Tuesday, April 7, 2009

rintangan pendakwah

Aku merenung kembali buku "golongan yang tercicir" oleh Tokoh penggerak islam Lubnan Ustaz Fathi Yakan. Renung dan terus merenung. Satu perasaan yang aneh menyelinap disanubari ku. Rasa bersalah kerna sudah lama tidak membuka buku itu . Kesibukan makin memburu aku. Puas ku berlari mengelaknya namun apakah daya aku pun manusia yang lemah dan tidak terdaya. Alhamdulillah masa yang singkat ni aku menggunakan untuk membaca dan mengulas sedikit tentang golongan tercicir karya fathi yakan.

Buku ini banyak mengupas tentang rintangan atau penghalang seorang dai'e untuk terus istiqamah dalam gerak kerja serta perjuangan dalam islam. Kalau kita perhatikan seakan-akan hakikat dalam senoria yang berlaku pada hari ini. Cara-cara mengatasi barah-barah yang kian menular di lubuk-lubuk hati dan diri pendakwah masa kini. Dan paling pasti buku itu umpama panduan dan menyediakan bahtera yang dapat menyelamat kita dari terus hanyut di lautan bergelora tanpa ada pautan dimana hilang arah tujuan untuk kembali ke dataran yang selamat.

Jika diselusuri 5 rintangan dalam kehidupan pendakwah,mukmin yang dengki,munafik yang sentiasa membencinya,kafir yang sentiasa memeranginya,syaitan yang menghasutdan nafsu yang menguasai,dilihat dalam aspek kehidupan hari ini. Dan dapat disimpulkan halangan-halangan yang memblok kebangkitan pendakwah adalah kebanyakan berpunca daripada masalah dalaman sendiri di samping tidak menafikan halangan golongan munafik dan kafir yang bertungkus-lumus menyusun strategik untuk terus menghapuskan islam.

Kondisi kita di malaysia tidak banyak berhadapan dengan konspirasi musuh kafir seperti pernah dihadapi oleh tokoh-tokoh gerakan islam, Assyahid Hassan Al-banna yang ditembak syahid,1949 semata-mata untuk membangkitkan kesedaran islam,ulama¢ ulung, Abdul Qadir ¡Audah diseret ke tali gantung,tokoh pemikir islam,Syed Qutb dihukum bunuh dengan fitnah ke atas Syed Qutb dan banyak lagi yang cukup membuktikan zalimnya tentangan kafir ke atas pejuang-pejuang Islam.

Sirah membuktikan kisah habil dan qabil,permusuhan dan pertelingkahan timbul akibat wujudnya buah-buah hasad,iri hati,busuk hati walaupun dalam satu keluarga sendiri.Tidak mustahil, mandomnya sebuah jemaah,runtuhnya sebuah kesatuan adalah adanya golongan api dalam sekam dalam jemaah itu sendiri.Golongan mu¢min yang dengki cukup membahayakan, method dan strategi dibocorkan sesuka hati seperti kisah Wan Norhayati yang telah membawa impak yang besar kepada jemaah di seluruh kampus. Akibatnya kita semakin ditekan oleh golongan munafiq yang sentiasa mencari peluang mencari kesalahan,bukti dan cara untuk melenyapkan kita.Apatah lagi kafir dengan penuh zalimnya memerangi islam di negara-negara islam seluruh dunia.

Rintangan yang maha hebat melanda seorang da'ie adalah rintangan nafsunya sendiri.Apabila nafsu menguasai akal dan hati, segala kefahaman lenyap dan nafsu menjadi juara dalam pertandingan melahirkan golongan yang futur dan muttasaqit ini.Nafsu apabila disepadukan dengan bisikan syaitan,ikatan konkrit ini cukup untuk menumbangkan peserta lain dalam pertandingan ini.Jelas di sini, nafsu dan syaitan adalah initial, rencah utama melahirkan golongan mukmin yang hasad dan munafiq yang benci kepada kita rentetan dari golongan yang muttasaqit dan futur.

Da'ie perlu meletakkan kefahaman islam dan pejuangan di tempat teratas bukan dengan merajai nafsu.Da'ie perlu memiliki hati yang suci dan sihat,akal yang bersih dan jelas dan akhlak yang lurus dengan kesedaran. Check and balance kembali hati kita adakah hati kita masih hidup atau sudah mati.Hati yang masih hidup, ia masih boleh bergetar apabila terdengar alunan Kalamullah, zikrullah.Tiada ertinya jika da'ie tidak ¡abid dan berjiwa rabbani walaupun ilmu setinggi gunung.Wallahua'lam.



sumber: buku golongan tercicir fathi yakan,web site cahaya lauzaie,web site resam padi dan sewaktunya..

No comments: