Tuesday, April 7, 2009

LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH


mampukah aku seperti siti khadijah
simbol isteri yang setia tanpa mengenali erti penat lelah
mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran islam
hartanya diperjuangkan ke fisabilillah
agungnya cinta kepada ALLAH dan rasullulah
menjadi penawar hati kekasih ALLAH
susah senang rela bersama..

aku ingin menjadi seperti siti aisyah
dapatkah aku mendidik jiwa sepertinya
zaujah rasulullah yang intelektual
pendorong kesusahan dan penderitaan
tiada sukar dilaksanakan..

bergenang air mataku..
merintih jiwa ragaku..
melihat pengorbanan puteri kesayangan rasullullah siti fatimah
akur dan wala pada setiap perintah abuyanya yang sentiasa berjuang
tanpa sedikit keluhan
tiada memiliki harta dunia
yang dimiliki budi pekerti yang sangat indah
pemuka segala wanita dan seorang wanita mithali
sebagai simbol dimensi wanita solehah
layaklah dia seorang wanita penghulu syurga

ketaka aku marah
inginku intip serpihan kesabaran
dari catatan hidup siti sarah

mampukah aku didik jiwaku tabah
setabah umi nabi ismail
menggendong bayinya yang masih merah
mencari setitik air sebagai penghilang dahaga
diterik padang pasir yang kebahangan
ditinggalkan suami akur tanpa bantah
hanya mengharap pertolongan dari ALLAH
itulah wanita siti hajar
mampukah aku menjadi wanita solehah
layakkah aku menjadi wanita mithali
mati dalam keagungan dan keunggulan iman
bersinar indah,harum tersebar
bagai wanginya pusara masyitah


posted by qamarunnajmi
medan,sumaterra utara indonesia

p/s: dah lama xmengupdate blog..kesibukan ibarat trafik jam menjadikan aku lebey matang dan aku jadikan ia sebagai tamrin dan tarbiyah untuk meniup semangat perjuangan...aku ingin seperti wanita diatas..berkorban demi keunggulan dan keagungan islam...

2 comments:

Wardatul Shaukah said...

best.. ini ada lagi 1..

Kerana aku tak sehebat Khadijah
yang begitu sempurna..

Kerana aku tak setabah Rabi'atul Adawiyah
yang begitu setia dalam sengsara..

Kerana aku jua,
tak sekuat dan seteguh Sarah..
apatah lagi secantik Balqis..

Malah kasihku jua
tak setulus Zulaikha..

Lalu bantulah aku ya Allah..
mencari jalan pulang ke sisiMu...

p/s: semoga menjadi mujahidah solehah... amin..

haikal faiz badrul said...

astargfirullahalazim..xsgke rmai owg islam yg da jaoh trpesong dr akidah,um..kte hye mmpu brdoa smoge kte dijaohkn dr prkre yg xdingini..morodi