bismillah

Wednesday, March 18, 2009

renungan sebentar..(no title)


Kuteruskan langkahku menuju ke alam dakyah yang penuh dengan onak duri.Ana terhenti sejenak apabila tidak semena-menanya ana teringat kata-kata ustaz yang merupakan murabbi ana ketika di alam matrikulasi."sekarang para pendakwah terutama pendakwah muda memilih bulu,takut pada jihad,bila dengar sahaja ISA lintang pukang lari sebab takut kene buang kolej.Dulu waktu kami muda-muda di alam kampus,pelajar dengan pensyarah macam anak beranak.Kalau sibapa tu kene teruk belasah dengan ISA sianak lari pecut seratus meter selamatkan bapa.Biar sama-sama kene belasah.Sekarang ni nak tengok pelajar dengan pensyarah berjalan sama pun payah.Zaman dah berubah atau semangat anak muda kita makin luntur??".Persoalan yang diulang-ulang membangkitkan kemarahan para pemuda islam jika mendengarnya.Marah ke?siapa makan cili dia terasa pedas.Tepuk dada tanya iman.

teringat keluhan dan perlian dari seorang sahabat kepada ana:

"aku ni ilmu agama kurang, macam mana nak dakwah kat orang negara orang lak"
"dah lah aku ni pendiam, tak rajin nak tegur-tegur orang"
"Rajinnya kau buat kerja dakwah, aku ni tak mampu nak buat macam tu busy katakan"

Erkk..Tersentak dengan ayat yang terkeluar dari mulutnya.Tapi tidak mengapa.Telingaku sudah lali dengar perkatan itu.Yang selalu ana terdengar ialah keluhan mereka yang mengatakan ilmu di dada tak cukup, susah nak dakwah kat orang. thats right.Bukan semua orang lahir dari keluarga yang islamik.Tapi percayalah sesungguhnya hidayah itu milik ALLAH.Ada di antara kita mungkin sehari dua ini baru mula mengenal Islam secara menyeluruh.Teringat seorang senior KMPh kak wahyuni iaitu nama dahulu beliau Kerk Siau Ping(kak mintak izin ya paparkan nama).Sebenarnya tidak pernah bersua dengan kak wahyuni tapi cukup lah sekadar mendengar dari cerita para sahabatku.Kak wahyuni seorang penghijrah iaitu mualaf.Walaupun beliau mualaf ana rasa kan beliau cukup faham istilah dakwah malah lebih mengetahui dari orang yang sudah fitrah semula jadinya islam.Terasa pulak sebab kita yang dilahirkan mempunyai fikrah islam pun tidak cukup lagi membuktikan malah kadang-kadang kita sering merungut beban dakwah yang disandarkan pada kita.Walaupun, bergelar Muslimah baru beberapa bulan tetapi Kak Wahyuni sanggup memikul tugas berda’wah, cuba memberikan tunjuk ajar yang sebaiknya ketika itu.Ana yang agak baru mengenali erti perjuangan dalam dakwah pun terasa berat memikulnya ibarat besi 100KG menghimpit ana.Tapi kagum dengan semangat kak wahyuni yang sanggup memikulnya tanpa sekelumit rasa mengeluhnya.Boleh kukira berapa orang seperti kak wahyuni.

Lari dah tajuk.Berbalik dialog di atas,kalau rasa tidak mampu bawa dakwah,tidak perlulah memikulnya lagi.dah tahu sakit(tidak cukup ilmu) cepat-cepatlah cari penawar,jangan sakit dibiarkan sahaja.Just only topupkan ilmu dengan mambaca buku-buku,artikel-artikel,balik malaysia pergi kelas pengajian agama seperti baitul qura' ke?Anehnya, golongan yang selalu 'whining' mengatakan mereka tidak cukup ilmu agama ini,novel cinta tidak lekang dari genggaman mereka,masa yang ada diperuntukan untuk menonton drama korea.Pelikkan?lainlah kalau buku-buku agama yang ada dalam genggaman setiap masa agar ilmu berkenaan sesuatu cabang dalam Islam itu semakin mantap.Dah kata ilmu tidak cukup.Bila masa nak tambah ilmu lagi? Tapi lain pula jadinya. Sakit yang lama tidak diubati, malahan ubat lain pula yang dibeli. Parah ni. Mungkin diFK ada rumus sedemikian. Dan lebih pelik, golongan ini masih terus mengeluh dan meraung kesakitan dari penyakit lamanya yang tidak diubati. Ubat yang dicadangkan masih lagi tidak dibeli.

"Barangsiapa daripada kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dicegah dengan tangan (kuasa), seandainya tidak mampu, maka hendaklah dicegah dengan lidah (kata-kata), seandainya tidak mampu hendaklah dicegah dengan hati (tidak meredhai kemungkaran tersebut), maka yang demikian itu (mencegah dengan hati) adalah selemah-lemah iman"

"Sampaikan dariku walau satu ayat"

Lafaz-lafaz yang digunakan oleh Rasulullah dalam hadith-hadith ini adalah lafaz perintah umum kepada semua, maka sudah tentulah kewajipannya untuk semua orang termasuklah budak "berkapal",orang tua,orang muda,pengemis,dan student.

tapi agak terkilan dengan segelintir sahabat diluar sana yang terlibat dalam kerja dakwah ini,ada kesedaran dalam berdakwah.Sudah mula kerja-kerka dakwah tapi still mengeluh tentang mutu dakwah (terasa lak). Ya, kita memang sentiasa inginkan agar dakwah kita bukan setakat melepaskan batuk di tangga. Kita inginkan agar dakwah kita terkesan dalam hati orang yang didakwahkan. Kita inginkan agar dakwah kita efektif,dengan cara kita. Tapi sejauh manakah usaha kita untuk menjadikan dakwah kita efektif kalau yang kita mampu hanya mengeluh sepanjang jalan dakwah?dan kita hanya mengharapkan idea orang lain tanpa kita mengeluarkan idea kita sendiri.Jika dakwah yang kita jalankan gagal,adakah anda akan salahkan orang lain.?.?Cuba anda nyanyikan lagu oh bangau


Bangau oh bangau,kenapa engkau kurus?
Macam-mana aku tak kurus,
ikan tak mahu timbul.

ikan oh ikan.kenapa kau xmahu timbul,
macam mana aku xmahu
timbul
rumput panjag sangat

Rumput oh rumput,kenapa engkau panjang?
Macam-mana aku tak panjang,
kerbau tak makan aku.

Kerbau oh kerbau,kenapa tak makan rumput?
Macam-mana aku nak makan,
perut aku sakit.

Perut oh perut,kenapa engkau sakit?
Macam-mana aku tak sakit,
makan nasi mentah.

Nasi oh nasi,kenapa engkau mentah?
Macam-mana aku tak mentah,
api tak mahu menyala.

Api oh api,kenapa engkau tak mahu menyala?
Macam-mana aku nak
menyala,
kayu api basah.

Kayu oh kayu,kenapa engkau basah?
Macam-mana aku tak basah,
hujan timpa aku.

Hujan oh hujan,kenapa timpa kayu?
Macam-mana aku tak timpa,katak panggil aku.
Katak oh ka
tak,
kenapa panggil hujan?

Macam-mana aku tak panggil,
ular nak makan aku.
Ular nak makan aku.

Ular oh ular,
kenapa nak makan katak?

Macam-mana aku tak makan,
memang makanan aku.
Memang makanan aku……

masih nak salahkan ular lagi.Memang makanan dia.Macam itulah kehidupan kita dalam kehidupan berdakwah.Tidak boleh nak salahkan orang lain.Sebaliknya muhasabah balik.Ambil yang jernih jangan buang yang keruh tapi jadikan ia satu pengajaran buat kita.Teringat nasihat seorang sahabat tentang 2 perkara yang kita mesti lupa:
  • lupakan kebaikan kita pada orang lain.
  • lupakan kepahitan yang orang berikan pada kita.
2 perkara yang kita mesti ingat:
  • ingat kebaikan orang pada kita
  • ingat kepahitan yang kita beri pada orang itu

Endingnya,kalau sikap kita tak peramah, ringan-ringankanlah mulut agar lebih peramah dan mesra rakyat. Kalau malas keluar rumah ziarah, rajin-rajinkanlah diri bergerak ke rumah-rumah sahabat untuk mengukuhkan silaturrahim. Rajin-rajinkanlah pergi usrah.Whining won't take you anywhere. Ia tidak membawa anda ke mana-mana apatah lagi memantapkan usaha dakwah anda. Bahkan ia akan memundurkan usaha dakwah anda di samping membuang masa. Islam ini disebarkan dengan kerja, kerja, kerja tanpa noktah.Tapi jangan letakkan kesibukan anda dalam kerja dakwah sebagai punca anda gagal menjadi pelajar cemerlang. Istiqamah selalu.Tinggalkan rintihan dan keluhan anda.Mari kita sama-sama memantapkan jalan kerja dakwah kita demi islam tercinta.

p/s 1:Dalam proses menyebarkan dakwah secara berperingkat-peringkat.Sasaranku adalah golongan yang tertindas yaitu orang gaji. Tapi terbalik pula dulu orang berdakwah ketuk pintu rumah untuk sebarkan dakwah,tapi dalam kes ana lak bibik tu lak ketuk pintu nak suruh ajar ngaji.YA ALLAH lekanya aku dalam melaksanakan amanahmu.Sesungguhnya manusia sering kelupaan.T0 my anak usrah harap ukhwah kita saling berantai2 dan berikat2 dan bersimpul2.


p/s 2 :nak sebarkan dakwah,amar makruf nahi mungkar kat mereka tidak boleh secara paksa.Ajaklah mereka dengan senyuman bukan paksaan.Contohilah akhlak RASULULLAH ketika dibaling dengan batu BAGINDA mampu tersenyum dan tersenyum. Islam tidak mengajar paksaan tapi diajar kelembutan dalam tegas bila berdakwah. Doaknlah mereka agar dikurniakan hidayah taufik oleh ALLAH. Kita sebagai kawan/sahabat hanya mampu berdoa dalam tangisan embun.

p/s 3:aku nak promote silat merpati putih kat sini.Saper rase nak join tinggalkan komen anda.saper xnak join tinggal jejak je lah.Bagus saper yang ader lelah,sukar tido,maslah migrain. Tolong kak ekin promote sebab aku pun join skali..mase yang luang ni baiklah buat kerja yang berfaedah sikit..silat juga salh satu method yang digunakn untuk menjaga kesehatan. Gsatu nak madu pun boley pesan.boley ambil dulu bayar kemudian..25k rupiah saja..tolong promote tuk exco kebajikan PKPMI-CM..demi kesehatan umat islam..

2 comments:

Wan Suhafifi Sukri said...

Salam..
Artikel yg bagus krn menimbulkan kesedaran akan pentingnya menyeru kpd kebaikan n mencegah kemungkaran..

Ramai org menganggap dakwah ni mudah diungkapkan, namun susah dipraktekkakn..
tp actually, kte yang menyulitkan diri sendiri utk menyampaikan dakwah..
Mcm kaksau bagitau, senyum pun dikira dakwah, akhlak yg baik pun dikira dakwah, dpt result gempak pun dikira dakwah, jual madu pun dikira dakwah (same la org tlg promote madu..hehhe)..yg penting semuanya dpt mengajak org kembali kpd Allah. Org2 yg xnak berdakwah mungkin mereka salah persepsi ttg dakwah. So tugas kte utk membetulkan persepsi mereka.
Byk kaedah yg perlu dipelajari dlm berdakwah agar lebih efektif..bleh dipelajari slow2 seiring dgn usaha kte berdakwah.

p/s:
1) tq tlg promote madu..Hidup Sehat Dengan Madu, InsyaAllah.
2) Bagus la kaksau masuk silat, nnt bleh jd tok guru n bukak klas silat utk PKPMI.

qamarunnajmi said...

to wansuhafifi

tul2...actuali dakwah 2 pentg..
xkan nk tggu ilmu segunung everest br nk dakwah kt owunk..
syukran bg komen..