bismillah

Monday, February 23, 2009

LIBERALKAH KITA??



Tajuk yang agak menarik untuk dibahaskan. Tidak tahu mengapa mahu dibahaskan. Mungkin disebabkan hati yang menginginkan atau sekadar pendapat sahaja atau pengaruh alam sekitar(ada ke patut). Yang penting sekali ingin menjawab persoalan yang dikemukakan oleh salah seorang sahabat yang merupakan klasmate ana. Terpulang pada anda untuk menilai sejauh mana kebenaran dalam SISTER IN ISLAM yang merupakan salah satu propoganda yang dicipta sendiri oleh puak-puak materialisme-humanisme Pakatan Kristian-Yahudi Zionis (PKYZ).

Cuba anda perhatikan,kebanyakan yang terpengaruh dengan ideologi ini merupakan para intelektual, ahli perniagaan dan ahli2 politik. Kenpa boleh bergitu? Ini disebabkan mereka selalu mengambil peluang terhadap keterbukaan pemikir-ulama Islam seperti Fazlur Rahman, Musthafa al-Sibai dan Ismail al-Faruqi atau membasuh pemikiran pemikir-ulama mengaku Islam seperti Amina Wadud dan Muhamad Arkoun agar tunduk kepada kehendak akal-nafsu dan materialisme-humanisme Pakatan Kristian-Yahudi Zionis (PKYZ). Cukuplah dengan apa yang mereka buat tapi mereka lupa akan sejarah tamadun islam. mereka lupa sejarah perang salib.

Sekarang apa yang terjadi di malaysia, liberal telah menular di malaysia. Anda nak tahu siapa yang menjadi dalangnya? Tetapi yang menghairan kan kita kerajaan malaysia menyokong 100% terhadap program yang dianjurkan oleh sister in islam. Tajuk yang dibahaskan cukup menarik perhatian para HAWA. mana tidaknya isu poligami yang dibenci oleh kaum HAWA dibahaskan menyatakan dimana hak2 wanita dalam situasi seperti itu. Pembahagian harta pusaka,hak2 perempuan ditindas, talak ditangan lelaki dan sebagainya. Para intelektual mulai menyetujui dengan ideologi yang dibawa oleh JIL secara halus dengan menolak alquran secara halus,tidak pedulikan hadith2,pendapat ulama dan qias. TETAPI mereka lebih menyukai mendengar pendapat dan hujahan dari teori darwin (mengatakan human is BERUK ),teori Charles Kurzman hujah Muhamad Akaoun, Ali Abdul Razak dan Sir Ahmad Khan. Mereka mahu ulama mengkaji semula intisari ayat alquran dengan alasan para2 ulama dahulu mentafsirnya terlalu kuno dan tidak masuk akal. Mereka mahu Al Quran ditafsir semula dan diberi nafas baru agar sesuai dengan perubahan zaman yang berkiblat ke arah Barat. Hujah ulama Islam dianggap konservatif dan jumud tetapi mereka bersorak gembira jika ada ulama memenangkan idea mereka. Adakah anda suka mendengar slogan yang diadakan oleh pihak JIL seperti islam HADHARI, islam sivil, islam madani, islam progresif (jika tidak silap) mengatakan islam seperti itu adalah syumul untuk anda dan suitable digunakan pada zaman sekarang. Solat pun mereka tidak utama kan ekoran sibuk jaga tepi kain orang inikan nak jaga islam, memecah belahkan islam dengan mengatakan dimanakah HAK PEREMPUAN. anda lupakah surah an-nisa yang diturunkan oleh ALLAH. Banyak kelebihan perempuan dalam surah an-nisa. TETAPI anda lah anai2 yang merosak kebahagian wanita dengan mempertikaikan kedudukan wanita,status wanita pada zaman sekarang. Kalau mereka ikhlas mahu membantu wanita,mahu memperjuangkan hak2 wanita kenapa perlu menyokong idea2 melariskan kebaya sempit, tidak menutup aurat, mempertikaikan hukum2 hudud yang telah termaktub dalam al-quran.

Tapi yang menhairankan saya adalah, suati ketika dahulu di peringkat NGO, mereka menghantar wakil dengan memberi sokongan dalam pemberian SUNTIKAN DADAH SECARA PERCUMA, BERKEMPEN MENCEGAHI AIDS dengan memekai KONDOM. jelaslah mereka ini bangang (maaf perkatan yang kurang baik), umpama mereka mencuci berak dengan air kencing atau mengajar ikan berjalan. Bukan kita meragui keikhlasan mereka memperjuangkan hak2 wanita tetapi haruslah berwaspada. Mhukah kita seperti negara jiran indonesia dimana hampir seluruh kawasan ditakhluki oleh JIL seperti himpunan mahasiswa islam (HMI) muhammadiyah dan sebagainya. DI universiti saya juga telah ditular oleh ular2 yang berbisa (JIL) dengan mengajar silabus yang telah diatur oleh pihak2 berkenaan. Mana tidaknya kami diajar falasafah dan teori2 berkaitan kewujudan manusia dengan teori darwin dan falsafah barat. Kenapa hanya sedikit ayat alquran dibincangkan. Dan yang saya pelik keputusan atau conclusion nya islam diletakkan paling bawah. Sedarkah kita jika tidak praktikn islam dari mula,tidak mengamalkan sunnah rasullullah nescaya runtuhlah empayar2 islam. Bukan disebabkan alam sekitar,bukan disebabkan pengaruh ekosistem (mungkin sedikit sahaja mempengaruh) tetapi ingatlah hanya akidah penyelamat iman umpama akar jika disiram air maka akan berbuah pohonnya.

Oleh kerana mereka melihat wanita selalu ditindas oleh lelaki maka JIL memainkan peranan dalam memujuk rayu dalam erti kata yang lain tunjuk muka mimik kasihan terhadap wanita yang teraniyai. Mereka cuba menghiburkan wanita2 dengan mengadakan hiburan, kempen membuka aurat yang terbaru WANITA HARI INI telah menjemput seorang penceramah yang membuka aurat untuk membahaskan kedudukan wanita dalam sudut islam dan mempromotekan sister in islam di mata masyarakat. Mereka mahu wanita dan lelaki setaraf dan dijadikan pesaing utama dalam kerjaya. Mak wujudlah golongan amina wudud iaitu golongan yang agak egoisme feminisme yang melanggar batas2 syariat. Ada ke patut dalam program tersebut yang merasmikannya tidak lain tidak bukan dato sri syahrizat yang menyokong ideologi tersebut dan disertakan pembentang kertas kerja adalah amina wudud. Mengapa tidak ramai orang yang membantah program tersebut? dan yang terbaru SIS telah menolak keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan amalan senaman yoga kerana tiada sebarang bukti dikemukakan. Mereka memberi alasan bahawa YOGA seperti senaman untuk menyihatkan tubuh badan. Tiada sebab untuk mengharamkannya. Jelas sekali mereka mahu menunjukkan ketidakpakaran mereka dalam membela wanita.

Siapa dalang dan membiyai SIS??Apa yang saya tahu, program yang dianjurkan oleh SIS dibiayai sepenuhnya oleh kekuatan yahudi yang bertopeng badan kemasyarakatan, pendidikan, kesihatan dan kebajikan.Selain itu, rancangan hiburan tertentu juga dianjur oleh pemuka JIL. contoh program ynag dianjur oleh JLI ialah Rancangan 3R di wujudkan di beberapa negara seperti Malaysia dan Filipina. Di Malaysia ia diurus-seliakan oleh Marina Mahathir yang mempunyai banyak penajanya. Pengacara rancangan ini diberi biasiswa oleh Yayasan Chevening untuk belajar di Kolej Goldmiths [pendokong Yahudi]. Rancangan ini bertujuan merosak akhlak remaja Islam dengan penerapan budaya popular daripada Barat. Paling menarik, Marina Mahathir bercakap umpama ustazah dalam The Star bertarikh 5 Mac 2005 tentang pembelaan Jeslina Hashim yang ‘berbogel’ di the Zouk. Majlis AIDS Malaysia di bawah pimpinan Marina juga berkempen menghalalkan penggunaan kondom dan penagihan dadah serta menyokong penghapusan undang-undang moral (dipetik dari paper). Turut menyokong adalah Nori Abdullah Ahmad Badawi (anak PM, menantunya bakal Ketua Pemuda UMNO) melalui SIS. Semua itu telah terbukti. Yang bathil tetap bathil. Jangan umpama menyorok gajah dibelakang semut.

Dan yang paling mengherankan saya, pengasas SIS iaitu aminah wudud telah menggemparkan seluruh dunia dengan mengimamkan solat jumaat bersama2 lelaki. Adakah itu satu simbolik dimana mengisytiharkan JIL dalam keadaan yang hak atau mengisytiharkan perang dalam bentuk ideologi terhadap ulama2 islam atau itu semua memang telah ditakdirkan. WALLAHUALAM..hanya ALLAH yang mengetahuinya. Bukan meragui keikhlasan mereka untuk menolong wanita tetapi ideologi mereka nampaknya kelihatan mahu menghancurakn umat islam. Program2 dimalaysia yang dianjurkan SIS banyak membuktikan bahawa SIS melanggar syariat islam dam mencetuskan perbalahan antara kaum wanita dan lelaki. Sama2 kita renungkan.






p/s: SEKADAR PANDANGAN SAHAJA. jom martabatkan islam dengan mempamerkan nilai islam. JOM BERKEMPEN IKHTILAT SIFAR yang dianjurkan oleh ifest BADAR cawangan medan. JOM BERKEMPEN.. hidupkan nilai2 islam yang ada pada wanita. WANITA IZ DE BEZ.. ayok hargai wanita..

2 comments:

Wan Suhafifi Sukri said...

Artikel yang bagus.. membuka minda dan mata akan hadirnya anasir-anasir yang sentiasa mencari peluang untuk menghancurkan Islam secara halus di negara yang kita cintai. Kiblat perjuangan SIS bukanlah Allah dan Rasul, melainkan mereka ini adalah tali barut kepada taghut yang berkiblatkan ideologi SEKULAR yang pastinya jauh dari nilai2 ISlam. Amat memalukan sebuah negara yang kononnya pemimpin2nya ingin membawa Islam telah membenarkan penganjuran persidangan sebegini rupa. Dimanakah ISLAM yang dikatakan sebagai agama rasmi di dalam Perlembagaan Malaysia?? Al-Quran dan sunnah diketepikan, pandangan ulama' dipandang hina, malah yang diangkat adalah pendapat2 golongan yang sesat. "Liberalkah Kita??".. mungkin YA, mungkin TIDAK.. kembalilah memeriksa diri masing2, kita berada di sebelah perjuangan yang mana.. jika jalan pikir dan perjuangan anda seperti SIS, JIL, HMI, dan sahabat2nya, maka tidak lain anda perlu menjawab YA sebagai jawapannya..tetapi jika Al-Quran & sunnah Rasul sebagai prinsip perjuangan anda, para ulama' sebagai pemimpin dan rujukan anda, penegakan syariat ISlam adalah matlamat perjuangan anda, jihad adalah jalan juang anda, dan REDHA ALLAH yang anda harapkan, bukan redha manusia, maka anda adalah manusia yang beruntung dan berhak menjawab TIDAK untuk soalan di atas. Malah anda adalah MUSLIM sejati, yang tetap menjaga akidahmu dari kesesatan yang nyata, di kala musuh2 Allah terus berusaha menerjah dari pelbagai arah demi melihat KEIMANANmu dinodai. Bangkitlah sahabat2ku, kembalilah kepada ISLAM, dan bergabunglah dalam perjuangan menegakkan ISLAM sebagai penyambung mata rantai perjuanagn Rasulullah SAW. Janganlah gentar dan jangan takut, teguhkanlah langkah2 mu, dan persiapkanlah segala kekuatanmu.. Allah pasti bersama-sama kita. Wallahu'alam.


p/s: Jagan lupa datang progam i-FEST BADAR. Memang mantap la. Gempak woo.

qamarunnajmi said...

to wan suhafifi

syukran atas pandangan..(panjang nyer..)kalu kiter xalert pada keadaan politik dinegara kiter saper lagi..xalert maka sekular namer nyer..per2 pown syukran atas input yang diberi..marilah kiter sambung kembali rantai2 perjuangan rasulullah..

p/s: ngah blur n culture shock ngan keadaan dikampus usu nie..cam ner ler dorang boley terpedaya ngan ideologi sedemikian.."iman xboley diwarisi"..wallahualam