bismillah

Thursday, March 10, 2011

PILIHAN RAYA

.

Pilihan Raya Kampus atau dikenali sebagai PEMIRA telah berlangsung dengan "jayanya". Syabas kepada mereka yang menang walau memang sudah ketahui banyak penyelewengan yang berlaku. Dan kepada BKM FKG dan AKHI HILMAN tahniah juga kerna anda kuat n tabah menerima kekalahan walau anda memang layak dari calon yang menang. Jujur saya katakan saya amat gembira dapat bergabung dengan KAM RABBANI walau tugas saya hanya berkempen bagi wakil pelajar MALAYSIA. Namun ALLAH maha mengetahui apa yang berlaku, jadikan renungan untuk kita bersama dan membaiki kelemahan untuk masa yang akan datang.

ALLAH masih bagi kita peluang. Renung kembali, niat kita sebenar. Kita bekerja kerna ALLAH. Dan orang diatas (kepimpinan) mengetahui visi n misi yang harus dilaksanakan yakni menegakkan syariat islam. Bagaimana orang yang bawah? adakah mereka tahu? Jujur saya katakan, pelajar FKG masih dikepung dengan pemikiran sekular. Mereka hanya tahu, asal adakan program/acara itulah pemimpin yang benar dan tepat bagi orang yang "buta" MENILAI. Bagaimna dengan islam? cara hidup islam. Tahukah anda FKG penuh dengan KORUPSI. suara kami seakan2 tidak kedengaran. Dimanakah anda ketika kami mahu meminta pertolongan. FKG OHH FKG

Bila mana setiap acara ada hiburan yang melalaikan. PORSENI yang kononnya boleh membantu pelajar bergiat dalam persatuan, tapi bisa menghancurkan identiti seseoarang. OSPEK (orientasi) yang kononnya bisa membina semangat dan cintakan ilmu, tapi sebaliknya menanam sifat kebencian junior pada senior. Kemudharatan yang saya terima dari kelebihan. Jujur saya katakan, sampai sekarang saya amat benci senior yang memegang tampuk pemerintahan ketika saya ospek kerna sifat keanak-anakan. TOLONG LAH.

Berbalik kepada PEMIRA. Bukan saya tidak dapat menerima kekalahan kerna HMI (HIMPUANAN MAHASISWA INDONESIA) menang, namun dari sudut hati saya, kenapa ALLAH masih tidak memberi kemenagangan kepada KAM RABBANI. apa silapnya.

DSC yakni organisasi dari student MALAYSIA berkerjasama dengan HMI? Apakah saya silap mendengar dan melihat mereka berbual? husnu dzon detik hati saya. Acap kali saya memberitahu, selama 5 tahun, HMI tidak pernah memberi muka kepada pelajar MALAYSIA ini kan mahu memberi tampuk PEMERINTAHAN. Sudahlah. Janganlah mahu berangan. Solat jumaat pun mereka jarang pergi inikan mahu mentadbir fakulti yang hampir beribu orang. DSC anda silap pencanturan. Anda terlalu mengharap sangat imbuhan yang dijanjikan. Anda tahukah anda sekarang menerima KORUPSI!! Mempertaruhkan masa depan pelajar mahasiswa dengan bekerja sama dengan HMI yang kami sudah masak dengan mereka?

Mandiri klas atau international klas. Masih ingatkah kita waktu lab yang lepas. menggunakan projektor yang sudah usang, membeli barang lab menggunakan wang sendiri. Anda sudah lupa? dimanakah hak kita sebagai student MANDIRI? saya mesih memegang perjanjian USU yang mengatakan segala fasilitas atau barang laboratorium adalh tanggungan pihak admin! Mahu saya tunjukkan perjanjian. Biar satu kampus tahu?

Kami mahu hak kami sahaja. tolong lah beri hak kami. Ketika HMI memerintah, suara MANDIRI tidak pernah didengar. Apatah lagi mahu melibatkan pelajar mandiri dalam acara mereka.

walau saya tidak begitu menyokong HMI, namun saya ingt janji HMI pada saya. MELANTIK wakil student MALAYSIA kedalam organisasi PEMA fkg. ANDA ingat bukan? kalau janji yang kecil itu anda tidak dapat tunaikan, jangan haraplah anda berjaya mentadbir FKG.

kami hanya mahu hak kami sebagai student malaysia. Kami belajar disini bukan free, tapi berbayar, 10 kali ganda dari yuran reguler.

Kpada PIMPINAN DSC, jangan jadi talam 2 muka ok? cakap lain buat lain. terus terang aja kenapa kamu begini. saya masih bisa menerima alasan kamu. Saya berjuang untuk ini kerana untuk pelajar malaysia bukan kepentingan diri sendiri. tega kah kita melihat junior2 menerima nasib seperti kita? ANDA LAH menentukan.

Dan KAM RABBANI gunakanlah masa yang ada untuk memningkatkan kualiti kepimpinan anda dan saya sentiasa menyokong anda demi ISLAM kerna ALLAH. ALLAH masih memberi peluang kepada anda. Renung dan muhasabah kembali.

~DRG NABILAH~
FAKULTAS KEDOKTERAN GIGI
UNIVERSITAS SUMATERA UTARA


.

No comments: