“Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” 47 : 7
Thursday, November 6, 2008
walimah sahabat...
25 Oktober 2008, terbinalah sebuah Baitul Muslim yang didiami oleh senior kmph, Mohd Syafiq B Zakaria dan Kak Nurul Wahyuni (Kerk Siau Ping). Alhamdulillah, mereka telah berjaya membina tapak Baitul Muslim yang baik. Inilah yang dikatakan sebagai Baitul Da’wah. Tahniah buat pasangan bahagia ni. Selamat Pengantin Baru.
sebenarnya tidak pernah bersua dengan kak wahyuni dan abang syaufik..cukup lah sekadar mendengar dari cerita para sahabatku yang sering bercerita pasal sepasang merpati sejoli..kak wahyuni seorang penghijrah iaitu mualaf..walaupun beliau mualaf ana rasa kan beliau cukup faham istilah dakwah..malah lebih mengetahui dari orang yang sudah fitrah semula jadi nya islam..kadang2 cukup segan dengan kak wahyuni..yelah kita sudah lama fikrah berlandaskan islam tapi xcukup untuk membuktinya..muhasabah balik ya nabilah..
Walaupun, bergelar Muslimah baru beberapa bulan tetapi Kak Wahyuni sanggup memikul tugas berda’wah, cuba memberikan tunjuk ajar yang sebaiknya ketika itu. Ana kagum dengan Kak Wahyuni. kagum dengan ketabahan dan kesungguhan beliau memikul dakwah tanpa sekelumit rasa mengeluh..ana yang baru mengenal erti perjuangan rase nya umpama batu besar yang menghimpit di bahu ana..rase terlalu berat untuk memikul beban dakwah yang di amanahkan..
Kak Wahyuni belajar di UMP (a.k.a. KUKTEM) tidak jauh dari KMPh… Dia sanggup datang sorang diri untuk memberi sedikit nasihat ketika ana di kmph.rase baru jumpa kali pertama kot..tapi tak ingat sangat wajah nya yang cukup bersih ketika itu..subhanALLAH.. kata2 nasihat yang di beri kepada ana dan sahabat cukup terbekas di hati..menginsafkan diri membuat kita mengerti perjuangan yang sebenar.syukran ya ukhti..
Pengetahuan lanjut yang ana dapat daripada cerita-cerita kakak-kakak dan abang-abang senior, Kak Wahyuni memeluk Islam ketika dia sedang bergelut dengan final exam semester 2 yang begitu hampir. Dia nekad untuk berintima’ dengan Islam, menerima Islam sebagai way of life. Kehidupannya terus berubah dengan drastik setelah memeluk Islam. Dia rajin beribadat dan belajar mendalami Islam.
Dia dihalau oleh keluarganya dan tinggal bersama keluarga angkat di Pahang. Betapa besarnya dugaan yang dia timpa dalam masa yang cukup singkat. Tetapi, dia cukup menghargai nikmat iman dan Islam melebihi segala-galanya. Bahkan ketika menyambung pengajian ke KUKTEM seawal tahun 1, kesedaran da’wahnya cukup tinggi. Dia ingin bersama kumpulan da’wah di kampus walaupun ada suara-suara yang kurang senang memandangkan dia masih belajar asas-asas Islam, asas aqidah dan ibadat-ibadat fardhu.
Mengapakah kita yang telah sedia Islam sejak lahir ini majoritinya tidak mengamalkan Islam? Tiada penghargaan pada nikmat iman dan Islam. Bahkan apabila dinasihati agar kembali ke jalan Islam dimarahinya para penda’wah…
(copy paste dari ustaz izudin dan di edit sedikit)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment