bismillah

Sunday, November 9, 2008

cabaran bermula..


tangan sedang leka menari-nari diikuti sang kertas yang setuju dijadikan pentas untuk dipersembahkan...telinga juga tidak leka mendengar keluhan dari "roomate" yang tidak henti2 mempunyai masalah..apakah daya walau keletihan ana try menyembunyikan perasaan itu agar tidak mengganggu suasana yang di selubungi pilu dan tertekan..tertekan??ya amat tertekan sekali..dengan asighment2 yang berlonggakan di tepi meja.."mereka" sekadar meminta simpati agar diberi sedikit "rezeki" kepada nya..dengan kudrat yang ada pada ana serta roomate yang memahami keadaan ana maka bermula kerja2 yang terbelangkai..alhamduliilah..syukran ya IVY.. walau tidak sefikrah dengan nya tapi dia cukup memahami keadaan ana..

sepanjang minggu ini..ana try mahu menghabiskan asigment serta jurnal yang di berikan "dosen" secepat mungkin..setiap hari "TERprobleman" sentiasa muncul..yang terbaru masalah visa.hampir 6 kali ana berulang alik ke imigrasi untuk selesaikan masalah ini..seorang diri mencari akar tunjang pemasalahan itu..bukan mahu tunjuk berani dan hebat..tapi biar lah ana yang lakukan demi mematangkan diri yang kebudak-budakan lagi..semua permasalahan ku telan sendirian..prinsip ku sejak sekolah..sekarang pun ekonomi kurang stabil gara-gara visa dan kittas..pada siapa lah ana mahu berkongsi masalah agar dikurangi..mak??tidak sekali ana mahu sandarkan masalah ana padanya..cukup lah sekadar kesusahan nya membesar ana..itu pun terlalu perit mak membesar kan anak yang degil macam ana..abah??sukar tuk membayangkan jika abah tahu hal ini..kerungsingan nya juga sudah cukup membuat ana menderita..enggan aku mengundang resahnya lagi..cukup lah apa yang mak dan abah lalui dema ana..i really miss u mak abah..

sekembali ana dari imigrasi terus terhambur air mata ibarat air terjun yang tiada penghalang nya..pada siapa ana mahu berkongsi sedih??di saat kedukaan tawa sahabat bergema lagi difikiran ana bagi meredakan sedikit kesedihan yang bersarang di hati..aku memerlukan mu ketika ini..aku mahu meluahkan rasa kesedihan dengan sefikrah dengan ku..yang memahami apa yang bergelora dalam hatiku..memberi aku tempat untuk aku menumpang semangat mu..ya semangat mujahid mu..aku rindu pada mu..kau ibarat tongkat ku..tanpamu aku tidak boleh berdiri segagah mu..sahabat yang menjaga aku bukan di dunia sahaja tetapi di akhirat..selalu memberi taklifan setiap hari..nikmat tuhan yang diberikan pada aku sebuah ukhwah yang tidak ternilai..di saata aku dalam kesedihan bahunya meminta untuk aku membenamkannya..seluruh rahsia aku curahkannya tanpa meraguinya kerna ku tahu segala rahsia sentiasa dikunci..sekarang aku bersendirian menghadapi nya..tolong lah aku ya ALLAH..aku tidak mampu berdiri gagah lagi..aku rindu ketika bersama sahabatku..ya ALLAH bantulah aku.. tetibe kedengaran handphone berbunyi tanda mesej masuk..
"keyakinan pada ALLAH adlah air kedamain yang tidak pernah kering menjadikan seorang muslim tetapi tegar di saat oarng lain berguguran dan tetap tenang di saat orang lain ketakutan.biar rebah jangan berubah biar terbuang terus berjuang ujian terus tarbiyah dari ALLAH semakin dekat bahtera kepadaNYA semakin hebat taufan melanda semalam adalah kenangan hari ini adalh peluang esok adalah harapan"
begitulah mesej yang di beri kepada ana..walau jarak jauh sekali tetapi ikatan hati tidak pernah luntur ibarat gumpalan tali jika di ungkai sekalipun tetap tidak akan terlerai..terima kasih ya sahabat kerna mengingati insan yang lemah..

p/s: "jadilah seperti batu..apabila batu menjadi kuat maka bakarlah ia dengan api hingga ampuh tidak pecah begitu juga dengam manusia jika mahu jadi kuat harus dibakar dengan seribu ujian agar tidak mudah menyerah"..doakan adikku nurhidayah menjawab peperiksaan dengan hati yang tenang maan najah fil imtihan ya ukhti..sayang selalu

Saturday, November 8, 2008

kesibukan memburu anda..

salam muhibah..

hari ini hari yang paling sibuk dalam kamus ana..ALLAH uji diri yang lemah nie..arrange masa pun x tahu lagi..macam mana lah mahu jadi pemimpin..keluar pukul 7 pagi dan sampai hampir pukul6..kuliah biokim dan physic hampir 6 jam..n juga uruskan kartu nama dekat sini.."kecapekan" sekali hari ini.."nggak" apa2 ALLAH mahu berikan kasih sayang NYA pada ana..beruntung jadi hamba nya..teguhkan lah imanku ya ALLAH..tabahkan lah hatiku di saat aku memerlukan mu..ya ALLAH aku merindui belaian dariMU..aku mendamba cintaMU..sungguh ya ALLAH..istighfar lah wahai ya ukhti nabilah..teringat kata2 seorang sahabat sebagai kata pujukan kepada ana.. "barangsiapa yang perbanyakkan istighfar niscaya ALLAH akan memberikan jalan keluar untuk setiap kecemasan dan akan membukakan pintu keluar dari setiap kesempitan"..yok nabilah bangkit kembali ke dunia fana..banyak harus ditempuh..jangan dok mengeluh.."AMPUNILAH DOSA2 KU YA ALLAH"..doa dari seorg hamba yg lemah..

malam ni hujan lebat selebat2nya ibarat meluahkan isi hati nya pada manusia..menyatakan ketidak adilan manusia padanya..lihat lah disini..sampah dibakar sewenang2 nya melepaskan gas co2 yang boleh menipiskan lapisan ozon..pencemaran bunyi yang menyakitkan alam..bunyi hon sentiasa kedengaran disini..alangkah indah hidup tanpa bunyi yang membisingkan..itulah spesel nya medan..sentiasa pandang pada negatif bukan pada positif..tetapi satu yang ana respect pada mereka..sifat persahabatan..sifat ukhwah yang sukar dijumpai..ketika mula2 melangkah ke sini alam cabaran yang sukar di tafsirkan..yang selalu memberi kata2 semangat ialah rakan2 dari indonesia..mereka selalu bertanya khabar..kadang2 kalau di antara kami sakit..mereka sanggup menghantar kami ke "rumah sakit"..alhamduliilah ALLAH mengirim kami sedikit kebaikan di bumi walisogo..

siang pula membahang sampai ke urat terasa kepanasan nya..sudah musim panas agak nya..kalau dibiar air dibawah matahari xsampai 5 minit dah mendidih..bayangkan ana bawa 2 botol air mineral xsampai balik dah habis air 2 ana kerjakan..subhanallah..2 suma dugaan..mematangkan diri..apa guna hidup di dunia kalau bukan untuk di uji..medan iz mencabar..

p/s..rindu nyer kat mak abah..dan sahabat2..my twin also..

Friday, November 7, 2008

obama pengaman dunia islam??


salam perjuangan tuk semua..

based on my title..pasal obama isu yang cukup hangat diperkatakan sehinggakan dalam negara indonesia di mana ana belajar ramai masyarakat mengagumi beliau..ada segelintir masyarakat disini mengakui beliau merupakan saudara nya..sekian lama obama hidup kenapa tidak dicari..adkah popularity seseorng mempengaruhi persaudaraan kita??sukar tuk di tafsirkan..sukar jagu untuk ana fahami masyarakat di sini..esok pulak mesti ada yang mengakui obama 2 sepupu mereka..dunia sekarang pown xtaw la cam ner ek...

amerika mencipta sejarah apabila barack obama memenangi kerusi presiden amerika syarikat dalam pilihan raya yang lalui..satu2 nya orang kulit hitam memenagi kerusi tersebut setelah 232 tahun amerika syarikat merdeka dari kuasa eropah..if xsilap ler...beliau mengalahkan parti republikan iaitu john mccain sebanyak 2oo lebey undi untuk menguasai "rumah puaka" white house..rumah segala kejahatan yang telah dikumpulkan..

bukan amerika yang gembira malah semua umat islam di dunia "hepi" dengan kemenangan beliau..kalau kat sini xtahu la nak cakap apa..fanatik sangat ngan obama..terngiang2 dalam pikiran ana..kalau obama menang dapat ke dia kembalikan keamanan dunia..seolah2 kemenangan obama membawa seribu harapan umat islam dan termasuk pemimpin islam..mereka menaruh harapn yang belum pasti benar dan betul seolah2 obama ibarat pengaman dunia..macam citer superman lak nak selamatkan dunia..wahai sahabatku dunia kita bukan citer dongeng..dunia kiter realiti..jangan petaruhkan dunia kita pada tangan yang salah..so renunglah balik..mereka menaruh harapan pada beliau stelah peristiwa dimana segala kesetanan bush melimpah2 dan membuak2 terhadap umat islam..seluruh masyarkt di dunia menyokong obama..

wahai saudara n sahabat..ingat lah obama bukan berdiri berseorangan..beliau berdiri di atas kaki2 yang membencikan islam..amerika merupakan pendokong dan pengembanag ideologikufur kapatalis masakan dia mahu negara2 islam maju dari mereka..ingatlah seluruh kekayaan dunia semua di negara islam..sebab itulah para2 kafir harbi menggunakan obama tuk mencapai matlamat dorang 2.. Justeru, apakah kita mengharapkan bakal presiden Amerika atau sekutu nya ini hanya akan berdiam diri melihat kekayaan yang melimpah ruah yang ada di dunia Islam, walhal mereka boleh menguasai semuanya? Malah dia akan dapat menguasai semuanya dengan begitu mudah kerana pemimpin-pemimpin umat Islam yang ada pada hari ini adalah para pengkhianat yang telah pun menyerahkan kekayaan negara dan nyawa umat Islam kepada golongan kuffar penjajah selama ini.


Apa yang jelas setakat ini adalah, bakal Presiden kulit hitam ini telah pun mengisytiharkan ‘kesudiannya’ untuk memperluaskan perang di Afghanistan, yang bermaksud memerangi umat Islam, saudara kita yang berada di Afghanistan. Dia juga secara terang-terangan menyokong kekejaman pencerobohan Israel ke atas Palestin. Dengan kata lain, segala malapetaka yang dibawa oleh pemimpin kuffar penganut Ideologi Kapitalis ke atas umat Islam sebelum ini nampaknya disokong dan bakal diteruskan oleh Obama..is it true??

dulu bush laknatullah ada juga mengatakan dia akan membawa kemenangan pada dunia..so result??per dah jadi dengan dunia islam..adakah keamanan yang di maksudkan oleh bush lanatullah dimaksudkan dengan memerangi dan membunuh umat2 islam yang tidak berdosa dan tidak menyokong nya..i2 kah istilah keamanan..bagaimana dengan obama??
Perubahan sebenar yang sepatutnya diharapkan (dan diusahakan) oleh umat Islam adalah perubahan sistem dunia kepada sistem Islam (sistem Khilafah), bukannya sistem Kapitalis.

sebenarnya sahabatku perubahan sebenar yang sepatutnya diharapkan (dan diusahakan) oleh umat Islam adalah dengan tertegaknya Daulah Khilafah dimana hukum2 islam dipraktika dan di amalkn... Sesungguhnya dunia tidak akan berubah hanya dengan terlantiknya seorang kafir yang akan memerintah dengan hukum-hukum kufur, tetapi dunia akan berubah apabila dibaiatnya seorang Khalifah atas Kitabullah dan Sunah RasulNya. ingat lah kembali dahulu khalifah2 ALLAH menakhluki 2/3 dunia..masakn sekarang nie xboley..selagi ada nya alquran and assunnah..insyaALLAH dunia milik kita..juz lambat atau cepat..

p/s:mudah2an kedudukan obama as presiden dapat merubah dunia yang huru hara dari bush laknatullah..

Thursday, November 6, 2008

walimah sahabat...




25 Oktober 2008, terbinalah sebuah Baitul Muslim yang didiami oleh senior kmph, Mohd Syafiq B Zakaria dan Kak Nurul Wahyuni (Kerk Siau Ping). Alhamdulillah, mereka telah berjaya membina tapak Baitul Muslim yang baik. Inilah yang dikatakan sebagai Baitul Da’wah. Tahniah buat pasangan bahagia ni. Selamat Pengantin Baru.


sebenarnya tidak pernah bersua dengan kak wahyuni dan abang syaufik..cukup lah sekadar mendengar dari cerita para sahabatku yang sering bercerita pasal sepasang merpati sejoli..kak wahyuni seorang penghijrah iaitu mualaf..walaupun beliau mualaf ana rasa kan beliau cukup faham istilah dakwah..malah lebih mengetahui dari orang yang sudah fitrah semula jadi nya islam..kadang2 cukup segan dengan kak wahyuni..yelah kita sudah lama fikrah berlandaskan islam tapi xcukup untuk membuktinya..muhasabah balik ya nabilah..


Walaupun, bergelar Muslimah baru beberapa bulan tetapi Kak Wahyuni sanggup memikul tugas berda’wah, cuba memberikan tunjuk ajar yang sebaiknya ketika itu. Ana kagum dengan Kak Wahyuni. kagum dengan ketabahan dan kesungguhan beliau memikul dakwah tanpa sekelumit rasa mengeluh..ana yang baru mengenal erti perjuangan rase nya umpama batu besar yang menghimpit di bahu ana..rase terlalu berat untuk memikul beban dakwah yang di amanahkan..


Kak Wahyuni belajar di UMP (a.k.a. KUKTEM) tidak jauh dari KMPh… Dia sanggup datang sorang diri untuk memberi sedikit nasihat ketika ana di kmph.rase baru jumpa kali pertama kot..tapi tak ingat sangat wajah nya yang cukup bersih ketika itu..subhanALLAH.. kata2 nasihat yang di beri kepada ana dan sahabat cukup terbekas di hati..menginsafkan diri membuat kita mengerti perjuangan yang sebenar.syukran ya ukhti..


Pengetahuan lanjut yang ana dapat daripada cerita-cerita kakak-kakak dan abang-abang senior, Kak Wahyuni memeluk Islam ketika dia sedang bergelut dengan final exam semester 2 yang begitu hampir. Dia nekad untuk berintima’ dengan Islam, menerima Islam sebagai way of life. Kehidupannya terus berubah dengan drastik setelah memeluk Islam. Dia rajin beribadat dan belajar mendalami Islam.


Dia dihalau oleh keluarganya dan tinggal bersama keluarga angkat di Pahang. Betapa besarnya dugaan yang dia timpa dalam masa yang cukup singkat. Tetapi, dia cukup menghargai nikmat iman dan Islam melebihi segala-galanya. Bahkan ketika menyambung pengajian ke KUKTEM seawal tahun 1, kesedaran da’wahnya cukup tinggi. Dia ingin bersama kumpulan da’wah di kampus walaupun ada suara-suara yang kurang senang memandangkan dia masih belajar asas-asas Islam, asas aqidah dan ibadat-ibadat fardhu.


Mengapakah kita yang telah sedia Islam sejak lahir ini majoritinya tidak mengamalkan Islam? Tiada penghargaan pada nikmat iman dan Islam. Bahkan apabila dinasihati agar kembali ke jalan Islam dimarahinya para penda’wah…

(copy paste dari ustaz izudin dan di edit sedikit)

UMAT ISLAM TIDAK BERSATU??

Pertamanya, semua yg berlaku adalah ketetapan dr Allah SWT kepada bg kaum muslimin.. maka kita harus meminta dan berdoa kepada nya agar diselamatkan dari segala bencana dan azab kemurkaannya..katakanlah:"ALLAH lah yang menurunkan kemudian (sesudah kamu menyampaikan al quran kepada mereka), biarkan lah mereka bermain2 dalam kesesatan" surah al an'am ayat91

Kalau nak salahkan seseorang, siapa lg kalau bukan diri kita sendiri terlebih dahulu.. Kalau semua org dapat menyedari akan kesilapan diri, maka pastilah sama2 dapat muhasabah untuk membetulkan kesilapan dan kelemahan yg ada pada diri kita.. Kita tidak dapat melihat kelemahan diri jika hanya tahu melihat kelemahan org.. Masalah tidak akan selesai jika salah persalah di antara satu sama lain.. pemimpin itu tidak betul-lah.. Parti itu tidak betul-lah.. dan sebagainya..perkara yang sungguh sensitif tuk di bicarakan..if ana x silap saidina umar pernah berkata "lakukan muhasabah terhadap diri sendiri sebelum orang lain melakukan terhadap diri sendiri..timbanglah (amal perbuatan) dirimu, sebelum orang lain yang menimbangnya.dan hiaslah diri kite tuk hari penampilan agung"..jadi pada semua umat islam marilah saling muhasabah diri sendiri..jangan kita asik bagi kat orang tapi tuk diri kita kalau boleh bagi space sikit..dah mengarut ler nie..


Sebenarnya apa masalah kita :

1. Ilmu

Kita bukan saja lemah dalam ilmu dunia, malah kita sendiri jahil ttg agama kita sendiri.. Jika kita tidak berusaha menghilangkan kejahilan kita, maka sampai bila pun kita tidak akan dapat bersatu dan berkuasa.. Pepatah Inggeri ada menyebut "Knowledge is Power".. Jika kita lihat memang tepat apa yg disebutkan oleh pepatah ini.. Jika kita merenung kepada sirah, Islam telah menguasai 2/3 dunia suatu ketika dahulu.. Sudah pastilah islam tidak akan mampu untuk menguasai wiliyah2 yg luas tanpa ada penguasaan ilmu yg luas mencakupi segala bidang terutamanya ilmu2 dunia dan ilmu2 agama (akidah, syariat dan akhlak)..ana teringat kata seorang ustaz beliau berkata apa guna ada ilmu tapi kita xmanfaat kan umpama pokok xda buah..so baca banyak n praktikan apa yang kita tahu.."sesungguhnya, yang takut pada ALLAH di antar hamba2 NYA hanyalah ulama" surah fathir..jadi perbanyakkan membaca dan renung kembali..ada satu surah mengatakan "dan orang2 yang di beri ilmu pengetahuan dan keimanan (kepada orang2 yang kafir) sesungguhnya kamu telah berdiam (dalam kubur) menurut ketetapan ALLAH, sampai hari berbangkit" surah ar rum rase nyer...ada ilmu keimanan ada juga ilmu kafir..so mana satu pilihan anda??ALLAH juga ade menjelaskan tentang musuh2NYA "mereka hanya mengetahui yang kahir dari kehidupan dunia sedangkan mereka lalai dari akhirat"..jadi kalau nak jadi umat islam biar lah umat islam yang terbilang..yang haraki..cukup perjelasan ana pasal ilmu..next....

2. Amal

Bagaimana nak beramal dengan agama jika tidak mempunyai ilmu.. Seseorang yg ingin membuat kereta, sudah pasti harus mempunyai ilmu ttg kereta yg ingin dibuatnya.. Adakah dia mampu membuatnya jika tidak melengkapkan dirinya dengan ilmu2 yg berkaitan..
"kami telah memberikan kepada penglihatan,pendengaran dan hati..tetapi pendengaran,penglihatan dan hati mereka i2 tidak berguna sedikit bagi mereka" surah al-ahqaf..mahu kah kita jadi seperti mereka..ALLAH bagi pancaindera pada kita tuk apa kalau bukan tuk amar ma'ruf dan nahi mungkar..jadi sedar lah wahai sahabat2 sekalian kita hidup bukan tuk di sia2 tapi mempunyai amanah yang harus dilaksanakan..peringatan nie pown khas tuk ana gak..banyak sangat lalai...graf keimanan cam dah berkadar songsang..muhasabah diri balik ya nabilah..continue..

Maka begitulah dengan agama kita.. Masyarakat hari ini telah mencuaikan kepada pendidikan ilmu agama terutamanya ilmu akidah.. Seseorang yg tidak berakidah dengan akidah yg benar dan mantap tidak akan mempunyai keimanan yg benar.. Jika tidak memiliki iman yg sempurna, bagaimana dia akan melakukan ketaatan dan meninggalkan kemungkaran..

sebagai contoh solat.. Kita tidak akan dapat menjaga solat kita jika tidak dibina daripada pegangan akidah yg mantap..begitu juga untuk melaksanakannya dengan kaedah yg betul.. Adakah dengan tidak belajar secara sempura ilmu2 ttg solat, seseorang itu akan dapat melakukan solatnya dengan sempurna.. Maka bertitik tolak drpd perkara yg pertama td yakni ilmu, barulah kita akan dapat melaksanakan amalan yg betul dan sempurna..

3.Sabar dan tawakal..

Kesabaran yg tinggi sangat dikehendaki dalam mencari ilmu yg haq dan beramal denganya.. Kadang-kadang apabila kita beramal dengan sunnah, amalan kita kelihatan pelik pada pandangan manusia.. maka tidak akan beramal seseorang dengannya melainkan ia disertai dengan kesabaran yg tinggi..

Sebelum mengusai sesuatu ilmu yg rumit, ia juga memerlukan kesabaran dan keteguhan untuk mencapainya.. Maka amatlah penting sifat sabar ini dalam diri kaum muslimin..

Begitu juga dalam menghadapi halangan2 dan perselisihan.. Jika tidak mempunyai kesabaran yg tinggi, bagaimana kita akan dapat berdepan dengan perbezaan pendapat dan perselisihan yg berlaku.. Tentulah dengan kesabaran yg tinggi sahajalah baru seseorang itu mampu untuk menyelesai dan meleraikan perselisihan itu..

Seterusnya kaum muslimin dituntut untuk berdoa sebelum melakuakn sesuatu meminta kepada yg Maha Esa agar memberi petunjuk dan pertolongan.. Setelah berusaha kemudian kita dituntut pula supaya sentiasa bertawal kepadanya.. ALLAH berfirman "mintalah pertolongan dari NYA dengan sabar n solat"

---------

Kesimpulan yang dapat di simpul sepanjang berada dalam tarbiyah kat usu..

pe yang penting ialah sifat2 yg perlu ada pada diri setiap kaum muslimin.. Dengan apa yg ana sebutkan ini sahaja pun kalau kita berusaha melaksanakannya, insya'Allah kita akan mencapai kejayaan dan ummat akan bertambah kuat dan bersatu padu..

Rasanya cukuplah sekadar ini dahulu serba sedikit buah fikiran yg mampu ana utarakan oleh insan yg serba kerdil ini.. KepadaNya sahaja kita serahkan segala urusan baik yg kecil mahupun yg besar..so kalau ada masalah raikan nya..(ayat ude yang di ulang tiap2 hari)..caiyok ya sahabat..kalau ada salah n silap yang wat sahabat tersinggung maafkanlah ana..rindu nyer kat my fam..

Wallahu A'lam..

kelebihan ayat kursi..

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."
Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"

Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."
Umat-umat dahulu hanya sedikit sahaja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur'an, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah ditearngkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.

Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur'an yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Qur'an, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.

masa dicipta tuk ujian??


salam ukhwah n salam perjuangan..


lama betul x mengupdate blog..berhabuk betul..tetibe nk cakap pasal masa lak..teringat kate2 sahabat kiter nie hidup sebenar untuk apa??untuk enjoy??atau untuk ehemmmm..so terpulang pd individu masing..."berpegang teguh lah dengan ape yang AKU berikan kepadamu hendak lah kamu termasuk org yang bersyukur"..surah al araf 144..so renung2 lah kembali..minggu nie ana terlalu bz sampai kan nk makan tengah hari jd mkn malam..bayangkan kul7 masuk kelas habis kul4..1 jam jerk rehat..dari rie senin sampai hari khamis..sistem kat cnie mencabar betul..capek sangat2..sampai terpaksa maen kejar2 ngan masa..nak uruskn kittas lagi,visa lagi..dokumen lg..asighment lagi..n bla..bla..dah ler sorang2 pi consulate..imigrasi lg..fuhh..all bende wat sendiri..sampai kan kene perli ngan kawan..nasib baik ler ko xtido kt imigrasi 2..fuhh..naper ler ana sorg jerk yg byk masalh..nabilah wake up!!!nabilah jgn mengeluh k..2 tande ALLAH syg kat nabilah..jadikan ujian tu sebagai kasih sayang dr ALLAH..per gune kiter dicipta kalau bukan untuk di uji..aper gune kiter sebagai pedaie kalau bende yg kecik 2 jadikan prob yg besar..jadikan hari ini milik anda..kamu yang menen2 kan sendiri..so xyah piki2 lagi.."telah pasti datang nya ketetapan ALLAH maka janganlah kamu meminta agar di segerakan datang nya" surah an nahl..

n conclusion nyer biar mase depan dtg sendiri.."setan menjanjikan kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahata sedangkan ALLAH menjanjikan untukmu ampunan daripadanya" surah al baqarah...jadi per2 musibah yg datang kembali ler pd ALLAH..ALLAH iz de only way.."igat lah hanya dengan mengingati ALLAH hati jadi tenang..so istighfar banyak2 k..

P/S :iklan sebentar..gambar 2 ambil masa pergi care4 dengan housemate dan klasmate..