bismillah

Tuesday, December 30, 2008

sanah helwa...


sanah helwa ila my twin nabihah..moga ALLAH merahmatimu..


salam alaika...

tanggal 31 dec..
detik nya jam 12..maka genaplah ana and my twin 2o tahun..to all my sahabat..ieda, yati,azi,yaya,kak fathin, kak asfahana dan lain2 lagi..thanks 4 wishing..baik dari mesej atau YM atau frenster..sumer ana akan hargai..thanks juga ingat besday ana walau ana kurang mengingati besday kalian..sesungguhnya kita memang dilahirkan untuk lupa..
alhamdulillah ALLAH masih memberi kesempatan pada ana untuk berjuang di bumi ini as khalifah ALLAH..and 4 my family..thanks 4 supporting me..without u'll saper la ana ini..thanks 4 my mak n baba coz membesarkan anakmu yang banyak kerenah n banyak songeh..
to my twin also..thanks gak wishing kt me..walau k.cik kt UDM ngah berjuang demi menuntut setitik ilmu lautan..tapi still ingatkan ana..sowey la coz xdapat celebrate sama2..

per yang ana ingin perkatakan sepanjang 2o tahun menjalani kehidupan as student..as anak..as kakak..as adik n so on..kehidupan yang beronak duri n beranjau banyak mematang kan ana..terutama sekali wak2 jadi perantauan kt medan..memang mencabar..tapi ALLAH iz de only way..seorang diri menghadapi nyer tapi xrase keseorangan..2 la hikmah bagi hamba2 yang bersabar..anggaplah ia satu tarbiyah dari ALLAH yang cukup mahal nilai nya..

Dari Ibn Umar r.a., katanya :"Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda : ' Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara. ' Maka Ibn Umar berkata : "Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang.Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit.Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati."

teringat kata2 my nenek.."zaman sekarang nie kalau celebrate besday mengalahkan orang barat..beli kek ler..tiup lilin la..xyah buat semua 2..doa yang paling penting..jangan terikut2 sangat orang barat yang akhlak nyer kurang"..nenek memang anti cikit kalau cucu ikut ala2 barat..even nak beli kek pun dia xkasi..membazir kata nya..tapi berbeza dgn hari jadi sekarang..hari jadi bukan diraikan untuk meraikan kemenangan..tidak ada apa-apa kemenangan..terlalu ramai orang yang dengan mudah dapat hidup dari tahun ke tahun. Walaupun dia adalah penagih dadah, ‘kejayaan’ hari jadi tetap boleh dikecapi dengan mudah.

hukum menyambut bithday??..."Birthday" Nabi SAW disambut kerana hidupnya sangat bermakna, dan tidak semua orang boleh melakukan sebagaimana akhlak Rasulullah SAW.
.Adakah akhlak kita setanding Rasulullah SAW sehinggakan hari jadi kita patut disambut? Adakah nyawa kita sentiasa diancam oleh orang ramai pada sepanjang masa kerana kita menegakkan agama Islam? Setiap benda, mestilah kena rujuk dulu dari segi Islam..first skali letakkan Islam di tempat paling tinggi..Lazimnya, hari jadi diraikan dalam suasana yang riang gembira atau fun, iaitu lebih kepada hiburan..yela semua suka pada hiburan..so xheran kalau majority mudah sangat terikut2 budaya barat..even ana pun mudah sangat terpengaruh dengan budaya 2..nauzubillah..

kalau ikut budaya barat..bila ulang tahun hari jadi setahun..sebatang lilin dicacakkan di atas kek..bila ulang tahun ke-40, 40 batang lilin dicacakkan. Apa yang kita lihat, seolah-olah suatu kejayaan apabila kita mencacakkan lilin.. Lebih banyak lilin..kelihatan lebih berjaya.
.lepas 2 tiup..b4 tiup wish dulu..bukan kew itu budaya yahudi..sebab mereka menganggap lilin itu ibarat islam..bila terpadam nya cahaya lilin maka terpadamlah islam..tapi mereka lupa cahaya addin xkan terpadam..sama2 lah kiter renungkan..

Sebenarnya ini ‘kejayaan’ yang tidak ada maknanya apa-apa kerana peningkatan umur bukanlah sesuatu yang sukar dicapai.
.Ketika menyambut hari jadi.when kita meletakkan harapan supaya orang yang menyambut hari jadi itu sihat, berjaya dan seumpamanya.. kenapa tidak kita meletakkan harapan tersebut pada sepanjang masa?..even masa waktu besday ke??ntah ler..mungkin birthday itu satu kejayaan yang kita kecapi setelah banyak halangan yang kita harungi..xheran la kalau ramai yang anggap hari lahir 2 sebagai tapak bermulanya karier seseorang individu...

Namun begitu, tidaklah sia-sia jika pada ulang tahun hari jadi te
rsebut kita meraikan dengan cara membuat kenduri kesyukuran sebagai tanda kita bersyukur (niatnya) kepada Allah SWT kerana masih lagi diberikan ruang untuk meneruskan kehidupan..ameennn...


p/s: teringat waktu celebrate ngan sahabat myfam kat musolla muttaqin..thanks ya sahabatku..memori yang indah xkan ana luper kan..moga2 ukhwah yang dibina sepanjang di matrik dulu xkan putus..mudah2an..

Sunday, December 28, 2008

SELAMAT TAHUN BARU DAN MAAL HIJRAH..



"tut..tut.."

kedengaran bunyi HP tanda mesej masuk..banyak nya mesej masuk.."selamat tahun baru dan maal hijrah moga tahun ini menjadi lembaran yang paling baik dari tahun2 lepas"..lorr patut lah banyak mesej masuk..sok tahun baru..apa2 pown selamat tahun baru dan salam maal hijrah pada semua sahabat n family...

"kak jangan lupa baca doa awal n akhir tahun..baca yassin sekali 3 kali taw.."..mesej yang dihantar oleh adik ana berkali2 dibaca..kenapa lak nak baca??dalam hadith tak der pown kata kene baca..hadith apa pakai??soalan yang terngiang2 difikiran..tambah plik pulak..
"kak mana doa awal tahun dan akhir tahun nak bacalah"..aik baru nak cari..ala baca jerk doa lain.."xsama lah kak kan doa 2 tahun baru nyer"..n bertambah plik ana lagi..xkan time maal hijrah baca doa 2 jerk..tapi bila ditransletkan balik doa 2..rupa2 nya doa harian..istimewa sangat ke doa 2 sampai doa 2 jadi pembuka tahun maal hijrah..ermm...bid'ah nie..


.

sebenarnya sahabatku boleh kalau nak pakai doa 2..tapi oleh kerana ada segelintir dari kita xfaham maksud doa 2..apasal lah baca doa tu..baca mathurat pun boleh..tapi jangan jadikan budaya..asal maal hijrah jerk baca yassin..baca doa tu..dah ler panjang..xafahm maksud..apa guna baca doa xfaham maksud..dah ler 3 kali baca yassin dan doa awal tahun tu..orang yang xpernah pegang alquran pun baca..bagus gak..ke arah kebaikan..tapi kalau boley jadikan "benda alah" nie sebagai amalan harian kita..kan senang..xpayah tunggu maal hijrah baru nak sibuk2 cari doa awal tahun..baru nak baca yassin..zaman sekarang pun plik..nabi xbuat kita buat..nabi buat lagi lak kita xbuat..terbalik dah dunia..boleh nak baca tapi jangan jadi budaya..doa itu memang digalakkan baca sebb tue kalau boleh doa tu dijadikan doa harian kita..bukan time maal hijrah jerk..

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."


cuma mungkin kita sambut maal hijrah nie tanda menyingkap sejarah penghijrahan nabi dari mekah ke madinah..perjalanan yang penuh onak duri..peristiwa yang perlu dihayati..kebajikan pun patut ditambah..


MUHARRAM

Muharam adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah)..before Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi..hijrah Rasulullah SAW memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91)..sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
.


P/S: sALAM maal hijrah dan tahun baru..moga tahun ini lebih baik dari tahun lepas..doa ku pada sahabat n family moga2 menjadi muttaqin yang tiap detik bibir basah dengan ASMA ilahi hati jernih mengagung ILAHI jiwa rindu bertemu RABBI..hidup mati dalam MAHABBATULLAH..salam maal hijrah 1430 H..

Tuesday, December 9, 2008

al-sa'ihun..


al-sa'ihun bermaksud pengembara. Pengembara yang dimaksudkan disini bukan melibatkan diri dengan unsur2 maksiat..tapi mengembara dari sudut pemikiran, hati dan perasaan dengan melihat dan merenung makhluk ciptaan ALLAH di langit dan di bumi..

"sesungguhnya dalam kejadian langit dan di bumi dan silih berganti malam dan siang terdapat tanda2 kebesara bagi orang yang berakal yaitu orang yang selalu mengingati ALLAH sambil berdiri atau duduk atau keadaan berbaring......." (surah al-imran 190-191)

teringat ana tentang sylabus ISK yang baru dipelajari dan didengari.. pengisian yang mantap..sebagai pejuang islam sudah menjadi lumrah kita mengkaji dan mempelajari sejarah perjalanan hidup para salihin sehingga terbinanya satu tamadun islam yang gemilang dimana suatu ketika dahulu 2/3 dunia ditakhluki oleh pejuang islam kita..teringat pula kata2 dalam buku "BAHTERA PENYELAMAT"..apa gunanya kita hidup di dunia..jika kita tidak mempelajari sirah2 nabi kita..jika kita tidak mengexplorekan sejarah pertarungan antara kebenaran dengan kebatilan di mana mereka dapat melihat dengan jelas bagaiman para taghut,para pemerintah yang zalim dan perancangan musuh2 islam hancur berkecai berhadapan dengan benteng2 islam..cukup megahnya islam ketika zaman dahulu..subhanALLAH..


AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR..

"dan sesungguhnya kamu akan mendapati mereka (manusia) yang paling loba kepada kehidupan di dunia"..ayat al baqarah:96

kehidupan di sini sungguh mencabar..kadang2 cabaran yang dilalui banyak mematangkan diri sendiri..mencari jalan penyelesaian permasalahan itu..sungguh indah tarbiyah dari ALLAH..tidak ternilai rasanya jika dibandingkan tarbiyah yang ku lalui selama ini..mungkin ada hikmah nya ALLAH menghantar ana di sini..ermm..terbaru2 ini khabar yang agak tidak menyenangkan singgah di "porus acusticus externus" (lubang telinga) tentang gejala sosial para doktor2 di usu yang agak kurang sedikit tentang agama.."POOL PARTY"..kebunyikan yang agak enak didengar tapi hakikatnya jijik jika dirasai..(maaf perkataan yang agak kurang sopan)..inikah doktor2 yang akan menyelamatkan orang jika akhlak mereka sedemikian..berparty di sebuah hotel yang terletak di kota medan..diselangi gelak ketawa syaitan2 yang juga memeriahkan party mereka..
dengar kata minuman keras turut dihidangkan disamping perempuan2 dibuat hidangan selera makan mereka..sejauh mana pun berita ini ana pun tidak dapat mensahihkan..mudah2an ALLAH bagi pengajaran bagi mereka...

"dan hendaklah ada dikalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar,merekalah orang2 yang beruntung" (surah al-imran: ayat 104)

sekadar menggeleng kepala tanda meluat kepada mereka..mudah2an ALLAH memberi hidayah kepada mereka..itu baru pool party..belum lagi benda2 ringan yang mereka telah expert buat..ermm..susah mahu dibicarakan disini..cukuplah sekadar teguran dan nasihat buat antum semua..

p/s: syukran sahabat2 ku kerna sudi bagi info tentang ISK kt ana..info yang cukup mantap..

Friday, December 5, 2008

ukhwah..


terdengar suara2 hati yang mendayu2..dimanakah suara itu datang..seluruh genap ku mencari2 suara itu..sudah lama ku tidak mendengar doa2 itu..aku buntu..adakah suara hati aku..i need ukhwah..

"Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati kami ini telah berkumpul di tempat ini karena mengasihi-MU; bertemu untuk memenuhi perintah-Mu; bersatu untuk memikul beban da'wah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu. Maka eratkanlah ya Allah atas ikatannya, dan kekalkanlah kemesraan di antara hati-hati ini. Tunjukkan kepada hati-hati ini akan jalan-Mu yang haq. Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung padam. Lapangkan hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidupkan hati ini dengan ma'rifat tentang-Mu. Dan jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-MU. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. "

tidak seindah yang ku bayangkan..tidak semewah yang ku dapat..cukuplah apa yang ana alami sepanjang kehidupan seorang hamba ALLAH yang bergelar pejuang..kepenatan??istilah yang cukup terngiang2 di sudut hatiku..apakah ana seorang yang mudah give up??emotional?? dengarlah wahai manusia yang bergelar pendaie..itu bukan ciri seorang pendaie..itu pengecut namanya..ingatlah kehidupan seorang pendaie mengharungi onak duri ranjau kehidupan boleh dikatakan saban hari..saban hari mencari jalan penyelesaian..bukan keseorangan mencarinya..mencari bersama2 sahabat satu perkara yang menjadi kewajipan dalam kehidupan berjemaah..kini..istilah ketabahan harus dipraktikan..seorang diri mencari akar tunjang permasalahan..satu tarbiyah dari ALLAH yang cukup mahal harganya..mujurlah ukhwah yang ku bina disini banyak mengajar erti kehidupan pada diriku..kehidupan yang sukar ditafsirkan dan dibayangkan..umpama air terjun yang mengalir jika dicampak dengan batu sekalipun air itu akan terus mengalir dan mengalir..ya..itulah yang ku inginkan..sifat air yang begitu flexible pada semua waqi'..aku harus tabah itulah bisikan hati naluriku..

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :

"لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه مايحب لنفسه"

(رواه البخارى)

Maksudnya:

“Tidak beriman (sempurna) seseorang kamu,sehingga dia kasihkan (sesuatu) kepada saudaranya apa yang dia kasihkan untuk dirinya sendiri.”


p/s: syukran ila azi dan syazwani kerna selalu menyelami permasalahan ana..thanks a lot..i luv u all..moga ukhwah yang dibina akan terus disemarakkan..

MANTAPNYA UKHWAH..

today is birthday aisyah..so ingat nak wish malam ni..tapi apakah daya ana juga seorang manusia yang mengenal erti kepenatan..sori ek wani sebab korang sanggup tunggu aku habis meeting..last2 x pergi langsung ke rumah aisyah..jiwaku diselubungi rasa bersalah..3 kali janji2 ku bersama sahabat tidak ditunaikan akibat kesibukan sebagai seorang pelaksana amanah..mujurlah mereka memahami..dibahu merekalah tempat ku menumpang ukhwah..merekalah sebahagian hidupku..to aisyah sanah helwaku ucapkan..sori la ek..dah rancang nak wat suprise..kami yang merancang ALLAH yang menentukan..ya ALLAH sungguh rasa bersalah yang teramat2 sangat sentiasa memburu aku..maaf ya korang...



~posted by diri yang hina~

Monday, December 1, 2008

RENUNGAN..

Perbualan Imam al-Ghazali dengan anak muridnya.

Dia bertanya: Wahai anak muridku, apakah yang paling dekat dengan kamu? Jawab anak muridnya: Ibu bapa dan keluarga. Imam al-Ghazali kata: Betul tetapi yang paling dekat dengan diri kamu ialah mati. Sejauh mana pun kamu lari, kamu tidak dapat dipisahkan dengan mati selagi kamu bernyawa.

Al-Ghazali bertanya lagi: Apakah yang paling jauh dalam hidup kamu? Jawab anak muridnya: Bulan, bintang, bulan. Kata al-Ghazali: Betul tetapi yang sebenar-benarnya ialah masa yang berlalu yang tidak akan dapat kamu kejar. Sebelum masa berlalu gunakanlah ia untuk kebaikan dan amanah yang telah diberikan.

Dia bertanya lagi: Apakah yang paling besar dalam hidup kamu? Anak muridnya menjawab: Bumi, matahari. Imam al-Ghazali berkata: Betul tetapi yang paling
yang paling besar ialah nafsu yang tidak akan dapat kamu penuhi. Jadi kita kena kawal nafsu.

Imam al-Ghazali bertanya: Apakah yang paling berat? Anak muridnya menjawab: Besi, batu. Betul, kata Imam al-Ghazali, tetapi yang paling berat dalam hidup kamu ialah amanah. Cukup susah hendak dibuat kerana ia akan dinilai apabila kita menghadap...

Dia bertanya: Apakah yang paling ringan? Anak muridnya menjawab: Kertas, kapas. Imam al-Ghazali berkata: Betul tetapi yang sebenar-benarnya ialah meninggalkan sembahyang kerana orang tidak rasa bersalah meninggalkannya.

Imam al-Ghazali bertanya lagi: Apakah yang paling tajam? Pedang, pisau. Betul, katanya, tetapi yang paling tajam sebenarnya ialah lidah. Jagalah lidah kerana kalau ia melukakan perasaan dan jiwa orang, dia tidak akan lupa sampai bila-bila

perpecahan umat islam..


Soalan yang sering ana utarakan kepada sahabat2..benarkah umat islam sekarang tidak bersatu..??tengok sajalah di peristiwa pahit di iran yang banyak memberi pengajaran kita semua di mana akhirnya pembunuhan sesama orang Islam yang bermazhab Syiah dan Sunni...Turut terjadi di Pakistan dan di mana sahaja adanya pelbagai pemikiran yang taksub mazhab ini.. Di Malaysia pun seperti di beberapa negara Islam Sunni, semacam ada perancangan halus untuk memecah belahkankan umat Islam kepada beberapa mazhab..sekarang ini wahabi semakin menular di negara kita..hizbut tarith,syiah dan seumpamanya..dan apabila sesebuah negara menggunakan pelbagai mazhab sehingga memberi kecelaruan yang teramat buruk..apakah yang akan terjadi kepada umat islam di negara kita??..sampai yang ada bertikam lidah menegakkan kebenaran..Di Mesir juga, larangan menukar mazhab difatwakan oleh para ulama mereka, bimbangkan akan parah lagi perpecahan yang ada..

Berbalik kepada soal perpecahan sesama sendiri, ana pernah terfikir..apa sikap kita terhadap berbagai-bagai mazhab seperti Syiah dan Wahabi..biarkan Wahabi di Arab Saudi dan Syiah di negara Iran..Malaysia dan alam Melayu tinggalkan kepada anutan dan pemikiran tradisi kita, dalam akidah bermazhabkan Asya‘irah atau pengikut mazhab Imam Asy‘ari dan fekah pula bermazhabkan Imam Shafi‘i. Kita tidak ada masalah dengan mazhab yang kita pegang dan anuti selama ini..tapi yang mempunyai persoalannya..penangan wahabi atau syiah semakin kuat..apakah peranan kita sebagai umat islam??

Di sebaliknya, apa pula perlunya ajaran mazhab Hambali dengan pendekatan keras ala Wahabi diperkenalkan di Malaysia? Sedangkan orang Melayu menganuti Islam dengan cara yang lembut dan bersifat kesufian..Wahabi, banyak membidaahkan segala amalan umat Islam yang sedia ada sehingga segala-galanya ditolak daripada tahlil dan qunut, hingga sambutan Maulidur Rasul dan amalan bacaan Yasin..Apakah yang menjadi perkiraan mereka selain daripada golongan taksub, bukan lagi membidaahkan orang lain..

Pada tahun awal 70-an, idea-idea islah dan reform gerakan Islam luar negara juga sudah dibawa ke sini, maka tersebarlah idea-idea Hasan al-Banna, Syed Qutub, al-Maududi, Said Hawwa dan sebagainya.. Ia adalah idea yang baik, jika dapat ditapis daripada segi pendekatan dan disesuaikan dengan iklim di Malaysia.. Namun ramai orang pada satu ketika dulu terperangkap dengan idea2 itu akhirnya juga mengambil pendekatan ‘megkafirkan’ orang lain setelah membaca tafsir Fi Dzilal al-Quran dan Ma‘alim fi al-Tariq..terfikir juga..adakah kafir hukum atau kafir politik?

Mazhab masih menjadi penting untuk mendapat kaedah dan metode mengambil hukum dan kefahaman daripada al- Quran dan al-Sunnah.. Mereka yang menyeru kepada al-Quran dan al-Sunnah tanpa bermazhab sama seperti mereka yang tidak mahu atau rasa perlu masuk ke sekolah, belajar sendiri untuk dapat ijazah..Mampukah semua orang berbuat demikian? Pada keadaan biasa, masing-masing memerlukan sekolah dan maktab untuk mendaptkan ijazah.

umat Islam di Malaysia menghadapi krisis kepimpinan, bukan dalam kepimpinan politik sahaja , tetapi kepimpinan intelektual dan ilmu.. Ia menjadi lebih parah, jika ilmu dipelajari secara separuh-separuh dan secara berpecah-pecah.. Mereka belajar hanya daripada satu perspektif, lalu menghasilkan natijah ilmu yang dangkal..

Ada mereka yang mahir hadis tetapi kurang kefahaman dalam hukum fekah, ada yang alim fekah tetapi jahil hadis, ada yang tahu pemikiran moden yang buta bahasa Arab dan tahu ilmu agama tetapi buta dengan ilmu alat seperti ilmu moden.. Jadilah para ilmuan seperti tujuh orang buta yang ingin menafsirkan bentuk seekor gajah.. Akhirnya tidak ada yang benar-benar tepat kerana mereka hanya mengambil faham berdasarkan persepsi dan perspektif mereka sahaja..


yang penting sekali..peranan komuniti ulama atau badan-badan agama yang seharusnya dapat menyatukan pandangan mereka ini dengan kekerapan mengadakan pertemuan dan perbincangan.. Orang awam menjadi keliru dengan keadaan yang ada.. Bagaimana orang ramai boleh percaya kepada doktor, kalau doktor sendiri pun sakit? Wallahualam..

المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضاً"
"org mukmin dgn mukmin seperi binaan yg mengukuhkan satu sama lain"

p/s: sesiapa yang ade informasi pasal wahabi silalah bagi komen..

Saturday, November 29, 2008

otak dan zikir..


sebab nak dekat exam dan baru habis belajar anatomy pasal nervorum system..maka tertimbullah idea nak buat statement macam ini.."circulation of cerebrospinal fluid"..many words yang pelik2 untuk di hafal..dura mater,subarachnoid space,chiasmatis system dan so on..kalimah yang baru ku jumpa petang tadi..dan yang paling penting final exam confirm masuk..ya ALLAH kuatlah ingatanku..


actuali nak releated sistem nervorum atau dalam kata erti yang lain otak dengan kehidupan seoarang pelajar dimana dibebani asighment dan juga note2 yang perlu dihafali..actuali dalam otak kita sebanyak 14 juta saraf yang berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain..so kesimpulannya semua aktiviti yang kita jalani semua depend on brain..subhanallah..Otak hanyalah aktiviti2 bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas..

apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah such as Subhanallah..astaghfirullah..beberapa part of brain yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut..mungkin sel2 di dalam otak aktif dengan nama2 ALLAH dan rase takjub dengan kebesaran ALLAH.. maka ia pun mengalirkan suatu impuls elektrik dekat part 2 juga.. bila zikir disebut berulang-ulang kali.. aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan..jadi conclusion.setiap kali kali stress ucaplah dengan nama ALLAH..insyaallah stress dapat hilang..sebab mengikut my own think..stress disebabkan impuls2 elektrik tidak dapat bergerak atau tersebar ke saraf2 yang lain..so when we say subhanallah insyaallah dengan kuasa ALLAH maka impuls bergerak dengan secara normal..

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif, kritis dan inovatif..sedang sebelum berzikir otak tidak begini..Otak yang fresh dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.is it true ya..sebabmengikut hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek (pelajar) ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993..(amik statement ini waktu surf internet) satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar..

teringat kata my lecture..otak kanan selalu dikaitkan dengan sastera dan otak kiri selalu dikaitkan benda2 sains..biasanya budak medik and also dentist akan sering menggunakan otak kiri than kanan..sebab byk nak kene hafal benda..so kalau nak seimbangkan otak..setiap perlakuan hendaklah menggunakan tangan kanan..sebab tangan kanan juga mempengaruhi otak kanan..so apa2 pun mesti di dahului tangan kanan..sedangkan RASULLULLAH pun setiap perkara didahului dengan yang kanan..ikutilah sunnah rasullullah..insyaallah berkesan..


Oleh itu, sahabatku..ketika saintis Barat baru menemui "mukjizat" ini..kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya..Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya..jadi say lah alhamdulillah pada ALLAH sebb lahir as umat nabi muhammad...pada sahabat terutama pada kelas fkg08..jangan stress2 lagi waktu nak exam..sebaliknya mulakanlah harimu dengan berzikir..peringatan ini pun dituju pada ana..

p/s: peningnya nak hafal benda mandibula dan "circulation of cerebrospinal fluid" ini...

Friday, November 28, 2008

exam are approaching...

no feeling to say something..
juz only want to say..i reali2 miss my mom....
nak merdeka so early..tanggl 9 rie buln maka bermulalah jihad..
mula lah start minum kopi..
mula lah cakap merapu2..
mula lah tidur lewat..
mula lah rasa hati tak tenteram...
mula lah buat yang pelik2..
mula lah asik nak marah..
tapi semua tu ku dapat atasi..
dengan solat hajat..
dengan bermunajat pada ALLAH..
dengan qiamullail..
dengan buat amal..
dengan kol my mom (ckuplah dgr suara mak)
dengan baca quran..
so pada sahabat2 ku yang nak exam..
caiyok2 especialy my house8 yang banyak bagi semangat..
doakan kejayaan bersama..

p/s: biology,anatomi,IMT,biochemistry,kchemistry,physic n so on...

Tuesday, November 25, 2008

cinta atas dasar dakwah??

إن السيدة "عائشة" كانت تقول :

" ما غرت على أحد من نساء النبي – صلى الله عليه وسلم – ما غرت على "خديجة" وما رأيتها ، ولكن كان النبي – صلى الله عليه وسلم –يكثر من ذكرها وربما ذبح الشاة ثم يقطعها أعضاء ثم يبعثها في صدائق خديجة فربما قلت له كأنه لم يكن في الدنيا إلا خديجة، فيقول إنها كانت وكان لي منها ها ولد

Bahawa Aisyah berkata: Aku tidak cemburu ke atas seorang pun daripada isteri-isteri Rasulullah sebagaimana aku cemburu terhadap Khadijah. Rasulullah selalu menyebutnya , dan kadangkala apabila Rasulullah menyembelih kambing, dia akan memotong sebahagian daripada kambing itu lalu dihantarkannya kepada kawan-kawan Khadijah. Mungkin aku pernah berkata kepadanya : "..seolah-olah di dunia ini tiada orang lain selain Khadijah!" Maka Rasulullah menjawab: Sesungguh antara kami, kami dikurniakan anak...

kadang2 kita kagum cinta rasullullah pada khadijah..
sehingga menyebabkan aisyah cemburu..
apa yang menyebabkab rasulullah mencintainya??
mudah sahaja..
semua berlandaskan iman dan dakwah..
so..bersabarlah wahai nisa' serta rijal..
selagi percaya qada' dan qadar..
kau pasti menemuinya..
cinta berlandaskan syariat serta keredhaan ALLAH..
jagalah hatimu wahai dai'..
bila dai'e tidak menjaga hatinya..maka rosaklah dirinya..
terfitnah lah islam dan runtuhlah dakwah ditangannya..
maka waspadalah hatimu agar ia selamat dari kekotoran nafsu yang menipu..




cinta islamik??

teringat juga ada seorang hamba ALLAH menanyakan soalan pada ana "haram ke bercinta??"pelik juga dia tanya soalan seperti itu..try lah nak korek rahsia dia.."kenapa tanya macam tu..any problem to share??".."ada ke cinta islamik??"kata dia pada ana..terkejut juga ana tak ada hujan tak ada angin tetiba taufan..dah lah waktu itu tengah makan..nasib baik tak tersembur makanan tu..tengak riak wajahnya macam menanti jawapan kat mulut ana..actuali no idea nak jawab macam mana..hentam lah.."pernah bersms?"kata ana kat dia.."pernah selalu juga"jawabnya.."ermm pernah call?"..kata ana lagi.."pernah juga"..jawabnya..ana jwab persoalannya tadi pasal cinta islamik..susah gak soalan nie..try lah jawab..

kenapa ALLAH jadikan setiap benda berpasang2..telinga ada pasangan..mata ada pasangan..apa kurangnya manusia..manusia pun ALLAH jadikan berpasang2..rijal dan nisa..tak ada dalam dunia ini yang berlandaskan islamik..semua tipu..kalau ada pun lepas nikah..bagi satu contohlah..setiap kali anti sms..mesti ada rasa feeling..nak cakap sayang2 kat dia walupun tak terkata..tipulah kalau tak ada feeling tu..ana tidak menafikan memang fitrah manusia itu menginginkan sesuatu untuk mendorongnya daripada orang yang berlainan jantina daripadanya. Tetapi perlulah dengan cara yang terkawal..


Kalau sudah masuk sampai fasa ingin ada perkataan ‘sayang’ daripadanya, ana sarankan dua perkara. Pertama, kahwin dan yang kedua tinggalkan sahaja..Ini kerana jika fasa ‘sayang’ itu dah terluah dan terlalu lama berlaku sebelum kahwin, ini mungkin akan menyebabkan satu perasaan pelik datang. Jemu dan bosan..off course lah bosan..sedangkan makan dengan lauk yang sama selama satu bulan pun bosan..apatah lagi manusia.. entah hormon jenis apa yang dirembeskan keluar atau bahagian saraf yang mana bertindak balas apabila menerima ransangan dan menyebabkan perasaan jemu dan bosan itu berlaku.. Tetapi itulah hakikat..

berbalik persoalan cinta islamik..ada ke cinta berlandaskan islam..ada juga seorang insan berkata kat ana.."ala kami ni cinta berlandaskan dakwah..nanti boleh lah meneruskan perjuangan ini..menyambung rantai2 perjuangan rasulullah.."terkejut dengan kata itu..kita ni manusia..ada kala iman kita kurang ada kala iman kita bertambah..di saat kita dilamun "cinta islamik" syaitan serta cucu cicitnya sedaya upaya meminta simpati untuk "menyedekahkan" sedikit maksiat kepadanya..sikit jerk bukan banyak pun..yela..saat berjumpa terpandang mata bak kata orang pandangan pertama..bukan ke pandangan pertama itu panahan syaitan..ermm..mulalah bersms..tanya khabar.."kaifa haluki anti".."sehat..macam mana dengan perjalanan program dakwah itu?"..kemudian esoknya.."syukran ya ukhti..program kita berjalan lancar..hari ini ana berkelapangan..kalau tak ada halangan ana mahu belanja makan tanda terima kasih"..aik dah mula belanja makan..takkan berdua kot..itulah fitrah manusia yang menginginkan cinta..cinta berlandaskan nafsu tapi dalam masa yang sama menggunakan pelbagai alasan untuk menutupinya..kita tak boleh nak menafikannya..tapi kalau boleh kawal lah ia sebelum ia merebak..mencegah better than mengubati..memang payah kalau nak mengubati cinta manusia lebih2 yang dah tahap parah..if operation pun belum tentu sembuh..

Jadi, bolehkah berlaku ‘Cinta Islamik’ sebelum pernikahan jika begitu? so tepuk dada tanya diri..alangkah bagus kalau cinta itu selepas pernikahan..baru mantap..tidak semua yang sanggup berbuat demikian..







Sunday, November 23, 2008

demam......




salam perjaungan dan salam SEHAT..

sekarang ni musim demam..hujung bulan 11 adalah musim tengkujuh..tiap2 malam..tiap2 siang akan dihujani oleh air dalam erti kata yang lain hujan turun (isyh ayat cam puting beliung)..al maklumlah baru baik demam..lain dipikir lain dicakap..lain di tanya lain dijawab..2 hari demam..maka tergendala segala meeting2 yang patut diadakan pada hari ahad..mujurlah ramai yang ada..(ala tak penting pun hang kat dalam meeting)..asighment serta jurnal pun banyak tak di buat..bukan xnak buat..tapi kudrat yang masih ada masih lemah lagi..tunggu superman "mencharge" balik..

di saat ku dijangkiti virus demam..suatu virus yang mudah dijangkiti..saat itulah kerinduan pada ummi semakin meluap2..teringat kenangan yang sentiasa terpahat dihatiku..kenangan ketika demam..bubur yang enak sentiasa terbau didapur..hanya tunggu untuk dimakan sahaja..no need moving..juz only rest..bez nya waktu itu..tapi sekarang...bubur dari bibik tulah kutelan..sup ayam dari a&w tulah ku makan..kerinduan ku tak mampu bendung lagi..segera ku menelefon mak..tapi perakhiran yang ana dapat bukan suara ummiku tapi tut..tut..pleasa try later..ana pasrah..

keheningan malam..cengkerik dan katak2 sering bersahutan tanda bersyukurnya nikmat ALLAH yang tidak terhingga..malam ini hujan lebat lagi..bertambah sejuk lah malam ini..syukran pada sahabatku syazwani kerana sudi menjaga ku sehari suntuk mengurus makan dan minumku ketika demam(macam budak kecik)..terubat juga rindu pada my mom..malam ini wani tidur di rumah ana..so rase tenang sikit..kesian pulak kat wani..dah lah esok kuliah jam7..errmm..syukran ya wani..pengorbananmu sentiasa terpahat dihatiku..syukran ila azi,asfahana dan tan sebab sudi melawat budak yang banyak kerenah ini..tan thanks ya belikan ubat..

teringat kata2 dari sahabat myfam..kadang2 kesakitan itu ALLAH sengaja bagi kat hamba2 yang disayangi sebagai kasih sayang dari nya..sebagai landasan ujian..satu tarbiyah buat kita untuk memantapkan iman kita yang makin rapuh..ermm betul gak..rindu gak pada sahabat myfam..teringat ketika ana demam masa kat matrik..hampir tak muat bilik ana sahabat datang menziarahi(cam rombongan cik kiah lak)..rindu saat itu..thanks ya sahabatku..walau jauh di mata tetapi still dekat dihati..


adikku nashihah yang bermaksud suka bagi nasihat..memang pun..

to my beloved ukhti nashihah ab karim..yesterday besday adik..so sanah helwa ila adik yang ke 10..rajin2 belajar..jangan tinggal solat..rajin2 baca quran..jangan dok malas jerk..dah besar pun perangai jangan cam budak umur 7 tahun la..


p/s..nak balik..........rindu kat mak dan abah..

obama+ahmadinejad+chavez+livni


20 Januari 2009 tarikh yang dinanti-nanti oleh seluruh dunia, tarikh rasmi Barack Obama akan memasuki White House untuk mengganti George W. Bush. Setelah mencapai kemenangan pada pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada 4 Oktober yang lalu, warga dunia dan Amerika Syarikat masih lagi menanti apa perubahan yang ingin dibawa oleh Obama. Ramai yang mengharapkan Obama mampu membawa perubahan kepada Amerika Syarikat dan juga dunia.

Kita harus mengetahui hubungan politik Amerika Syarikat dengan Iran dan juga Venezuela sangat teruk semasa Bush menjadi presiden. Iran melalui presidennya, Mahmoud Ahmadinejad sangat tidak bersetuju dengan Amerika Syarikat terutama dalam isu loji nuklear Iran.

Selain Ahmadinejad, Bush juga meninggalkan kepada Obama musuh dari Benua Amerika Latin iaitu Venezuela. Hugo Chavez, presiden Venezuela menentang keras dasar luar Amerika Syarikat. Beliau meletakkan dasar luar negara Venezuela, menentang kekuasaan ekonomi sedunia oleh Amerika Syarikat iaitu neoliberalisme serta kerjasama ekonomi dengan negara-negara miskin, terutamanya di Latin Amerika.

Kedua-dua tokoh ini iaitu Ahmadinejad dan Chavez mempunyai hubungan diplomatik yang sangat rapat dan berkerjasama melawan kekuasaan Amerika Syarikat. Mereka antara pemimpin dunia yang sangat berani mengkritik dasar-dasar Bush.Tetapi itu semua dizaman Bush sebagai presiden Amerika Syarikat, bagaimana pula dengan pendekatan Obama selepas ini?adakah dengan cara diplomasi dan perbincangan atau meneruskan dasar Bush menentang tindakan Iran dan Venezuela?

Berdepan dengan Iran dan Venezuela, Bush mengambil pendekatan konfrontasi, tetapi dengan Israel Bush cukup lunak dan sangat baik. Bush seolah-olah memejamkan mata apa yang berlaku di Palestin, bahkan menyokong lagi tindakan kejam Israel keatas umat Islam di Palestin. Inilah corak pemerintahan dan pendekatan Bush!

Dunia akan menilai bagaimana Obama berdepan dengan Iran, Venezuela dan juga Israel. Mampukah Obama yang hebat berpidato untuk berdebat dengan Ahmadinejad? Ataupun berbincang dengan Chavez dalam isu perjanjian ekonomi dan menukar dasar luar Amerika yang telah digagaskan oleh Bush? Ataupun Obama mengkritik tindakan Israel keatas Palestin?

Israel yang bakal mendapat Perdana Menteri yang baru menggantikan Ehud Olmert iaitu Tzipi Livni. Livni akan menjadi wanita kedua menjadi Perdana Menteri Israel selepas Golda Meir pada tahun 1969. Livni baru sahaja memenangi pemilihan pemimpin baru Parti Kadima gagal membentuk kerajaan campuran yang baru bagi Israel setelah Parti Shas menarik diri dalam kerajaan campuran ini.

Bagi saya Obama tidak mustahil mampu melakukan perubahan yang drastik tetapi ianya berisiko tinggi. Yahudi Amerika tidak akan membiarkan dan membenarkan Obama membuat perubahan sesuka hati. Buktinya, Obama terpaksa melantik ketua staf Rumah Putih (White House) dari bangsa yahudi, iaitu Rahm Emanuel.

Selain warga dunia, Taliban di Afghanistan juga sangat berharap Obama melakukan perubahan supaya imej Amerika Syarikat dapat dibersihkan. Dalam pada itu, Obama semasa di temuramah oleh Sistem Penyiaran Columbia (CBS) telah berjanji untuk menamatkan dasar luar Amerika, mengundurkan tentera di Iraq dan juga menutup Kem Tahanan Guantanamo di Cuba.

Kita sama-sama tunggu dan lihat bagaimana Obama beraksi sebagai presiden Amerika Syarikat nanti...

Tuesday, November 18, 2008

keinsafan..




hari ini lab praktikum biochemistry habis cepat..xpernah dalam sejarah habis cepat lab..paling cepat 2 jam lebih..nampaknya ALLAH permudahkan jalan ana..janji ngan ivy mesti ditepati..akhirnya ana sampai dulu dari dia..ha..ha..habis la ivy teruk kene belanja..siapa sampai lewat kena belanja..tapi ana dah janji nak belanja dia..lain hari lah suruh belanja dia (banyak cantik)..petang ini ada program usrah di rumah tini..tidak lain untuk making usrah dengan pelajar setambuk 08 selain ACMS..hanya one group jerk dapat bentuk..alhamdulillah la.masa kat usrah sempat lah makan berjemaah,baca mathurat sama2 dan solat berjemaah sekali..seronok jugalah..ermm jumpa linda satu matrik dulu..dah la satu aras..so banyak la mahu diceritakan..dari A sampai ke Z bercerita..seronok gak jumpa budak satu matrik..


usai berusrah ngan budak2..janji lak dengan lisa nak jumpa dia..dah ok ke dia di tempat baru..ermm..rasa macam tak sedap hati lak kalau tak jenguk dia..walau kepenatan sesangat sedaya upaya tunjukkan kemanisan kat lisa..bukan apa kalau boleh biarlah dia rasa tenang tengok keikhlasan hati ana..mujurlah housemate asfahana menemani ana..dalam keheningan malam merempuh kabus2 sejuk..di sertai tertegaknya bulu roma menahan kesejukan..ini tidak mematahkan ana dan asfahana untuk menjenguk lisa..syukran ya asfahana kerana sudi menemani ana yang banyak kerenah..rasa lega sikit sebab muka lisa kelihatan gembira dengan suasana baru di rumah srikandi..nasib baik senang nak ajak usrah ngan dia..so amik masa la tuk usrah sikit ngan dia..kebetulan pulak terserempak dengan kak fahimah yang selama ini banyak membantu aku dari segi pelajaran serta kondisi di sini..sempat jugak kak fahimah bagi sedikit nasihat..rasa macam banyak nasihat..petik dari kata2 nya..

"hidup ini singkat sebenarnya..ALLAH masih sayangkan kita sebab itu ALLAH bagi satu jalan lurus dan banyak jalan bercabang kat kita..jadi pilihlah jalan mana mahu di ikutinya..kat perantau orang banyak dugaan..terlalu mencabar..sebab itu rasulullah pernah bersabda "sesungguhnya kesabaran itu ada pada benturan yang pertama.." jangan terlalu emosi sangat..redha apa yang ditentukan..jangan lihat semua sudut negatif..selalu thinking positif..emosi yang tak terkendali hanya akan melelahkan menyakitkan dan meresahkan diri sendiri..dalam sebuah hadith rasullullah bersabda "ya ALLAH saya minta padaMU saat marah dan lapang dada"..jadi kalau ada yang tidak puas hati atau marah kat semua dosen atau pelajar disini disebabkan ketidakadilan sistem pelajaran di mana semua berpihak kepada pelajar indonesia..if kalau fail sekali pelajar indonesia akan sedaya upaya "mengpasskan" palajar tersebut..tetapi lain pulak pelajar internasional dimana sistem kuota diamalkan..sebab itu lah sifat sabar dan redha wajib ada.."dan demikian KAMI telah menjadikan kamu (umat islam) umat yang adil dan terpilih"..surah al-baqarah..sebab itulah kenapa nabilah di pilih untuk belajar di sini..banyak dugaan..banyak cabaran yang harus ditempuh..sebab akak yakin nabilah mampu mengatasinya (cam 2 lah ayat dia)..nabilah bawa imej islamik..ramai orang hormat nabilah tapi jangan sia2 kan kehormatan yang diberikan..semua orang akan pandanr dari hujung rambut dan kaki..dorang akan sedaya upaya cari kelemahan nabilah..sebab itu kalau nabilah bawa usrah jaga imej baik2..tabahlah menghadapi ujian ALLAH..jangan merungut..try adapt invironment kat cini..kalau dorang wat yang salah jangan tiru mereka sebab itu mungkin budaya kita tetapi bukan budaya kita..mungkin first time nabilah nampak keburukannya tapi itulah yang mematangkan diri nabilah..nak bawa islam bukan senang..sebab itu nabilah mempunyai satu tanggungjawab yang besar..kembalikan fikrah islam yang sebenar..jadi ucaplah "hasbunallah wa nikmal wakil"..sering lah mengingati ayat tersebut nescaya ALLAH akan menolong mu..harap nabilah dapat adapt dengan suasana kat sini..insyaALLAH akak akan membantu"...

masa naik angkut nak pi mana ya??


itulah kata semangat2 yang diberi pada ana..sebelum ini tiada seorang memberi kata2 perangsang face to face dengan keadaan kakak senior yang begitu ramai (naik segan lak)..kalau ada pun masuk telinga kanan keluar telinga kiri..syukran ya ukhti..masa pun tidak mengizinkan..nampaknya beca motor pun dah tunggu luar..so kami pun balik..akan ku ingat kata2 kak fahimah..aisey pas balik janji nak teman as makan pisang bakar sambil dengar her problem..bg ler cikit nasihat walau dah lamer xbagi tazkirah kat orang...kagum gak dengan as dengan sifat terus terang nya..kan lagi bagus orang cam dia..susah nak dapat orang yang mencari dari yang dicari..syukran ya ukhti asfahana sebab banyak gak menyedarkan ana..ermmm ana rasa lega sikit..4 janji ana dah tunaikn dalam satu hari..amazing tul..first janji nak belanja ivy makan..kedua janji dengan tini nak wat usrah kat sei martebing..ketiga janji nak lawat lisa kat rumah barunya..keempat makan dengan as kat pondok daun..nanti kempunan lak dia malam2..sian tul ana tengok..jangan marah ya as..

Monday, November 17, 2008

taubat seoarang hamba..


actuali suka gila sangat2 lagu ini..kadang2 repeat banyak kali pun tak jemu..sebab lagu tu bawa banyak maksud tersirat sebagai hamba ALLAH lebih2 lagi pendaie..selalu kene muhasabah diri..
so hayatilah lagu itu ya..lirik jerk..sebab kak erni bagi lagu asik terDC jerk..sedih nya..



Taubat Seorang Hamba
Album :
Munsyid : Irsyadee Feat Hafiz Hamidun
http://liriknasyid.com

(Part Hafiz) Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...
(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....
(Part Irsyadee)
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.
(Part Irsyadee) Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...
(Part Hafiz)
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...
(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...
(Part Hafiz)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...

p/s..doakan adekku nurhidayah ab karim dapat menjawab soalan spm dengan mudah..sekarang musim exam..ana bila nak exam ni..


renungan sebentar.. (kata2 dipetik dari in_soft)

Berkata Imam Al-Ghazali:"Jika engkau ingin mengikut jejak para Imam kuatkanlah dirimu untuk terima segala musibah,bertenang dalam menanggung kepahitan,sifat sabar terbentang dalam dadamu,lisanmu perlu dikunci,matamu dikawal,rahsiamu disembunyikan,hanya dilihat oleh Tuhan sahaja,namamu jgn terkenal,mulutmu tersenyum,perutmu lapar,hatimu luka,hindari dari terkenal,pangkatmu dipendam,setiap hari menahan perasaan pahit dari zaman dan teman,sedang hatimu menurut,siangmu sibuk berbakti kepada orang ramai,malammu rindu pada Tuhan,sepi dari pandangan,Jadikanlah ia jalan dan persiapan untuk hari Kiamat yang padanya sulit sekali mencari jalan..."

coretan hari2 yang mendatang..

saja letak gambar KMPh..tetibe teringat kenangan yang lalu


ALLAUAKBAR..ALLAHUAKBAR..azan asar mula berkumandang..tertidur sampai ke asar..astaghfirullah..dah lama tak tidur petang..teringat janji nak arrange usrah kat jalan intan dengan kak dayah..nasib baik janji jam5 petang..tepat jam 5 petang kak dayah ambil ana dengan teksi..oleh kerana kami 4 orang jadi decided nak ambil teksi dari naik angkut atau beca..sebenarnya dah lama tak naik angkut..itu yang rasa takut nak naik angkut balik..

sampai jerk kat jalan intan ana dan senior2 disambut dengan adik2 junior 08..adik2??ana pun junior 08 gak..bukan orang tahu pun..berlagak cam senior lak..maghrib mu makin mendekati dengan waktunya..so masing2 ambil wudu dan menunaikan secara berjemaah..dah lama tidak merasai solat berjemaah..tetiba teringat kat sahabat..rindunya rasa2 nak balik malaysia jerk nak jumpa sahabat2..saat kemanisan bersama sahabat ketika kat KMPh..rindu gak nak qiammulail ngan sahabat..insyaALAAH dah bentuk usrah ngan junior08 nanti wat lah program qiammulail..mudah2an berjalan lancar..alhamdulillah respon tersangat positif..ramai gak yang join..tidak sangka dapat bentuk 5 grup usrah..kebahangatan ukhwah mulai terasa di hati..



masa sambutan maulidur rasul..rindu nya kat korang..


saja jer letak gambar kak yana..jangan marah ya kak yana

ermm..dapat gak solat secara jemaah dan solat sunat..kat rumah buat solat sendiri jerk..yang lain buat hal masing2..ajak juga housemate tapi apakah daya agaknya bebanan asighment menyebabkan kemudharatan baginya..tidak mengapalah janji dah ajak..

lepas meeting ngan kak dayah,kak aesyrin,kak nabilah dan kakak2 lain..tetibe parut masing2 sudah lapar..apa lagi terus cari tempat makan..rezeki malam ini sungguh murah sebab kak aesyrin belanja..syukran ya ukhti..lain kali belanja lagi..perut pun dah isi..penat pun mendatang..lepas hantar kak nabilah..terus calling taxi sebab dah tak tertahan mata akibat mengantuk..kak dayah, kak wani serta tini naik satu taxi..ana kak dayah dan kak naila naik satu taxi sebab rumah kami berdekatan..hampir jam10.30 baru sampai kerumah..kalau kat malaysia dah pukul 11.30..kalau mak tahu ana balik lewat..teruk kene marah..rindu pulak kat mak dan abah..aisey tetibe teringat jurnal fizik serta kimia tak siap..ya ALLAH macam mana lah boleh lupa..stay up lagi..tak per..pengorbanan..moga2 ALLAH membalas pengorbananmu ya ukhti nabilah..

Sunday, November 16, 2008

AL QURAN JANTUNGKU..


..YA ALLAH AKU ADALAH HAMBA YANG SENTIASA MEMERLUKAN BANTUAN MU..
..BANTULAH AKU YA ALLAH..
..WAHAI SAHABATKU YANG KU KASIHI..
..KITA SELALU BERTANYA DAN MERAGUI KETENTUAN ALLAH..
..TAPI AL-QURAN TELAH PUN MENJAWAB..

kenapa aku diuji?
jawapan al ankabut 2-3

kenapa aku tidak dapat apa yang aku idamkan?

jawapan al-baqarah 216

kenapa aku diujiseberat ini?

jawapan al-baqarah 286
kenapa aku rasa kecewa?

jawapan al-imran 139

bagaimana harus aku hadapi?

jawapan al-baqarah 45
apa yang aku dapat dari semua?

jawapan al-taubah 111

kepada sesiapa aku berharap?
jawapan al-taubah 129
aku tidak dapat bertahan..

jawapan yusuf 12

"sebenarnya sahabatku.. kita sering kali mengeluh setiap ujian yang menimpa kita.. teringat lirik2 lagu nasyid.. yang kecil diperbesarkan.. apatah lagi yang besar.. jadi ana harap sahabat2 sekalian.. setiap kali ALLAH uji kita.. ingatlah bahawa ALLAH masih sentiasa bersamamu.. ALLAH masih menyintaimu.. cuma ALLAH meluahkan perasaan cintaNYA dengan cara mengujimu.. jadi balaslah persaan cintamu degan sabar dan solat.. nescaya sahabat sekalian tergolong dalam golongan orang2 beriman.. ameen rabbal alamin.. jadikanlah al-quran dan assunnah sebagai panduan hidup sahabat.. nescaya ALLAH akan sentiasa memberi hidayah kepadamu"

Thursday, November 13, 2008

wahabi & feminisme..

sesudah pulang dari kuliah jam 12 tengah hari..terngiang-ngiang fikiran memikir isu wahabi..baru semalam seorang sahabat menanyakan isu ini..sebenarnya ana pun kurang faham tentang wahabi dan feminisme..oleh kerana kurang informasi pasal isu ini dan tidak menghampakan sahabat yang mahu jawapan yang selengkap2 nya..jadi ana merujuk kepada yang pakar..


actuali sahabat ku..apa yang ana faham Gerakan Wahabi diasaskan oleh Imam Muhammad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703 – 1791 M) lahir di Uyaynah utara Riyadh di daerah Nejad Arab Saudi. Bapanya adalah seorang qadhi di Nejad yang berpegang kepada akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah. Selain berguru dengan bapanya beliau juga berguru dengan ulama-ulama Ahlu Sunnah Wal-Jamaah di Mekah dan Madinah. Gurunya yang terkenal di Madinah ialah Syeikh Muhammad Hayat yang menulis kitab Al-Hashiyah ‘Ala Sahih al-Bukhari.


Imam Muhammad bin Abdul Wahhab merupakan seorang ulama’ yang banyak dipengaruhi Mazhab Hanbali tetapi pegangan tauhidnya berasaskan fikrah Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim yang juga bermazhab Hanbali. Beliau tertarik dengan pemikiran dua pemikir dan cuba menghidupkan kemabli konsep pemikiran Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim.


Ibnu Taimiyyah ( 1263 – 1328 M) adalah seorang pemikir besar umat Islam. Pemikiran Ibnu Taimiyyah menimbulkan bantahan beberapa ulama berfahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang sedang menguasai pemikiran akidah pada masa itu sehingga ia di penjara, dilarang menulis dalam penjara dan akhirnya meninggal dunia dalam penjara di Damshik Syiria. Ibnu Qayyim (1292 – 1350 M) adalah juga murid kepada Ibnmu Taimiyyah.


Secara umumnya Syeikh Mohammad bin Abdul Wahab muncul ketika pengaruh Mazhab Hanbali sedang merosot dan umat Islam pada masa itu banyak melakukan pencemaran akidah seperti khurafat, bid’ah dan wakil gabenor Turki pula terlibat dengan rasuah. Beliau telah melancarkan reformasi dan pembaharuan di semenanjung Arab dalam usaha membersihkan mengembalikan umat Islam kepada ajaran sebenar al-Quran dan Hadis Sahih Rasulullah s.a.w. Usahanya mendapat sokongan beberapa pemimpin kabilah Arab di Nejad.


Berasaskan gerakan reformasi inilah maka ia beruasaha menghapuskan rasuah, segala macam bid’ah, khurafat dan pelbagai perbuatan yang membawa kepada syirik. Penegak-penegak fahaman Wahabi ini juga menamakan fahaman mereka sebagai kumpulan Salafi iaitu kumpulan yang tidak terikat dengan mana-mana mazhab seperti mana yang berlaku di zaman Rasulullah dan kepimpinan sahabat-sahabat selepasnya.


Bagaimana pun terdapat juga penganalisis politik Arab bahawa gerakan Wahabi ini lahir sebagai usaha untuk membebaskan bangsa Arab dari pemerintahan Kerajaan Uthmaniah Turki yang menguasai negara Arab pada masa itu. Muhammad bin Saud (pengasas pemerintah Kerajaan Arab Saudi sekarang) telah memimpin kabilah Arab dan mendapat sokongan British berjaya memerintah Arab Saudi. Muhammad bin Saud dan pengasas fahaman Wahabi itu telah bersatu dalam usaha mengukuhkan kepentingan masing-masing dan usaha mereka berjaya. Kerajaan Uthmaniah Turki gagal mengawal kebangkitan Muhammad bin Saud dan perkembangan gerakan Wahabi kerana sibuk memnperkukuhkan penyebaran Islam di Eropah.


Menurut sumber sejarah ulama Mekah dan Madinah pada awalnya menentang fahaman Wahabi di mana berlaku isu kafir mengkafir yang hebat di antara ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah dengan ulama Wahabi. Bagaimana pun gerakan Wahabi berjaya menawan dua tempat suci itu maka bermulalah fahaman itu bertapak kukuh.


Pada prinsipnya fahaman Wahabi ini membuat terjemahan serta tafsiran al-Quran dan hadis sebulat-bulatnya mengikut fahaman pemimpin mereka serta ditegaskan dengan pendirian keras pergerakan itu. Mereka juga dikatakan menolak fahaman 4 Mazhab utama serta pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.


Menurut K.H Sirajudin Abbas seorang ulama besar Indonesia dalam buku 40 Soal-Jawab Agama menyatakan konsep moden fahaman Wahabi antaranya adalah seperti berikut:

. Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan oleh Ibnu Taimiyyah.
. Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab malah boleh menampal antara satu sama lain (Talfiq).

. Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias. . Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan).
. Melarang ziarah kubur walaupun maqam Rasulullah s.a.w. Kerajaan Arab Saudi membenarkan Jemaah Haji dan Umrah menziarah Maqam Rasulullah itu adalah atas dasar menziarahi Masjid Nabawi.
. Menghancurkan tugu-tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik.

. Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya.

femenisme pula ialah himpunan teori sosial, gerakan politik, dan falsafah moral yang sebahagian besarnya didorong oleh atau berkenaan dengan pembebasan perempuan daripada pengetepian oleh kaum lelaki. Dalam istilah yang mudah, feminisme merupakan kepercayaan kepada kesamaan sosial, politik, dan ekonomi antara kedua-dua jantina, serta kepada sebuah gerakan yang dikendalikan berdasarkan keyakinan bahawa jantina harus tidak merupakan faktor penentu yang membentuk identiti sosial atau hak-hak sosiopolitik dan ekonomi seseorang. Sebahagian besar ahli-ahli gerakan kewanitaan khususnya bimbang akan apa yang dianggapnya sebagai ketaksamaan sosial, politik, dan ekonomi antara kedua-dua jantina yang memihak kepada kaum lelaki sehingga menjejaskan kepentingan kaum perempuan; sesetengah mereka memperdebatkan bahawa identiti-identiti berdasarkan jantina, seperti "lelaki" dan "perempuan", merupakan ciptaan masyarakat. Di bawah tekanan berterusan untuk mengikut norma-norma kelelakian, ahli-ahli gerakan kewanitaan tidak bersetuju antara satu sama lain tentang persoalan-persoalan punca ketaksamaan, bagaimana kesamaan harus dicapai, serta takat jantina dan identiti berdasarkan jantina yang harus dipersoalkan dan dikritik.

Para aktivis politik feminisme moden biasanya berkempen memperjuangkan hak asasi manusia untuk kaum wanita yang merangkumi keutuhan badan serta kebebasan hak pembiakan, termasuk hak pengguguran yang selamat dan sah di sisi undang-undang, pencegahan hamil, mutu jagaan pranatal, perlindungan daripada keganasan dalam perkongsian rumah tangga, penganiayaan seks, penganiayaan di jalan raya, diskriminasi dan rogol, serta juga hak tempat kerja untuk cuti bersalin dan gaji yang sama. Banyak ahli gerakan feminisme pada hari ini menganggap feminisme sebagai suatu gerakan akar umbi yang bertujuan untuk merentasi sempadan yang berasaskan kelas sosial, bangsa, kebudayaan, dan agama. Mereka juga mendebatkan bahawa sebuah gerakan feminisme yang berkesan harus menumpukan perhatian kepada kedua-dua aspek persoalan sejagat seperti rogol, inses, dan pelacuran, serta persoalan kebudayaan yang khusus yang berkait dengan wanita di dalam masyarakat yang berkenaan, seperti pemotongan genital perempuan di sebilangan bahagian Afrika dan Timur Tengah dan amalan "siling kaca" yang menghalang kenaikan pangkat wanita di ekonomi-ekonomi yang maju. Tema-tema yang diperiksa dengan teliti dalam feminisme termasuk kebapaan, penstereotaipan, pengobjekan seks, serta penindasan.


p/s..copy paste dari blog sahabat..sesiapa yang lebih faham pasal isu ini please sesangat bagi informasi pasal isu ini..

Monday, November 10, 2008

dakwah effect pada keputusan exam??




"Insya Allah kalau kita bersusah payah dengan dakwah dan tolong agama Allah, nescaya Allah akan tolong kita”, kata seorang senior pada ana

Kata-katanya itu sedap didengar, tetapi realitinya separuh benar separuh batil..tidak mengapa janji kita ikhlas dalam menyebar dakwah..teringat waktu di matrik sering juga sahabat jadikan kata2 itu sebagai kata semangat..budak baru katakan

DULU-DULU

dulu masa ana di matrik..teringat kata2 seorang ustazah(miss izati)..dalam berdakwah memerlukan pengorbanan dan semangat yang tinggi.."barangsiapa yang menolong agama ALLAH maka ALLAH akn menolongnya"..kata2 ini tidak silap hadith atau ayat quran..jadi kalau sahabat sekalian korbankan waktu belajar untuk buat usrah dengan anak buah atau buat program dan seumpamanya..nescaya ALLAH akn bantu sahabat2 sekalian dalam exam..ada juga miss izati cerita pasal seorang sahabatnya..ketika exam sahabat masuk dewan dengan otak kosong atau "nol"..dengan tak baca apa2 disebabkan program dakwah yang dijalankan..ALLAH tolong beliau..sudah lah exam tu bahasa jerman..lagi lah tak tahu.jadi ALLAH mahu bantu hamba nya..ketika sedang menjawab soalan itu tiba2 datanglah seorang pensyarah memberi jawapan kepada beliau..dengan tidak disangka2..itulah ganjaran sesiapa yang muliakan islam maka ALLAH akan memuliakannya(menolongnya)..cerita dari seorang ustaz ana yang mengajar di sekolah maahad assaiyidah khadijah..beliau pun mengalami peristiwa seperti itu..ustaz ini lagi "best" rasanya..ketika jawab exam ada notadi depan papan hitam..orang lain semua tidak nampak hanya ustaz saja yang nampak..tak tahu lah betul ke tidak cerita ustaz..

Itu kalau versi ‘hikayat menjadi’.

Bagi yang tidak menjadi, pernah di suatu era, ada aktivis dakwah yang menganggap kesanggupan menggagalkan diri dari pengajian atas nama dakwah adalah satu PENGORBANAN yang ditabik rakan sepasukan.

Kita tolong Allah, Allah akan tolong kita… mudah sahaja sifirnya.

Contoh-contoh ekstrim begitu adalah fenomena biasa di era 70′an dan 80′an. Era orang mencampak televisyen ke sungai kerana ‘membenci dunia’.

HARI INI

Namun hari ini, contoh begitu mungkin sudah tidak sebegitu biasa kita dengar. Perbuatan membuang pengajian atau pekerjaan kerana mahu berdakwah sudah jarang-jarang sekali sampai ke telinga kita. Akan tetapi, sikap yang berlegar pada mindset yang sama itu masih sering dilihat dalam catatan aktivis dakwah di kampus hingga ke hari semasa.

Dek kerana kerapnya ana berprogram bersama sahabat masa di matrik, ana terus menerus mengesan masalah ini berlaku di sana sini. Bahawa ramai pelajar yang bersemangat dan aktif dengan dakwah, kecundang di bilik darjah. Kecundang di dewan kuliah. Apakah golongan yang kecundang akademik hanya dari kelompok dakwah? Tentu sahaja tidak. Mereka yang lemah di bidang pengajian atau mungkin terus gagal, terdiri daripada mereka yang beridentitikan pelbagai. Mungkin yang mabuk bercinta, mungkin yang kaki gig, mungkin yang tiada sebab apa-apa sekali pun. Punca kemunduran akademik memang pelbagai. Malah ana tidak terkejut jika ada pelajar yang kecundang pengajian hanya disebabkan oleh cuaca!tetapi dari segi prospektif ketika menguruskan program..banyak juga pelajar yang "malas" belajar sanggup turun padang..kadang2 terkejut juga dengan kerajinan..subhanallah..

Tetapi apa yang ingin diperbahaskan kali ini adalah soal hubung kait aktiviti dakwah dengan aktiviti kuliah..tapi susah betul kalau ada yang extreme belajar..ada juga yang ana jumpa ketika di usu.."aku datang sini nak belajar bukan nak join aktiviti kat sini..banyak duit mak aku habis sebab aku..so aku tak nak la join apa2 lain kali la"kata seorang pelajar di usu..sedih juga bila kalau ana ajak dia tolak..xpa la janji dah ajak..terima atau tidak lain cerita

‘ESCAPISM’

Kenapa suka berdakwah tetapi lesu di bilik kuliah?

ada satu blog ana terbaca..jadi ana copy paste jela ya..

"Di suatu ketika, saya pernah menyeru anak muda aktivis dakwah supaya mencari keseronokan di dalam mengerjakan amal Islami. Cari nilai untuk menyalakan KEINGINAN YANG MEMBARA. Jangan hanya bergantung pada soal kewajipan, tekanan suasana dan mengikut trend semata. Dakwah itu mesti inside-out. Ia harus datang dari kepercayaan diri bahawa setiap satu tugasan dakwah, menambah makna dan nilai dalam hidup. Tetapi dalam masa yang sama, keseronokan dakwah itu jugalah yang kemudiannya menjadi salah satu sebab mengapa aktivis dakwah di kampus hilang minat dan tumpuan pada pelajaran. Mereka bertemu dengan kepuasan dan keinginan di dalam dakwah, tetapi tidak di bilik kuliah. Sama sahaja… sama ada pelajar di bidang pengajian Islam, mahu pun sains atau undang-undang, ia boleh terjadi. Penyakit hilang minat dan keghairahan terhadap mata pelajaran di bilik kuliah sering berlaku. Dakwah menjadi tempat mahasiswa dan mahasiswi ini melarikan diri dari tekanan, kebosanan dan segala perasaan negatif yang dialami semasa menghadiri kuliah, tutorial dan menyiapkan assignment. Segala perasaan yang tidak seronok lagi merimaskan itu, dapat dilupakan seketika semasa hadir ke dalam usrah, tamrin, ceramah, malah demonstrasi. Bukan sahaja program dakwah harakiyyah, malah sebahagian pelajar lebih konsisten dan hadir dengan penuh minat ke kelas-kelas menadah kitab dan pengajian tidak formal tetapi mengabaikan kelas, peperiksaan dan tidak endah pada kemerosotan keputusan peperiksaan." ALASAN

Melebihkan dakwah mengatasi pelajaran boleh berlaku atas sebab yang pelbagai.

“Ana tahu… dah duduk di universiti ni, mana ada yang lebih penting selain pelajaran. Tapi entahlah… macam dah tak ada mood nak study!”, kata seorang pelajar.

kadang emosi pelajar tidak stabil..seorang sahabat ana pun ambil bidang kedokteron pun mengeluh "aku malas la nak study normal lah budak medik failed kertas..ulang balik semester"..ini tanggapan positif atau negatif..sama2 lah kita renung kembali ya.

Alhamdulillah… biar pun tindakannya membelakangkan akademik itu salah, tetapi sekurang-kurangnya beliau mengakuinya. Menyedari bahawa dirinya sedang berdepan dengan masalah. Mudah-mudahan lebih jelas jalan untuk keluar dari kesulitan ini.

Tetapi, kebimbangan itu datang apabila pelajar-pelajar yang aktif dengan dakwah membelakangkan usaha dan ikhtiarnya di dalam pelajaran dengan kepercayaan yang salah. Kepercayaan yang disangkanya sebagai jalan beragama.

Sifirnya mudah.

Tiada manusia yang suka dengan hasil kerja ala kadar, bagai melepaskan batuk di tangga. Dan sebelum kita sesama manusia lebih memilih hasil kerja yang ada nilai kesungguhan,Allah SWT itu sebagai Tuhan lebih Memandang hasil kerja dan ibadah hamba-Nya yang dilakukan secara yang terbaik. Optimum.

Itqan.

Seorang Muslim yang benar-benar menghayati nilai Islam dalam kehidupan seharian akan melakukan apa sahaja secara bersungguh-sungguh. Sama ada sebagai memenuhi kehendak habl min al-naas sesama manusia, mahu pun dalam menunaikan tanggungjawabnya pada habl min Allah!

Maka, bersifat ala kadar dalam menerima keputusan peperiksaan justeru ala kadar juga dalam membuat persiapan pengajian… bukanlah kualiti yang layak bagi seorang Muslim. Apatah lagi Muslim yang mahu memperjuangkan Islam.

Lupakah kita kepada firman Allah SWT:

“Sesungguhnya orang terbaik yang boleh engkau ambil bekerja adalah orang yang mempunyai kekuatan lagi amanah” [Al-Qasas 28 : 26]

Kesempurnaan pada kelayakan seseorang yang ingin diberi tugasan adalah gabung jalin yang kemas di antara integriti dan kompetensi. Bukan sahaja mempunyai kualiti akhlaq malah memiliki kemahiran, ilmu pengetahuan dan segala kekuatan yang diperlukan untuk sebuah tugasan.

Kita tidak mahu gerakan Islam dan barisan saf perjuangan Islam dipenuhi dengan longgokan sisa manusia yang tidak berkualiti. Membiarkan pencapaian masing-masing di dalam akademik pada tahap atas urat, adalah suatu pengkhianatan kepada ketinggian dan kemuliaan Islam.muhasabah balik lepas ni..dah banyak lalai..

p/s..teringat kata ustaz hasrizal nak tulis blog pun mesti kena ayat yang boleh orang baca .. jangan tulis ayat macam ayat sms..insyaALLAH ustaz..