Thursday, January 22, 2009

muslimah dan gambarnya


> Muslimah & Gambar.. Di mana salahnya..?
> Kadangkala,
> tika diri ini menenangkan minda dari memikir2 perkara yg rumit ataupon
> merehatkan minda dari kerja rumah yg melelahkan, terlihat lah akan
> individu2 yg menyatakan diri mereka Muslimah meletakkan ganbar2 mereka
> pada page2 mereka.. tidak kiralah samada di Friendster, Myspace,
> mahupon blog sekalipun.. tidak lupa juga bg mereka yg menggunakan ym
> sebagai medium perhubungan. .. terbit rasa hairan di dalam hati ini..
> dimanakah perginya rasa segan mereka..? tiadakah terbit rasa malu di
> hati mereka..?
>
>
>
> ADA APA DENGAN GAMBAR..??
>
> Baiklah...
> ana rase mungkin ramai yg membaca perkara ini merasa pelik..? Mungkin
> juga masing2 sudah memasang ayat bagaimana mahu melawan apa yang ana
> taipkan selepas ini.. ana amatlah berharap antunna (khususnya) semua
> membuka pintu hati masing2 dan bersedia untuk menerima apa yg ana mahu
> perkatakan selepas ini...
>
> ana mulakan dengan persoalan..
> Perlukah diupload gambar untuk totonan umum..? Mengapa..??
> 1.Supaya orang yg x kenal aku pon boleh kenal aku.
> 2.Supaya orang yg dh kenal aku boleh melihat aku selalu.
> 3.Supaya friendster aku jd kunjungan ramai...sbb ape..?
> dan byk lagi ana rase....
>
> jd.. di atas adalah sebahagian survey ana terhadap pemilik2
Friendster dan respon mereka...
>
>
> KERANA GAMBARMU ITU BEGITU BERHARGA
>
> Sedarlah
> wahai Muslimah... tidakkah kamu merasakan gambarmu itu sungguh
> berharga..? adakah kamu fikir wajahmu diciptakan semata2 untuk
> pandangan umum..??
> Tak salah rasanya jika ana mengatakan ramai yg
> bangga meletakkan gambar dgn niat mahu mempertontonkan kecantikan yg
> telah dikurniakan Allah kpdnya..
> Adakah kamu fikir kebarangkalian
> gambarmu itu dijadikan bahan bg Muslim meruntuhkan IMAN mereka..?
> Sanggupkah kamu dituduh sebagai peruntuh keimanan seorang Muslim..??
> Dikira 'beruntunglah' jika begitu.. tidak kurang juga yg hanya menjadi
> modal umpatan bg lelaki2 yg mengenali kamu..? Adakah kamu tahu apa yang
> mereka bualkan dibelakang kamu..? Jika kamu tahu, cuak kamu nk
> mengupload gambar kamu di alam maya ini..
>
> Diingatkanlah juga kpd kamu bahawa kemudahan sekarang semakin
canggih hari demi hari...
> Tidakkah
> kamu igt bahawa gambar2 di alam maya ini boleh di'save' dgn sng dgn
> hanya menekan bahagian kanan tetikus dan mengelik pd Save As sahaja
> boleh menjadikan gambarmu itu diabadikan di dlm komputer sang lelaki...
> Apa yang perlu dirisaukan sebenarnya bagi mereka yg mmg mahukan
> kecantikan mereka ditunjuk2..?
>
> INGAT..!! dengan kemudahan
> sekarang.. dgn mudah gambarmu itu di'edit' oleh mereka yg tidak
> bertanggungjwab dengan menggunakan Photoshop,Fireworks , dan lain2..
> Hanya dengan satu kesilapan sahaja, jangan terkejut jika gambarmu
> secara tiba2 terpampang besar pd skrin website yg tidak sepatutnya.. ..
> Adakah ketika itu kamu mampu lg berbangga..? Apa yg mampu anda lakukan
> ketika itu..?? Hanya merintih x tentu pasal sahaja atas kesilapan yg
> dilakukan olehmu sendiri...
> (jaga2..!! ana juga seorang yg boleh dikatakan mahir dlm adobe
photoshop ini.. hehehe...)
>
>
>
> MUSLIMAH DAN GAMBAR
>
> Perlu
> ana tekan kan di sini bahawa ana bukanlah musuh2 kamu semua, bukanlah
> mahu mengaibkan ataupon menghentam antunna semua.. tp ana adalah
> saudara seislam mu yg enggan melihat wajah2mu menjadi tontonan umum...
> tidak rela melihat mukamu dipaparkan sewenang2nya di alam maya..
> Meskipun antunna sudah lengkap menutup auratmu..
> namun tatkala fitnah mengundang, muka tetap dikategorikan sebagai
aurat ..
>
> Sanggupkah
> kamu dituduh sebagai peruntuh keimanan seorang lelaki..? Perosak
> ketaqwaan seorang Muslim..?? dan lebih teruk lg menjadi Anak Panah
> syaitan..??
>
> Ini semua bukanlah satu rekaan semata2... Sabda Nabi: Perempuan itu
boleh menjadi sebaik2 anak panah bg syaitan....( mafhum)
>
> Sedarlah
> muslimah/akhowat. . sudah tiba masanya antunna sedar bahawa wajahmu itu
> hanya Halal dilihat berkali2 oleh mereka yg btol2 layak sahaja.. tidak
> perlulah berbangga dgn apa ygtelah Allah anugerahkan kpdmu dgn
> menggunakanya sbgi Anak panah kpd syaitan..Na' uzubillah. .!! Jika kamu
> semua tetap tidak mahu membuang gambarmu dr alam maya ini dgn seribu
> satu alasan... hanya satu pesan ana... BERHATI2LAH. ..!!
>
>
> *secara
> jujurnya ini bukanlah artikel pertama yg berkaitan tntg bende nih.. ini
> hanyalah suatu kesimpulan dn pndpt tambahan ana hasil pengkajian tntg
> hukum mengupload gambar bg wanita... kerana perkra ini berkaitan dgn
> agama.. ana harap tiada siapa yg tidak berpuas hati dgn ana.. jika ade
> sebarang ketidak puas hatian boleh jer YM dgn ana... ataupon letak
> komen..insya allah dijawab sebaik mungkin.. jika kamu berada di pihak
> yg btol buat ape takut2..!! mari kemukakan hujah anda..*
>
> (Artikel
> ini sepatutnya lebih dirasai oleh bdk sekolah agama..(Al-Amin la
> tuh)...setelah perkara ini tersebar luas, ramai yg mendelete account
> Friendster mereka setelah mnyedari perkara ini.. jika mereka boleh,
> anda bila lagi..??)
>
> sumber : cetusanmindaseorang pemuda.blogspot. com

8 comments:

khaleef said...

huhuhuhu..nice artikel beb..
maseh cube nk baiki diri gak..
aiyark..
bkn sng nk jd bek ni..
tp xmustahil en..
insyallah~

Wan Suhafifi Sukri said...

mantap artikel ni. ana tak nafikan yang memang menjadi wanita memang menjadi perhatian para lelaki, apatah lagi ia sendiri yang mau dirinya dipertontonkan. maka hati2 lah daripada buaya2 darat yang byk berkeliaran di mana2 (ana mungkin salah seorangnya..heheh). Kalu gambar2 boleh di edit pakai mcm software yang ada hari ini, maka beringatlah juga kaum Adam, gambar anda juga mungkin menjadi mangsa keadaan. berhati2lah. hehe. last2 semua takut nak letak gambar. namun syariat tetap syariat..Maka peliharalah ia demi kebaikan mu.

qamarunnajmi said...

to wan suhafifi..
gulrp..
actuali ngah piki nk delete frenster kew xnk..
tpi depend pd niat kiter gak..
frenster juga satu bahn tuk sebrkn dakwah..
tggu smpi dpt hidayah rase nyer,..
tobat xnk letk gambr lagi..
timbulkn fitnh..fitnatul asyaddul minal qatl..
renungan tuk kiter bersama..

p/s..ramai gak sahabat ana dah delete frenster..ermm xrami yg sanggup wat cam 2..ana biler lagi yer???

qamarunnajmi said...

to khaleef..
sama2 kiter muhasabh blik..
ana pown try nk improve diri..
mudh2an di izinkn ALLAH..

Anonymous said...

ek..terasa tul artikel nie..
nk delete frenster ke xnak..
sama2 muhasabh diri

Nazrul Amar Husin said...

o'o ekk..betul tuh...wansu buaya darat? haha..x caye la..buaya air kut...hehe...gurau je.. =B

erm..tp betul la psl artikel nih, gud artikel...act, ramai dh tau psl ni, tp still buat...

prubahan...changes...perkare yg bkn mudah dilakukan tp tak mustahil.. ^^,

Nabi SAW pon didik + mantapkan sahabat 10 thn (if tak silap...dh lupe...hehe) utk mantapkan keimanan kan? ape lg kite ni umat akhir zaman... T_T

alkohol (arak) sndiri ade tahapnye sblm diharamkan 100%...

slow n steady...rocksteady...hehe

Srikandi said...

memang tak patut letakkan gambar di internet semata2 nak dipertontonkan dengan org ramai. kdg2 kita xsedar ia boleh mendatangkan fitnah. dan kita tak tahu camna hati lelaki bila memandang wajah kita dlm internet. mungkin gambar yg jauh ok sket kot tp kalau gambar yg besar, sampai biji2 kat muka kita pun nampak, bahaya.. dan xlayak dipertontonkan di khalayak umum. dulu, tini salah seorg yg suka nak show muka kat internet, tapi pas baca artikel ni, tini rasa betul dan sangat betul. sbnrnya dah baca dah artikel ni dulu :)

so, kita sebagai muslimah harus menjaga diri tak kira di mana. jangan sampai kaum Adam menjatuhkan pandangan mereka kepada kita. kerana salahnya berpunca dari diri kita sendiri..

wallahu 'alam..

p/s : nabila, xde pun artikel jemaah islam.. mana ek??

qamarunnajmi said...

to nazrul..

erk..no komen..
syukran ats nasiaht..
dalm proses membaiki diri

to srikandi

nabilah der publish..
tengok yer..