Thursday, October 29, 2009

kenangan

"Kenangan Manis Kau dan Aku
Takkan Terhapus
Duri Ranjau Dalam Bercinta
Lumrah Dunia

Sayang Menyayang".........

Jiwang-jiwang. Haiya begini la kehidupan bebudak zaman sekarang. Alangkah cinta itu boleh dijual beli. Kaya gak kalau macam tu. Mengarut-mengarut.

Sudah hampir 2 tahun aku di sini. Terus terang cakap aku dah jatuh cinta pada negara ini seakan-akan lupa akan negara sendiri. Bukan apa mungkin aku sedang leka dengan kemesraan rakyat disini, kesopanan mereka yang ikhlas walau dulu aku agak anti orang disini. Ya sangat anti, sejak aku bergaduh dengan pak beca gara-gara harga yang tidak berpatutan . Aku ingat kata-kata dia "MALINGsia sungguh kata-kata kamu". Siapa yang tidak angin kalau kita berlembut-lembut dengan mereka tapi dia macam buat "taik" kat kita. Cuma aku balas "mudah-mudahan ALLAH berkati rezeki kamu". Hati aku dah berdetik jangan dia serang aku sudah. Beg dan henset aku pegang erat-erat. Gerun-gerun bila memikirkan semua itu. Tapi kejadian itu sudah berlalu.tak nak dah ingat bende-benda alah itu. Ada sorang pak beca yang aku tabik spring la kat dia. Baik sesangat kat kami orang.Dia suruh kami simpan henset dalam poket la, dia suh kami jangan renung mata orang la,nak naik beca baca itu la inila. ye2. Kami tahu itu pak. "sudah tahu kenapa nggak buat". so anggapan kita orang kat orang disini makin pulih ke arah bersangka baik.Tak kenal maka tak cinta. So buat apa la nak main ganyang-ganyang, main pondok-pondok lagi bagus. "Kita kan serumpunnnn.." kata pak beca tu. Betul-betul.

banyak kenangan aku kat sini. kalau diingatkan macam kelakar lak.satu kenangan yang aku tak pernah lupa.malu gila. Tapi nak cerita gak. Masa tu first sem lagi. Nak dekat raya. Al-maklumlah tak dapat balik beraya kat rumah so raya lah kat sini. Kat rumah kost semua orang balik kampung if cina pun. Haiya!!. Aku pun xbalik. So takut la duk rumah sorang-sorang. Jadi tidur rumah wani. Wani ni selalu jadi mangsa aku kalau ada apa-apa. Bila tyme kat rumah wani. Hati tak sedap sebab kes kecurian sering berlaku kat rumah tu. Dah le bibik tinggal sorang, sian lak kalau tinggalkan dia. So balik la. Tyme tu tak silap dah jam 12. Aku melewati lorong yang sangat sempit dan gelap. Pecut 100m. Watson nyambek pun kalah. alhamdulillah sangat-sangat aku selamat. Menarik nafas dengan lega. Jadi aku pun menyeluk poket nak kuarkan kunci. Kunci tadak.. Aisey tinggal rumah wani. Abes aku nak tido mana. Sejam aku memikirnya kat situ macam penyangak dah.hampir jam 1pagi dah aku memikirnya. Panjat pagar tak berjaya. panjat bumbung tak berjaya. badan pun dah penuh luka. enset pulak mati. At least aku dengan tak tahu malu mengetuk jiran sebelah yang aku tak kenal langsung. "bu bisa tidur semalam dirumah ibu. soalnya kunci nggak ada tuk masuk kerumah". Broken gila ayat indonesia. Ibu tu pun terkebil-kebil ."masuk-masuk" lama sungguh memberi jawapan. Aku dah kesejukan kat luar tu. Muka tak tahu malu masuk kebilik. Pastu cakap kat ibu tu "bu terima kasih ya moga ALLAH membalas jasa ibu". Yela xkenal, cakap indon pun baru belajar. so masuk bilik,tarik selimut terus tido. Naseb baek ibu tu sporting. "Besok sahur ibu kejutkan ya". mekasih ibu. Kalau tiada ibu tak tahu la saya nak tido kat mana, aku menolog dalam hati. Rumah kat sekeliling semua dah balik kampung. haiyaa....seb bek la ibu ada.

Kenangan-kenangan. Terasa lucu lak memikirkan. Tadi azi kol "jom makan KFC". Aku baru baik demam ni jawab "jauhnya tak larat la sok jela". akibat menolak rezki maka aku kelaparan yang teramat. Maka aku mengambil tudung nak beli nasi kat depan dengan gagahnya. Jalan yang tidak tahu arah, tangan aku menggatal mengangkat menahan angkut. Dalam angkut ku memikir "nak pergi mana sebenarnya ni..bukan nak pergi beli nasi ke kat depan pintu4". erkkkk.. Ngeri sungguh dengan kelakuanku. "pinggir pak". Kat mana aku sekarang ni. Arghhhhh. Aku ngah pening ni. Da le baru baik demam. Maka aku pergi jerk beli nasi apa ntah pas2 aku balik dengan keadaan yang tidak keharuan. So nak simpulkan "jangan pergi sorang2" dalam kedaan yang tidak betul (bengong). Hu2


gambar bebudak

tyme nie masa bukak pose ngan budak indonesia


tyme nie ngah menemani azi beli barang sebb nak blik mesia


mkn lagi..memang hobi kami makan..smbil 2 wat usrah

hobi kami adalah makan..har..ha
tema kami pada hari ini : pink...sehati dan sejiwa..inilah house8 yang agak satu kepala..tudung yg aku paki bukn alas meja...


p/s: xde pesanan

No comments: