Sunday, December 16, 2012

Sayonara jahiliyah

Alhamdulillah baru selesai daurah "SJ dan fikratunna" adik2 infiru. To say kepada Sayonara jahiliyah bukan sesuatu benda yang mudah. Perlukan mujahadah. Lebih2 orang yang membentangkan tajuk ni . Kadang-kadang fikir tentang diri betapa beratnya membawa tajuk ni dalam keadaan jahiliyah yang tebal seinchi. Moga Allah mempermudahkan urusan untuk berubah kepada yang lebih baik dan semoga Allah memberi kefahaman adik2 dalam daurah ni.

Jahiliyah dalam usrah

Bukan mudah ya menjadi seorang murobbi. Dahulu. Saya tak suka usrah kerana sering membincang pasal hati, pasal peranan kita sebab saya lebih berminat membincang pasal fiqh, syariah , siasah dan dll. Dulu saya pernah menjadikan murobbi saya terpinga2 dengan persoalan saya yang berkaitan dengan hukum2. Bila mana saya sekarang menjadi murobbi kepada adik2 yang sering menyoalkan benda ni, saya rasa macam annoying. Baru saya tahu perasaan murobbi saya tika itu. Bila mengenangkan hal itu, betapa jahiliyahnya saya masa tu. I need to change to be a good murobbi. A good mutorobbi. A good daie. 

“Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki ? Dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi yang yakin?” (Al-Ma’idah : 50)

Friday, December 14, 2012

Akhwat vs adik


Bismillah. Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha penyayang.

Alhamdulillah. Bangkit menuju ke destinasi. Walau jauh dan susah perjalanan ke sana. Sungguh Allah akan mempermudahkan hambaNya once hambaNya faham dan ikhlas.

Ya saya baru melalui fasa down. Bukan mudah ya nak bangkit semula. Depress. Emosi. Serabut. Itulah yang saya rasa. Sukar mengawal. Sukar dikawal. Maka mutabaah pastu terabur. Itulah ujian yang besar bagi saya. Satu tips yang saya nak bagi once depress. Sibukkan diri walau benda tu berat sangat nak lakukan. Paksakan diri. Ignorekan benda yang merunsingkan. Buat jadual dan listkan sebab yang membuatkan kita depress. Dan semua tu serah kat Allah. Yang penting, once kita tilawah, tahajud, solat. Make sure, kita seolah2 nampak Allah dan Allah nampak kita. Dari situ kita akan rasa takut dan gentar siapa sebenarnya kita yang Allah ciptakan.

"sesungguhnya Aku adalah Allah, tiada tuhan selain Aku. dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku" taha:14

Semalam dalam sejarah. Saya membentangkan ayat kahfi:54. Kenapa. Itulah situasi yang saya alami selama seminggu ni. Namun bila memikirkan sangat melucukan bila once kita down. Emosi tak terkawal dan yang lebih memalukan mutabaah amal saya jatuh merundum. Namun bila bersama akhwat saya rasa saya lebih terkawal emosi. Lebih tenang. Dan fikiran saya lebih fokus apa yang saya nak tuju. Kerna itulah kenapa hanya sahabat yang menjadi penawar duka kita walau banyak pahit ditelan dari yang manis. Semua itu bila kerna Allah. Pahit akan jadi manis bila lillahitaala.

Akhwat vs adik


Akhwat saya tahu kelemahan dan kelebihan saya. Ya. Kadang2 saya tunjuk belang pada mereka. Dan mereka pun seperti saya. Ya. Saya agak susah kalau duduk satu rumah dengan mutarabbi saya. Kenapa? Once saya down. Saya rasa saya bukan manusia. Pasti kekurangan terserlah. Dan itulah mungkin akan menyebabkan mereka tidak yakin dengan dakwah yang saya buat. Berlainan dengan adik2 saya yang tidak seRI. Even saya down. Saya akan make sure mereka lebih semangat. Ya. Kalau dengan adik2 pijak semut pun xmati. Saya nak bentuk mereka based on acuan saya. Oh mengerikan bukan? Itulah sebenarnya arti dakwah. Itulah qaedah sulbi yang saya cuba praktikkan. Menuju peribadi abu dzar yang sebenar. Tapi kalau dengan akhwat saya, rasa macam xpeduli. Kadang2 mereka melakukan kesilapan saya kurang peduli sampai kata, biarlah semua da faham. Dan semua pun dah melalui tarbiyah seperti saya. Pandai fikir sendiri.

Stop memikir seperti itu!. Akhwat kita pun ada masa down juga. Mereka manusia. Dan itulah sebenar peranan kita sebagai akhwat. Kalau seRI lebih mudah lagi. Maka guna peluang yang Allah bagi. Praktikkan apa yang diajarin dengan akhwat sebelum praktikkan dengan adik2. Teguran kita untuk akhwat lebih banyak mentarbiyah sebenarnya. Ya benar. Kadang2 sudah lama dengan akhwat. Jemu, bosan, tidak kesefahaman. Itu normal. Sebab Allah sedang menguji. Rasulullah dengan abu bakar menyebarkan dakwah secara besama tanpa rasa jemu. Malah ikatan cinta antra mereka makin kuat. maka, tiada alasan untuk kita merasa jemu dan bosan dalam dakwah. Malah Allah bagi nikmat ukhwah dan cinta antara akhwat kita.

Kalau kita faham, maka kita akn bergerak bersama kefahaman. Kalau kita bergerak kerna ukhwah, once Allah uji. Maka pergerakan kita akan terbatas. Kalau bergerak kerna semangat, once sorag down maka gerak kerja pun mejadi lambat. Maka beruntunglah orang yang faham.

Sebab tu. B4 saya tidur, saya akan doa untuk akhwat saya terlebih dahulu b4 doa adik2. Kerna tanpa akhwat, gerak kerja pun menjadi terbatas. Nikmat yang Allah bagi sangat osem!

“3 perkara yang sesiapa memilikinya, maka dia akan memperolehi iman: Allah dan rasulNYA lebih dikasihi olehnya selain keduanya, dan dia tidak mengasihi seseorang melainkan kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kufur sebagaimana dia benci untuk dilontarkan ke dalam api neraka” –bukhari-

Itulah iman yang sebenar kalau kita mencintai akhwat kita lebih dari diri sendiri lilahitaala. Semoga apa yang ntunna buat di medan, diredhai Allah. Semoga Allah membalas kebaikan sebaik2 kebaikan.

Tabung amal palestin

Doa untuk saudara kita di gaza,syria, myanmar dan seluruh dunia. Semoga Allah menjaga mereka. Walau kita tidak dapat membantu dari sudut fizikal. Tapi jangan pernah jemu untuk berdoa. Alhamdulillah. Kutipan gaza mencecah hampir 6 juta. Jazakillah yang sudi menderma, sudi membantu menjayakan minggu “sayangi gaza”. Walau masing2 sibuk dengan dunia koas dan kuliah namun kalian masih semangat untuk membantu menjayakan. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang untuk ntunna/ntum semua


Tuesday, December 11, 2012

MR Xperia

Alhamdulillah.
Saya sudah 4 hari saya hidup tanpa beliau.
4 hari hidup saya galau, xkeharuan, depress
ya jujur saya katakan saya memang bergantung pada beliau
selama 1 tahun 8 bulan saya bersama beliau
banyak kenangan. Even saya down saya akan curhat pada beliau
even saya malas nak balas sms orang lain, whatsapp orang lain
beliau tetap jadi pengerat ukhwah dengan orang lain
Mungkin ada hikmah kenapa Allah ambil beliau
Tersimpannya kenangan saya dalam diri beliau
diary, video sahabat, gambar adik2, file2 daurah
segala2 nya tersimpan rapi
tanggal 8 dec, beliau diambil orang lain
Mula2 menyedari kehilangan beliau. Saya redha
hari ke 2. Saya jadi xkeharuan tanpa beliau
macam mana saya nak hubungi orang tanpa beliau?
semua nombor penting ada dengan beliau.
Allah! 3 hari saya jadi stress tanpa beliau
Nombor adik2, akhwat2 di indon dan di malaysia dan yang paling penting no. patient
selama 3 harilah saya rasa da give up
tambahan masalah coas yang makin bertambah
Alhamdulillah suatu malam Allah tegur saya dengan satu lagu
dan hati saya cepat2 berkata "Siapa Allah sebenarnya dihati kau"
saya terduduk. merenung masa lampau saya
saya terlalu bergantung pada MR Xperia
bukan bergantung tapi memang saya memang sangat sayang beliau
Mr Xperia itu hadia dari orang yang saya sayang
tambahan key chain pada mr X adalah pemberian akhwat terchenta
memang saya sangat sayang pada mrX.
saya cakap dengan mak. Even orang nak bagi saya enset mahal sekali pun.
Sya tetap mahu mr X
Takdir Allah menentu segala2nya
Allah ambil balik nikmat yang membuat aku lalai
Syukur ditegur oleh Allah.
saya redha dan ikhlas
dan kini saya xnak berenset buat masa sekarang
mungkin disebabkan saya sibuk menguruskan dunia coass dan siasah
saya lalai dgn dakwah saya
Hikmah yang Allah bagi.

p/s : 2 hari saya tidak ke coass tuk mencari2 hikmahnya. Untuk mencari diri saya yang sebenar. Alhamdulillah ketemu jua. 2:216. Pengobat lara


Friday, November 30, 2012

Facebook

Tips macam mana xnak lalai dalam fb.
1. Saya jarang menglike dan komen status orang kerna akan timbul banyak notification dalam fb. Dan itu sangat menarik perhatian untuk saya lebih lama di FB
2. Ya. Saya memang tiap hari akan update status. Namun selepas update, saya akan unfollow status untuk mengurangkan notification.  Serius bende ni menganggu dan menyebabkan saya lebih lama didunia maya
3. Saya kurang stalker orang kecuali adik2 dan anak2 usrah saya. Sebab dari situ saya tahu mood mereka. Senang nak handle. Pokoknya jangan stalker orang. Akan menjadi lebih ingin tahu dan itu menyebabkan kita lebih lama di fb
4. Jangan bukak chat. Once da bukak chat. Confirm akan lebih lama disitu
5. Banyakkan like group tarbiyah atau subscribe ulama. Kalau bukak fb, news feed yang keluar banyak berunsur bahan tarbiyah. Dan saya akan hide status mereka yang suka bercerita melalut.
6. Luangkan masa share benda2 yang menajam fikiran. Dan saya suka status angelpakaigucci dan hilal. Mereka punya status kebanyakan saya olah dan dijadikan status saya.
7. Coba ambil peluang medium yang tersedia mcm fb untuk mengeratkan silaturrahim. Saya suka melayan adik2 saya bertanya. Dan elakkan memesongkan topik yang sedia ada.


Benda ni saya dah praktikkan. Alhamdulillah even saya bukan lah orang hebat tarbiyah tapi saya try untuk menghidupkan kondisi yang penuh tarbiyah. FB pun perlu tarbiyah dari kita bukan? Dan bila once saya melayan benda yang xmunasabah atau melalaikan, mutabaah amal makin lama merosot. Masa pun habis begitu. Rugi bukan?

Semoga Allah pelihara kita dari melakukan benda yang sia-sia.

Wednesday, November 14, 2012

Abah

Setiap orang mempunyai Hero
dan hero saya bukan calang2 orang
abah.
Itulah hero saya

orang cakap bila kita dekat dengan family kita
kita susah nak jatuh hati dengan orang lain bukan'
ya saya akui kebenarannya

penyabar, peramah, mudah tersenyum
itula abah saya
dalam arti kata yang lain
tidak sukar untuk mendekati insan ini
sekali dekat susah nak jauh
sebab abah sangat suka berukhwah dengan orang

satu yang saya respect
abah xpernah tinggal solat rawatibnya
sejak umur saya 6 tahun
even sibuk mana.
abah akan solat paling kejap 20 minit
sebab itu kalau waktu kecik2
kalau abah cakap abah nak solat dulu sebelum gerak
kami akan mengeluh
sebab akan amik masa yang lama
mungkin itulah yang mendidik jiwa abah yang sangat penyabar
sepanjang saya berkenal dengan orang
tiada yang dapat menandingi sabar abah
itu diakui oleh atuk dan nenek
sampaikan menantu kesayangan nenek adalah abah

abah
hero saya
bila saya marah dan emosi
saya kan telefon abah
dan cepat2 abah akan bercerita
untuk mendidik saya arti sabar
halus bukan cara abah
walau abah bukan pendidikan tinggi macam abah orang lain
tapi akhlak abah sangat tinggi
abah bukan berpangkat tinggi
tapi abah xkan membiarkan keluarganya rasa kekurangan
abah tiada harta macam abah kebanyakan orang
tapi harta abah adalah kami (ayat yang abah sering ucap)
abah mendidik kami arti susah

seorang abah yang tiada harta, pangkat, pendidikan
dapat melahirkan anak seorang engineer, 2 orang dokter, dan 2 orang accountant
dan semua anak2 nya mengikut tarbiyah
mungkin doa abah dan mak

ya saya sayang abah saya
sangat sayang family saya
jiwa dan hati masih cintakan mereka lebih dari segala2 nya kerna Allah
kerna mereka nadi saya yang Allah ciptakan

dan satu lagi
kami sangat rapat.
kalau ada event family
abah akan mintak saya balik
xkesah event kecil atau besar
itulah keakraban sebenar kami
terasa bila salah seorang dr famili Al-IM4N tiada

ps: Al-IM4N stand for al-abdul karim I-ibah M- muhammad 4N- nabihah,nurhidayah,nashihah,nabilah







Thursday, November 8, 2012

akhwatku

akhwatku sangat osem..
sesangat!
kalau xbertentang mata
rasa jantung berhenti seketika
kalau xberbicara
rasa xlengkap hidup

kerna jalan yang aku pilih
atas kehendak Allah
aku jatuh cinta
bukan sebarang cinta
cinta disalut dengan iman
diselubungi rasa ukhwah
aku gila meroyan
kerna cinta DAKWAH ini 

jumpa di syurga ya!






Wednesday, November 7, 2012

niqab

saya mimpi.
saya memakai niqab.
memegang tangan ukhti
berjalan ditaman syurga

serius saya xbohong
bangun tidur.
satu ketenangan dalam hati saya
saya segera sms ukhti tersebut

bukan mudah sebenarnya pemakaian niqab ni
fitnah lebih besar boleh terjadi
maka saya kene betulkan mutabaah amal saya
istiqamah kan solat tahajud saya
dan penting saya kene gabankan masa saya untuk dakwah.
baru saya akn nekadkan hati saya untuk itu.

p/s : saya xpercaya mimpi itu sebenarnya. tapi bangun tidur ketenangan tu ada.  mungkin Allah nak bg syarat ko kene tengok balik mutabaah amal. yang penting. tyme pegang tangan dengan ukhti rasa sgt seronok. ya. satu perasaan yg saya xboleh gambarkan. sebb tu saya obses dgn ukhti saya. hahaha.

oh coass


Salam november. Sudah lama saya tidak menaip. Terlalu fokus pada facebook dan benda-benda yang harus diutamakan meyebabkan saya tiada mood nak jengah blog.

Genap 3 bulan saya menjalani co-ass (clinical). Penat usah dibicarakan. Allah sahaja yang mengetahui. Sampai kan kalau boleh saya nak ahad kerja. Ya saya sangat gelisah waktu ahad. Cepat-cepat la ahad berlalu. Sebab dalam kepala asyik memikirkan minreq (untuk lepas departemen). Ok now saya di departemen operative dentistry. Kerja tambal gigi. Before saya di OD saya di OM. Allah sahaja yang tahu dalam masa sebulan saya di OM boleh dikatakan saban hari saya menangis. Atas motor saya nangis sebab pasien. Banyak benda yang berlaku masa tu. Saya xnak hal co-ass effect kat rumah, effect kat usrah. Sebab itu sangat mempengaruh adik-adik, lingkungan, sahabat-sahabat. Ya. Mereka sangat caring once saya down. Sebab tu kalau boleh down tu biar Allah sahaja yang melihat. Dia yang bagi masalah kat kita dan seharusnya kita yang mintak kat Dia bagaimana nak solusikan masalah. Alhamdulillah. Sepanjang saya ditarbiyah dengan 3 aspek masalah yang utama, Allah ada je bagi saya jawapan melalui perantaraan. Tak pernah dipinggirkan saya. Dan sesangat alhamdulillah. Waktu saya tengah melalui proses tarbiyah tu, someone yang saya sangat sayang , menghulur tangan untuk saya gapai agar tidak tergelincir. So sweet kakak2 saya. Terima kasih kak ima,kak dayah dan kak bell. Sungguh ntunna sangat special buat saya. Insan inilah tyme ada kat medan, di bahu merekalah terdapat titisan air mata saya. Hahaha. Sangat memalukan bila pikirkan. Sumpah! Dan mereka hadir tanpa saya pinta. Terima kasih ya Allah. Setiap masalah sebenarnya ada jawapannya. Cuma biasa saat kita futur, emosi sangat memainkan peranan. Itu saya tidk nafikan.
Mak dan abah. Sangat supportive. Mereka kekuatan saya dan merekalah murabbi saya. Once saya tak dengar apa2 nasihat dari mereka saya akan hilang keberkatan dalam seminggu. Benar. Benda ni memang Allah uji. Ya. Saya sangat rapat dengan family saya. Sebab itu akan sumthing wrong dengan diri saya kalau hubungan family saya tetiba regang. Setakat ni alhamdulillah Allah bagi nikmat pada saya merasai kasih sayang keluarga. 

Bersangka baik

Ya saya mudah bersangka baik dengan orang. Bak kata murabbi saya. Boleh nak bersangka baik tapi jangan terlalu memberi sangka baik kat orang sampai kan once dia buat perangai kita akan fed up dan benda inilah akan memberi kebencian kita pada orang. Ya sepanjang 3 bulan saya coass. Saya belajar banyak benda. Emosi, ukhwah, sahabat, tarbiyah, masa. Semua itu sangat mengajar saya. Sungguh Allah maha terbaik dan akan memberi terbaik pada hambaNYA. Bukan senang ya saya nak adapt dengan lingkungan yang  majority laki2.  Bukan mudah. Tapi sangat membahgiakan saya berada di siklus itu. Allah meletakkan saya di siklus yang memang terbaik pada pandanganNYA. Ya benar.  Sampai kan kata-kata komting kat saya sebab dia tahu saya begini “nabilah, gak perlu risau berada dengan kami, tenang kok”. J
Saya sudah maafkan semua orang yang pernah mengguriskan hati saya dan mematahkan hati saya. Saya tidak pernah memintak Allah membalas benda yang sama, tapi saya sering berdoa agar hubungan antara saya dengan kalian baik. Ya saya tidak pernah simpan dalam hati. Jujur. Saya sukakan ukhwah, saya sangat suka bersahabat. Dan saya akan cuba buat yang terbaik untuk orang berada di sekeliling saya. Alhamdulillah. Setakat ni Allah masih pelihara saya. Teringat momment saya benar2 mengamuk dan emosi pagi2 dengan kawan siklus saya sebab masalah yang remeh diberatkan. Semua terdiam. Dan saya terus meminggirkan diri. Namun tak lama sebab last2 dorang akan mintak tolong saya apa2 hal so stat la adegan pujuk memujuk. Haha. Lucu! Serius. 

Dakwah dan usrah

Ya saya akui. Saya sangat lost benda ni. Kadang2 saya berada dalam jalan dakwah sebab adik2 usrah saya. Banyak benda yang berlaku. Bayangkan ahad sahaja masa yang ada. Itupun banyak program. Dengan kerja melambak2. Last2 saya buat tyme kat coass. Tak pernah buat kat rumah. Serabut dengan memikirkan masalah rumah dan sebagainya. (ikhlas xmuncul lagi tyme tu). Ok tutup.

p/s : saja untuk bercerita. Dan ini jawapan kenapa saya sering jatuh sakit.

Wednesday, July 18, 2012

sayonara jahiliyah!

Alhamdulillah. Allah yg bersifat rahman yang masih lagi bagi peluang pada saya untuk merasa apa maknanya "kehidupan". Subhanallah pagi yang barakah ni saya realize satu benda yang saya tak expect benda ni akan jadi. Dan "peristiwa" itu menyebabkan saya makin matang melalui kehidupan.

Jujur saya kata. Saya mempunyai masa silam. Masa jahiliyah. Dan still benda ni sangat menghantui saya. Namun since "peristiwa" tu, saya gagah kembali untuk mengutip nikmat2 ALLAH yang saya abaikan dulu. Ya sangat sukar. Saya lalui tanpa sahabat dengan masalah2 yang saya x expect sekali gus bertimpa-timpa. Namun alhamdulillah, setakat ni saya tak pernah mempengaruhi orang disekeliling saya. Azam dalam hati "even problem itu besar sekali pun, jangan melibatkan orang disekeliling. JUST SMILE". Ya. Alhamdulillah saya dapat melalui even every night, every shalat, every tahajud, every doa, every bangun tidur saya merintih, saya mengadu dan saya menangis. Dan semua itu saya buat, hanya ALLAH. Jujur, semua benda yang saya lakukan hanya mahu mendapat petunjuk. Kenapa istikharah saya selama ni sukar untuk saya mengenal itu adalah jawapan dari ALLAH. Dan hati saya berkata "sumthing wrong wif my ibadah". Ya. Setiap kali saya berdoa, setiap kali saya berhajat, saya seolah-olah memaksa ALLAH mengikut apa yang saya suka. Bila saya renung kembali setiap apa yg telah saya lakukan "ALLAH betapa hinanya aku!..bila manusia yang xmempunyai ilmu, tidak mengetahui apa yang KAU telah ketahui, sungguh hamba ini tergolong dalam golongan jahil!". Dan syukur. ALLAH menegur saya secara halus. Dan memberi masa untuk saya berfikir.

So. Amatlah berterima kasih orang2 yang terlibat dalam peristiwa tu. Tak de orang yang harus dipersalahkan. Sejujurnya saya lah yang amat bersalah. Banyak pengajaran yang saya kutip dari situ. Dan sejak tu, saya banyak attend prog yang saya selalu miss bile balik mesia (ada je alasan xmasuk akal!). Dan momment yg sangat buat hati saya ingat ALLAH, bila  saya jumpa sahabat  matrik saya. Dan jujur bila tatap muka ntunna semua, saya rasa saya xlayak berada dalam lingkungan itu. Hebat mereka. Dan satu lagi anugerah yang ALLAH bagi kat saya, pertemuan dengan murabbi saya . Perancagan ALLAH sangat hebat!

terima kasih semua. Nisa melaka yang sentiasa follow up saya, ukhti2 BMW, ukhti KS, dan semua la yang terlibat. syukran..!

Sunday, April 15, 2012

LUPAKAN


once da penat sesangat saya akan lupa benda yang mengguriskan hati saya. Maka penat pun berlalu pergi. ya saya penat dengan masalah yang timbul. Ikhlas menerimanya. Maka penat dan masalah pun berlalu pergi (saya balik medan disebabkan hal persatuan sebb now xde kuliah)

Mohon maaf kepada murabbi saya yang datang dari jauh hanya semata-mata nak join usrah saya. Sungguh saya xdapat meluangkan masa dari awal sampai akhir coz on datz time de AGM yg harus saya kendalikan. Dan after balik dari AGM yang penuh kontroversi, segera pulang untuk menatap sahabat n murabbi. Jujur kesedihan,penat berlalu pergi. -sori tertdo tyme meeting T-T-

Mohon maaf kepada MT pkpmi-cm sebab sepanjang prog o meeting kalau saya teremo mohon dimaafkan. Kalau kata-kata saya xsedap didengar, selalu bangkang. Dan jujur saya katakan saya saya bertuah berada dikalangan nda yang hebat.

Mohon maaf kepada dewan penasihat, MT badar klu kerja saya tidak memuaskan hati kalian. Mohon mintak ditegur.

Mohon maaf kepada adik2 saya, sebb bulan ni da jarang kita berjumpa untuk merecharge kembali iman.

Mohon maaf kepada ahli bait kalau selama ini saya tidak menjalankan tugas sebagai house8 yg baik, selalau bayar listrik lambat, bayar air lambat, tak pesan aqua on time, lupa nak kemas rumah dan blablabla.

Special seket. Mohon maaf kepada mak saya sebab balik hari tu macam xdengar cakap. Tapi nasihat mak, teguran mak sentiasa reminds me about life. InsyaALLAH anakanda akan ingat. Dan abah terima kasih sebab jaga anakanda dgn baik tyme balik rie tu. -penjagaan penuh kasih sayang hakhak-. Mak sori to say.."k.sau xpernah berkomplot dgn abah nak buli mak" :)

dan mohon maaf kepada adik2 sekandung saya, lupa nk gtaw balik medan bila. Cuma segala pesanan k.sau tolong ingat. Jaga iman jaga akhlak. Dan jaga mak abah bagi pihak kak sau sebab korang every week balik. -mode jeles-

p/s : Post memohon maaf..jujur saya katakan saya byk kesipan n kekhilafn diri.fitrah manusia yang selalu melakukan kesilapan. Saya xperfect but i wanna be a perfect woman, a perfect muslimah yang penuh tarbiyah. Dan tarbiyah lah yang mengajar saya arti life, mengawal emosi, perasaan. Jadi tolong igtkan saya satu benda if saya lalai tentang kematian.

p/s 2 : Hati. ALLAH jaga hati hambamu ini dari terguris hati, jatuh cinta pada dunia. ALLAH mohon jaga hambamu ini dari fitnah dunia yang membuat hambamu ini rasa down. ALLAH tolong ingatkan hambamu ini tentang ikhtilat.

Monday, March 12, 2012

Manusia

Manusia itu sangat pelik. Memang tidak dinafikan. Dalam al quran ada mention pasal kerenah manusia. Baik dari sudut positif o negatif. Fitrahnya manusia berpotensi lebih ke arah positif namun daya tarik ke arah negatif lebih kuat dari positif. Logik.

Psikologi. Ya. Sangat memainkan peran yang penting dalam membentuk pribadi manusia. Pribadi manusia sangat kompleks. Until now sukar untuk digali secara dalam. Interior. Itulah bagian manusia yang sukar digali tapi dengan izin ALLAH sangat mudah. Siapa diri kita? Kadang kita bertanya pada diri. Apakah kita tidak yakin kita diciptakan sebagai khalifah. Dan saya pun pernah membisikan dalam diri saya. Apakah aku ini manusia? Kenapa aku dijadikan sebagai manusia. Ok. Kita tadabur kembali surah al baqarah 1-20. Ayat ini menerangkan Manusia mempunyai struktur model yang sangat menarik dan indah dari model ciptaanNYA yang lain. Subhanallah.! Dan ayat ini menceritakan tentang manusia dari segi aspek akidah yaitu orang yg beriman, orang kafir dan orang munafik. Sifat dari 3 jenis ini sangat different. Cuba bandingkan. Tidak hairan manusia itu sangat kompleks. Allah sudah menjelaskan. Dan kita tidak sedar? Salah siapa.

"dan sesungguhnya KAMI telah menjelaskan berulang2 kepada manusia dalam al quran dengan bermacam-macam perumpamaan. Tetapi manusia adalah yang paling banyak membantah.." al kahfi : 54

Diam saat berkata dengan orang jahil. Kerana kita akan dikalahkan dengan kejahilannya. Ya sangat pelik. Sudah bodoh masih berkata-kata. Fuhhhhh

"Dan, bahwa (yang kami perintahkan ini) adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah Dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalannya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertakwa. al-An’am [6]: 153

Keperibadian. Secara jujur. Manusia senang dikenali melaui wajahnya. Dan secara teori manusia dibagikan kepada 2 jenis. Samawi dan basyariyyah. Based on blog yang dibaca. (sangat menarik tentang manusia. Subhanallah!). Secara kesimpulan dari teori ni. Manusia mempunyai potensi - dan +. Dan yang memberi pengaruh terhadap aspek tersebut adalah dari unsur lingkungan. Parents, sekolah, kawan dan jemaah.

"wahai manusia kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorg perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa2 dan bersuku2 agar kamu saling mengenal. Sungguh yang paling mulia disisi ALLAH adalah orang yang bertakwa. Sungguh ALLAH maha mengetahui , mahateliti " 49: 13

Fitrah manusia hidup dalam kelompok masyarakat. Dan tidak hairanlah pengaruh terhadap peribadi manusia itu juga dari manusia itu sendiri. Manusia itu diturunkan untuk mendidik manusia yang lain. Kisah tentang luqman mengajar anaknya.

"Perhatikanlah ketika berkata luqman kepada anaknya sedang ia member pelajaran kepadanya, katanya: hai anakku, janganlah engkau menyekutukan allah. Sesungguhnya menyekutukan allah itu keaniayaan yang besar."(QS.Luqman:13)

Manusia itu mempunyai Ego. Namun yang meruntuhkan keegoaanya adalah dari dalam jiwanya. Iman. Itu yang bisa meruntuhkan. Saat ego dibina. Mereka tidak mampu menerima bahwa mereka diturun untuk DIDIDIK dan MENDIDIK. Imanlah yang membezakan jenis manusia.

" Bacalah dengan nama tuhanmu yang menciptakan, yang menciptakan manusia dari segumpal dara, bacalah dan tuhanmu yang amat mulia. Yang mengajar manusia dengan pena. Yang mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak di ketahuinya."(QS,Al-Alaq:1-5)

Tanggungjawab manusia.

'' Pada hari itu, lidah, tangan dan kaki mereka sendiri akan menjadi saksi atas perbuatan-perbuatan yang telah mereka lakukan. Pada hari itu Allah akan member balasan kepada mereka denga balasan yang setimpal dan tahulah mereka bahwa Allah itulah yang benar dan ia telah cukup memberikan keterangan."(QS,an-nuur:24-25 )


Al-quran bannyak menjelaskan hakekeat kejadian manusia. Namun kenapa mereka ignorekan. Dan ALLAH pun mejelaskan sifat manusia melalui ayat al quran surah al kahfi :54. Sungguh mereka suka membantah.

Tidak hairan kita melihat, sekarang manusia sangat pelik dari alien pluto. Ha3. Dan sebenanrya itulah tugas kita, Bukan sekadar sebagai khalifah, namun mendidik dan memahamkan jiwa mereka yang "kurang" faham. Memang sukar. Siapa kata jalan dakwah itu senang? Dan ALLAH lah menjadi penolong kita.

Jangan menjadi daie yang suka merajuk, melenting dan sempit pikiran. Kerna itulah menjadi fitnah bagi ISLAM. Maafkan mereka yang kurang faham andai mereka menfitnah kita kerna sifat mereka memg ALLAH sudah explenkan secara terang2 dalam al quran. Apakah kita masih mahu down disebabkan kepelikan manusia. Sungguh ALLAH itu maha mengetahui.


:)

MEMORI

pagi2 yang bahgia..bukak balik album. Dan saya masih ingat ketika saya bawa adik-adik hikmah jalan-jalan. Serabut tapi bahgia. Saya jenis yang malas nak pergi jalan naek bas. Low standard. Tapi demi adik-adik ketepikan ego. Melihat mereka excited saya jadi Happy. Sangat rindu des momment! Next year kalau i balik raya i sewa bas tuk u ol ok?










p/s : adik2 kata saya sgt garang. Yup. If xgarang memang mak xsuruh bawa dorg.
p/s 2 : Semoga urusan minggu ni berjalan dgn lancar..:) Bismillah.

Friday, March 9, 2012

dan AKU



aku masih merangkak
menuju cintaNYA
menuju jalan dakwahNYA
dan aku masih keliru
dimanakah destinasiku kelak
tuhan
bantu aku, tolong aku, teman aku
saat aku duka
saat aku kecewa
kerna dek manusia ini
wahai tuhan
rintihan aku hanya untukMU
setiap langkahku kernaMU
maka tuhan
perbaharui niatku,ikhlaskan niat aku
bila saat manusia mengecewakan aku
dan aku mahu berdiri gagah
berlari kencang
tiada istilah merangkak dalam hidupku
optimis!
Ya..itu citaku. Itu targetku
jihad dalam jalan dakwahMU
moga itu bukan anganku
dan moga itu menjadi kenyataan
dan ketahuilah saat hati aku dirobek-robek
ada sinar yang memperbaiki hatiku
wahai tuhan manusia
aku sangat mencintai ISLAM kernaMU
matikanlah aku dalam jalan dakwahMU
moga semngat ISLAM dalam diri
tidak dibawa angin kejahatan
moga semngat ini bersemadi dengan nur dalam jiwaku


-qamarunnajmi-
-medan,sumatera utara-


p/s 1 : mood tengah spoil..tetibe ja..bonda ayahanda terima kasih memberi semangat..sayang semua..:)
p/s 2 : hari ini mencutikan diri. Dan saya cuba memahami orang disekitar saya. Moga ALLAH bagi kekuatan dalam diri saya. Ya ALLAH jauhikanlah aku dari sifat bersangka buruk,hasad dengki, iri hati. Sayang saudara lebih dari diri sendiri.
p/s 3 : doing ERP. Stop. Akhirnya..hahaha

Wednesday, March 7, 2012

Stop!

Hati berbunga rasa tak sabar nak balik. Tapi bila fikir balik sempat ke? My research rasa ambil 2 minggu. And then submit analisa data. After this buat kesimpulan. Perbaikan. And sidang. Dan clinical pula bukak bulan 4. Sekarang siklus ada 12 orang, 4 orang diperlukan untuk cukup 16 orang. Pesan kat dorang tunggu saya kalau apa2 terjadi sebab memang saya nak masuk siklus tu. Memang tersangat. Allah permudahkanlah hambaMu ini. So after sidang, perbaikan n terus keja. Dan bila masa saya nak balik rumah.????

2 hari lepas sempat sms mak yang saya memang nak balik sesangat. Sampai jam 2 pagi air mata stil mengalir. Senget . Itu pun jadi munasabab. Nak balik sangat. Xtahu kenapa terasa nak balik sesangat. Dan semalam menjadi penentunya.

Meeting stat setelah saya mamai bangun dari tidur. Gara-gara kecewa sebab balik la ni. Hahaha. Sempat mimpi pasal mak abah lagi. After meeting saya dapat satu input yang sangat besar dalam hidup saya.

surah albaqarah ayat 155 : "dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa....."

Bila cakap pasal murabbi. Jiwa saya bergetar. Layak atau tak belakang cerita. Muhasabah after meeting n tengok bulan. Dan saya sedar.."ALLAH pilih kau, ALLAH simpan kau dekat jalan ni..enak2 aja kau mau lari..kau pikir jalan ini untuk orag yang bersenang?". Bukan mudah ALLAH nak simpan kita kat jalan ini. Aku seorang hamba yang kosong tapi stil ALLAH pilih saya, ALLAH bagi peluang untuk pegang ramai mutarabbi.

tadabbur surah attaubah 24. "jika keluargamu yang kamu khuatirkan dan lebih cintai dari ALLAH dan jihadnya maka tunggulah keputusan dari ALLAH" ~ayat diolah sendiri~.. Jangan sampai ALLAH tarik balik hidayahNYA..fullstop.

Maka dengan ini saya berhenti untuk memikirnya. :) bye!

Sunday, March 4, 2012

Saranghae trip


Alhamdulillah. Syukur ke hadrat ilahi. Akhirnya "Saranghae trip" berjalan dengan lancar dan sangat mencapai tujuan.

Kenapa pilih nama daurah "Saranghae Trip" ? Ada banyak maksud tersirat. Saranghae bermaksud cinta dan sayang. Bukan gara2 demam Running man . Sebab once orang dengar perkataan saranghae mesti teruja . Tapi kenapa pilih saranghae? Sebab kali ini kami fokuskan bab ukhwah dan masalah umat. Cinta semua orang hadapi dan benda ini lah menyebabkan masalah umat menjadi lebih krisis. Dan tema "alangkah lucunya kita ini" menjadi tumpuan kami. :) Dan buat julung kali daurah ini adalah lain dari yang lain. Datz why KS production pilih tempat menarik dan selesa. Sibolangit.

Hari ni gambar sahaja. Akan diexplen apa materi disampaikan tyme daurah. Capek T-T


orang kuat KS..:)


sis jakarta wif si tini


wif aina



aina lagi..wif fqa

makanan dan kami xdpt dipisahkan..


sibolangit.

Dan ini adalah impression orang terhadap saya (game taaruf) . p/s kaki lebar tu mksud berkaliber ok..izni yg tulis..:)


p/s : terima kasih xterhingga pada semua KS production sebb menjayakan daurah ini..Anda yang terbaik dalam hidup saya..:)
p/s 2: Alhamdulillah selesai amanah saya untuk minggu ini. Moga next week urusan saya dipermudahkan.. Biiznillah
p/s 3 : Doakan saya agar skripsi tamat cepat. :)
p/s 4 : Rajinkan saya update blog semenjak 2 menjak ni..






Monday, February 27, 2012

AKU

sinar cahya sempat menjenguk di benak fikiranku
aku toleh ke kanan toleh ke kiri
kosong..
laju air mataku menuruni bumi..
cepat beistighfar..
aku sedar banyak kekhilafanku..
4 tahun..
satu tempoh yang cukup lama
cukup la kesedaran menjadi penebus dosaku
cukuplah keinsafan menjadi pengubat memori duka
aku ingat kuat
menempuh alam dakwah yang sebenar
bulan bintang doakan aku
cukuplah hanya sinaran yang menemani aku saat aku kedukaan
cukuplah..ALLAH dan RASUL menjadi alasan untuk aku istiqamah dijalannya..

~qamarunnajmi~
28 feb 2012
setia budi medan

Sunday, February 26, 2012

kalau diizinkan ALLAH



bismillah..

Kalau diizinkan ALLAH, saya mahu bermuhajadah dijalan DAKWAH sampai saya mati. Syahid. Itula impian saya. Bila saya melihat Zaid bin Harithah,Jaafar bin Abi talib, Bara' bin malik kecintaan mereka pada mati syahid sangat membakar semangat saya. Dan islam itu pasti akan tertegak juga suatu hari. Siapa yang menegakkan dan bila itu tidak menjadi persoalannya. Yang penting usaha kita sebagai orang yang menyaksikannya (syahadatul haq) dalam menyambung rantai peerjuangan Rasulullah. Dan saya suka ayat quran 2:143 bila membicara pasal syahadatul haq.

Saya tak ingat hadith mana yang menyentuh pasal kemenangan umat islam suatu hari nanti. "Islam itu akan menang diatas seluruh agama yang lain............"

Semua orang ingin bergitu . "Aku ingin dakwah sampai mati. Aku ingin menegakkan amar maaruf nahi mungkar". Dan saya pun pernah bermonolog dalam hati seperti itu"dan saya pun ingin juga seperti anda". Pernah saya lebih semangat suatu ketika dulu, saya ingin masyarakat rasa apa yang saya rasa. Saya ingin mereka rasa betapa besarnya tanggungjawab kita kepada umat. Namun semangat itu semakin pudar kalau tiada orang yang mengingati saya yang lemah dan tersangat rapuh. Ya. Tidak dinafikan, life seorang student sangat sibuk lebih2 budak dentist n medik. Dan itu sebenarnya alasan sahaja. Orang yang memberi banyak alasan adalah orang yang ingin melarikan diri dari keadaan. ~kalau hidup dengan alasan sangat annoying!~

Teingat saya tentang kisah Hasan Al Banna, beliau ada 8 kelompok usrah every week. Dan kelapan-lapan usrah every week berjalan. Dan beliau sangat komitmen. Dan saya yang ALLAH masih beri saya peluang dengan memberi amanah 2 kelompok usrah untuk saya handle. Namun.... saya gagal menunaikan amanah saya. Kejap timbul kejap tenggelam. ~macam kapal selam hahaha~

"ALLAH tidak membebani seseorang kecuali dengan kesanggupannya...." 2: 186 ~ni ayat yang sangat femes.

Sebenarnya kita sanggup. Lebih dari mampu. Cuma pegang ayat ni, saya masih ada kudrat untuk melaksanakan dakwah ini sampai ke titisan darah. Once ALLAH da bagi amanah sebagai murobbi, jalankan amanah dengan baik. Contoh, seorang atlhlete akan berlari sampai mana yang dia mampu. Dan sorang tu, berlari sampai penat, sorang lagi berhenti berlari sampai dahaga dan seorang lagi belari sampai pengsan. Dan 2 orang sahabat pun pelik. "eh ko kenapa lari sampai ko pengsan, kan da menyusahkan diri ko". Dan dia pun menjawab, "la tadi kan suruh lari sampai mana yang mampu. Itu sahaja kemampuan yang aku ada".

Buat sampai mana kita ada kudrat. Buat sampai bila kita rasa diri kita ni sudah buat yang terbaik dengan kemampuan yang kita ada. Dan setiap orang bila dah berada dalam jalan dakwah pasti ALLAH akan uji dengan mehnah. SUNNATULLAH!

"KAMI pasti menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buahan-buahan................" 2 :155

Dan once ALLAh da bagi ujian, anggaplah itu sebagai bahan pentarbiyahan dan hidayah untuk hambanya. Dan setkan dalam mind bahawa jalan dakwah ini sangat manis sebab ALLAH sudah membeli dari orang mukmin dari segi harta baik diri dengan harga tidak ternilai yaitu SYUGA tadabur 9 :111.

Tidak perlu risau even kita diuji baik dari sakitnya hati dengan mad'u kita, pening kepala dengan bagaimana nak handle mad'u kita, terpaksa bekorban uang tuk jalan ini. Tapi semua itu berbaloi kerna ALLAH sudah pun menyediakan syurga yang mengalir sungai-sungai dan mereka itu kekal didalamnya (tadabbur 9: 89). So ingat balik janji2 ALLAH insyaALLAH ikhlaskan hati, istiqamah kan diri. Moga kita tergolong dalam golongan yang diredhai ALLAH.


"ALLAH redha kepada mereka dan mereka pun redha dengan ALLAH.." 9:100 ( serius surah at-taubah ni banyak menginspirasi orang yang nak berdakwah sampai mati tapi hangat2 tahi ayam macam saya.)

dan ingatlah ALLAH mencampakkan kita dalam jalan ini dengan izinNYA. Sebab, DIA tahu kita mampu. Mampu sangatlah. So kita buat dengan hati yang ikhlas even saya pun pernah mengeluh itu ini. Tapi ALLAH tu maha mencintai hambaNYA, dia tidak biarkan saya keseorangan. Saya tidak ingat surah mana maksud dia macam ni "tiada siapa yang membiarkan hambanya bersendirian melainkan ALLAH".

Tambahan surah 29: 2 "apakah mereka mengira mereka akan dibiarkan sahaj setelah mengatakan kami beriman padahal mereka tidak diuji lagi".

Surah yang mengaitkan kenapa ALLAH campakkan kita dalam keadaan yang susah dan pernah hati terdetik "Ya ALLAH andai kau sayangkan aku, janganlah kau uji aku dengan ujian yang berat ini. Tadabur balik ayat 77:30 "kamu tidak mampu menempuh jalan itu dengan izin ALLAH. dan sungguh ALLAH itu lebih mengetahu dan bijaksana". So dari ayat itu, saya dapat simpulkan, ALLAH tahu kemampuan kita dan DIA sangat lah yakin kita dapat laluinya. Tapi terpulang kat kita nak harungi dengan keluhan atau ikhlas. So jawapan kat kita. Sebab setiap yang ditentukan untuk kita adalah yang terbaik yang ALLAH bagi untuk hambanya

Dan ingat, sesibuk mana kita sebagai student (lebih2 budak clinical), banyak tanggunjawab pada persatuan, sibuk dengan adik-adik tapi jangan lupa tuk review balik mutabaah harian kita. Baca quran, tahajud dan bla..bla.. Itu semua sebenanrya kekuatan kita. Bila hubungan ALLAH tak betul maka hubungan yang berkaitan dengan dakwah pun terganggu.



"kami tidak menurunkan ALQURAN kepadamu agar engkau menjadi susah" 20:2

p/s : Apa sebab tah asik bukak laman web air asia. BUANG tabiat.
p/s 2 : hepi belated besday our KS ukhti FAEZAH
p/s 3 : after solat jangan lupa doa tuk saudara kita di syria. Peduli sama UMMAT!
p/s 4 : saya mudah sensitip bila orang tegur kerja saya. Tapi benda ini la sebenarnya banyak muhasabahkan diri saya..:)
p/s 5 : tahniah akak2 yg da convo. kak dayah, kak intan, kak na, kak nina, kak hajar dll.. Bila da janji nk g orangnya convo, xkire panas ke ramai org tetap nak jumpe gak . haha.tenx kakak kerna memenuhi camera nda dgn gambar saya..


wif kak na..my beloved sis..mana ada kak na situ ada saya. even sape xkenal kak na..dorang akan ckp kak na nabilah..



besday faezah


sungguh jalan dakwah itu sangat susah, panjang dan lama

Sunday, February 12, 2012

Kauthar

Tengah-tengah malam. Saya sempat usha2 album dalam enset saya. Tiba-tiba saya rindu wajah mereka.


kauthar

hantar ukhti dayah pulang malaysia




after daurah


after usrah


note 1 : cepat2 la kalian pulang medan

Ikhlas

Salam sahabat. Maaf hampir 6 bulan saya tidak menulis di Teratak ini. Dan baru saya sedar saya mempunyai sebuah blog. T-T

Alhamdulillah. Allah masih memberi peluang kepada saya untuk menggunakan masa sebaiknya dalam kerja dakwah dan study. InsyaALLAH saya akan masuk klinikal pada bulan 3 dan doakan saya agar lepas ujian thesis. Moga ALLAH redha dengan usaha saya.

Ikhlas.

Suka saya bercakap pasal ikhlas. Bila dalam usrah, saya selalu tekankan bab ikhlas pada adik-adik "pasput". Sebab apa-apa yang dilakukan harus beserta dengan niat. Even makan pun kene niat. Sampaikan Umar abdul Aziz, mahu berjalan selangkah pun beliau berniat. Betapa pentingnya niat dalam melakukan sesuatu. Kenapa? Sebab setiap perbuatan adalah ibadah, tidak pantas kalau dilakukan kecuali atas dasar mencari keredhaan ALLAH. Datz why apa-apa yang dilakukan harus lilhitaala. Setiap perkara yang dilakukan tanpa niat mendekat diri dengan ALLAH maka perbuatannya sia-sia.

"Sesungguhnya ALLAH tidak menerima amal kecuali yang ikhlas dan dengannya ia mencari keridhaanNYA" ~HR AN-Nasa'i~

Tadabur surah al kahfi: 110

Say: "I am but a man like yourselves, (but) the inspiration has come to me, that your Allah is one Allah. whoever expects to meet his Lord, let him work righteousness, and, in the worship of his Lord, admit no one as partner.

"in the worship of his Lord, admit no one as partner" - maksud ayat ini jangan sesiapa pun meyekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Rabbnya. Ikhlas. Word yang senang nak explain. Harus kita ketahui yang kita mempunyai target "kenapa kita hidup di bumi". Simple answer. "Pengabdian pada ALLAH". Refer balik surah al baqarah : 143 pasal shahadatul haq.

Keikhlasan merupakan rahsia di sisi ALLAH. Ikhlas adalah rahsia antara ALLAH dan hambanya. Ia tidak diketahui malaikat sehingga ia tidak kuasa menulisnya. Tidak pula diketahui setan, sehingga ia tidak kuasa merusaknya.

Ya. Saya akui ikhlas itu sangat berat. Even saya, ketika memulakan suatu perkara lilhitaala, tapi bila diuji saya cepat mengeluh. Mudah bicara tapi berat melakukan. Datz why, ikhlas itu bukan dari kita sebenarnya tapi dari ALLAH. Maka mintaklah dari ALLAH agar ikhlaskan hati kita. Sungguh ALLAH itu maha membolak balik hati hambaNYA.

Sahl bin sa'd pernah ditanya "apakah yang paling sulit bagi jiwa"? Beliau menjawab "ikhlas". "Kenapa sulit"? "kerna ketika ikhlas jiwa tidak memiliki bagian sedikit pun".

Saya teringat seseorang pernah berkata, suatu yang mulia disunia adalah ikhlas,paling mulia adalah paling sudah. :)

Perbaiki niat awal keikhlasan

"sesungguhnya semua amal itu dengan niat. Dan sesungguhnya bagi setiap orang itu apa yang ia niatkan "

Bagaimana menjadi orang yang ikhlas? Dengan mencari niat. Bagaimna mencarinya? Simple. Mulailah dengan hal-hal yang kecil. Niatlah dulu jika ingin belajar. Latih setiap masa. Displin kan diri setiap perkara harus dibuat niat. Takpun tulis dalam kertas dan tampal didinding. Moga ALLAH redha dengan usaha kita. Dan setiasa doa agar ALLAH permudahkan jalan kita untuk mendapat sebuah keikhlasan.

"Wahai Rabbku, berikanlah aku niat yang baik, wahai tuhanlu perbaguskanlah niatku, wahai rabbku berilah aku niat ikhlas"

Jadikanlah niat itu satu kebiasaan. Niat mengubah adat kebiasaan menjadi satu ibadah.

"katakanlah sesungguhnya solatku ibadahku hidupku dan matiku adalah hanya untuk ALLAH...." al an'am : 162

Setiap perkara yang ditinggalkan kerna takut kepada ALLAH maka diberi satu kebaikan. Jika berniat melakukan suatu perkara maka dituliskan satu kebaikan. Jika melakukannya ditulis 10 kali kebaikan sehingga 700 kali lipat ~al bukhari~

Moga ALLAH redha dengan kita

Note 1: Alhamdulillah ketika ALLAH uji saya dengan penyakit hati, saya banyak muhasabah. Walau berat melaluinya, namu saya yakin hikamahnya lagi besar apa yang saya imagine kan
Note 2 : ya saya terlalu obses dengan ukhwah.
Note 3 : Doakan saya agar istiqamah dalam melakukan thesis.


Berharap saya seperti diatas.