bismillah

Monday, June 15, 2009

ustaz fathi yakan

Berita yang kuterima lewat malam kelmarin ketika kenduri kesyukuran diadakan. Berita tentang pemergian seorang mujahid dalam dunia harakah islamiyyah. Sungguh aku tidak dapat menerima hakikat kerna pemergian beliau meninggalkan kesan terhadap dalam jiwa aku. Segala buah fikiran yang bernas dalam tulisan sangat dirasai apabila mendengar berita sedih itu. Walaupun beliau meninggalkan dunia yang fana namun perjuangan yang ditinggalkan tetap akan terus kami perjuangkan. . Dunia islam menangisi pemergianmu

Al-fadhil ustaz Dr. Fathi Yakan telah meninggalkan kita 13 jun 2009 sabtu yang lepas. Dr Fathi Yakan lahir pada tahun 1933 di kota Tripoli di Lubnan Utara merupakan salah seorang yang paling penting bagi gerakan Islam di dunia Islam, seorang pengasas gerakan Islam di Lubnan sekitar 50an.Terasa sungguh kehilangan beliau dalam dunia islam. Beliau yang merupakan Ketua جبهة العمل الاسلامي, mantan ahli parlimen Lubnan Dr Fathi Yakan telah meninggal pada usia 76 tahun setelah bergelut dengan penyakitnya.Sungguh besar jasanya dalam mewarnai dunia harakah islamiyyah.

Pemergiannya meninggalkan satu sumbangan yang sangat besar dalam dunia pentarbiyahan pejuang Islam. Antara bukunya, 'Maza Yakni Intima'i Lil Islam' ( Apa Erti Saya Menganut Islam ) dan 'Almutasaqitun 'ala toriqidda'wah' (Golongan yg tercicir di jalan dakwah) menjadi antara sumber rujukan utama usrah di pelbagai peringkat masyarakat. Buku yang menjadi pilihan utama bagi golongan pendakwah di malaysia.

Beliau memiliki kerjasama penting untuk memperkuatkan ideologi Islam dari gerakan Islam di dunia Arab.Beliau menyertai pilihanraya parlimen pada tahun 1992 dan memenangi kerusi bagi puak sunni di Tripoli. Peranan beliau di Libanon, sebagai seorang ahli politik menyatukan dan menghindari perselisihan di antara rakyat Lubnan, terutama antara kekuatan mejoriti dan minoriti.Pada tahun 1992 juga beliau merupakan salah seorang peserta Muktamar Islam Antarabangsa.

AL-fatihah buat pemergian beliau. Moga beliau ditempatkan digolongan para mujahid. Ameen.


p/s1 : berita pemergian beliau disertai dengan berita tentang penggantungan YB nizar (menteri besar perak). Beliau digantung selepas sehari berada di parlimen bersam-sama 4 orang ahli parlimen yang lain. moga YB nizar tabah menhadapi mehnah dan dapat memperjuangkan haknya dan hak rakyat perak. Kami disini sentiasa mendoakannya

p/s 2: 18 jun 2009, jam 5.00 petang akan diadakan HI TEA dan dialog bersama di PASTI ASSOLIHIN yang dianjurkan oleh DPP kawasan jasin. Sesi dialog ini akan dimeriahkan dengan kehadiran DRS idham Lim abdullah Adun Titi Serong.


Thursday, June 11, 2009

pahitnya perpisahan


Manisnya pertemuan pahitnya perpisahan. Itulah yang aku mampu gambarkan ketika aku pulang ke malaysia. Perpisahan itu pahit walau ia mendatang pelbagai kemanisan.Ah... bagaimana pun air mata kadang mampu menyihir detik-detik perpisahan: menghapus debu kesal yang ada selama perjalanan bersama, menyegarkan daun kenangan, meneteskan embun doa dan asa untuk bahagia.

Sungguh pertemuan dan perpisahan itulah adat manusia. setiap pertemuan hiasilah dengan senyuman yang indah dan setiap kali perpisahan redhailah dengan hati terbuka sesungguhnya setiap pertemuan dan perpisahan itu mestilah kerana ALLAH. Kadang kala kita mengharap setiap pertemuan tidak berakhir dengan perpisahan. Kita ini manusia yang biasa kadang kala tidak dapat menerima saat perpisahan kerna perpisahan itu amat pahit untuk diterima. Sungguh setiap pertemuan kita ikat ia dengan sebuah ikatan yang amat berkilau,sebuah ukhwah yang kita bina seteguh gunung emas sultan melaka. Kadang kala ikatan itulah diuji dengan pelbagai ujian yang bertimpa-timpa, hanya keimanan dan ketakwaan mampu mempertahankan ukhwah yang kita dibina kerana ALLAH. Persahabatan terjalin sepanjang kehidupan kita sebagai pendaie walau diuji dengan pelbagai rintangan yang menular. Namun kerna persahabatan dijalin kerna ALLAH maka dapatlah kita bina suatu hubungan yang haraki. dan terima kasih juga kepada sahabt-sahabat yang sedia menemaniku sepanjang kehidupan aku yang bergelar pendaie. Terima kasih ini aku tujukan kepada sahabatku kak aesyrin,kak naila, wani dan sahabat yang akan pulang ke malaysia untuk teruskan perjuangannya disana. hanya doa yang mampu ku kirimkan

untukmu :

"Sahabat... Biar pun perpisahan memisahkan kita, memisahkan jarak kita dan memisahkan pertemuan kita tetapi apa yang lebih penting di sini adalah ikatan persahabatan kita.... Biar dimana jua kita berada....erti persahabatan kita adalah amat bermakna. Apa yang pasti iringilah doa kita dengan memohonkan keampunan dan kesejahteraan buat semua sahabat kita. Perjuangan harus diteruskan....Kehidupan juga mesti diteruskan....Rintangan dan Cabaran hanyalah ujian....Apa yang pasti hala tujuan tidak bersimpang. InsyaALLAH.. Doakanlah kami disini agar dapat meneruskan hidup dan tabah dalam menghadapi mehnah dan tribulasi. Akhir kalam dariku,hanya kupinta doamu mengiringi perjuangan ku untuk menghidupkan tarbiyah di bumi walisogo ini. titipkan lah doa perjuangan itu pada bayu agar ia kirimkan kepadaku. Salam ukhwah dari ku untuk kak naila,kak aesyein, wani dan sahabat-sahabat yang lain "

lagu khas untukmu


.
Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri ini
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu

Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini

O.. uwo.. ho..

Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhai
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu

Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga... Tuhan berkatimu


p/s 1: sedey..sesungguhnya setiap pertemuan pasti ada perpisahan..ku akuri semua itu..takdir ALLAH menentukan segalanya..cuma kuharap semangat perjuangan ini tidak pernah pudar dalam jiwaku..

p/s 2: kini aku dah sampi malaysia..rindu akan kenangan-kenangan sepanjang persahabtan yang terjalin di bumi walisogo

Thursday, May 14, 2009

jom pi!!

salam perjuangan tuk semua..minggu ini pkpmi-cm ,mengadakan solat hajat dan dialog terbuka untuk semua pelajar-pelajar malaysia di medan..program khas untuk anda..rasa rugi jika tak pergi..segala kemusykilan tentang pertubuhan pkpmi-cm boleh lah diajukan soklan pada hari tersebut..klu anda ada maslah yang tersembunyi jangan segan silu untuk meluahkan masalah itu pada kami..so apa tunggu lagi..nantikan dialog perdana,open house dan solat hajat..exam pun nak dekatkan..so apa lgi nie lah tyme tuk kita dekatkan diri pada ALLAH supaya segala usha yang kita dah wat diberkati pada ALLAH..dun wori makan disediakan..rase rugi xdtg..jom datng..jadikan pkpmi-cm tempat rujukan anda dan tempat luahan maslah..kami pkpmi-cm sedia membantu anda dari pelbagai aspek ..insyaALLAH..kebajikan anda akan kami jaga..sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada ajk pkpmi-cm..

"gembleng kekuatan pasakkan keilmuan"

date : 16 mei 2009

tempat :mess polonia 

masa : 6.30-9.00 malam


salam perjuangan..



p/s : rase rugi saper xdtg..byk bende akan dimanfaatkan dlm progrm tersebut..jom..

Sunday, May 10, 2009

kasih mak..



menyayangi mu membuat hatiku terleka
bagaikan tiada sempadan
aliran jiwaku mengalir dibawa bayu cinta
ditempoh onak duri tanpa sesak dah kepayahan
sungguh indah perasaan itu

gugup deras jantungku
kau masih mampu merasa
suka,duka,pilu,gembira
nalurimu sebagai seorang ibu
seperti ia sudah sebati dalam jiwaku

ketika ku jatuh dari pegangan
kasihmu hanya penawarnya
menceriakan dan melunturkan
perasaan yang menghakis semangatku

masalah yang kian menyelubungiku
tidak sudah2
makin gelisah jiwaku
tapi hadirmu membawa seribu erti kepadaku
engkau bersamaku
berkongsi segala yang dipendam..

mak..
pertalian kasih ini tidak mampu dipisahkan
melain maut mendatang

selagi nyawa dikandung
selagi mampu bernafas
ku akan melakukan yang terbaik untukmu
menyayangi mendampingimu
hingga akhir hayatmu...
hanya itu yang mampu ku balas..
mungkin ini baru sedikit
dibanding kasihmu padaku..

terima kasih mak..
titipkan lah salam perjuangan
jika bayu angin datang kepadamu
dan kirimkan kepadaku
agar aku dapat melayari bahtera ini
dengan selamat dan aman..


selamat hari ibu~~(buat bonda thuaibah ibrahim)


dari : anakandamu nabilah ab karim
faculty of dentistry
university of north sumatera
medan indonesia


p/s : ngindu kat mak..lagi 29 hari nak blik...aku bukak tawaran saper nak amik aku kt lcct jam1140..klu x aku blik nak bas..

Thursday, April 30, 2009

siapa dia..


(Sebuah Puisi Biografi Syeikh Ahmad Yasin, 1938-2004)
beliau dibunuh oleh rejim zionis melalui tembakan dari helikopter.


Lahirku di Kampung Al-Jaurah,

Selatan Tebing Gaza, 1938 Masihiah,
Tercetus perang 1948 familiku berpindah,
Mengharung kaki menuju Ghazzah. (Gaza)

Tika asyik beriadah bersama teman,
Malang menimpa, aku terhumban,
Lumpuh seluruh badan,
Namun kutekad kekuatan,
Lumpuhku tidak bisa menghalang pergerakan,
Minda, fikiran, tadbir jua amalan...

Kutamatkan pengajian sekolah,
Kuteruskan ke Universiti Ain Syams, padah,
Setahun berlalu dan aku terpaksa berhenti,
Hati yang terhiris itulah,
Yang kubawa ke Mesir gagah,
Kukenal Ikhwan, sertai jamaah.

Di Palestin, akulah guru, mengajar tatatertib,
Berkhutbah di masjid, akulah khatib,
Akulah pengasas Majma' Islami,
Pada 70-an tekad bersemi.

1983, aku ditangkap dituduh,
Pengasas Majd Mujahidin pembunuh,
13 tahun penjara, mahkamah menyuruh,
Namun terbebas selepas bulan kesepuluh.

Kuasaskan lagi gerakan HAMAS,
Gerakan Penentangan Islamiah, kemas,
1987, HAMAS berdiri tegas!

Sekali lagi, ditangkap askar Yahudi,
Dihukum penjara seumur abadi,
Ditambah 15 tahun lagi,
Kerana mengasas HAMAS menggempa Yahudi!

Makin hari, kumakin lemah, di penjara,
Pandangan kananku hilang mutiara,
Mata kiriku kabur, terseksa didera,
Penyakitku kronik, dihantar ke Hospital Penjara.

Subuh 1 Oktober 1997 barakah,
Aku dibebas dengan janji payah,
Antara Jordan & Israel laknatullah,
Selepas serangan Khalid Masy'al tergagal, musnah.

Kusenyum, kulihat
Intifadah Aqsa, bangkitnya ummat,
Menentang, melawan Zionis penjajah laknat,
Hingga terbunuh jua tercedera berat.

Pagi, Malam Isnin aku bersolat sendiri,
Munajatku mohon ke hadrat Ilahi,
Agar ganjaran Syahid diberi di sisi,
Dan kuniat puasa di pagi hari.

Masjid, 22 Mac 2004 - Fajarnya,
Usai solat Subuh, tiada lama hanya,
Tika berjalan pulang, aduh sakitnya,
Tiada rasa nyeri, pulanglah,
Pulanglah ke hadrat Tuhanku, Allah,
Haruman syurgawi, rohpun terbanglah,
Duniaku, pisahlah,
Nyata kerananya dan kerana-Nya aku lelah...

Akulah Syeikh Ahmad Ismail Yasin!
Siapa kamu?
Apa yang kamu telah sumbangkan untuk agama Allah?


3 April 2004,
Hotel Fatamorgana,
Sweileh, Amman.

< iLuvIslam.com >

p/s : dapat dr kak fir..keje ana mengopy..hu2..ner sempat sih nk update..nie pown ngah dlm library..hu..hu..bil tenet kene potong..saper murah ati nak byr kan..??
p/s :lagi 42 hari nak balik..

Monday, April 20, 2009

muslimat perlu berubah!!


Alhamdulillah segala pujian bagi ALLAH kerna diberi peluang untuk merasai kenikmatan hidup dan diberi peluang untuk mengakses internet.Sudah lama tidak mengakses internet,Sedang asyik leka dengan membaca blog,ana terkesima dengan satu blog dengan tajuknya "muslimat agen perubahan".Sebelum ana mengupas dengan lebih lanjut berkaitan dengan tajuk ini,eloklah kiranya para pembaca blog terutama yang bergelar muslimat cuba membuka minda dan berdapang dada (salamatussodri).Jangan sempitkan pemikiran anda dengan benda yang boleh anda bertindak agresif.Ingatlah menjadi seorang muslimah, engkau telah dimuliakan disebabkan keteguhanmu di jalan ALLAH. Sebelum ana mengupas dengan lebih lanjut tentang tajuk ini ana lampirkan "apa komen mereka tentang muslimat"

komen mereka:

  1. selalu buat meeting lambat,tak tepat waktu. Isi meeting tidak ada kaitan dengan tajuk yang dibincangkan
  2. gagal membuat perancangan dan persediaan yang rapi sebelum memulakan program
  3. terlalu bergantung dengan orang lain untuk menggerakkan kerja
  4. gagal dalam membuat awlawiyat (keutamaan) tugas rumah atau gerak kerja jemaah
  5. tidak memberi kefahaman islam dan perjuangan pada anak-anak
  6. kurang memahami konsep wala' dan thiqah
  7. banyak bercakap dari membuat gerak kerja
  8. selalu bersifat assabiyah dan tidak bergaul dengan wanita yang tidak sefikrah dengan mereka
  9. selalu menyalahkan muslimin jika perancangan tidak rapi
  10. selalu beremosi dan bertengkar sesama sahabat jika idea tidak diterima
Biasakah anda mendengar rungutan demikian. Dan apa tindakan anda. Sabarlah wahai muslimat. Mula2 ana baca artikel itu,emosi tidak stabil, saling menafikan, menyalahkan orang lain. Tapi sedarkan anda bahawa segala kenyataan di atas adalah BENAR. Dan anda terfikir mahu meneruskan tradisi itu atau mahu merubah??. Segalanya terserah pada anda. Jika anda seorang muslimah sejati maka rubahlah kenyataan di atas. Taatilah syariat dan berpegang teguh pada alquran dan assunnah. Wahai muslimah sedarlah engkau,engkau telah dipilih ALLAH menjadi seorang muslimah pengikut ajaran nabi MUHAMMAD dan sebagai peneladan jejak langkah Aisyah r.a, Khadijah r.a dan Fatimah r.a.

Bagimana nak jadikan kerja dakwah kita efisien dan mantap jika kita terus melakukan perkara yang sama. Tapi kita tidak boleh merubah 100% kenyataan diatas kerna kita manusia memang dilahirkan pelupa dan sering membuat keselahan. so jom guna konsep jaya

  1. muslimat jangan bertindak emosi jika meeting ngan pihak muslimin atau sesama akhwat
  2. sediakan satu plan dan takwim sebelum mulakan meetg
  3. salamatussodri dengan semua pihak terutama muslimin (banyak cerita dari sahabt kat mesia)
  4. membuat keputusan berpandukan akal ye jangan berpandukan emosi. Dan jangan wat keputusan sorang2 kerna lebih afdal keputusan berpandukan majlis syura
  5. latihkan diri menghadiri meetg tepat pada waktunya
  6. mesra rakyat selalu jangan assabiyah jerk mana lah dakwah nak jalan
  7. mantapkan ukhwah dan amalkan konsep takaful
  8. belajar berdikari. beli motor or kereta senang nak gerak
  9. hargailah sahabat yang telah bertungkus lumus menjayakan program bukn cemburu sebb idea kita ditolak dan jika yang mempunyai keluarga hargailah suami anda yang telah berpenat lelah memperjuangkan agama ALLAH
  10. fokus pada meeting.Aktifkan diri dalam meeting jangan berdiam diri kerna berdiam diri kita akan cepat bosan dan mulalah mengundurkan diri dalam organisasi

Jika muslimin berjuang menegakkan agama ALLAH,pasti engkau tidak mahu ketinggalan dari berjuang dan menegakkan agama ALLAH. Mungkin anda keliru manakah pilihan anda "keluarga atau jamaah"?. Untuk setiap perjuangan ada pengorbanan. Biar kita berkorban jangan kita terkorban. Apa yang diharapkan moga para muslimat disana dapat mengalas 2 tanggungjawab itu dengan sebaik mungkin dan seimbang. Jika anda tidak mampu dan ingin mengorban antara satunya,peganglah prinsip ini "biarlah kita bersama perjuangan islam hingga ke akhir hayat walaupun banyak rintangan dan halangan". Yang pasti perjuangan jangan ditinggalkan.

Ayuh muslimat bangkitlah. Jangan anggap anda lemah dan berasa rendah diri. Ingatlah bahwa dirimu amatlah mulia dan tinggi martabatnya sebagaimana dalam firman allah:

"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati padahal kamulah yang paling tinggi derajatnya jika kamu orang beriman" surah al-imran:139

sedarlah dunia sekarang amat memerlukanmu wahai muslimat. Keintelektualanmu, kerajinanmu, dan kecerdikanmu amatlah diperlukan untuk membangunkan masyarakat. So tanamkan elemen MP3 (tiru ayat sahabat) :

M=Multimedia

P=Public Speaking

P=Penulisan

P=Peka Isu


teringat ana kata-kata ummu muhammad

"Di belakang seorang lelaki hebat pastinya seorang wanita yang sangat hebat,”
Ummu Muhammad pantas menjawab "Tidak, demi Allah, jika wanita itu ada di balik kesuksesan dr. Rantisi hingga ia meraih syahadah, maka tak lain dia adalah ibunya-Allahuyarhamuha- yang telah membesarkan dan mendidiknya dengan sebaik-baik pendidikan. Beliaulah yang menanam makna kemuliaan dan ketinggian harga diri di jiwa As-Syahid.”

Tarbiyah seorang muslim bermula dari rumah. Jadi amatlah penting tugas seorang muslimat yang merupakan pencorak kain putih seorang anak. Muslimat memainkan peranan yang amat penting dalam melahirkan perintis2 dan mujahid2 yang akan menegakkan agama ALLAH. So faham2 jela jangan pandang lemah dan remeh terhadap muslimat dan muslimat sendiri haruslah kreatif dalam menjalankan keaktivian berdakwah,tidak gentar berhujah, tidak lemah dari segi mental dan fizikal,mantap kerohaniannya dan tidak lemah penampilah sebagai seorang muslimat. Jadi..ayuh bangkitlah wahai muslimat. Gunakanlah keintelektualanmu sebagai aset untuk memajukan gerakan kerja dan masyarakat juga bangsa. Muhasabah balik apa yang dilakukan sepanjang bergelar pejuang dan yakinkan diri bahwa ALLAH adalh sebaik2 pelindung dan pertolongan kita. Jadi usah khuatir dan bimbang kerna engkau sentiasa dilihat ALLAH kerna ALLAH sudah meninggikan derajat mu disisiNYA jika engkau istiqamah dalam perjuangan islam kerna ALLAH.

terngiang2 kata keramat ini
"mati hanya sekali maka bersedialah pada hari itu"

"Ya Allahu Ya Rabb, matikanlah diriku dalam keadaan sempat bertaubat, sedang betaubat serta berada dalam keadaan yang baik. Ku rindukan syahid di jalan Mu ya Allah. Moga Allah terus menetapkan keimanan dan aqidah kita sebagai seorang muslim dan mu’min."

“Keimanan kita menentukan cara kematian kita.”


bangkitlah wanita
bangkitlah muslimat

bangkitlah mahasiswi



p/s 1:segala kondisi dan kenyataan berdasarkan pengalaman. Jangan marah ya.Untuk kebaikan bersama
p/s 2 : para muslimat mudah sensitif dan beremosi dalam gerak kerja jadi peganglah kata2 ini"bersabarlah.tabahlah,jangan putus asa dan jangan berputus harapan dari nikmat ALLAH kerana ALLAH selalu bersamamu"
p/s3 : teringin nak makan asam pedas melaka. Saper rajin mask bagi2lah sikit..


Wednesday, April 15, 2009

ahlan wasahlan

Salam perjuangan.Hari ini ana tak tahu kenapa gembira dan terharu sesangat.mungkin terkejut terima berita dari adik.First sekali terima panggilan dari adikku nabihah (die suh masuk nama die dalam blog) bahwa m.cik yang ke-9 nur asilah ibrahim (yang merupakan tempat ana bermanja waktu kecil dan tempat luahan rasa kesedihan) selamat melahirkn anak. Sempat juga menelefon mak lah (nama panggilan) selepas selamat melahirkan anak lelaki sulung beliau.Terdengar suara keletihan diiringi dengan kegembiraan.Isyh siapa xseronok dapat anak.Ana pun seronok dan gembira juga sebab ada seorang yang bakal jadi mangsa buli ana..HA..HA..Habis la balik malaysia nie teruk kene buli. Nama yang diberi Muhammad Aisy Rayyan (2 pown taw dari sumber yang diboley dipercayai saper lg kalau bukan k.cik). Ahlan wasahlan ya akhi to keluarga HIKMAH as cucu yang ke-48.

Dan lebih tergempar lagi siap masuk dalam paper. Mak lah mintax izin yer masuk dalam blog. copy paste jela yer. Ini die...

Impian Nur Asilah miliki anak tercapai


NUR Asilah Ibrahim berkongsi kegembiraan dengan Pakar Embrio, Zoe Lau Lok Hian (kiri) selepas berjaya melahirkan anak yang sihat melalui proses IVF di Pusat Perubatan Mahkota, Melaka, semalam. – UTUSAN/GAIE UCHEL


MELAKA 14 April – Penantian selama tiga tahun untuk mendapatkan cahaya mata begitu lama dirasai oleh pasangan suami isteri, Nur Asilah Ibrahim, 39, dan suaminya, Zainuddin Ismail, 36.

Bagaimanapun mereka tidak pernah putus asa dan cubaan menggunakan kaedah rawatan persenyawaan tabung uji (IVF) di Pusat Perubatan Mahkota (MMC) di sini pada tahun lalu, akhirnya membuahkan hasil.

Pada 6 April lalu mereka dianugerahi cahaya mata yang diberi nama Muhammad Aisy Rayyan dengan berat 2.7 kilogram.

Nur Asilah dan suaminya yang berasal dari Lubok China dekat sini merupakan pasangan yang ke-400 berjaya menimang cahaya mata melalui program IVF yang diperkenalkan oleh MMC sejak Julai tahun 1997.

Pasangan itu menggunakan program IVF pada 27 Ogos tahun lalu setelah didapati tidak boleh hamil secara semula jadi.

Menurut Nur Asilah yang juga seorang suri rumah, dia sangat gembira kerana akhirnya berjaya memperolehi cahaya mata selepas hampir setahun mencuba pelbagai rawatan termasuk kaedah pil.

‘‘Setelah hampir setahun mencuba pelbagai kaedah rawatan, akhirnya usaha kami untuk mendapatkan zuriat berjaya juga. Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada MMC yang bertungkus lumus membantu kami,” katanya ketika ditemui di MMC di sini hari ini.

Sementara itu, Zainuddin berkata, kelahiran Muhammad Aisy Rayyan menyerikan lagi kehidupan mereka suami isteri selepas percubaan untuk menimang cahaya mata melalui rawatan lain gagal.

Anggota tentera di Kem Terendak, Sungai Udang itu berkata, dia mengetahui mengenai program IVF di MMC melalui seorang doktor swasta di Cheng di sini tahun lalu.

‘‘Apabila saya mendapat tahu mengenai program ini, saya segera berbincang dengan isteri dan kami bersetuju untuk mencuba dan akhirnya, Alhamdullillah, usaha kami berhasil.

‘‘Semua ini juga tidak mungkin menjadi kenyataan jika tanpa usaha bersungguh-sungguh dan komitmen daripada pihak MMC sendiri,” katanya.


p/s1: to Muhammad Aisy Rayyan (susah gak nak sebut putar belit lidah,sal le m.lah xtrime cadangan k.sau bagi nama muhammad nabil kan senang..seb bek xnama ahmad zufar..kempunan la ko upal nak dapt partner nama sama..ha..ha). ahlan wasahlan ya adikku.sat lagi anda jadi mangsa buli (akan kami masukkan nta ke dalam program tamrin dianjurkan oleh keluarga hikmah...ade erk??)P.sir (p.cik ke-8) len kali wat satu pertubuhan untuk kanak2 ribena bawah under hikmah senang kami nak buli..HA..HA

p/s 2: isyhh..ni paling aku xsuke mempermote name budak nie..to adikku nabihah, k.sau dah masuk nama hang..jgn luper blnja makan..gsatu to upal..maner gmbar Muhammad Aisy Rayyan kater nak hntr..n to adik nurhidayah xdpt pown emel gmbr Muhammad Aisy Rayyan(taw la nak dapt PC dr abg zai) Kempunan nak tengok budak 2..seb bek der gmbr budak 2 dlm paper..

p/s 3: to mak lah ku sayang..tahniah dapt anak..xsia2 m.lah doa setp hari..mungkin itulah keberkatan doa m.lah ALLAH terima doamu..n caiyok!!selamat bertugas sebagai ibu mithali. Saya nabilah ab.karim sebagai cucu ke-15 (masih memegang title cucu paling femes..isyh der yg kene bom ngan bebudak nie) dan mewakili keluarga hikmah mengucapkan tahniah dan selamat bertugas sebagai ibu.he2..