Tips macam mana xnak lalai dalam fb.
1. Saya jarang menglike dan komen status orang kerna akan timbul banyak notification dalam fb. Dan itu sangat menarik perhatian untuk saya lebih lama di FB
2. Ya. Saya memang tiap hari akan update status. Namun selepas update, saya akan unfollow status untuk mengurangkan notification. Serius bende ni menganggu dan menyebabkan saya lebih lama didunia maya
3. Saya kurang stalker orang kecuali adik2 dan anak2 usrah saya. Sebab dari situ saya tahu mood mereka. Senang nak handle. Pokoknya jangan stalker orang. Akan menjadi lebih ingin tahu dan itu menyebabkan kita lebih lama di fb
4. Jangan bukak chat. Once da bukak chat. Confirm akan lebih lama disitu
5. Banyakkan like group tarbiyah atau subscribe ulama. Kalau bukak fb, news feed yang keluar banyak berunsur bahan tarbiyah. Dan saya akan hide status mereka yang suka bercerita melalut.
6. Luangkan masa share benda2 yang menajam fikiran. Dan saya suka status angelpakaigucci dan hilal. Mereka punya status kebanyakan saya olah dan dijadikan status saya.
7. Coba ambil peluang medium yang tersedia mcm fb untuk mengeratkan silaturrahim. Saya suka melayan adik2 saya bertanya. Dan elakkan memesongkan topik yang sedia ada.
Benda ni saya dah praktikkan. Alhamdulillah even saya bukan lah orang hebat tarbiyah tapi saya try untuk menghidupkan kondisi yang penuh tarbiyah. FB pun perlu tarbiyah dari kita bukan? Dan bila once saya melayan benda yang xmunasabah atau melalaikan, mutabaah amal makin lama merosot. Masa pun habis begitu. Rugi bukan?
Semoga Allah pelihara kita dari melakukan benda yang sia-sia.
No comments:
Post a Comment