bismillah
Showing posts with label sajak. Show all posts
Showing posts with label sajak. Show all posts

Friday, March 9, 2012

dan AKU



aku masih merangkak
menuju cintaNYA
menuju jalan dakwahNYA
dan aku masih keliru
dimanakah destinasiku kelak
tuhan
bantu aku, tolong aku, teman aku
saat aku duka
saat aku kecewa
kerna dek manusia ini
wahai tuhan
rintihan aku hanya untukMU
setiap langkahku kernaMU
maka tuhan
perbaharui niatku,ikhlaskan niat aku
bila saat manusia mengecewakan aku
dan aku mahu berdiri gagah
berlari kencang
tiada istilah merangkak dalam hidupku
optimis!
Ya..itu citaku. Itu targetku
jihad dalam jalan dakwahMU
moga itu bukan anganku
dan moga itu menjadi kenyataan
dan ketahuilah saat hati aku dirobek-robek
ada sinar yang memperbaiki hatiku
wahai tuhan manusia
aku sangat mencintai ISLAM kernaMU
matikanlah aku dalam jalan dakwahMU
moga semngat ISLAM dalam diri
tidak dibawa angin kejahatan
moga semngat ini bersemadi dengan nur dalam jiwaku


-qamarunnajmi-
-medan,sumatera utara-


p/s 1 : mood tengah spoil..tetibe ja..bonda ayahanda terima kasih memberi semangat..sayang semua..:)
p/s 2 : hari ini mencutikan diri. Dan saya cuba memahami orang disekitar saya. Moga ALLAH bagi kekuatan dalam diri saya. Ya ALLAH jauhikanlah aku dari sifat bersangka buruk,hasad dengki, iri hati. Sayang saudara lebih dari diri sendiri.
p/s 3 : doing ERP. Stop. Akhirnya..hahaha

Monday, February 27, 2012

AKU

sinar cahya sempat menjenguk di benak fikiranku
aku toleh ke kanan toleh ke kiri
kosong..
laju air mataku menuruni bumi..
cepat beistighfar..
aku sedar banyak kekhilafanku..
4 tahun..
satu tempoh yang cukup lama
cukup la kesedaran menjadi penebus dosaku
cukuplah keinsafan menjadi pengubat memori duka
aku ingat kuat
menempuh alam dakwah yang sebenar
bulan bintang doakan aku
cukuplah hanya sinaran yang menemani aku saat aku kedukaan
cukuplah..ALLAH dan RASUL menjadi alasan untuk aku istiqamah dijalannya..

~qamarunnajmi~
28 feb 2012
setia budi medan

Saturday, October 17, 2009

khas untuk mu...


Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.

Dan dia menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.

Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

~ Khalil Gibran

p/s : tetibe.. Waktu dilanda kesepian,air hangat mengalir di pipiku. Aku rindu pada sahabat-sahabat di malaysia. aku rindu pada pentarbiyahan disana. Aku rindu gelak ketawa yang menyenangkan hatiku. Segala-galanya menjadi kenangan manis aku. But aku try nak ciptakan suasana disini. Banyak halangan kutempuh, banyak onak duri ku harungi. tapi ternyata aku xbersendirian. ALLAH temukan aku dengan sahabat sefikrah untuk mantapkan pentarbiyahan aku. ALLAH masih sayangkan aku. syukran YA ALLAH..


Saturday, July 4, 2009

URGENT..!! aku perlukan DOKTOR





dr.QURAN
yang aku sering ketemui kebenaran
peneman siang malamku
malah buah hatiku duniawi dan akhirat
penenang jiwaku menggetar nalurri fitrahku...

kaulah dr.HADITH..
yang aku temui pedoman..
rujukan para mujahid selepas sahabat kau alquran..
menjadi inspirasi mereka
mengejar akhirat seakan-akan lupa duniawi
kernamu mereka penghuni syurga

dr QIAM..
kutemui kekuatan
untuk aku hadapi mehnah dan tribulasi
namun aku sering alpa akannya
hanyut dalam arus ilmu duniawi
namun deminya..
aku gagahi untuk bangkit
menjadi sepertinya
dikeheningan malam
dibuai angin bayu yang sepi

kau dr. DUHA
sering aku kelewatan menemu kau
dek kesibukan melanda aku
namun aku harus berkorban
kerna tanpa kau
aku makin hanyut dibuai kenikmatan duniawi

dr.DOA..
kerna kau..
aku temui keinsafan
mengenang dosa-dosaku yang lampau
dulu aku jadi angkuh dan sombong
terima kasih kerna sudi menemani aku yang jahil ini

dr TAUBAT..
beratnya dosa dipikul
ringan saja pahala dijinjing
syurga dan neraka jadi taruhan
kau penyelamat aku sebelum kematian menjemput aku
kerna kematian sudah pasti
hanya kau jadi penawar
akan khilaf dosa-dosa ku yang lalu

aku ingin menjadi doktor2 sepertinya
namun aku perlu menjadi dr DIRIKU..
kerna disitu tersemat nilai ukhwah
ya ukhwah persaudaraan..
yang amat bernilai
kerna aku lah penyambung kembali nilai2 itu


p/s : aku rindukan qiam..semakin aku mengkehendaki semakin ia lari dariku..kenapa??

p/s 2: aku insan seperti biasa,tidak tahu berapa terkumpul dosa2ku..ingin kuhapuskan sebelum sakaratulmaut menjemput aku kerna ia pasti berjumpa dengan ku..

p/s 3: aku semakin membenci diriku kerna dosa2ku yang berguni..ingin kubiarkan debu2 dosa berterbangan disapa angin keinsafan..i need tarbiyah!!




"aku diajar mencintai kematian bukan mencintai kehidupan"

nukilan;
qamarunnajmi
12.30 am..


-dinukil ketika aliran hangat mengalir dipipiku..
-keheningan malam banyak mengajar aku erti kehidupan