bismillah

Monday, June 20, 2011

fikir sesaat!

.

Salam. Tidak terlambat saya mngucapkan selamat hari abah,abi,daddy,ayah dll kepada semua ayah SEdunia ini terutama my famili HIKMAH. Selamat hari abah!~serius saya sepanjang saya hidup tidak pernah saya mengetahui tarikh sebenara hari ibu dan ayah. Siapa la yang punya kerja menetapkan hari ni. Yang saya pun sama taqlid!! Tak tahu pun kenapa hari ni harus hari ayah. TSK..

Tadi terbuka grup famili.So nak copy dari grup satu kisah lukman al-Hakim dan anaknya. Teringat kisah ni tyme masa sekolah rendah. Actuali banyak iktibar yang saya perolehi terutama ini berkaitan dengan kehidupan dan tarbiyah. Post nie sesuai untuk orang berorganisasi dan berkepimpinan. Selamat merenung!

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman al-Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, "Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah s.w.t. saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara iaitu :

Pertama, tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya.

Kedua, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang).

Ketiga, hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya).

Dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

dr ukhti hidayah : SELAMAT HARI BAPA BUAT SEMUA AHLI KELUARGA HIKMAH YANG BERGELAR BAPA. manusia tidak dapat menilai kebaikan seorang bapa kepada anaknya, dan juga sebaliknya, kebaikan anak kepada bapanya. Kita letakkan nilaian mutlak itu kepada Allah. Berbaktilah kepada kedua ibu bapa sebanyak mungkin dan lakukanlah ia secara berterusan kerana Allah.

Saya : Akal digunakan untuk membezakan yang baik dan benar. Begitu juga FITNAH dunia. Maka Solat istikhrah jalan penyelesaiannya. Dan tolong la jadi Pokok Jati bukan LALANG!!! Dengar orang cakap A ikut. Dengar orang cakap B ikut. Seolah2 tiada pendirian. Apakah kita ni dilahirkan menjadi seekor KERBAU CUCUK HIDUNG. Dan satu lagi kenapa la ramai sangat yang sukar sangat nak faham definisi "WALA" yg sebenar. Hai manusia memang dari dulu korang ni sangat ANEH.

BERSIH. Hahaha..TV3 anda seorang yang SANGAT KUNO. Tidak tahu bezakan yang baik dan buruk. Memang betul kalian macam lembu. Mana taknya, PROF DATO *** mengatakan mahasiswa tidak perlu melibatkan demokrasi yang mana menghancurkan masa depan pelajar dan pihak HEP akan bertindak jika pelajar melibatkan diri dalam demokrasi bulan JUL**. Ko da bagi hint memang sah la orang semua tahu demokrasi apa. Yela banyak kali ko tekankan AUKU . setiap malam rasanya sejak aku balik medan. Dan TV3 anda lagi sekali mengiyakan tanpa memeriksa apa sebenarnya demokrasi diadakan. BAGUS!! BUAT LAGI YA NAK..dan budak overC lagi bagus terus ISA. Dan maseh ada lagi surat perjanjian yang mengatakan KAMI TIDAK AKAN MELIBATKAN APA2 YANG BERKAITAN DENGAN POLITIK. ehh. Awat kelab umno MEDAN ada. Dahla selalu buat hal. ASSABIYAH!! EXCUSE me melayu hampir menjadi minority ok? So sape yang join kelab umno kene ISA la macam 2. Dah la ngko memaksa isi form keahlian. aii macam DARURAT je. Pilihan raya nak dekat katakan. ok FINISH!!

.

No comments: