bismillah

Wednesday, January 28, 2009

jemaah islam..

assalammualaikum w.bt..

Saya terpanggil-panggil untuk menulis entri kali ini.Saya gagah jua akhirnya menulis entri dalam kesibukan masa yang agak kritikal ibarat masa di hujung pedang.Mungkin kali ini huraian ini tidak memadai dan tidak sekongkol dengan seseorang.Satu akidah lain fikrahnya.Itulah yang dapat saya observe sepanjang berada disini. Agak keberatan juga untuk saya mengulasnya.Takut yang ditulis lain ditafsirkan.Ribuan kemaafan dihulurkan jika ada yang terasa hati dengan entri kali ini.Perlu dipaparkan untuk kita bersama.
Artikel yang dipaparkan ini saya merujuk pada sebuah kitab iaitu AlQudwah Ala Tariq AdDakwah (contoh Tauladan Sepanjang Jalan Dakwah) juga berdasarkan huraian Ustaz Mustafa Masyhur.Perkara-perkara yang dihuraikan mungkin dapat dijadikan sebagai panduan atau rujukan dan mengabdikan diri dalam sesebuah jamaah untuk menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi bagi tujuan menyebarkan dakwah. seperti mana firman ALLAH dalam surah assof ayat :4


Sesungguhnya Allah itu mencintai orang-orang yang berperang di jalan Allah, dalam barisan perang yang teratur, bagai bangunan yang teguh.


Seperti mana yang saya katakan tujuan saya menulis entri bukan untuk menimbulkan tidak kesefahaman dan perbedaan jemaah yang sedia ada tetapi sebaliknya mengharapkan agar jemaah-jemaah kembali kepada hakikat iaitu kesatuan ummah sejagat berdasarkan prinsip-prinsip haraki Islam yang sebenar dengan izin Allah S.W.T.Bukan mengharapkan yang terbaik mungkin mengharapkan keadaan menjadi lebih baik. "Sesunnguhnya sesama mukmin itu bersaudara"

Bukan saya mahu mengatakn jemaah-jemaah yang lain tidak betul atau sesat, selagi pegang alquran dan assunah saya yakin para sahabat pun telah mengetahuinya.Seperti mana kata saidina ALI
,"Janganlah kamu kenali sesuatu kebenaran itu kerana orangnya, sebaliknya kenalilah kebenaran tersebut dahulu nanti kamu akan kenali orangnya". Dengan demikian,seseorang harus mengetahui ciri-ciri jemaah yang syumul sebelum membabitkan diri kedalam jemaah tersebut. Cukuplah dengan mengetahui ciri-ciri jemaah saya yakin seseorang dapat membuat pilihan yang begitu berhikmah,tulus,bijak, penerangan yang cukup terang,meyakinkan dan pilihan yang benar dan amat penting sekali tidak terburu-buru.Saya yakin dalam medan dakwah ini, terdapat banyak jemaah yang mempunyai ciri dan tujuan tersendiri asalkan semua ini menuju islam yang satu iaitu rabbani.


FIKRAH JEMAAH YANG BERLAINAN

Saya ambil satu cerita yang mengaitkan tajuk di atas.

‘’Ana tengok anta ni masih tak dapat bagi komitmen 100% kepada fikrah yang kita pegang’’

‘’Fikrah ana dengan nta berbeza,kita mana boleh bekerjasama’’

‘’Fikrah ana lebih baik dari fikrah nti!’’

‘’Kita mana boleh kahwin,ana ikut jemaah lain,anti ikut jemaah lain’’

Ungkapan ini kita sering kedengaran di kampus,tetapi apa yang saya observe ungkapan ini bukan menunjukkan kepada kesatuan ummah islam tetapi kepada perpecahan.Perbezaan ini bukan disebabkan perbezaan firah islamiah tetapi disebabkan "perbezaan fikrah jemaah" mungkin disebabkan cara berdakwah yang agak berlainan sedikit.Tetapi apa yang saya lihat kenyatan ini sering dibangkitkan oleh orang2 bawahan bukan orang atas-atasan dimana akan sering adanya perdebatan antara orang-orang bawahan yang agak memeningkan kepala orang atasan.Seharusnya pihak atasan juga harus bertindak dengan secepat mungkin untuk mengelakkan perpecahan umat islam yang berlaku sekarang di palestin.

Saudina ali ada menyebut "kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun".Oleh itu saya mengharap jangan disebabkan sifat assabiyah terhadap jemaah yang sedia ada akan menyebabkan kebenaran sering dilindungi oleh kebatilan. Semua ahli jemaah hendaklah bercampur-gaul dengan semua orang dari segenap lapisan tidak kira bangsa, warna kulit, bahasa ataupun pangkat, demi mematuhi konsep alamiyyah yang disarankan. Mereka adalah ladang dakwah dan tapak semaian yang perlu disediakan terlebih dahulu sebelum mendirikan Negara Islam. Haruslah dibuang sifat assabiyah yang meyelimuti semua ahli jemaah.

Sahabat-sahabat sekalian,kita renung kembali prinsip-prinsip islam yang digagaskan oleh imam hassan al-banna iaitu:
  1. ALLAH matlamat kami
  2. Rasul ikutan kami
  3. al quran perundangan kami
  4. jihad jalan kami
  5. mati syahid cita tertinggi kami
Perjuangan dan manhaj islam seharusnya syumul (menyeluruh). Fikrah yang jelas dan faham mengapa sesuatu jemaah didokongi dan perlu mengutamakan islam dalam segenap perkara tanpa ada kompromi.

Fikrah perjuangan islammestilah merujuk kepada manhaj islam yang menepati ciri-ciri islam. Bermatlamat menegakkan u'budiyah kepada ALLAH dan menolak taghut sepenuhnya.Perjuangan islam hendaklah dilakasanakan mengikut manhaj yang sesuai dengan ciri-cirinya:

a. Rabbaniyyah

b. Syumuliyyah

c. Inqilabiyyah

d. ‘Alamiyyah

PRINSIP UMUM DALAM MANHAJ PERJUANAGN ISLAM

Dalam sirah tentu kita mengetahui bagaimana rasulullah menyebarkan dakwah dengan melaksanakan beberapa tindakan bagi mencapai matlamat untuk menegakkan daulah islamiyyah. Antaranya ialah:

a) Risalah Dan Jalan Penyampaian Yang Jelas (mengikut waqi)

b) Bergerak Mengikut Kemampuan

c) Melaksanakan Hazar (Waspada) (hazar terhadap musuh islam)

d) Menimbang Kemaslahatan Dakwah Demi Tuntutan Syari’at


AKHLAK BERJEMAAH

Prasyarat seperti ini harus dilihat dengan sifat dan sikap ahli. Jika akhlak dan adab dilaksanakan maka akan semakin bertambah barakahnya dalam sebarang gerak kerja dalam menyebarkan dakwah. Antaranya ialah :

  • mempunyai manhaj
  • ada matlamat tertentu
  • tidak melampau
  • tidak leka dengan percampaian yang ada
  • tunaikan janji dan beriltizam
  • munazamah

Cukuplah pandangan saya setakat ini. Dalil2 dan sirah perjuangan yang terdahulu cukup untuk membuatkan saya memberi pandangan dari semua aspek.Dan yang pasti matlamat kita ialah menyeru umat islam amar maaruf nahi mungkar dan jadikan islam sebagai adden

Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya. Dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan".

Berlainan jemaah bukanlah satu alasan untuk diutarakan bagi mencetus perpecahan. Jadikanlah perkara tersebut sebagai rahmat yang melengkapi kekurangan kita, Tidak perlu bermasam muka,tuduh menuduh, dan berebut mad'u yang boleh menjerumus ke arah perpecahan umat.Cukuplah pandangan saya mengenai ini.Segala kelemahan datang dari ALLAH tapi disandarkan kepada saya dan kebaikan semua itu datang dari ALLAH.Apa yang baik diambil,yang keruh jangan dibuang tapi jadikanlah ia sebagai pengajaran untuk kita semua.WALLAHUALAM




p/s :alhamdulillah..sesungguhnya ALLAH itu maha kuasa..

8 comments:

Anonymous said...

salam ..
bagus pandangan..
cuma ada someone terlalu taksub sgt ngan jemaah..tapi asalkna niat yang satu iaitu kerana ALLAH sudah mencukupi..

ateh... said...

betul jugak tu..klu kite adelah org yg hebt jgn mudah untuk meletakkan diri pada satu tempat n tanpa memandang kepada yg lain.kite kene luaskan pikiran n jadikan semua itu satu...

ateh... said...

betul jugak tu..klu kite adelah org yg hebt jgn mudah untuk meletakkan diri pada satu tempat n tanpa memandang kepada yg lain.kite kene luaskan pikiran n jadikan semua itu satu...

Anonymous said...

ermm bagus entri..kesefahaman mesti ada untuk mewujudkan jemaah yang berdaulat..if assabiyah terlalu tebal smpi kan gerak keje jd kelam kabut ana rasa orang 2 mesti kene faham manhaj sesuatu jemaah terlebih dahulu..bak kater saidana ali kenal kebenaran dahulu nescaya kamu akan kenal orangnya..sama2 kiter muhasabah balik.n renung kembali sejauh mana fikrah kiter..renung kembali klu stakat nk berpecah akibat perbezaan fikrah 2 bukn jemaah yang mengamalkan islam..wallahualam

Anonymous said...

wallahu hak

Anonymous said...

Umar bin Abd Aziz pernah mengatakan : Saya tidak suka jika para sahabat tidak berbeza pendapat. Sebab jika mereka berada dalam satu kata saja tentu akan menyulitkan ummat Islam. Merekalah aimmah yang menjadi teladan, siapa pun yang mengambil salah satu pendapat mereka tentulah sesuai dengan sunnah.

Jika Tuhanmu mengkehendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka senantiasa berselisih pendapat, kecuali orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu (Hud : 118-119)

Allahua'lam. Perkara berlainan jemaah ini perkara yang biasa di alami mana-mana tempat hatta di UK sekalipun dan Jakarta.

Pro Hizbi atau MSM. Atau di Malaysia sendiri antara JIM, ISMA atau ABIM, itu tergantung kesesuaian individu tersebut dan tarbiyyah dari Ikhwanul Muslimin itu sendiri.

Jangan berdukacita.

qamarunnajmi said...

to anonymous..
syukran ats komen..
betul juga yang penting niat..

to ateh..
luas pemikiran aspek yg paling penting tuk bergerak dalm keja..
syukran atas komen nta..(xpat tulis pnjg lebar..


to fasihah..
syukran kak atas komen akak..
mintak di ajar dan belajar..

kartini said...

salam! wah, baru ku dapat baca akhirnya. dah lama baru nak show kan topik nie.. hehe..... yeah, saya setuju dengan pendapat sahabatku ini.. saya hairan kenapa ada orang perlu taksub kepada sebuah jemaah... hm