bismillah

Tuesday, April 6, 2010

hukum menganut banyak mazhab




bismillahhirrahmanirrahim

teringat ketika saya mengikuti pengajian mualim di jalan pembangunan tentang hukum bermazhab. Persoalan itu bermain-main diminda saya. Masakan tidak, hukum menganuti berbagai mazhab diharuskan sejak saya bersekolah dan memang saya aplikasinya sejak di sekolah maahad lagi. Namun, info yang menarik saya terima dari mualim yang mengatakan tidak boleh memegang satu mazhab dan alasannya berkaitan dengan talfiq.Saya menerima alasan beliau dengan hati yang terbuka walau hampir sebulan saya mengambil masa untuk menerima jawapan beliau. Namun dalam masa yang sama saya mencari jawapan untuk alasan saya kenapa diharuskan bermazhab.

Kata al-Imam Ibn Hajar al-Haitami,al-Imam Alawi al-Saqqaf , dan para ulama yang lain:

“ Harus bagi seseorang tersebut untuk berpindah-pindah daripada satu mazhab ke mazhab yang lain (mazhab empat), walaupun dengan berseronok-seronok, sama ada berpindah secara berterusan atau secara sekejap sahaja(kemudian kembali semula ke mazhab asal).”

Pendapat mualim bagi permasalahan berkaitan dengan talfiq menimbulkan minat saya untuk mengkaji nya kerna saya sedar ilmu di dada amatlah cetek sekali.Ingin saya jelaskan di sini berkaitan talfiq .Berdasarkan kefahaman saya serta pendapat ulama adalah,berpindah-pindah mazhab dibenarkan dengan syarat tidak berlaku talfiq yang diharamkan(sehingga menyebabkan berlaku perkara yang tidak dikatakan oleh seorang pun dikalangan ulama Islam).

Masih saya ingat ketika saya di matrikulasi seorang sahabat mengatakan "dibolehkan mengamalkan pelbagai mazhab asalkan faham dan tahu keadaan mazhab dan aplikasinya. Dan hanya dibolehkan 4 mazhab sahaja". Senang saya bagi sebuah contoh jika mahu aplikasi berbagai mazhab tanpa berlakunya talfiq yang diharamkan.


Mengambil wudhuk dengan menggunakan mazhab syafie(menyapu sebahagian kepala), kemudian selepas itu orang tersebut menyentuh ajnabiah(wanita bukan mahramnya) dan ingin pula mengikut mazhab Abu Hanifah yang mengatakan menyentuh wanita tidak membatalkan wudhuk. Maka seolah-olah jika para imam tersebut dikumpulkan semula di hadapan kita kelak, kesemuanya tidak mengi’tiraf perbuatan kita. Al-Imam Syafie akan menyebutkan bahawa wudhuk kamu seperti yang kami sebutkan cuma bagi kami jika menyentuh wanita @ disentuh akan membatalkan wudhuk. Orang tersebut menjawab: Aku menyentuh mengikut mazhab Abu Hanifah. Maka Imam Abu Hanifah pula akan menjawab: Memang benar mazhab kami mengatakan bahawa wudhuk tidak akan batal jika disentuh atau menyentuh wanita ajnabiyah(kerana bagi mazhab Abu Hanifah , bersetubuh barulah membatalkan wudhuk) tetapi cara kamu mengambil wudhuk bukanlah seperti yang kami letakkan (kerana hanya meyapu sebahagian kepala sahaja) .Kata Imam Abu Hanifah lagi: Bagi mazhab kami, wajib menyapu kepala keseluruhannya. Jadi kamu tetap tidak mengikut mazhab kami.

"Yang dimaksudkan dengan talfiq yang diharamkan adalah mengumpulkan dan menghimpunkan pendapat ulama di dalam satu masalah yang sama menjadi satu masalah yang mana ianya tidak pernah langsung disebutkan oleh mana-mana ulama."


Tetapi jika berwudhuk menggunakan mazhab Syafie, kemudian berniaga di pasar menggunakan mazhab Abu Hanifah, keesokkan harinya berwudhuk menggunakan mazhab Abu Hanifah dan seterusnya maka tiadalah masalah padanya dan ia dibolehkan

Benarlah kata-kata Imam Ibn Mubarak rahimahullah:

الإسناد من الدين, لولا الإسناد لقال من شاء ما شاء

Maksudnya: Sistem sanad tersebut adalah sebahagian daripada agama Islam, kalaulah bukan kerana sistem ini, maka orang akan menyebutkan apa sahaja yang dia ingin sebutkan

Maka saya simpulkanya,para ulama tidak pernah menghalang untuk kita berpindah-pindah mazhab, malah tidak mewajibkan untuk kita berpegang dengan satu-satu mazhab (tanpa membenarkan untuk berpindah mazhab).

Jika ada yang salah berkaitan dengan hukum hakam mohon dibetulkan. Dalil serta hukum berdasarkan dari blog ustaz nazrul

Teringat plak kes kartika ketika membaca blog ustaz zulkifli nordin. Saya tengah kompius dalil dan sirah sahabat yang dipakai untuk menangani kes kartika(hukum hudud).Serius. Siapa boleh bantu saya?


p/s 1 : Geram sunggug\h dengan blogspot nie. Masakan tidak boleh diwarna kan font dan besarkan. Problem la guna windows 7 banyak xboleh support. Menaip pun payah
p/s 2 : ujian da habes. Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH.
p/s 3 : IA saya akan balik malaysia 14.6
p/s 4 : sejak akhir2 ini semakin takut dengan kematian. YA ALLAH segala amalanku tidak cukup untuk buat sebagai bekalan di akhiratMU kelak. AMPUNILAH DOSA2KU YA ALLAH.



.

pelajar malaysia di usu




ciri2 pelajar malaysia di universitas sumatera utara..

1. datang awal ke kelas 5 minit sebelum kelas bermula.baca doa belajar..niat ikhlas
2. bangun awal. Jangan subuh gajah. Kalau boleh solat tahajud setiap hari. Lepas solat tahajud stadi serba sedikit
3. tyme subuh. Hafal surah2 juzuk 30. Ambil keberkatan sebelum memulakan hari anda. Mathurat jangan lupa
4. jaga hubungan dengan ALLAH, hubungan house8, klas8. Caring house8 nda.Jaga hubungan dengan mereka kerna ALLAH. Buat usrah setiap minggu dengan house8 o clas8 nda.
5. Jangan mengumpat sahabat2 nda tanda ketidakpuas hatian nda. If tidak puas hati terus terang dan cari jalan penyelesaiannya. Jangan bertindak melulu.
6. solat diawal waktu, walau kuliah 24 jam jangan selalu tunda2 solat kecuali memang ada kelas
7. buat asighment seawal mungkin, jngan besok nak hntr baru hari ini cari info. Kerja grup sama2 buat. Bekerjasama paling peting
8. paling penting, program pkpmi dan badar harus join. Explore kan diri nda as student usu. Aktif berpersatuan. Selalu dtg usrah
9. Untuk mencari keberkatan dalam menuntut ilmu, carilah cinta ALLAH sebelum cinta manusia. "couple iz trouble maried iz better"
10. Jangan ponteng klas dan mesej kawan suruh sign absensi.
11. timba ilmu selain dr ilmu perubtan~ilmu mantik,ilmu balaghah, nahu saraf. Ilmu 2 kan luas. Baca buku ulama2
12. banyakkan sedekah. jangan berjoli habes duit2 mara n jpa. infakkan sedikit elaun nda. beli buku2 yang berfaedah. hindari dri budaya "culture shock" dan golongan sekuler
13. hadiri majlis ilmu. di medan banyak majlis ilmu. jangan pandang siapa yang anjurkan, pandang ilmunya. Ambil yang benar berlandskan al quran dan assunah
14. perjuangan kita disini bukan semata2 untuk mencari ilmu perubatan/pergigian but ilmu agama juga. Beruntung kita berada disini karena banyak ilmu2 dapat dicedok. Ulama2 disini bukan calang2 orang.
15. kurangkan tidur. berzikir bila ada kekosongan masa. moga ALLAH sentiasa memberi kelimpahan rahmat yang tidak terhingga