Wednesday, April 8, 2009

nak jadi pemimpin??

Salam perjuangan.Kali ini nak mengupas sedikit pasal sifat-sifat yang perlu ada pada pemimpin dari buku golongan tercicir.Baru khatam petang tadi tapi alhamdulillah.Rasanya dah setahun buku tu dalam genggaman tapi mungkin itulah yang terbaik buat ana dari yang ESA.Oleh kerana baru-baru ini ana telah mengikuti kursus kepimpinan PKPMI-CM maka nak megulas sedikit sebanyak kehidupan pendakwah,pejuang dan pemimpin.Bak kata klasmate "Nabilah,pas nie boleh la jadi PM ke-7". Rasa bergetar hati apabila diusik demikian. Jadi exco PKPMI-CM pun banyak amanah tak selesai dilaksanakan. Bak kata ustaz fathi yakan "LETAKLAH SESEORANG DI TEMPAT YANG SESUAI". Bukan memenuhkan ruang jawatan itu dengan nama tetapi memenuhkan ruang itu dengan orang-orang yang berkebolehan.Jika perkara itu berlaku dengan meletakkan sesorang yang tidak sesuai di tempatnya maka akan menyebabkan kegagalan kerja (tugas) serta kerugian para 'amilin (pekerja da'wah).Kata-kata beliau banyak menyedarkan ana bahawa amanah yang dipikul bukan sekadar nama tetapi pelaksanaannya. Dan kita laksanakan bukan atas kepentingan diri kita,tetapi hendaklah bermatlamat hanya islam sahaja.Bertekad melakukan sesuatu perkara kerna ALLAH bukan ingin melihat kedudukan kita seperti mana firman ALLAH :

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahikan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang salih, dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".


Jadi,apa yang penting barisan pemimpin (qiyadah) atau barisan pejuang (junduliyyah) mestilah mengikuti tarbiyah walau sesibuk mana anda. If kita dalam keadaan yang buruk sekali,tarbiyah yang perlu diberi penekanan bukan sebaliknya. Sebab keperluan manusia kepada riayah dan kepada zikrullah (mengingati ALLAH) adalah lebih diperlukan dalam suasana demikian. Tarbiyah dzatiyah (diri sendiri) dahulu sebelum nak tarbiyah orang lain.

SIFAT-SIFAT YANG WAJIB ADA PADA PEMIMPIN:

  1. mengenali dakwah
    • seorang pemimpin mesti mengetahui dakwah secara kamilah berkaitan dengan pemikiran dakwahnya,arahan dan pentadbirannya
    • tanggungjawab pemimpin mesti sentiasa berhubung dengan barisan pendakwah (junud) untuk mengetahui masalah mereka serta mengetahui pemikiran mereka.Janganlah asyik mengeluarkan arahan kononnya kita lah arif dalam dakwah tetapi sebaliknya hendaklah bekerjasama dengan pihak junud
2. mengenali diri sendiri
    • engetahui setiap kelemahan dan berusha memperkuatkannya
    • mengenali sudut-sudut kekuatan dan berusha menggerakkan dan menyuburkannya
    • menerima pendapat orang (salamatussodri),jangan asyik menentang idea orang lain tapi idea kita pun tak keluar lagi.
    • mengenali banyak tokoh-tokoh pemimpin islam disamping itu mengetahui cara2 pimpinan mereka serta faktor kejayaan dan kegagalan mereka
3. mengambil berat ahli
    • perkara yang paling penting.Kebajikan orang lain terjaga tetapi kebajikan ahli pemimpin bawah kita tidak terjaga.So pemimpin haruslah mengetahui mereka dengan bersungguh bukan dengan ala kadar sahaja.Bekerjasama menyelesaikan masalah bukan sekadar melepas batuk ditangga dan kukuhkan kepercayaan mereka terhadap kita.Dengan itu barulah mantap gerak kerja kita tanpa sebarang masalah.
4.teladan yang baik
    • ahli selalu melihat pergerakan pemimpin dari atas kebawah.Sebab itulah pemimpin harus ada akhlak yang baik,aktif dan dalam erti kata yang lain setiap perbuatan memberi kesan yang mendalam terhadap ahli. Dalam firman ALLAH:
"sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu bagi orang2 yang mengharap rahmat ALLAH dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut nama ALLAH" surah al-ahzab:21


5. mempunyai pandangan yang mantap
    • kalau nak dapat kepercayaan ahli mesti tetap pendirian dan bertindak dengan segera dan tepat
    • jika pemimpin lembab dan lambat bertindak akan menyebabkan organisasi tersebut kucar-kacir,kurang kepercayaan,kurang berkesannya kepimpinan mereka dan kurang wala ahli pada pemimpin (amir)

So kesimpulannya adalah pemimpin harus lah mempunyai sifat2 yang boleh memimpin rakyat.Pimpinan adalah ketua rombongan dan kesannya adalah barisan adalah sangat mendalam. Jika ia mundur dan putus asa barisan pun akan mundur dan terputus.If ia maju ke hadapan menentang cabaran2,onak dan duri maka barisan mujahid (ahli pimpinan) akan melangkah ke hadapan dengan penuh semangat dan harapan.

2 comments:

Anak Pendang Sekeluarga said...

Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.” (Yusuf 12:108)”

Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya….dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

qamarunnajmi said...

to anak pendag

syukran menziarahi blog ana..
manfaatkan ilmu yang ada untuk saling berkongsi pendapat..
ahlan awsahlan to my blog..