bismillah

Friday, June 4, 2010

palestin vs anda




Sering aku mendengar kata-kata yang ibarat angin lalu tapi sempat singgah di benak fikiran ku “jagalah kau wahai Israel. Kalau aku dapat kau mati kau, aku cincang2 kau macam sambal belacan” . Ketawa ku bersendirian di dalam kelas mendengar perbualan mereka. Lucu sungguh orang yang beremosi. Dulu saat Israel mahu meruntuh dan merampas al-aqsa , emosi aku tidak menentu. Menangis sudah perkara biasa. Marah. Itu sudah menjadi syarat utama. Tetapi bila aku berfikir secara rasionalnya. Kenapa aku mahu marah?. Kenapa aku mahu emosi?. Sedangkan sumbangan aku pada bangsa amat sedikit. Usah bermimpi mahu berjihad di palestin, usah bermimpi mahu syahid menggapai langit ilahi tapi kau sendiri tidak bercita-cita tinggi untuk memaju bangsa sendiri. Aku melihat dengan mata aku sendiri. Menangis aku ya ALLAH. Melihat anak-anak bangsa.

Usah la kau bangga kerna kau sudah berdemostrasi di masjid Negara tentang kekejaman Israel wahai bangsaku, usahlah kau berbangga kerna kau menginfak seringgit untuk rakyat palestin. Tapi kau cuba melihat dari sudut qalbu kau. Cuba kau renungkan hikmah setiap kejadian yang telah ditulis dalam al quran. Kenapa “selama berkurun-kurun palestin tetap dijajah”. Aku masih ingat kata-kata tentera Israel laknatullah “kalian sebut pun nama ALLAH kalian tidak akan menang. Sudah penat telinga ku mendengar perkataan ALLAH. Hasilnya palestin tetap kami punya. BODOH!!”. Anda marah bukan?. Pasti anda sedang emosi. Kenapa palestin dijajah sekian lama. Apa fungsi mesir sebagai Negara jiran. Tugasnya hanya menutup laluan ke gaza atau meruntuh lorong yang dibina untuk menghantar makanan pada rakyat gaza?. Sampai sekarang aku mencari jawaban kemanakah identitas mereka sebagai seorang muslim.

Pernah sahabat ku bertanya bila palestin mahu mencapai kemerdekaan. Lihat. Renung dan berfikir. Tidak salah anda emosi tapi berilah kesempatan otak anda memikir sesuatu yang membina. Berilah peluang untuk anda menjadi hero “paradigma” pada umat islam. berfikir. Bukankah setiap kejadian di palestin memberi satu ruang “vakum” untuk kita bertindak. Bertindak dalam selimut. Ideology-ideologi ciptaan manusia mendesak kita melakukannya dan menentangnya. Tuntut ilmu. Belajar sebanyak mana. Usah la kau bermimpi mahu menjadi salahuddin al ayubi , andai kata al-quran bukan pegangan kau. Iman. Islam mencapai kemenangan saat umat islam sudah membina benteng-benteng yang kuat yaitu keimanan. Ingat sejarah bagaiman sultan al fateh menawan constinople? Anda aplikasilah main-main point yang terdapat dalam sejarah. Bukan senang nak menawan constinople. Ambil masa berabad. Begitu juga dengan alaqsa. Bertahun palestin dijajah.dirampas begitu senang. Rakyat menderita. Sekarang tiba masanya untuk berfikir strtegi menawan aqsa kembali. Fikir strategi bukan dengan emosi tapi landaskan dengan roh islam,akal dan iman yang kamilah , yakinan sadiqan, serta ketqwaan yang tinggi pada ALLAH. Sekarang kita menunggu seorang khalifah yang bijak dalam membuat strategi dalam membebaskan palestin ditangan yahudi. Siapakah khalifah itu. Mungkin Anda lah calonnya. umat menanti siapakh bakal menjadi Muhammad alfateh dan salahuddin ayubi yang baru. Jom berlumba-lumba untuk menjadi seperti “mereka”

Akhlak

Emosi satu akhlak juga kah? Ya. Itu menunjukkan sampai mana tahap kesabaran kamu. Maka jika anda mendengar berita-berita tentang gaza, maka janganlah anda emosi. “celaka kau Israel.” Tapi yang saya pelik selepas menghambur sumpah dan serenah yang tidak sepatutnya diucapkan sempat lagi join karoeka tengah-tengah malam. Itulah aksi orang muda kita. Generasi baru untuk 1 malaysia juga.

Ingatkah anda, satu ketika kita digemparkan berpuluh-puluh kes pembuangan bayi secara sembunyi. Dan seorang yang amat berhormat mengumunkan langkah-langkah untuk mencegah pembuangan bayi dengan membina satu rumah khusus untuk “bayi luar nikah”. Dalam benak fikiranku, bukan kah langkah ini menggalakkan orang berzina. Satu lagi idea yang yang agak menarik, “pengajaran reproduksi akan dilaksanakan pada tahap sekolah rendah”. Serius. Saya tidak tahu apa motifnya. Tapi kalau direnung kembali, kenapa tidak kita kaji dan selidik balik silibus pendidikan islam sekolah rendah. Dilihat banyak yang salah dan mengelirukan tentang silibus pendidikan islam. saya rasa Itulah yang terbaik untuk generasi 1 malaysia. Pendidikan islam adalah asas utama dalam pembentukan jati diri serta akhlak manusia. Maka untuk menerapkan akhlak yang baik pada generasi 1 malaysia, maka ubah la silibus pendidikan islam. tambahkan kredit hour subjek tersebut. Ini tidak 2 jam untuk seminggu. Lepas tu jadikan subjek islam sebagai subjek utama UPSR. Haiyaa..tak kan la aku nak pikir pastu sound kat parlimen cakap silibus tu tak betul. (sori teremo). siapalah menteri pelajaran ni. Itulah basic agama tak da. Dok tuntuk ideology-ideologi kafir tu.

So. Berbalik pada main title. Semua mahu yang terbaik untuk diri dan umat islam. semua impikan jihad, impikan islam tertegak di mata dunia. Jangan jadikan mimpi itu satu mimpi yang kosong tapi jadikan ia satu reality. So. Bak to basic. Renung balik pada diri. Akhlak kita bagaimana. Apa sumbangan kita pada bangsa? Jihad kita pada bangsa. Anjakan paradigm seorang pejuang bagaiman? Dakwah anda? Graf iman kita macam mana. Semua itu harus direnung. Jangan disebabkan emosi kita pada Israel laknatullah hilang pedoman kita, hilang akhlak kita, ciri-ciri islam pun tak der da dalam diri kita. Takziah untuk anda.dan tahniah untuk Israel kerna anda Berjaya memecah belah umat islam. so anda dah temu jawapan kenapa palestin masih dalam kedaan begitu

If siapa ada FB, janganlah buat status tentang apa yang anda buat. Upload gambar yang tiada gunanya. Buat sesatu yang menajam fikiran. Nyatakan pendapat anda tentang isu semasa. Guna FB untuk bantu islam. untuk bebaskan palest. Dalam masa yang sama selitkan elemen dakwah, mesej yang ingin dibawa. TOLONG TAJAMKAN FIKIRAN ANDA.!! EXPLORE DIRI! (refelks pada diri sendiri)

Jangan pandai demo. Tapi ciri islam langsung tiada dalam diri. Walhhualam.

“Palestin mengajak anda kembali kepada islam”

Siapa yang terasa membaca blog saya mohon dimaafkan. (ok lagi saya tak tulis nama dia kat dalam blog ni)

Thursday, June 3, 2010

exam final



p/s : balik..?no mood..maaf
p/s 2 : gud luk semua sahbt2 yg exam..