bismillah

Monday, December 1, 2008

RENUNGAN..

Perbualan Imam al-Ghazali dengan anak muridnya.

Dia bertanya: Wahai anak muridku, apakah yang paling dekat dengan kamu? Jawab anak muridnya: Ibu bapa dan keluarga. Imam al-Ghazali kata: Betul tetapi yang paling dekat dengan diri kamu ialah mati. Sejauh mana pun kamu lari, kamu tidak dapat dipisahkan dengan mati selagi kamu bernyawa.

Al-Ghazali bertanya lagi: Apakah yang paling jauh dalam hidup kamu? Jawab anak muridnya: Bulan, bintang, bulan. Kata al-Ghazali: Betul tetapi yang sebenar-benarnya ialah masa yang berlalu yang tidak akan dapat kamu kejar. Sebelum masa berlalu gunakanlah ia untuk kebaikan dan amanah yang telah diberikan.

Dia bertanya lagi: Apakah yang paling besar dalam hidup kamu? Anak muridnya menjawab: Bumi, matahari. Imam al-Ghazali berkata: Betul tetapi yang paling
yang paling besar ialah nafsu yang tidak akan dapat kamu penuhi. Jadi kita kena kawal nafsu.

Imam al-Ghazali bertanya: Apakah yang paling berat? Anak muridnya menjawab: Besi, batu. Betul, kata Imam al-Ghazali, tetapi yang paling berat dalam hidup kamu ialah amanah. Cukup susah hendak dibuat kerana ia akan dinilai apabila kita menghadap...

Dia bertanya: Apakah yang paling ringan? Anak muridnya menjawab: Kertas, kapas. Imam al-Ghazali berkata: Betul tetapi yang sebenar-benarnya ialah meninggalkan sembahyang kerana orang tidak rasa bersalah meninggalkannya.

Imam al-Ghazali bertanya lagi: Apakah yang paling tajam? Pedang, pisau. Betul, katanya, tetapi yang paling tajam sebenarnya ialah lidah. Jagalah lidah kerana kalau ia melukakan perasaan dan jiwa orang, dia tidak akan lupa sampai bila-bila

1 comment:

Abu Khalifah said...

To tag along: You have to list 7 weird things about yourself, post it in your blog, tag at least 7 people (list their names), and comment on their blog to let them know that you just tagged them. hoho...