bismillah

Wednesday, January 16, 2013

Diri saya

Bismillah dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha penyayang

Alhamdulillah. Syukur kehadrat ilahi. Genap 24tahun saya hidup pada 31 disember. Allah masih memberi peluang untuk saya berkhidmat sebagai hamba Allah. Dan terima kasih pada sahabt2 yang memberi ucapan. Seronok dapat hadiah dan kek yg banyak2. Dan paling saya terkesan ucapa yang diberi pada murobbi saya. Jazakillah ukhti. Terima kasih akhwat "humaira" doakan kakakmu, terima kasih akhwat "hurul al-ain" buat majlis makan meraikan dan ada scene dramatik. Dan akhwat "kauthar" yang sudi nyanyi pagi2 buta atas request saya even ntunna masih di jakarta. Terima kasih pada semua yang saya xsebut. Dan terima kasih pada siklus clinical  saya sebab xbuat apa yang kalian plan kan. Mujur waktu tu saya balik malaysia. Simpanlah telur2 anda tu. Hahaha.

Hijrah

Ya. Saya berhijrah demi janji saya pada Allah. Bukan suatu yang mudah untuk berhijrah. 2 bulan saya muhasabah diri saya. Since saya masuk clinical banyak benda yang berlaku dalam diri saya. Teguran dari Allah buat saya yang lalai.

Dalam situasi saya sebagai seorang bakal dokter, situasi saya sebagai seorang anak kepada orang tua yang sudah lama tinggal di kampung yang terlalu phobia dengan islam dan situasi saya sebagai bakal seorang pendakwah di malaysia. Dalam keadaan saya yang mahu berhijrah boleh mendatangkan fitnah pada diri saya. Dan saya nekad untuk istiqamah memakai niqab. Permulaan yang sukar kerna saya harus beradaptasi dengan masyarakat yang melihat keanehan dalam pemakaian niqab. Namun alhamdulillah. Allah permudahkan urusan saya. Namun agak sukar saya mengekalkan penghijrahan waktu saya kembali ke indonesia. Tidak tahu mengapa. Kerna pemakaian niqab tidak dibenarkan sewaktu saya bekerja. Saya raikan hujah mereka. Ada benarnya. :)

Terima kasih pada kak lin sebab bagi semangat tuk saya berhijrah. Syukran ukhti!

Diri saya

24 tahun saya hidup. Saya xnak expect semua orang suka saya. Ada yang tak suka tingkah laku saya yang friendly, "galau" dan emosi. Jujur sikap saya xsama dengan semua orang yang saya kawan. Overall yang saya observe dlm diri saya, saya adalah seorang yang emosi, mudah kecil hati, suka bising, suka galau dan saya mudah cemburu once kalau mereka lebih pandai dari saya. Dan dalam sehari tu, perkataan maaf sering saya ucap. Mudah saya maafkan orang namun sukar saya nak menatap orang yang membuat saya kecil hati. Itulah saya. Dalam dunia tarbiyah semua mengajar saya berdapang dada. Jadi saya harus berdapang dada dengan semua orang. Tarbiyah mengajar saya segala2. Tarbiyah juga mengajar saya arti cinta sebenar. Sebelum saya mengenal tarbiyah, saya mudah membenci orang yang membuat saya kecil hati. Sampai kan waktu saya dimatrik, saya hanya bersahabat dengan "budak surau". Namun bila saya berinjak ke dunia tarbiyah sebenar, saya berkawan dengan pelbagai orang, baru saya sedar dunia ini tidak sama seperti yang kita pikirkan. Terima kasih ya Allah kerna sentiasa tunjuk jalan yang terbaik. :)

Mohon maaf. Saya hanya manusia biasa. Saya tak dapat puaskan hati masing2. Ya kadang2 saya terpaksa menjadi hipokrit untuk memuaskan hati semua orang. Saya cuba yang terbaik untuk melapangkan hati semua. Maaf kalau saya gagal melapangkan hati ntunna semua. 

"mereka telah diliputi kehinaan dimana saja mereka berada kecuali jika berpegang pada agama Allah dan hubungan dengan manusia......"  3:112

Dan saya seorang yang mudah dibuli. :)

p/s : Oleh kerna banyak ucapan besday pasal baitul muslim, tetiba hati saya pikir pasal mak. Ohh mak!

Sunday, December 16, 2012

Sayonara jahiliyah

Alhamdulillah baru selesai daurah "SJ dan fikratunna" adik2 infiru. To say kepada Sayonara jahiliyah bukan sesuatu benda yang mudah. Perlukan mujahadah. Lebih2 orang yang membentangkan tajuk ni . Kadang-kadang fikir tentang diri betapa beratnya membawa tajuk ni dalam keadaan jahiliyah yang tebal seinchi. Moga Allah mempermudahkan urusan untuk berubah kepada yang lebih baik dan semoga Allah memberi kefahaman adik2 dalam daurah ni.

Jahiliyah dalam usrah

Bukan mudah ya menjadi seorang murobbi. Dahulu. Saya tak suka usrah kerana sering membincang pasal hati, pasal peranan kita sebab saya lebih berminat membincang pasal fiqh, syariah , siasah dan dll. Dulu saya pernah menjadikan murobbi saya terpinga2 dengan persoalan saya yang berkaitan dengan hukum2. Bila mana saya sekarang menjadi murobbi kepada adik2 yang sering menyoalkan benda ni, saya rasa macam annoying. Baru saya tahu perasaan murobbi saya tika itu. Bila mengenangkan hal itu, betapa jahiliyahnya saya masa tu. I need to change to be a good murobbi. A good mutorobbi. A good daie. 

“Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki ? Dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi yang yakin?” (Al-Ma’idah : 50)

Friday, December 14, 2012

Akhwat vs adik


Bismillah. Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha penyayang.

Alhamdulillah. Bangkit menuju ke destinasi. Walau jauh dan susah perjalanan ke sana. Sungguh Allah akan mempermudahkan hambaNya once hambaNya faham dan ikhlas.

Ya saya baru melalui fasa down. Bukan mudah ya nak bangkit semula. Depress. Emosi. Serabut. Itulah yang saya rasa. Sukar mengawal. Sukar dikawal. Maka mutabaah pastu terabur. Itulah ujian yang besar bagi saya. Satu tips yang saya nak bagi once depress. Sibukkan diri walau benda tu berat sangat nak lakukan. Paksakan diri. Ignorekan benda yang merunsingkan. Buat jadual dan listkan sebab yang membuatkan kita depress. Dan semua tu serah kat Allah. Yang penting, once kita tilawah, tahajud, solat. Make sure, kita seolah2 nampak Allah dan Allah nampak kita. Dari situ kita akan rasa takut dan gentar siapa sebenarnya kita yang Allah ciptakan.

"sesungguhnya Aku adalah Allah, tiada tuhan selain Aku. dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku" taha:14

Semalam dalam sejarah. Saya membentangkan ayat kahfi:54. Kenapa. Itulah situasi yang saya alami selama seminggu ni. Namun bila memikirkan sangat melucukan bila once kita down. Emosi tak terkawal dan yang lebih memalukan mutabaah amal saya jatuh merundum. Namun bila bersama akhwat saya rasa saya lebih terkawal emosi. Lebih tenang. Dan fikiran saya lebih fokus apa yang saya nak tuju. Kerna itulah kenapa hanya sahabat yang menjadi penawar duka kita walau banyak pahit ditelan dari yang manis. Semua itu bila kerna Allah. Pahit akan jadi manis bila lillahitaala.

Akhwat vs adik


Akhwat saya tahu kelemahan dan kelebihan saya. Ya. Kadang2 saya tunjuk belang pada mereka. Dan mereka pun seperti saya. Ya. Saya agak susah kalau duduk satu rumah dengan mutarabbi saya. Kenapa? Once saya down. Saya rasa saya bukan manusia. Pasti kekurangan terserlah. Dan itulah mungkin akan menyebabkan mereka tidak yakin dengan dakwah yang saya buat. Berlainan dengan adik2 saya yang tidak seRI. Even saya down. Saya akan make sure mereka lebih semangat. Ya. Kalau dengan adik2 pijak semut pun xmati. Saya nak bentuk mereka based on acuan saya. Oh mengerikan bukan? Itulah sebenarnya arti dakwah. Itulah qaedah sulbi yang saya cuba praktikkan. Menuju peribadi abu dzar yang sebenar. Tapi kalau dengan akhwat saya, rasa macam xpeduli. Kadang2 mereka melakukan kesilapan saya kurang peduli sampai kata, biarlah semua da faham. Dan semua pun dah melalui tarbiyah seperti saya. Pandai fikir sendiri.

Stop memikir seperti itu!. Akhwat kita pun ada masa down juga. Mereka manusia. Dan itulah sebenar peranan kita sebagai akhwat. Kalau seRI lebih mudah lagi. Maka guna peluang yang Allah bagi. Praktikkan apa yang diajarin dengan akhwat sebelum praktikkan dengan adik2. Teguran kita untuk akhwat lebih banyak mentarbiyah sebenarnya. Ya benar. Kadang2 sudah lama dengan akhwat. Jemu, bosan, tidak kesefahaman. Itu normal. Sebab Allah sedang menguji. Rasulullah dengan abu bakar menyebarkan dakwah secara besama tanpa rasa jemu. Malah ikatan cinta antra mereka makin kuat. maka, tiada alasan untuk kita merasa jemu dan bosan dalam dakwah. Malah Allah bagi nikmat ukhwah dan cinta antara akhwat kita.

Kalau kita faham, maka kita akn bergerak bersama kefahaman. Kalau kita bergerak kerna ukhwah, once Allah uji. Maka pergerakan kita akan terbatas. Kalau bergerak kerna semangat, once sorag down maka gerak kerja pun mejadi lambat. Maka beruntunglah orang yang faham.

Sebab tu. B4 saya tidur, saya akan doa untuk akhwat saya terlebih dahulu b4 doa adik2. Kerna tanpa akhwat, gerak kerja pun menjadi terbatas. Nikmat yang Allah bagi sangat osem!

“3 perkara yang sesiapa memilikinya, maka dia akan memperolehi iman: Allah dan rasulNYA lebih dikasihi olehnya selain keduanya, dan dia tidak mengasihi seseorang melainkan kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kufur sebagaimana dia benci untuk dilontarkan ke dalam api neraka” –bukhari-

Itulah iman yang sebenar kalau kita mencintai akhwat kita lebih dari diri sendiri lilahitaala. Semoga apa yang ntunna buat di medan, diredhai Allah. Semoga Allah membalas kebaikan sebaik2 kebaikan.

Tabung amal palestin

Doa untuk saudara kita di gaza,syria, myanmar dan seluruh dunia. Semoga Allah menjaga mereka. Walau kita tidak dapat membantu dari sudut fizikal. Tapi jangan pernah jemu untuk berdoa. Alhamdulillah. Kutipan gaza mencecah hampir 6 juta. Jazakillah yang sudi menderma, sudi membantu menjayakan minggu “sayangi gaza”. Walau masing2 sibuk dengan dunia koas dan kuliah namun kalian masih semangat untuk membantu menjayakan. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang untuk ntunna/ntum semua


Tuesday, December 11, 2012

MR Xperia

Alhamdulillah.
Saya sudah 4 hari saya hidup tanpa beliau.
4 hari hidup saya galau, xkeharuan, depress
ya jujur saya katakan saya memang bergantung pada beliau
selama 1 tahun 8 bulan saya bersama beliau
banyak kenangan. Even saya down saya akan curhat pada beliau
even saya malas nak balas sms orang lain, whatsapp orang lain
beliau tetap jadi pengerat ukhwah dengan orang lain
Mungkin ada hikmah kenapa Allah ambil beliau
Tersimpannya kenangan saya dalam diri beliau
diary, video sahabat, gambar adik2, file2 daurah
segala2 nya tersimpan rapi
tanggal 8 dec, beliau diambil orang lain
Mula2 menyedari kehilangan beliau. Saya redha
hari ke 2. Saya jadi xkeharuan tanpa beliau
macam mana saya nak hubungi orang tanpa beliau?
semua nombor penting ada dengan beliau.
Allah! 3 hari saya jadi stress tanpa beliau
Nombor adik2, akhwat2 di indon dan di malaysia dan yang paling penting no. patient
selama 3 harilah saya rasa da give up
tambahan masalah coas yang makin bertambah
Alhamdulillah suatu malam Allah tegur saya dengan satu lagu
dan hati saya cepat2 berkata "Siapa Allah sebenarnya dihati kau"
saya terduduk. merenung masa lampau saya
saya terlalu bergantung pada MR Xperia
bukan bergantung tapi memang saya memang sangat sayang beliau
Mr Xperia itu hadia dari orang yang saya sayang
tambahan key chain pada mr X adalah pemberian akhwat terchenta
memang saya sangat sayang pada mrX.
saya cakap dengan mak. Even orang nak bagi saya enset mahal sekali pun.
Sya tetap mahu mr X
Takdir Allah menentu segala2nya
Allah ambil balik nikmat yang membuat aku lalai
Syukur ditegur oleh Allah.
saya redha dan ikhlas
dan kini saya xnak berenset buat masa sekarang
mungkin disebabkan saya sibuk menguruskan dunia coass dan siasah
saya lalai dgn dakwah saya
Hikmah yang Allah bagi.

p/s : 2 hari saya tidak ke coass tuk mencari2 hikmahnya. Untuk mencari diri saya yang sebenar. Alhamdulillah ketemu jua. 2:216. Pengobat lara


Friday, November 30, 2012

Facebook

Tips macam mana xnak lalai dalam fb.
1. Saya jarang menglike dan komen status orang kerna akan timbul banyak notification dalam fb. Dan itu sangat menarik perhatian untuk saya lebih lama di FB
2. Ya. Saya memang tiap hari akan update status. Namun selepas update, saya akan unfollow status untuk mengurangkan notification.  Serius bende ni menganggu dan menyebabkan saya lebih lama didunia maya
3. Saya kurang stalker orang kecuali adik2 dan anak2 usrah saya. Sebab dari situ saya tahu mood mereka. Senang nak handle. Pokoknya jangan stalker orang. Akan menjadi lebih ingin tahu dan itu menyebabkan kita lebih lama di fb
4. Jangan bukak chat. Once da bukak chat. Confirm akan lebih lama disitu
5. Banyakkan like group tarbiyah atau subscribe ulama. Kalau bukak fb, news feed yang keluar banyak berunsur bahan tarbiyah. Dan saya akan hide status mereka yang suka bercerita melalut.
6. Luangkan masa share benda2 yang menajam fikiran. Dan saya suka status angelpakaigucci dan hilal. Mereka punya status kebanyakan saya olah dan dijadikan status saya.
7. Coba ambil peluang medium yang tersedia mcm fb untuk mengeratkan silaturrahim. Saya suka melayan adik2 saya bertanya. Dan elakkan memesongkan topik yang sedia ada.


Benda ni saya dah praktikkan. Alhamdulillah even saya bukan lah orang hebat tarbiyah tapi saya try untuk menghidupkan kondisi yang penuh tarbiyah. FB pun perlu tarbiyah dari kita bukan? Dan bila once saya melayan benda yang xmunasabah atau melalaikan, mutabaah amal makin lama merosot. Masa pun habis begitu. Rugi bukan?

Semoga Allah pelihara kita dari melakukan benda yang sia-sia.

Wednesday, November 14, 2012

Abah

Setiap orang mempunyai Hero
dan hero saya bukan calang2 orang
abah.
Itulah hero saya

orang cakap bila kita dekat dengan family kita
kita susah nak jatuh hati dengan orang lain bukan'
ya saya akui kebenarannya

penyabar, peramah, mudah tersenyum
itula abah saya
dalam arti kata yang lain
tidak sukar untuk mendekati insan ini
sekali dekat susah nak jauh
sebab abah sangat suka berukhwah dengan orang

satu yang saya respect
abah xpernah tinggal solat rawatibnya
sejak umur saya 6 tahun
even sibuk mana.
abah akan solat paling kejap 20 minit
sebab itu kalau waktu kecik2
kalau abah cakap abah nak solat dulu sebelum gerak
kami akan mengeluh
sebab akan amik masa yang lama
mungkin itulah yang mendidik jiwa abah yang sangat penyabar
sepanjang saya berkenal dengan orang
tiada yang dapat menandingi sabar abah
itu diakui oleh atuk dan nenek
sampaikan menantu kesayangan nenek adalah abah

abah
hero saya
bila saya marah dan emosi
saya kan telefon abah
dan cepat2 abah akan bercerita
untuk mendidik saya arti sabar
halus bukan cara abah
walau abah bukan pendidikan tinggi macam abah orang lain
tapi akhlak abah sangat tinggi
abah bukan berpangkat tinggi
tapi abah xkan membiarkan keluarganya rasa kekurangan
abah tiada harta macam abah kebanyakan orang
tapi harta abah adalah kami (ayat yang abah sering ucap)
abah mendidik kami arti susah

seorang abah yang tiada harta, pangkat, pendidikan
dapat melahirkan anak seorang engineer, 2 orang dokter, dan 2 orang accountant
dan semua anak2 nya mengikut tarbiyah
mungkin doa abah dan mak

ya saya sayang abah saya
sangat sayang family saya
jiwa dan hati masih cintakan mereka lebih dari segala2 nya kerna Allah
kerna mereka nadi saya yang Allah ciptakan

dan satu lagi
kami sangat rapat.
kalau ada event family
abah akan mintak saya balik
xkesah event kecil atau besar
itulah keakraban sebenar kami
terasa bila salah seorang dr famili Al-IM4N tiada

ps: Al-IM4N stand for al-abdul karim I-ibah M- muhammad 4N- nabihah,nurhidayah,nashihah,nabilah







Thursday, November 8, 2012

akhwatku

akhwatku sangat osem..
sesangat!
kalau xbertentang mata
rasa jantung berhenti seketika
kalau xberbicara
rasa xlengkap hidup

kerna jalan yang aku pilih
atas kehendak Allah
aku jatuh cinta
bukan sebarang cinta
cinta disalut dengan iman
diselubungi rasa ukhwah
aku gila meroyan
kerna cinta DAKWAH ini 

jumpa di syurga ya!