Salam november. Sudah lama saya tidak menaip. Terlalu fokus
pada facebook dan benda-benda yang harus diutamakan meyebabkan saya tiada mood
nak jengah blog.
Genap 3 bulan saya menjalani co-ass (clinical). Penat usah
dibicarakan. Allah sahaja yang mengetahui. Sampai kan kalau boleh saya nak ahad
kerja. Ya saya sangat gelisah waktu ahad. Cepat-cepat la ahad berlalu. Sebab dalam
kepala asyik memikirkan minreq (untuk lepas departemen). Ok now saya di
departemen operative dentistry. Kerja tambal gigi. Before saya di OD saya di
OM. Allah sahaja yang tahu dalam masa sebulan saya di OM boleh dikatakan saban
hari saya menangis. Atas motor saya nangis sebab pasien. Banyak benda yang
berlaku masa tu. Saya xnak hal co-ass effect kat rumah, effect kat usrah. Sebab
itu sangat mempengaruh adik-adik, lingkungan, sahabat-sahabat. Ya. Mereka sangat
caring once saya down. Sebab tu kalau boleh down tu biar Allah sahaja yang
melihat. Dia yang bagi masalah kat kita dan seharusnya kita yang mintak kat Dia
bagaimana nak solusikan masalah. Alhamdulillah. Sepanjang saya ditarbiyah
dengan 3 aspek masalah yang utama, Allah ada je bagi saya jawapan melalui
perantaraan. Tak pernah dipinggirkan saya. Dan sesangat alhamdulillah. Waktu saya
tengah melalui proses tarbiyah tu, someone yang saya sangat sayang , menghulur
tangan untuk saya gapai agar tidak tergelincir. So sweet kakak2 saya. Terima kasih
kak ima,kak dayah dan kak bell. Sungguh ntunna sangat special buat saya. Insan inilah
tyme ada kat medan, di bahu merekalah terdapat titisan air mata saya. Hahaha. Sangat
memalukan bila pikirkan. Sumpah! Dan mereka hadir tanpa saya pinta. Terima kasih
ya Allah. Setiap masalah sebenarnya ada jawapannya. Cuma biasa saat kita futur,
emosi sangat memainkan peranan. Itu saya tidk nafikan.
Mak dan abah. Sangat supportive. Mereka kekuatan saya dan
merekalah murabbi saya. Once saya tak dengar apa2 nasihat dari mereka saya akan
hilang keberkatan dalam seminggu. Benar. Benda ni memang Allah uji. Ya. Saya sangat
rapat dengan family saya. Sebab itu akan sumthing wrong dengan diri saya kalau
hubungan family saya tetiba regang. Setakat ni alhamdulillah Allah bagi nikmat pada
saya merasai kasih sayang keluarga.
Bersangka baik
Ya saya mudah bersangka baik dengan orang. Bak kata murabbi
saya. Boleh nak bersangka baik tapi jangan terlalu memberi sangka baik kat
orang sampai kan once dia buat perangai kita akan fed up dan benda inilah akan
memberi kebencian kita pada orang. Ya sepanjang 3 bulan saya coass. Saya belajar
banyak benda. Emosi, ukhwah, sahabat, tarbiyah, masa. Semua itu sangat mengajar
saya. Sungguh Allah maha terbaik dan akan memberi terbaik pada hambaNYA. Bukan senang
ya saya nak adapt dengan lingkungan yang majority laki2. Bukan mudah. Tapi sangat membahgiakan saya
berada di siklus itu. Allah meletakkan saya di siklus yang memang terbaik pada
pandanganNYA. Ya benar. Sampai kan
kata-kata komting kat saya sebab dia tahu saya begini “nabilah, gak perlu risau
berada dengan kami, tenang kok”. J
Saya sudah maafkan semua orang yang pernah mengguriskan hati
saya dan mematahkan hati saya. Saya tidak pernah memintak Allah membalas benda
yang sama, tapi saya sering berdoa agar hubungan antara saya dengan kalian
baik. Ya saya tidak pernah simpan dalam hati. Jujur. Saya sukakan ukhwah, saya
sangat suka bersahabat. Dan saya akan cuba buat yang terbaik untuk orang berada
di sekeliling saya. Alhamdulillah. Setakat ni Allah masih pelihara saya. Teringat
momment saya benar2 mengamuk dan emosi pagi2 dengan kawan siklus saya sebab masalah
yang remeh diberatkan. Semua terdiam. Dan saya terus meminggirkan diri. Namun tak
lama sebab last2 dorang akan mintak tolong saya apa2 hal so stat la adegan
pujuk memujuk. Haha. Lucu! Serius.
Dakwah dan usrah
Ya saya akui. Saya sangat lost benda ni. Kadang2 saya berada
dalam jalan dakwah sebab adik2 usrah saya. Banyak benda yang berlaku. Bayangkan
ahad sahaja masa yang ada. Itupun banyak program. Dengan kerja melambak2. Last2
saya buat tyme kat coass. Tak pernah buat kat rumah. Serabut dengan memikirkan
masalah rumah dan sebagainya. (ikhlas xmuncul lagi tyme tu). Ok tutup.
p/s : saja untuk bercerita. Dan ini jawapan kenapa saya
sering jatuh sakit.
No comments:
Post a Comment