bismillah

Sunday, November 9, 2008

cabaran bermula..


tangan sedang leka menari-nari diikuti sang kertas yang setuju dijadikan pentas untuk dipersembahkan...telinga juga tidak leka mendengar keluhan dari "roomate" yang tidak henti2 mempunyai masalah..apakah daya walau keletihan ana try menyembunyikan perasaan itu agar tidak mengganggu suasana yang di selubungi pilu dan tertekan..tertekan??ya amat tertekan sekali..dengan asighment2 yang berlonggakan di tepi meja.."mereka" sekadar meminta simpati agar diberi sedikit "rezeki" kepada nya..dengan kudrat yang ada pada ana serta roomate yang memahami keadaan ana maka bermula kerja2 yang terbelangkai..alhamduliilah..syukran ya IVY.. walau tidak sefikrah dengan nya tapi dia cukup memahami keadaan ana..

sepanjang minggu ini..ana try mahu menghabiskan asigment serta jurnal yang di berikan "dosen" secepat mungkin..setiap hari "TERprobleman" sentiasa muncul..yang terbaru masalah visa.hampir 6 kali ana berulang alik ke imigrasi untuk selesaikan masalah ini..seorang diri mencari akar tunjang pemasalahan itu..bukan mahu tunjuk berani dan hebat..tapi biar lah ana yang lakukan demi mematangkan diri yang kebudak-budakan lagi..semua permasalahan ku telan sendirian..prinsip ku sejak sekolah..sekarang pun ekonomi kurang stabil gara-gara visa dan kittas..pada siapa lah ana mahu berkongsi masalah agar dikurangi..mak??tidak sekali ana mahu sandarkan masalah ana padanya..cukup lah sekadar kesusahan nya membesar ana..itu pun terlalu perit mak membesar kan anak yang degil macam ana..abah??sukar tuk membayangkan jika abah tahu hal ini..kerungsingan nya juga sudah cukup membuat ana menderita..enggan aku mengundang resahnya lagi..cukup lah apa yang mak dan abah lalui dema ana..i really miss u mak abah..

sekembali ana dari imigrasi terus terhambur air mata ibarat air terjun yang tiada penghalang nya..pada siapa ana mahu berkongsi sedih??di saat kedukaan tawa sahabat bergema lagi difikiran ana bagi meredakan sedikit kesedihan yang bersarang di hati..aku memerlukan mu ketika ini..aku mahu meluahkan rasa kesedihan dengan sefikrah dengan ku..yang memahami apa yang bergelora dalam hatiku..memberi aku tempat untuk aku menumpang semangat mu..ya semangat mujahid mu..aku rindu pada mu..kau ibarat tongkat ku..tanpamu aku tidak boleh berdiri segagah mu..sahabat yang menjaga aku bukan di dunia sahaja tetapi di akhirat..selalu memberi taklifan setiap hari..nikmat tuhan yang diberikan pada aku sebuah ukhwah yang tidak ternilai..di saata aku dalam kesedihan bahunya meminta untuk aku membenamkannya..seluruh rahsia aku curahkannya tanpa meraguinya kerna ku tahu segala rahsia sentiasa dikunci..sekarang aku bersendirian menghadapi nya..tolong lah aku ya ALLAH..aku tidak mampu berdiri gagah lagi..aku rindu ketika bersama sahabatku..ya ALLAH bantulah aku.. tetibe kedengaran handphone berbunyi tanda mesej masuk..
"keyakinan pada ALLAH adlah air kedamain yang tidak pernah kering menjadikan seorang muslim tetapi tegar di saat oarng lain berguguran dan tetap tenang di saat orang lain ketakutan.biar rebah jangan berubah biar terbuang terus berjuang ujian terus tarbiyah dari ALLAH semakin dekat bahtera kepadaNYA semakin hebat taufan melanda semalam adalah kenangan hari ini adalh peluang esok adalah harapan"
begitulah mesej yang di beri kepada ana..walau jarak jauh sekali tetapi ikatan hati tidak pernah luntur ibarat gumpalan tali jika di ungkai sekalipun tetap tidak akan terlerai..terima kasih ya sahabat kerna mengingati insan yang lemah..

p/s: "jadilah seperti batu..apabila batu menjadi kuat maka bakarlah ia dengan api hingga ampuh tidak pecah begitu juga dengam manusia jika mahu jadi kuat harus dibakar dengan seribu ujian agar tidak mudah menyerah"..doakan adikku nurhidayah menjawab peperiksaan dengan hati yang tenang maan najah fil imtihan ya ukhti..sayang selalu

No comments: