bismillah

Thursday, February 19, 2009

ghazwul fikri

salam perjuangan..

kali ini entri kita bertajuk "ghazwul fikri". Actuali amat tertarik dengan tajuk yang diberikan oleh my sis masa mentoring petang tadi. Afwan ya kak banyak sangat pertanyaan yang dilontarkan dari udara,laut dan darat. Mungkin disebabkan blur n otak pun agak keliru gara2 physiology tadi. So nak explain kat sedikit tentang ghazwul fikri. Tajuk yang boleh dikatakan menarik perhatian ana untuk dibahaskan dalam entri kali ini.

Kita review balik sejarah perang salib. Bagaimana orang barat boleh mengalahkan umat islam hanya melalui percakapan dan khabar angin. Mengikut sejarah, seorang tentera perang salib ditahan oleh tentera islam ketika perang salib. Tahanan barat itu amat hairan kenapa umat islam ketika itu boleh kuat sedangkan mereka menggunakan alat senjata yang amat kuno ketika itu berbanding dengan tentera kafir. malah tahanan itu dilayan sungguh baik oleh tentera islam walaupun tahanan itu MUSUH UMAT ISLAM!! Indah nya akhlak umat islam ketika itu. Alangkah indahnya jika umat islam meneruskan tradisi itu. Tahanan itu mengkaji dan meneliti kenapa umat islam ketika itu sungguh kuat. Anda nak tahu kenapa?? setiap malam tahanan itu menjadi "spy" untuk mengkaji kekuatan itu. Tahanan itu tersentak mendengar sayuan dan seduan yang merintih di saat manusia diulit mimpi. Memohon keampuan pada yang ESA. Itulah senjata umat islam ketika itu. Tahanan itu berpikir bagaimana mahu melemahkan perpaduan dan kekuatan umat islam ketika itu. Hanya dengan cara meracuni fikiran mereka. Ya ghazwul fikri!! Cara itu sahaja dapat melemahkan kekuatan umat islam. Anda bayangkan dengan satu nama islam dipelbagaikan islam yang lain islam sekularisme, islam liberal, islam hadari dan so on.

kita lihat zaman sekaramg yang kenayakan nya sudah diserang pemikiran barat. Malah perubatan yang kita belajar juga merupakan salah satu serangan orang kafir. Bayangkan sahabat sekalian untuk mengatasi stress pun kebanyakan dari kita ambil alternatif dari barat sedangkan islam sendiri sudah mempunyai resolusinya. Itula akibat kita tidak memahami ajaran islam yang sendirinya. Memisahkan islam dari kehidupan seharian. Tidakkah itu sekular namanya. Kalau stress jom kita ambil perubatan yang dianjurkan oleh islam sendirinya dengan cara mengambil wudu' n zikir "berzikirlah dengan nama ALLAH nescaya hati kamu kamu akan tenang"

Ada yang mengklasifikasikan GF (ghazwul fikri) gerakan yg dilakukan oleh kaum kuffar (orang kafir, orang di luar Islam) sebagai upaya untuk menyerang Islam dengan menghancurkan pikiran umat islam. Tindakan dorang itu berupa bentuk :

  1. Tasywih = memalsukan ajaran Islam
  2. Tadhlil = menyesatkan umat Islam
  3. Tasykik = menebarkan keraguan terhadap ajaran Islam
Ketiga tindakan ini dilakukan tidak lain untuk memadamkan cahaya agama Islam.

Salah satu contoh yang mereka lakukan untuk PROPAGANDAKAN umat islam

  • mengatakan hukum hudud tidak sesuai dilakukan pada zaman ini
  • memakai jilbab itu budaya arab
  • mempertikaikan hak perempuan dalam pembahagian harta pusaka
Dan kita perhatikan apa sebab umat islam ini MUNDUR

  • Pertentangan politik. Perselisihan faham sesama pemimpin Islam mengakibatkan politik diambil alih/dikuasai oleh non Islam. akibatnya umat Islam menderita (lagi).
  • Pertentangan mazhab akibat fanatisme (berlebihan), kebodohan (pengikut) dan hawa nafsu (pemimpin2nya) serta taklid semata2
  • Pengaruh agama2 terdahulu.
  • Serangan asing (non muslim), berupa gerakan militer dan perlawanan pemikiran.
  • di malaysia kita ambil contoh sister in islam salah satu agenda untuk meliberalkan islam
GF dilakukan oleh orang2 kafir dengan tujuan:
- menghambat kemajuan umat Islam. Umat Islam cukuplah jadi pengikut barat…jangan sampai jadi pemimpin (dunia).
- menjauhkan umat Islam dari Al Qur’an dan As Sunnah.
- mengeluarkan umat Islam dari ajaran Islam (yg telah dipelajarinya).
-membuat kaum Islam murtad (umat Islam keluar dari agama Islam).
-pengaruh dari filem2 hindustan dan hollywood

Fenomena terbaru GF adalah:
1. Pemalsuan Islam, dilakukan dg cara:
- memalsukan Al Qur’an.
- memalsukan As Sunnah (termasuk di dalamnya hadits2)
- memalsukan pribadi Rasululloh SAW (termasuk dg menghina, melecehkan, membuat
gambar kartun/karikatur Rasulullah SAW
)
- memalsukan sejarah Islam (dgn mengabaikan ilmuwan2 Islam atau mengaburkan fakta2)
- memalsukan sistem kehidupan Islam (tidak mementingkan syariat Islam)
2. Pembaratan Islam (mengajak kaum Muslim bergaya hidup seperti orang barat)
- penetapan dan perubahan kurikulum pendidikan
- penyebaran kehidupan sosial ala barat

Sendi-sendi yang menjadi akar GF:
- Zionisme
- Kristenisasi
- Kolonialisme (bekerjasama dg zionisme, kristenisasi, orientalisme)

GF menggunakan beberapa sarana berikut sebagai satu usaha untuk menyebar luaskan pahaman mereka:
- Pendidikan
- Sosial
- Media cetak dan elektronik
- Pusat kebudayaan
- (masih banyak lagi saranan2 lain)

GF juga menggunakan:
- Demokrasi
- Komunisme + sosialisme
- Nasionalisme
sebagai helah dan isu untuk menjatuhkan ajaran Islam.

Umat Islam sendiri hendaknya:
1. Hanya mengerjakan yg bermanfaat (dunia-akhirat). Seimbangkan dunia dan akhirat. Ingatlah tujuan kita adalah akhirat bukan dunia yang dicari
2. Try kembali kepada ALLAH SWT (time musibah cubalah dekat diri kita dengan ALLAH )
3. Jangan terlalu rendah diri. Yakinlah bahwa kita setara dg orang2 barat…tapi tentunya tidak sekadar ucapan belaka mesti dengan perbuatan
4. Jika ada musibah, jangan cari kambing hitam…tapi hendaklah berserah pada ALLAH SWT. Pandang optimis ke masa depan, jangan terpaku ke masa lalu.
5. jangan syirik pada ALLAH. Isilah masa lapang dengan membuat kerja yang faedah.

3 comments:

Anonymous said...

assalamu'alaikum..
wabah ghazawulfikri saat ini memang bagitu hebat menyerang..
terus berjuang..tetap semangat

qamarunnajmi said...

syukran..
naseb baik didedhkn dengan tajuk ini..
memg hebat..itulah cara org2 yahudi mengkucar kacirkan islam

Anonymous said...

salam
teruk gak yer serangan ghazwul fikri..
kdg2 kiter blaja jerk..xtaw per pown sal nie..
daif nyer terasa