-universiti-kerana-menganjur.html


p/s : permai pun kuning. Adakah pihak kedutaan akan mengambil tindakan terhadap PERMAI.




.

PERMAI


Kumpul duet dari sekarang






.
p/s : saya xder duet nak sponsor anda. so start dari sekarang simpan duet buat bisnes macam saya. so boleh kite g sana ramai2..

kueh raya



Macam tak percaya bisnes kueh raya.Thanks atas support sedara2 dan syukur ke hadrat ilahi dengan kelimpahan nikmat. ALAHAMDULILLAH.

Semalam tart. Rasa agak lembut rugi siapa tak beli. ok. Hari ini kita buat almond londang tapi almond tak perfect sangat sebab badam cincang tak ada. Satu klang pusing cari badam. Sampaikan abang kedai 2 da cam muka. Isy gara2 pergi kedai selalu. Yela barang dapur mana la cukup. Asal budak2 nak makan telur , telur pulak tak ada. Takut pulak abang 2 ingat saya syok kat dia asyik pergi kedai dia. T-T. kalau ada delivery kat sana kan bagus. Apa la punya la maju negara. Skang kedai xyah orang pergi. Juz fb pas 2 pesan dan hantar. Kan senang. Isyh

Oleh kerana as manager yg sibuk buat kueh raya, maka hari ini kita lunch siap dinner dalam jam5 petang. Nasi goreng+ sotong goreng je pun. Gara2 xsampai hati melihat cik adibah yang sedang mengunyah megi. Kang die report kat mak ina, baru padan muka ko nabilah. :)





tart nenas


GIGI

Cuti2 pun hari2 tengok gigi. Mana taknya setiap hari semua orang ngadu sakit gigi. Makan je tahu tapi gosok gigi salah teknik,salah masa dan salah FAHAM. Sebab apa? majoriti orang beranggapan gosok gigi masa nak mandi je. Pas 2 pakai berus gigi yang macam berus PIUK.

Maka dengan rasa riangnya hati saya menyarankan mak cik2 pakcik2 adik2 kakak2 memberus selepas makan dan b4 tidur. (gaya bercakap as seorang dr.eceheceh). Kenapa harus sebelum tidur. Kerana untuk mebentuk plak kt gigi bukan ambil masa yang lama . Sekejap sahaja dalam masa tidak kurang 24jam plak boleh muncul kembali. Awas donk. Karies kat gigi bisa terjadi. Dari situ la kalian nggak bisa makan. (gaya yang menakutkan hak2)


 


teknik yang betul


Make sure lepas gosok gigi rajin2 la berflossing. Takut sisa makanan duk kat celah gigi. Kang xpasal2 tambal gigi klas III.




flossing


Ajar anak menjaga gigi. Boleh dikatakan semua budak yang saya jumpa dalam keadaan karies rampan (karies lebih dr 6 gigi) gara2 susu botol. Si kembau ni pun hisap botol lagi. Maka saya ajar minum menggunakan cawan. Tapi xboleh juga nak suruh minum use cup sebab da besar2 mana la dengar nasihat sangat. Gigi depan yang sepatutnya cabut (assume gigi permanent da eruption) . Tapi gigi dorang nie xboleh guna tangan harus guna TANG+ethyl chloride sebb da la liat +meraung pulak. LEMAS. Biar jela.




si kembau




gigi ompong (makanya berus gigi donk!)


Tiba2

tiba2 rasa tercabar kalau bab ni dikaitkan. Masih saya ingat kata2 angah "korang blja tinggi dapat degree pun tahu ke memasak?". Kata2 angah 2 la saya simpan. Memang akui budak2 medik nie memang xtahu masak termasuk saya. Dan kata2 itulah saya pegang sampai saya berazam nak jadi CHEF. Amazing kan. Dari tidak tahu, kita cuba bolehkan yang kita tahu. Dan ILMU Allah 2 sangat luas. Ikhlaskan hati, istiqamah insyaALLAH dari yang kosong jadi orang yang tahu. Sekarang nie chef hanieliza jadi anak murid saya taw . ehh


Renung sejenak

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan Kitab Suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya keuntungan dunia yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan Ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

[Surah Al-Baqarah: 174]

Berceramah bukan dengan bayaran tapi dengan keikhlasan. Lagi bagus kalau saya jemput, anda beri dengan senyuman. Tak payah saya susah2 nak cari dana. 

p/s : post yang lepas, maaf andai kata saya mengguna perkataan "budak skolah USIM". Actuali benda ni saya tuju kat adik saya . Tak payah la nak terasa. :)
p/s2 : bahgia bersama kueh raya
p/s 3 : kazen mazen ramai yang nak kahwin, tapi kenapa mak saya yang excited nak gubah hantaran?
p/s4 : perbanyakkan zikir+baca buku yang manfaat. Layan tenet hanya tuk mencari ilmu. Berfacebook hanya untuk mengertkan silaturrahim dan mencari info. Moga niat kita diberkati ALLAH. :)

.

Wednesday, July 13, 2011

bersih 2.0

Ada orang suruh saya post tentang bersih 2.0..kalau menurut saya sudah bersih 2.0 jom kita buat bersih 5.0 plak.







Menurut saya orang yang komen tentang bersih 2.0 terlalu emosi apakata korang buat dulu bersih 5.0 sebelum melancarkan bersih 3.0. :)

.

cuti..

.

macam2 aku buat tyme cuti..cuma satu aku sedih hati..xdapat jumpa sahabat2 matrik tyme bersih n kt klang..sebb aku bukannya boleh keluar macam biasa..ada tiket 2 nak keluar..tiket da la mahal

last week sempat buat cheese tart n moist choclate cake dgn bantuan pembantu2 yang diimport. Tapi xlayaklah la nak jadi macam chef hanieliza sampai kan aku da kena sound. La kata ko da fed up dengan dunia masakan.Hakhak. Hanya trick sahaja sebab da ada orang puji aku. Bukan senang orang nak puji aku. *syok sendiri*


  

cheese tart. MEMANG SEDAP. Kalau bukan masa 2 aku tengah "sedih" mesti da licin aku kerjakan. Nasib kakak korang ni baik hati




sebelum dibakar




selepas dibakar dan diletak topping..part ni aku suka

apa2 aku sangat suka bila besday orang. Sebab boleh baking2. Terima kasih pak google kerana mensupport saya. N hepi besday mak dik (BBF)


bile aku DATING

aku sms kt BF baru..
aku :"u sampai jam berapa sok"
BF : "jam11"
aku : "ok bang..jangan lambat"

Semangat berkobar2 nak gi jemput BF kat melaka sentral. Almaklumla naik bas. Tibanya di melaka sentral. Ada budak sekolah melintas depan aku. aku xhairan sangatlah sebab yang lalu 2 BF aku..my lil bro yang blja kat usim. Dalam hati awatlah ko pakai baju macam budak sekolah penat je kak sau jemput ko dari melaka central. Sempena meraikan kepulangan dia, maka kakak ko ni berhati baik nak belanja ko hari ni. AIS krim mcD.





ais krim 4 hinggit 2





budak sekolah USIM. 


musafir

da lama duk umah maka bermula la perjalanan aku sebagai musafir di bumi KLANG. B4 g klang lawat sekolah dulu. Wow sangat cantik!!terima kasih cikgu.



sekolah


anak2. Prasan x?der bantal busuk.isk2

Buat masa skang b4 jalan2 jdi baby sitter si kembau jap sebab mak dorang g kursus. Syok jaga dorang sebab boleh kantoikan dorang. hak2.  

aku :  "hari ni nak makan apa?" 
kembau : "makan apa2 je"
aku : "ok kak sau masak nasi goreng ok?"
kembau : "xnak la nak makan ais krim "
aku : "amboi2 cakap td apa2 je boleh makan"

p/s : enset saya nie xde nomor mesia kalian. Kalau miskol 3x saya kol balik. Kalau miskol2 saya xkol balik. Almaklumlah penganggur terhormat save kredit. Pas 2 msj 2 bg nama skali. Nanti igt orang bangla nak ngorat saya :). Memang sah2 la saya xreply
p/s 2 : andai saya teremove fb anda mohon di add balik sebab xprasan atau teremove ke..
p/s 3 : saya da gemuk..:(

.

dan jangan lupa manfaatkan cuti anda dengan baca buku2 tarbiyah.~al alaq: 1~



.

Monday, July 4, 2011

cinta itu bukan aneh

.

Bismillah ...



❤❤ Dalam Diam,,, Aku Ingin Mencintaimu Karena Allah ❤❤



Pesan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah:“jangan pernah kau menyalahkan cinta, tapi salahkan mereka yang menyalahgunakan cinta hingga berbuat dosa”
{ astaghfirullaaha wa'atuubu ilaih }


❤•*ﷲ*•♫♪Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang,cukup cintai ia dalam diam…karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya…kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya… karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu… menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu…karena diammu bukti kesetiaanmu padanya…


❤•*ﷲ*•♫♪Karena mungkin saja orang yang kau cintai, adalah juga orang yang telah Allah Subhanahu Wa Ta’ala benar-benar pilihkan untukmu… Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali Radhiyallahu ‘anhuma ? yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan…tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah…Karena dalam diammu tersimpan kekuatan…kekuatan harapan, kekuatan impian,,hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan dan impian itu menjadi nyata…dan cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata…bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap dan berdo’a pada-Nya ?


❤•*ﷲ*•♫♪Dan jika memang ‘cinta dalam diammu’ itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam… Iyaa… biarkan… karena Allah Ta’alaa masih punya rencana dan ‘hadiah’ lain untukmu…jika dia memang bukan milikmu, melalui waktu akan menghapus ‘cinta dalam diammu’ itu dengan memberi rasa yang lebih indah, dan orang yang tepat oleh Allah Subhanahu Wata’ala biarkan ‘cinta dalam diammu’ itu menjadi memori tersendiri… dan sudut hatimu menjadi rahasia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu… Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Tata hatimu…


❤•*ﷲ*•♫♪Sudahkah aku pantas untuk dia ? Benar-benar pantas…???Biarkanlah jiwamu terbang bebas menjalani semua niatmu, yang terpenting,kita perlu berbaik sangka selalu pada Allah Ta’alaa…Pasangan kita, adalah cerminan sosok yang hampir mirip dengan kita…Cintamu pada orang yang kau cintai dan sayangi, titipkanlah…Titipkanlah pada Allah Ta’alaa…Sebab hanya Allah Ta’alaa yang Maha Menjaga…dikala kau dan dia saling berjauhan…dikala kau dan dia saling memendam rindu, ingin bertemu…Allah menjaga dengan menenangkan hatimu melalui dzikir dan tadabbur…


❤❤❤ Cintamu pada orang yang sungguh-sungguh kau sayangi, adalah milik-Nya…



❤•*ﷲ*•♫♪❤ Wallahu A’lam bish Shawwab...

❤ Semoga bermanfaat Insya Allah...
❤ Salam santun dan salam ukhuwah fillah selalu...:)



from yana 4th year as medical student kt azhar..tenx yana!~kangan sama kamu~

.

Sunday, July 3, 2011

jalan tanpa henti..bile da penat berehat bersama devotees

.

Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menanti

Bila dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
Pada-Nya yang kuasa di kau berserah

Jika kau rebah
Jika kau kalah
Bersaksilah rahmat-Nya akan terserlah

Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa
Duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia

Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat-Nya Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia

.

bersama dia..

.

bersama si dia..
membuatku berasa geram..
enset ku selau hilang..
dan bersama dialah duet saya asik habes..
kerna dia adalah nabihah..my sis

genap 2 minggu saya di rumah..
tiada yang harus dibanggakan..
dan 2 minggu ini la membuat saya berkeputusan beralih ke dunia jahitan..selamat tinggal dunia masakan..
memaang xboleh mengalir darah masakan..hanya yang pro menjahit..cehh..prasan!
baju kurung yang pertama dijahit oleh saya tyme umur 13 tahun..wooww amazing..^^
minggu terakhir mungkin saya dirumah pas tu cabut tempat biasa..



caramel guna susu cair..



guna susu pekat..sgt manis..menyesal buat guna susu pekat..gara2 abah yang suka caramel godeh je apa yang ada kat dapur..




apam buat tyme budak2 usim balik..keras sebb baking powder abes..buat guna bikarbonat..da agak da akan keras..xpela janji habes




pavlova..datz my feveret..tapi guna resepi cik biha..lama plak masak..da kata guna la resepi cheq..xdengar..




budak ni asik merajuk..tiap2 minggu lawat dia..manja bebenau..senang kalau nak suh dia menangis..korang cite kat dia semua adik beradep balik pas 2 buat gathering malam2..makan2..gelak2..kompem dia nangis..terpkse la buat surat bawa dia lari..kakak ko yg la kne setelkan..


.

Thursday, June 23, 2011

boring

.








mak mengomen dan abah makan..saya mendengar sekian..besok kuih apam bintit..





p/s : i suke bile mak kritik psl yb sini..dan xsuke bile saya ditinggal keseorangan di rumah..
p/s 2 : serius saya xsuke org gune word "hehehe" pas 2 "hihihi"..nmpk xmatured plak..hahaha..
p/s 3: mulut orang memang xboleh ditutupkan? dan kami buat kerna ALLAH dan kami xpduli pun apa org cakap..asalkan kami dijalan benar..ALLAH ada..puas~~
p/s 4: serius cuti semster ini la palg memboringkan..cancel keje kt klinik sebb jauh
p/s 4: aku xsuke sebenarnya ikut2 org..dlm fb semua der gmbr bersih..memang la rasa semangat tgok org semua kuning..tapi apa yg kite nak adalh kenapa bende ni harus diwujudkan..xsemua faham apa yg nak disampaikan..sokong dan faham baru la misi ni berjaya..klu hanya sokong semata2 ikut org..nothg!..~qaedah sulbi~

.

Monday, June 20, 2011

fikir sesaat!

.

Salam. Tidak terlambat saya mngucapkan selamat hari abah,abi,daddy,ayah dll kepada semua ayah SEdunia ini terutama my famili HIKMAH. Selamat hari abah!~serius saya sepanjang saya hidup tidak pernah saya mengetahui tarikh sebenara hari ibu dan ayah. Siapa la yang punya kerja menetapkan hari ni. Yang saya pun sama taqlid!! Tak tahu pun kenapa hari ni harus hari ayah. TSK..

Tadi terbuka grup famili.So nak copy dari grup satu kisah lukman al-Hakim dan anaknya. Teringat kisah ni tyme masa sekolah rendah. Actuali banyak iktibar yang saya perolehi terutama ini berkaitan dengan kehidupan dan tarbiyah. Post nie sesuai untuk orang berorganisasi dan berkepimpinan. Selamat merenung!

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman al-Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, "Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah s.w.t. saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara iaitu :

Pertama, tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya.

Kedua, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang).

Ketiga, hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya).

Dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

dr ukhti hidayah : SELAMAT HARI BAPA BUAT SEMUA AHLI KELUARGA HIKMAH YANG BERGELAR BAPA. manusia tidak dapat menilai kebaikan seorang bapa kepada anaknya, dan juga sebaliknya, kebaikan anak kepada bapanya. Kita letakkan nilaian mutlak itu kepada Allah. Berbaktilah kepada kedua ibu bapa sebanyak mungkin dan lakukanlah ia secara berterusan kerana Allah.

Saya : Akal digunakan untuk membezakan yang baik dan benar. Begitu juga FITNAH dunia. Maka Solat istikhrah jalan penyelesaiannya. Dan tolong la jadi Pokok Jati bukan LALANG!!! Dengar orang cakap A ikut. Dengar orang cakap B ikut. Seolah2 tiada pendirian. Apakah kita ni dilahirkan menjadi seekor KERBAU CUCUK HIDUNG. Dan satu lagi kenapa la ramai sangat yang sukar sangat nak faham definisi "WALA" yg sebenar. Hai manusia memang dari dulu korang ni sangat ANEH.

BERSIH. Hahaha..TV3 anda seorang yang SANGAT KUNO. Tidak tahu bezakan yang baik dan buruk. Memang betul kalian macam lembu. Mana taknya, PROF DATO *** mengatakan mahasiswa tidak perlu melibatkan demokrasi yang mana menghancurkan masa depan pelajar dan pihak HEP akan bertindak jika pelajar melibatkan diri dalam demokrasi bulan JUL**. Ko da bagi hint memang sah la orang semua tahu demokrasi apa. Yela banyak kali ko tekankan AUKU . setiap malam rasanya sejak aku balik medan. Dan TV3 anda lagi sekali mengiyakan tanpa memeriksa apa sebenarnya demokrasi diadakan. BAGUS!! BUAT LAGI YA NAK..dan budak overC lagi bagus terus ISA. Dan maseh ada lagi surat perjanjian yang mengatakan KAMI TIDAK AKAN MELIBATKAN APA2 YANG BERKAITAN DENGAN POLITIK. ehh. Awat kelab umno MEDAN ada. Dahla selalu buat hal. ASSABIYAH!! EXCUSE me melayu hampir menjadi minority ok? So sape yang join kelab umno kene ISA la macam 2. Dah la ngko memaksa isi form keahlian. aii macam DARURAT je. Pilihan raya nak dekat katakan. ok FINISH!!

.

bersih!

.

AKU NAK PERGI..TAPI MAK XKASI..REASON APA LA AKU NAK BAGI NIE..ALAHAI...~~





8 TUNTUTAN HIMPUNAN BERSIH 2


1. BERSIHKAN SENARAI UNDI
2. MENREFORMASI UNDI POS
3. GUNA DAKWAT KEKAL
4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI
5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL
6. KUKUHKAN INSTITUSI AWAM
7. HENTIKAN RASUAH PILIHANRAYA
8. HENTIKAN POLITIK KOTOR

lagi satu..wajib yg ni aku pergi..~tengah mengenyit kat abah nie~




aku xminat apa2 melainkan yg nie..serius..

.

starting and....

.


ortho~klamer!





labial bow!!




mereka (medik vs dentist)~~



serius..saya rindu dorang!!






my klasmate!




saya~


.

Thursday, June 9, 2011

tarbiyah ALLAH itu indah

.


Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

Keheningan malam
aku merenung dan memohon kekuatan untuk menahan MALU kepadaNYA
DAN menangis itulah kekuatan aku..
berfikir kehidupan selama 22 tahun aku di BUMI
untuk apa hidup jika hati tidak kepadaNYA..
sedangkan BUMI ALLAH jadikan untuk KITA..
BUMI yang penuh nikmat..ALLAH curahkan kasih sayangnya kepada KITA..
tapi KITA duduk disini hanya menerima sahaja?

"sesungguhnya ALLAH jadikan manusia sebagai khalifah"

"dan bumi sebagai tempat persinggahan sementara dan destinasi kita bukan disini tapi di SANA"

Ujian ALLAH itu indah..
tarbiyah ALLAH itu indah..
tapi untuk merasainya betapa indahnya ujian itu, ikhlaskan NIAT.
jika engkau terasa berat dengan ujian ALLAH..mengadu kepadaNYA..
jangan engkau mengadu kepada manusia yang sangat ANEH..
kerna bukan mereka yang bolak balik hati engkau..bukan mereka yang boleh memberi ketenangan kepada engkau melainkan dengan izin ALLAH..

Allah berfirman kepada malaikat-Nya:
"Pergilah kepada hamba-Ku. lalu timpakanlah bermacam-macam ujian kepadanya karena Aku mahu mendengar suaranya"(Hadis Riwayat Thabarani yang bersumber dr Umamah r.a)

ALLAH mencari kita?
bumi ini berjuta2 manusia yang ANEH hidup
setiap orang ada proses hidupnya sendiri..
dan ALLAH mengetahui setiap zarah yang berlaku dalam hidup kita
dan CUMA ALLAH akan fokus kepada manusia yang "GEMERLAPAN"
mencari2 dimanakah sang "gemerlapan" itu..
sebab itulah DIA timpakan ujian kepada engkau agar engkau menjadi sang "GEMERLAPAN"

tidak malukah kita..?
ALLAH mencari kita saat kita lost
bukan kita seorang sahaja yang berada dibumi ini..
fikir renung..
ALLAH itu yang SATU..
bagaimana ALLAH jaga berjuta2 "rakyatNYA" dengan penuh kasih sayang
tapi kita WALA sang "pemerintah" begitu sukar...
bukan dua pemerintah tapi SATU..

selalu saya tekan kan pada adik2 saya..
usahlah kalian sedih akan ujiannya..
tapi gembiralah dengan ujianNYA..
ALLAH mahu kita menjadi sang "gemerlapan" baginya..
sama proses menjadi berlian..sakit di lebur tapi indah..
begitulah proses kehidupan kita..

Dalam surah Al-Ankabut: ayat 2-3:
"Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman. Sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka dan benar-benar Allah mengetahui orang-orang yang benar dan mengetahui pula orang-orang yang dusta"

ayat ALLAH itu indah..dan kataNYA menjadi penawar penyakit saya..ayat2 cinta ALLAH lebih indah dari segala2nya..DIA bagi ujian dan DIALAH penawarnya..

ingatlah..FITRAH manusia itu pasti kembali kepadaNYA..


Dalam surah Al-Anbiya' : ayat 35:
"Dan Kami akan menguji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian dan kepada Kamilah kalian kembali"


p/s: alhamdulillah saya dapat kekuatan dari ALLAH melalui org yang saya sayang..tenx my mak dan abah..dan adik saya yang xjemu bagi tazkirah ukhti hidayah..dan adik2 saya yang saya sayang kerana ALLAH terima kasih bagi sokongan..bukan mudah hidup diperantauan..~(padahal balik selalu..hahaha)

p/s 2:rindu dengan adik2 usrah saya..T-T..

.

Friday, May 6, 2011

NOTHING

.

MIC

ya..memang saya pantang dapat mic
pasti saya akn merapu lebih..
xkire la jd MC ke presenter ke..moderator..
yang pasti bile saya da pegang mic
masa akan jadi panjang..
2 la lain kali fikir dulu sebelum suruh saya pegang mic..
kan da jadi macam semalam..
soklan merapu2 bagi..jawapan pun merapu2 la bagi..
lecture kat blkang pun da DIAM..
apa2 banyak yang saya pelajari dr sini..walau da biasa duk depan..
tpi kenapa STILL lagi menggigil dan berdebar ke depan..
lebih hormon adrenalin agaknya..
kesimpulannya..tolong la jangan bagi saya cakap kat depan lagi..MALU

CALLING

"menteri jawabla calling..mesej da la xreply"
bukan saya xmahu balas. Tapi MALAS. serabut la reply mesej ni. Jawab calling?lagi la malas kecuali la YB jakarta o malaysa kol saya. Itupun gara2 projek pkpmi-cm. Even mak saya kol pun rasa malas nak angkat. Memag ada sindrom phonenism agaknya.Cuma saya harap bersabarlah dengan kerenah saya. Saya try membalas mesej anda tapi mungkin waktu malam. Maaf memang saya xsuke balas mesej lagi2 ajk pkpmi-cm. PHOBIA kot. yang pentg saya try ubah sikap saya dengan merajinkan diri membalas mesej nda. Maafkan hamba yang lemah ini.

PULANG MALAYSIA

Maaf kepada sahabt2 yang kecik hati dengan saya atas ketidak beritahuan saa pulang ke malaysia. Tidak usahla tanya kenapa saya pulang cuma saya harap anda fahami. menjauhi kesibukan di kampus adalah satu benda yang paling indah dalam kamus hidup saya. dan terima kasih anda menyedari kehilangan saya walau sehari saya tidak berada di medan. Dan terima kasih anda sanggup memenuhi inbox hp saya tyme saya menghilangkan diri. SAYA SANGAT MENGHARGAINYA..


LAB

jarang saya berbicara pasal course saya dalam blog. Apa-apa raikan lah kestressan menghadapi lab2 yang almost 5jam setiap hari. Pergi jam7pg balik nak maghrib. Dan jujur saya katakan air mata ni mudah mengalir sejak kebelakangan ini. Sukar tdur da jadi perkara biasa. Maka hubungan kita dengan ALLAH haruslah dijaga. Syukran YA ALLAH.

TERIMA KASIH

tenx alot my beloved sis krdt 2 kak ima n kak na yang banyak support saya dari belakang. UKHTI2 dr mesia yang xjemu bg tazkirah, kongsi penglmn dan bg pendpt, dengar keluhan saya, dengar saya merapu. SAYA SANGAT MENGHARGAI. dari kata2 kalian2 la banyak motivate diri saya. SAYA ingin jadi seorg DAI'E yang cekal dan tabah. dan kawan seperjuangan saya di faculty dentstry, tenx alot sebb menetima kekerdilan dan kekurgn diri ini. Dan yang penting terima kasih kalian sanggup melayan kerenah saya. Moga ukhwah yang dibina diredhai ALLAH.

p/s : mohon maaf atas kekurgn dri. Mohon maaf jika sesiapa yang terkcik hati dengan saya,sesunggunya saya bukanlah seorang sahabat yang sempurna dan saya masih belajar menjadi seorang sahabat yang baik. Dan doakanlah saya agar hati saya tetap dijalan ALLAH. Dan saya mohon maaf sekali lagi.

.

Friday, March 25, 2011

muhasabah cinta

.

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

p/s: muhasabah diri dengan memutar lagu ini :)

.

Thursday, March 24, 2011

AKU

.

aku yang bermuka serius..
tidak bermakna aku orang yang tegas dalam semua hal..
tidak bermakna aku yg tidak boleh dibuat gurau
tidak bermakna aku tak friendly
tanyalah mereka yang mengenali aku

aku yang berhati keras..
tidak bermakna didalam hati ku tiada sifat penyayang..
tidak bermakna aku tidak ada sifat "caring"
tidak bermakna aku tidak boleh dibuat runding..
cubala mengenali aku sebagai sahabat

btw "don't judge book by its cover"


p/s : terima kasih kepda mereka yg memahami aku,senior2 yg begitu ambil berat. dan yang paling penting, terima kasih kepada mereka kerna sentiasa ada disaat aku memerlukan mereka. TERIMA KASIH ya ALLAH menganugerahkan sahabt kepada hamba mu ini. :)

p/s 2 : perjalanan dakwah banyak mengajar aku apa itu mehnah dan tribulasi yang sebenr. TERIMA KASIH SEMUA

.

Wednesday, March 16, 2011

bila saya pegang kuali

.

bila saya pegang kuali. Rasanya dah berabuk kuali kat "ngobok lemari" 2. Kalau bilang sama mak, sure mak bising. Senyap2 udah. sibuk sangat sampai dapur pun xjengah. Waduh udah lama tidak masak. Genap 1 semester. Berazam mahu memasak sekerap mungkin. (gara2 nak masuk clinical tak lama lagi). Harus berjimat. B4 masik clinical dah berjuta habes, apatah lagi kat klinikal. Kak ima kata paling-paling 43 juta habes. WHAT!!. Apa lagi jom kita cari MARA untuk selesaikan hal ini. ~SAYA XTAHAN LAGI DENGAN BEBANAN KORUPSI FKG~

Saya masak.



sardi je pun..lalala




beras import dari jiran sebelah..miss linda..tenx jiran..!!


p/s : tyme masak, tetibe air mata meleleh terigt kan abah. Sebab abah yang belikan sardin nie sebab merungut susah nak cari sardin kat indon. abah beli tyme 2 da malam. Keluar semata2 beli sardin je..sayang abah..muah2x

.

DAKWAH

.




Amanah dakwah hanya dapat dipikul oleh orang-orang yang memiliki azimah (idealisme yang tinggi) bukan orang yang memilih tujuan yang rendah, senang dengan hidup santai, bertangguh dan rileks, memilih istirehat dan tidak mahu susah. Dakwah hanya dapat dikerjakan oleh orang yang dapat mengalahkan uzur bukan pandai mencipta uzur, berupaya semaksima mungkin untuk terus aktif di medan jihad dan memberikan sumbangan yang terbaik buat dakwah. Hidup mereka adalah untuk memberi dan hanya akan bahagia apabila dapat memberi di jalan dakwah.

.

Sunday, March 13, 2011

dunia sekuler

.

Sekuler. Apa yang sahabat nampak pada dunia sekuler dengan mata saudara sendiri. Jujur saya katakan, saya sekarang pada dunia sekuler. Pelik tapi itulah hakikat yang harus saya telani sepanjang 3 tahun saya berada disini.

Perbedaan yang sangat ketara antara orang "jahil" dan orang yang benar2 menghayati islam. Pengalaman saya sendiri banyak mengajar saya erti kehidupan sekuler. Nampak janggal bukan. Itulah bahyanya sekuler kerna kita tidak nampak dengan mata kita sendiri. Sangat bahaya dari ancaman orang kafir, ancaman orang yang anti hadith dan anti islam. kerna golongan sedemkian kita boleh beza dan mengenal pasti mereka. Namun orang sekuler, tidak sama sekali kerna golongan ini adalah terdiri dari orang munafik yang mengatakan "ya" didepan sebaliknya mengatakan "tidak" pada islam dibelakang orang muslim. Ibarat KENTUT TIDAK BERBAU. Kini saya akui kebenaran dalam kata2 akhi hisyam

Sekuler. Memisahkan ISLAM dalam kehidupan.

Peristiwa pertama

"kok nggak solat jumaat..udah jam berapa ini", tegurku dengan nada perli
"tenang aja nabilah, solat jumaat itu nggak perlu" kata teman indonesia

Anda pelik bukan. Kota yang saya idami adalah kota lahirnya para ulama yang tersohor, namun dalam masa yang sama ancaman sekuler sangat bahya dan meluas. Solat jumaat tidak diwajibkan malah bisa di"qada"kan. Anda lihat bukan, seperti hukum-hukum islam dimainkan. Seolah-olah islam itu amat berat. Ketahuilah islam itu mudah dan tidak memudaratkan malah menyenangkan manusia sesuai fitrahnya

"Artinya : Dan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.” [Al-Anbiyaa’: 107]

“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Islam); (sesuai) fitrah Allah yang Dia telah menciptakan manusia menurut (fitrah) itu. Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” [Ar-Ruum: 30]

Sesungguhnya agama (Islam) itu mudah. Tidaklah seseorang mempersulit (berlebih-lebihan) dalam agamanya kecuali akan terkalahkan (tidak dapat melaksanakannya dengan sempurna). Oleh karena itu, berlaku luruslah, sederhana (tidak melampaui batas), dan bergembiralah (karena memperoleh pahala) serta memohon pertolongan (kepada Allah) dengan ibadah pada waktu pagi, petang dan sebagian malam.”

Peristiwa kedua

"kak susah bukan mahu bezakan orang islam dengan orang kafir kat sini", ujar adik usrahku

LIhat. Sudah terang tambah bersuluh pulak. Kata-kata adik usrah saya ada benarnya, kenapa? Lihatlah nama nya pun saya tidak yakin ia adalah islam atau kristian atau sebaliknya.

Contoh. MAS BUDI (calon gabenor FKG). Anda rasa nama ini jelas menunjukkan nama islam atau tidak. BUDI nama seorang penjaga rumah kami beragama kristian (tidak pasti agamanya apa). BUDI di kelas reguler jelas2 orang chinese. Namun MAS BUDI calon gabenor FKG adalah seorang islam. Pengakuan dari lisan menunjukkan beliau adalah islam, namun keraguan muncul apabila perlakuan tidak ubah seperti seorang bukan muslim. Maaf saya katakan, tapi itulah hakikat yang harus diterima. Anda memang tidak pantasan menjadi wakil gabenor kami!

Banyak peristiwa ingin saya coretkan untuk dijadikan pedoman. AWAS bagi yang sudah masuk ke zon sekuler kerna pada waktu inilah musuh-musuh islam bergerak aktif untuk menyerang anda dalam keadaan diam (yakni dalam keadaan anda yang sangat lalai).

Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum Allah dan hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu. [4:61]

DUNIA KAWAN

Jujur saya katakan, kadang2 bila saya merenung kembali persekitaran saya tidak ubah seperti taman virus sekuler. Kadang2 virus itu menghampiri saya mujurlah ada "kaspersky" (iman). Bagaimana mengahadapi kawan yang sudah dijangkiti sekuler? itulah yang menjadi persolaan saya sekian lama. Fakulti saya sudahlah agama islam nya hanya di atas "kertas", bagaimana nak praktikan jika "gred" dijadikan tuhan.

Sedih bukan? ALLAH lah tempat saya mengadu. Dialah segala-galanya. Dan mujurlah sahabat tidak meminggirkan saya dan mereka kekuatan saya.

peristiwa pertama

"besok ada usrah. Lamakan korang xpergi kan..masing2 bizi", ujar saya
"ok. IA kami pergi", mereka

besoknya...
"jadi x pergi usrah?", saya text kepada mereka
"maaflah ada hal, tambahan letih", mereka

hari keesokannya..
"jom g sun after lab", mereka (dalam keadaan nak pengsan gara2 lab 5 jam)
"korang peruntukan islam baper minit dalam sehari ha..hanya solat sahaja?" ujarku dengan nada keras

SUNYI.

Sedih melihat mereka bukan kerna mereka memungkiri janji namun jauh di sudut hati saya , sedih kerna saya gagal membentuk persekitaran yang benar2 dituntut dalam islam. BUDAYA HINDONISME semakin menular angkara abangnya sang SEKULER.

Namun saya masih mengharap sinar hidayah dihati kalian, dan alhamdulillah walau seorang demi seorang mengatakan secara jujur tentang "usrah", namun saya masih mengharap agar kalian mengotakan janji sesusai dengan lisan kalian.

Sekuler bukan dalam hal di atas?

Usrah itu ibarat makan. Jika kita xmakan dalam sehari maka kita tidak bermaya bukan? begitulah juga dengan usrah. Sepanjang saya dengan kalian 90% dari kehidupan kalian adalah kisah sedih. Benar bukan? Kenapa begitu. Bukankah disebabkan hubungan kita dengan ALLAH semakin pudar?

Moga2 apa yang saya lakukan itulah moga2 mendapat keredhaan ALLAH. sungguh hidayah milik ALLAH. Hanya kalian yang saya rapat sepanjang saya hidup 3 tahun disini. Tegakah saya melihat kalian terkapai-kapai? kerna kalian ibarat family saya disini.

Cuma, nasihat saya, berhati2 lah dengan dunia sekuler. Kembalilah ke dunia islam yang sebenar. wallhualam

.

Thursday, March 10, 2011

PILIHAN RAYA

.

Pilihan Raya Kampus atau dikenali sebagai PEMIRA telah berlangsung dengan "jayanya". Syabas kepada mereka yang menang walau memang sudah ketahui banyak penyelewengan yang berlaku. Dan kepada BKM FKG dan AKHI HILMAN tahniah juga kerna anda kuat n tabah menerima kekalahan walau anda memang layak dari calon yang menang. Jujur saya katakan saya amat gembira dapat bergabung dengan KAM RABBANI walau tugas saya hanya berkempen bagi wakil pelajar MALAYSIA. Namun ALLAH maha mengetahui apa yang berlaku, jadikan renungan untuk kita bersama dan membaiki kelemahan untuk masa yang akan datang.

ALLAH masih bagi kita peluang. Renung kembali, niat kita sebenar. Kita bekerja kerna ALLAH. Dan orang diatas (kepimpinan) mengetahui visi n misi yang harus dilaksanakan yakni menegakkan syariat islam. Bagaimana orang yang bawah? adakah mereka tahu? Jujur saya katakan, pelajar FKG masih dikepung dengan pemikiran sekular. Mereka hanya tahu, asal adakan program/acara itulah pemimpin yang benar dan tepat bagi orang yang "buta" MENILAI. Bagaimna dengan islam? cara hidup islam. Tahukah anda FKG penuh dengan KORUPSI. suara kami seakan2 tidak kedengaran. Dimanakah anda ketika kami mahu meminta pertolongan. FKG OHH FKG

Bila mana setiap acara ada hiburan yang melalaikan. PORSENI yang kononnya boleh membantu pelajar bergiat dalam persatuan, tapi bisa menghancurkan identiti seseoarang. OSPEK (orientasi) yang kononnya bisa membina semangat dan cintakan ilmu, tapi sebaliknya menanam sifat kebencian junior pada senior. Kemudharatan yang saya terima dari kelebihan. Jujur saya katakan, sampai sekarang saya amat benci senior yang memegang tampuk pemerintahan ketika saya ospek kerna sifat keanak-anakan. TOLONG LAH.

Berbalik kepada PEMIRA. Bukan saya tidak dapat menerima kekalahan kerna HMI (HIMPUANAN MAHASISWA INDONESIA) menang, namun dari sudut hati saya, kenapa ALLAH masih tidak memberi kemenagangan kepada KAM RABBANI. apa silapnya.

DSC yakni organisasi dari student MALAYSIA berkerjasama dengan HMI? Apakah saya silap mendengar dan melihat mereka berbual? husnu dzon detik hati saya. Acap kali saya memberitahu, selama 5 tahun, HMI tidak pernah memberi muka kepada pelajar MALAYSIA ini kan mahu memberi tampuk PEMERINTAHAN. Sudahlah. Janganlah mahu berangan. Solat jumaat pun mereka jarang pergi inikan mahu mentadbir fakulti yang hampir beribu orang. DSC anda silap pencanturan. Anda terlalu mengharap sangat imbuhan yang dijanjikan. Anda tahukah anda sekarang menerima KORUPSI!! Mempertaruhkan masa depan pelajar mahasiswa dengan bekerja sama dengan HMI yang kami sudah masak dengan mereka?

Mandiri klas atau international klas. Masih ingatkah kita waktu lab yang lepas. menggunakan projektor yang sudah usang, membeli barang lab menggunakan wang sendiri. Anda sudah lupa? dimanakah hak kita sebagai student MANDIRI? saya mesih memegang perjanjian USU yang mengatakan segala fasilitas atau barang laboratorium adalh tanggungan pihak admin! Mahu saya tunjukkan perjanjian. Biar satu kampus tahu?

Kami mahu hak kami sahaja. tolong lah beri hak kami. Ketika HMI memerintah, suara MANDIRI tidak pernah didengar. Apatah lagi mahu melibatkan pelajar mandiri dalam acara mereka.

walau saya tidak begitu menyokong HMI, namun saya ingt janji HMI pada saya. MELANTIK wakil student MALAYSIA kedalam organisasi PEMA fkg. ANDA ingat bukan? kalau janji yang kecil itu anda tidak dapat tunaikan, jangan haraplah anda berjaya mentadbir FKG.

kami hanya mahu hak kami sebagai student malaysia. Kami belajar disini bukan free, tapi berbayar, 10 kali ganda dari yuran reguler.

Kpada PIMPINAN DSC, jangan jadi talam 2 muka ok? cakap lain buat lain. terus terang aja kenapa kamu begini. saya masih bisa menerima alasan kamu. Saya berjuang untuk ini kerana untuk pelajar malaysia bukan kepentingan diri sendiri. tega kah kita melihat junior2 menerima nasib seperti kita? ANDA LAH menentukan.

Dan KAM RABBANI gunakanlah masa yang ada untuk memningkatkan kualiti kepimpinan anda dan saya sentiasa menyokong anda demi ISLAM kerna ALLAH. ALLAH masih memberi peluang kepada anda. Renung dan muhasabah kembali.

~DRG NABILAH~
FAKULTAS KEDOKTERAN GIGI
UNIVERSITAS SUMATERA UTARA


.

Thursday, February 3, 2011

no tittle

.

kenapa dengan saya..
hati tidak tenang sejak akhir2 ini..
moga tiada apa2 yang berlaku..
maka saya buat keputusan untuk pulang ke malaysia..
reason?
tiada sebab pulang..seperti yang ku katakan tadi..
ketenangan yang ingin ku kecapi..


~aku hanya menangis pada MU sahaja~

sebelum pulang..
setelkan hal yang tidak setel..

hal yang tidak setel :

1. surat kepada s/u PKPMI-CM tentang jemputan ke MT BADAR

2. borang AJK badar..

3. selesaikan report2 lajnah..selesaikan segala2 yang berkaitan MT

4. nie paling yang ditakuti dan digeruni..hal pasal kebajikan student. setelkan pasal tabug kebajikan student..update satatus plja student yang sakit.update status plaja yg koas dan balik malaysia..update pasal pilihan raya PKPMI..

5. lab ortho..pasal klamer..selesaikan segala2 klamer triangle..labial bow..waa tangan ku da luka2..

6. KRS kene setel..jumpe dosen wali..dan buat surat xdatang kuliah dan lab..moga2 lulus la surat ku..makes sure..lab ortho n forensik kene jumpe dr pembimbing..mintx2 xkene marah

6. usrah adik..

7. dan setelkan daurah b4 balik..


~moga aku ikhlas ya ALLAH diatas jalan MU ~

.

Thursday, January 27, 2011

hanya mereka yang aku ada

.

melihat awan..
awan pergi mengikut sang angin..
melihat bintang..
bintang menyorok disebalik bulan..
maka aku pun menoleh pada bulan..
bulan melihat aku merenung padanya
lalu bulan memanggil sang awan gelap..
untuk mengaburi pandangan aku..
kerna bulan tidak mahu berjumpa dengan aku..
apakah sebab mereka begini..
wahai bulan,bintang dan awan..
kenapa kau begini terhadap aku
kau tidak kasihani aku kah?


.

Tuesday, January 25, 2011

saya menulis

.


Waaa..sangat lama sudah meninggalkan dunia blog. BUSY? barangkali. Kini dengan semangat baru,semester baru maka semangat untuk menulis blog pun harus diperbaharui.

tanggal 31 december, tanggal yang membuatkan saya berfikir tentang hidup. Bukan kahwin ya. Namun tentang perjuangan. Dalam masa itu saya mengira selama saya hidup, berapa banyak orang terkesan dengan dakwah yang kita serapkan . Hanya saya yang tahu jawapnnya.

Ok. semseter baru. teruskan perjuangan. Semangat harus diperkuatkan. yang penting STUDY molek2.Pointer dah turun sem lepas. MOGA ALLAH permudahkan.



tenx pada sahabat2 yang sudi meraikan hari ulang tahun walau sudah beberapa minggu yang lepas~