bismillah

Tuesday, February 12, 2013

Membebel


Kisah ku

Lewat petang baru sampai kerumah. Penat usah dikira. Disebabkan ahli bait tidak ada dirumah, aku tak segan silu untuk berbaring atas katil yang empuk untuk sekian lama. Begitula rutin ku saban hari. Duduk dirumah mewah seorang diri mendorong ku ke arah futurnya iman. Sungguh sadis diriku yang bernama hamba.

Malam menghabiskan masa dengan membaca blog, update isu2 menarik dan lastly baca jurnal the latest untuk persediaan besok. Susun alat, improvekan skilss, tingkatkan kemahiran berkomunikasi dengan pasien dan yang paling penting cukup tidur agar kaki tidak menggigil untuk berdiri dalam waktu yang lama.

Keesokan pagi, jam 7.30 sudah cabut ke RSGM (rumah sakit gigi dan mulut). Membuat sebaik mungkin dan sudah pasti dalam kepala nak habes cepat klinikal. Selesai menunaikan amanah, jam 3 pulang dan kalau larat cari pasien. Begitulah rutin ku setiap hari. SETIAP HARI!

Tidak ubah seperti robot. Dan aku kini kehabisan bateri untuk bergerak.

Kisah ku di OS

Sudah 5 minggu masuk oral surgery. Pengalaman yang sangat menarik. Dapat try buat alveolektomy. Dan dapat tengok dr specialist  buat operation secara live. So berdiri kat situ dan try ingat prosedur2 yang kene buat. Senang kalau dapat buat specialist kt OS. Pokoknya sangat best. Tapi ada satu insiden tu buat aku tobat tak nak ingat balik. So terpaksa refresh untuk dijadikan muhasabah dan pengajaran.

Waktu tu minggu ke 2 di OS (oral surgery). So tyme tu tengah buat operation dengan teman indonesia. Kalau ikut peraturan kan kene “sengseng” baju sampai ke atas siku. Lipat la lengan baju dengan memakai handsock untuk tutup aurat. Sumpah tak tahu memang tak boleh pakai handsock atau sebarang kain yang tutup lengan takut terkena infection. Maka dengan muka berlagaknya jumpa dokter hanya semata-mata nak cakap “dr saya sudah siap” dan tak pasal-pasal kena sembur dengan dokter. Merah muka masa tu dengan keadaan malu. Memang betul aku tak tahu peraturan kena tanggal semua benda kat tangan. Cuba bayangkan dokter lily suruh teman aku lipatkan baju sampai atas siku. ATAS SIKU ok! Di depan budak laki. Itulah first time dalam hidup aku rasa malu teramat sangat. Sampaikan nak menagis pun ada. Maka aku pun blah dari situ buat kerja sendiri. After done semua kerja. Dokter lily panggil semua budak cycle semata2 kes aku. Maka dia pun terangkan kenapa kena buat macam tu. Aku tak bagitahu plak yang handsock tu memang khusus tuk buat OP (operation). Tapi memang dr lily bagi reason yang buat aku faham kenapa peraturan macam tu. Maka habes satu malam aku bukak internet tanya ustaz pasal kes ni. In case benda ni dalam darurat maka diperbolehkan. Memang kalau masuk OS tak sampai seminit wudhu’ sudah terbatal. Ada sahaja gejala sosial yang tidak diingini. Alahai anak mak.

Kesimpulan : banyak benda yang dapat di koas. Terima kasih ya Allah sebab bagi peluang merasai keindahan ujian ini. Benda ini semua mematangkan diri. Rindu akhwatku~

No comments: