“Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” 47 : 7
Monday, February 23, 2009
LIBERALKAH KITA??
Tajuk yang agak menarik untuk dibahaskan. Tidak tahu mengapa mahu dibahaskan. Mungkin disebabkan hati yang menginginkan atau sekadar pendapat sahaja atau pengaruh alam sekitar(ada ke patut). Yang penting sekali ingin menjawab persoalan yang dikemukakan oleh salah seorang sahabat yang merupakan klasmate ana. Terpulang pada anda untuk menilai sejauh mana kebenaran dalam SISTER IN ISLAM yang merupakan salah satu propoganda yang dicipta sendiri oleh puak-puak materialisme-humanisme Pakatan Kristian-Yahudi Zionis (PKYZ).
Cuba anda perhatikan,kebanyakan yang terpengaruh dengan ideologi ini merupakan para intelektual, ahli perniagaan dan ahli2 politik. Kenpa boleh bergitu? Ini disebabkan mereka selalu mengambil peluang terhadap keterbukaan pemikir-ulama Islam seperti Fazlur Rahman, Musthafa al-Sibai dan Ismail al-Faruqi atau membasuh pemikiran pemikir-ulama mengaku Islam seperti Amina Wadud dan Muhamad Arkoun agar tunduk kepada kehendak akal-nafsu dan materialisme-humanisme Pakatan Kristian-Yahudi Zionis (PKYZ). Cukuplah dengan apa yang mereka buat tapi mereka lupa akan sejarah tamadun islam. mereka lupa sejarah perang salib.
Sekarang apa yang terjadi di malaysia, liberal telah menular di malaysia. Anda nak tahu siapa yang menjadi dalangnya? Tetapi yang menghairan kan kita kerajaan malaysia menyokong 100% terhadap program yang dianjurkan oleh sister in islam. Tajuk yang dibahaskan cukup menarik perhatian para HAWA. mana tidaknya isu poligami yang dibenci oleh kaum HAWA dibahaskan menyatakan dimana hak2 wanita dalam situasi seperti itu. Pembahagian harta pusaka,hak2 perempuan ditindas, talak ditangan lelaki dan sebagainya. Para intelektual mulai menyetujui dengan ideologi yang dibawa oleh JIL secara halus dengan menolak alquran secara halus,tidak pedulikan hadith2,pendapat ulama dan qias. TETAPI mereka lebih menyukai mendengar pendapat dan hujahan dari teori darwin (mengatakan human is BERUK ),teori Charles Kurzman hujah Muhamad Akaoun, Ali Abdul Razak dan Sir Ahmad Khan. Mereka mahu ulama mengkaji semula intisari ayat alquran dengan alasan para2 ulama dahulu mentafsirnya terlalu kuno dan tidak masuk akal. Mereka mahu Al Quran ditafsir semula dan diberi nafas baru agar sesuai dengan perubahan zaman yang berkiblat ke arah Barat. Hujah ulama Islam dianggap konservatif dan jumud tetapi mereka bersorak gembira jika ada ulama memenangkan idea mereka. Adakah anda suka mendengar slogan yang diadakan oleh pihak JIL seperti islam HADHARI, islam sivil, islam madani, islam progresif (jika tidak silap) mengatakan islam seperti itu adalah syumul untuk anda dan suitable digunakan pada zaman sekarang. Solat pun mereka tidak utama kan ekoran sibuk jaga tepi kain orang inikan nak jaga islam, memecah belahkan islam dengan mengatakan dimanakah HAK PEREMPUAN. anda lupakah surah an-nisa yang diturunkan oleh ALLAH. Banyak kelebihan perempuan dalam surah an-nisa. TETAPI anda lah anai2 yang merosak kebahagian wanita dengan mempertikaikan kedudukan wanita,status wanita pada zaman sekarang. Kalau mereka ikhlas mahu membantu wanita,mahu memperjuangkan hak2 wanita kenapa perlu menyokong idea2 melariskan kebaya sempit, tidak menutup aurat, mempertikaikan hukum2 hudud yang telah termaktub dalam al-quran.
Tapi yang menhairankan saya adalah, suati ketika dahulu di peringkat NGO, mereka menghantar wakil dengan memberi sokongan dalam pemberian SUNTIKAN DADAH SECARA PERCUMA, BERKEMPEN MENCEGAHI AIDS dengan memekai KONDOM. jelaslah mereka ini bangang (maaf perkatan yang kurang baik), umpama mereka mencuci berak dengan air kencing atau mengajar ikan berjalan. Bukan kita meragui keikhlasan mereka memperjuangkan hak2 wanita tetapi haruslah berwaspada. Mhukah kita seperti negara jiran indonesia dimana hampir seluruh kawasan ditakhluki oleh JIL seperti himpunan mahasiswa islam (HMI) muhammadiyah dan sebagainya. DI universiti saya juga telah ditular oleh ular2 yang berbisa (JIL) dengan mengajar silabus yang telah diatur oleh pihak2 berkenaan. Mana tidaknya kami diajar falasafah dan teori2 berkaitan kewujudan manusia dengan teori darwin dan falsafah barat. Kenapa hanya sedikit ayat alquran dibincangkan. Dan yang saya pelik keputusan atau conclusion nya islam diletakkan paling bawah. Sedarkah kita jika tidak praktikn islam dari mula,tidak mengamalkan sunnah rasullullah nescaya runtuhlah empayar2 islam. Bukan disebabkan alam sekitar,bukan disebabkan pengaruh ekosistem (mungkin sedikit sahaja mempengaruh) tetapi ingatlah hanya akidah penyelamat iman umpama akar jika disiram air maka akan berbuah pohonnya.
Oleh kerana mereka melihat wanita selalu ditindas oleh lelaki maka JIL memainkan peranan dalam memujuk rayu dalam erti kata yang lain tunjuk muka mimik kasihan terhadap wanita yang teraniyai. Mereka cuba menghiburkan wanita2 dengan mengadakan hiburan, kempen membuka aurat yang terbaru WANITA HARI INI telah menjemput seorang penceramah yang membuka aurat untuk membahaskan kedudukan wanita dalam sudut islam dan mempromotekan sister in islam di mata masyarakat. Mereka mahu wanita dan lelaki setaraf dan dijadikan pesaing utama dalam kerjaya. Mak wujudlah golongan amina wudud iaitu golongan yang agak egoisme feminisme yang melanggar batas2 syariat. Ada ke patut dalam program tersebut yang merasmikannya tidak lain tidak bukan dato sri syahrizat yang menyokong ideologi tersebut dan disertakan pembentang kertas kerja adalah amina wudud. Mengapa tidak ramai orang yang membantah program tersebut? dan yang terbaru SIS telah menolak keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan amalan senaman yoga kerana tiada sebarang bukti dikemukakan. Mereka memberi alasan bahawa YOGA seperti senaman untuk menyihatkan tubuh badan. Tiada sebab untuk mengharamkannya. Jelas sekali mereka mahu menunjukkan ketidakpakaran mereka dalam membela wanita.
Siapa dalang dan membiyai SIS??Apa yang saya tahu, program yang dianjurkan oleh SIS dibiayai sepenuhnya oleh kekuatan yahudi yang bertopeng badan kemasyarakatan, pendidikan, kesihatan dan kebajikan.Selain itu, rancangan hiburan tertentu juga dianjur oleh pemuka JIL. contoh program ynag dianjur oleh JLI ialah Rancangan 3R di wujudkan di beberapa negara seperti Malaysia dan Filipina. Di Malaysia ia diurus-seliakan oleh Marina Mahathir yang mempunyai banyak penajanya. Pengacara rancangan ini diberi biasiswa oleh Yayasan Chevening untuk belajar di Kolej Goldmiths [pendokong Yahudi]. Rancangan ini bertujuan merosak akhlak remaja Islam dengan penerapan budaya popular daripada Barat. Paling menarik, Marina Mahathir bercakap umpama ustazah dalam The Star bertarikh 5 Mac 2005 tentang pembelaan Jeslina Hashim yang ‘berbogel’ di the Zouk. Majlis AIDS Malaysia di bawah pimpinan Marina juga berkempen menghalalkan penggunaan kondom dan penagihan dadah serta menyokong penghapusan undang-undang moral (dipetik dari paper). Turut menyokong adalah Nori Abdullah Ahmad Badawi (anak PM, menantunya bakal Ketua Pemuda UMNO) melalui SIS. Semua itu telah terbukti. Yang bathil tetap bathil. Jangan umpama menyorok gajah dibelakang semut.
Dan yang paling mengherankan saya, pengasas SIS iaitu aminah wudud telah menggemparkan seluruh dunia dengan mengimamkan solat jumaat bersama2 lelaki. Adakah itu satu simbolik dimana mengisytiharkan JIL dalam keadaan yang hak atau mengisytiharkan perang dalam bentuk ideologi terhadap ulama2 islam atau itu semua memang telah ditakdirkan. WALLAHUALAM..hanya ALLAH yang mengetahuinya. Bukan meragui keikhlasan mereka untuk menolong wanita tetapi ideologi mereka nampaknya kelihatan mahu menghancurakn umat islam. Program2 dimalaysia yang dianjurkan SIS banyak membuktikan bahawa SIS melanggar syariat islam dam mencetuskan perbalahan antara kaum wanita dan lelaki. Sama2 kita renungkan.
p/s: SEKADAR PANDANGAN SAHAJA. jom martabatkan islam dengan mempamerkan nilai islam. JOM BERKEMPEN IKHTILAT SIFAR yang dianjurkan oleh ifest BADAR cawangan medan. JOM BERKEMPEN.. hidupkan nilai2 islam yang ada pada wanita. WANITA IZ DE BEZ.. ayok hargai wanita..
Thursday, February 19, 2009
ghazwul fikri
kali ini entri kita bertajuk "ghazwul fikri". Actuali amat tertarik dengan tajuk yang diberikan oleh my sis masa mentoring petang tadi. Afwan ya kak banyak sangat pertanyaan yang dilontarkan dari udara,laut dan darat. Mungkin disebabkan blur n otak pun agak keliru gara2 physiology tadi. So nak explain kat sedikit tentang ghazwul fikri. Tajuk yang boleh dikatakan menarik perhatian ana untuk dibahaskan dalam entri kali ini.
Kita review balik sejarah perang salib. Bagaimana orang barat boleh mengalahkan umat islam hanya melalui percakapan dan khabar angin. Mengikut sejarah, seorang tentera perang salib ditahan oleh tentera islam ketika perang salib. Tahanan barat itu amat hairan kenapa umat islam ketika itu boleh kuat sedangkan mereka menggunakan alat senjata yang amat kuno ketika itu berbanding dengan tentera kafir. malah tahanan itu dilayan sungguh baik oleh tentera islam walaupun tahanan itu MUSUH UMAT ISLAM!! Indah nya akhlak umat islam ketika itu. Alangkah indahnya jika umat islam meneruskan tradisi itu. Tahanan itu mengkaji dan meneliti kenapa umat islam ketika itu sungguh kuat. Anda nak tahu kenapa?? setiap malam tahanan itu menjadi "spy" untuk mengkaji kekuatan itu. Tahanan itu tersentak mendengar sayuan dan seduan yang merintih di saat manusia diulit mimpi. Memohon keampuan pada yang ESA. Itulah senjata umat islam ketika itu. Tahanan itu berpikir bagaimana mahu melemahkan perpaduan dan kekuatan umat islam ketika itu. Hanya dengan cara meracuni fikiran mereka. Ya ghazwul fikri!! Cara itu sahaja dapat melemahkan kekuatan umat islam. Anda bayangkan dengan satu nama islam dipelbagaikan islam yang lain islam sekularisme, islam liberal, islam hadari dan so on.
kita lihat zaman sekaramg yang kenayakan nya sudah diserang pemikiran barat. Malah perubatan yang kita belajar juga merupakan salah satu serangan orang kafir. Bayangkan sahabat sekalian untuk mengatasi stress pun kebanyakan dari kita ambil alternatif dari barat sedangkan islam sendiri sudah mempunyai resolusinya. Itula akibat kita tidak memahami ajaran islam yang sendirinya. Memisahkan islam dari kehidupan seharian. Tidakkah itu sekular namanya. Kalau stress jom kita ambil perubatan yang dianjurkan oleh islam sendirinya dengan cara mengambil wudu' n zikir "berzikirlah dengan nama ALLAH nescaya hati kamu kamu akan tenang"
Ada yang mengklasifikasikan GF (ghazwul fikri) gerakan yg dilakukan oleh kaum kuffar (orang kafir, orang di luar Islam) sebagai upaya untuk menyerang Islam dengan menghancurkan pikiran umat islam. Tindakan dorang itu berupa bentuk :
- Tasywih = memalsukan ajaran Islam
- Tadhlil = menyesatkan umat Islam
- Tasykik = menebarkan keraguan terhadap ajaran Islam
Salah satu contoh yang mereka lakukan untuk PROPAGANDAKAN umat islam
- mengatakan hukum hudud tidak sesuai dilakukan pada zaman ini
- memakai jilbab itu budaya arab
- mempertikaikan hak perempuan dalam pembahagian harta pusaka
- Pertentangan politik. Perselisihan faham sesama pemimpin Islam mengakibatkan politik diambil alih/dikuasai oleh non Islam. akibatnya umat Islam menderita (lagi).
- Pertentangan mazhab akibat fanatisme (berlebihan), kebodohan (pengikut) dan hawa nafsu (pemimpin2nya) serta taklid semata2
- Pengaruh agama2 terdahulu.
- Serangan asing (non muslim), berupa gerakan militer dan perlawanan pemikiran.
- di malaysia kita ambil contoh sister in islam salah satu agenda untuk meliberalkan islam
- menghambat kemajuan umat Islam. Umat Islam cukuplah jadi pengikut barat…jangan sampai jadi pemimpin (dunia).
- menjauhkan umat Islam dari Al Qur’an dan As Sunnah.
- mengeluarkan umat Islam dari ajaran Islam (yg telah dipelajarinya).
-membuat kaum Islam murtad (umat Islam keluar dari agama Islam).
-pengaruh dari filem2 hindustan dan hollywood
Fenomena terbaru GF adalah:
1. Pemalsuan Islam, dilakukan dg cara:
- memalsukan Al Qur’an.
- memalsukan As Sunnah (termasuk di dalamnya hadits2)
- memalsukan pribadi Rasululloh SAW (termasuk dg menghina, melecehkan, membuat
gambar kartun/karikatur Rasulullah SAW)
- memalsukan sejarah Islam (dgn mengabaikan ilmuwan2 Islam atau mengaburkan fakta2)
- memalsukan sistem kehidupan Islam (tidak mementingkan syariat Islam)
2. Pembaratan Islam (mengajak kaum Muslim bergaya hidup seperti orang barat)
- penetapan dan perubahan kurikulum pendidikan
- penyebaran kehidupan sosial ala barat
Sendi-sendi yang menjadi akar GF:
- Zionisme
- Kristenisasi
- Kolonialisme (bekerjasama dg zionisme, kristenisasi, orientalisme)
GF menggunakan beberapa sarana berikut sebagai satu usaha untuk menyebar luaskan pahaman mereka:
- Pendidikan
- Sosial
- Media cetak dan elektronik
- Pusat kebudayaan
- (masih banyak lagi saranan2 lain)
GF juga menggunakan:
- Demokrasi
- Komunisme + sosialisme
- Nasionalisme
sebagai helah dan isu untuk menjatuhkan ajaran Islam.
1. Hanya mengerjakan yg bermanfaat (dunia-akhirat). Seimbangkan dunia dan akhirat. Ingatlah tujuan kita adalah akhirat bukan dunia yang dicari
2. Try kembali kepada ALLAH SWT (time musibah cubalah dekat diri kita dengan ALLAH )
3. Jangan terlalu rendah diri. Yakinlah bahwa kita setara dg orang2 barat…tapi tentunya tidak sekadar ucapan belaka mesti dengan perbuatan
4. Jika ada musibah, jangan cari kambing hitam…tapi hendaklah berserah pada ALLAH SWT. Pandang optimis ke masa depan, jangan terpaku ke masa lalu.
5. jangan syirik pada ALLAH. Isilah masa lapang dengan membuat kerja yang faedah.
Wednesday, February 11, 2009
COSTANTINOPLE
HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Di bawah ini adalah satu artikel yang dikirimkan kepada saya oleh seorang rakan. Disiarkan semula di sini untuk tatapan pembaca. Ditambah beberapa keping gambar yang diambil dari Turki untuk dikongsikan.
_________________________________________________________
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.
PENGENALAN
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki - Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 - 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.
PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
Menara Bergerak
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
Bantuan Dari Pope Vatican
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.
Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.
Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.
Karisma Seorang Pemimpin
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.
P/S : ana copy paste jerkk..ada seorg sahbt menyakan tentang costantinople..jd nak bg pendapt xbyk masee..so copy paste jela..cepat n mudah..(cetak rompak ke??pe hukum erk..bak kater ustazah mencuri ilmu utuk kebaikan di benarkan tapi jgn MENIRU !!)