Monday, January 5, 2009

SERANGAN ISRAEL DI GAZA


berita yang diterima baru-baru ini amat mengejutkan ana. sekarang jumlah angka kematian meningkat sebanyak lebih dari 45o orang..kejadian tembak-menembak malam tadi menyaksikan puluhan pejuang hamas mati syahid..moga ALLAH menempatkan mereka di golongan orang beriman..menurut sumber yang diperolehi, israel turut menggerakkan puluhan ribu askar simpanan sementara jurucakap ketua tentera menyaatakan bahawa operasi di kawasan yang ditadbir HAMAS akan berterusan selama beberapa hari..bayangkan suasana di palestin yang diselubungi rasa takut..lebih menghayatkan lagi hati lebih 1.5 juta rakyat palestin menjadi lebih melarat kerna ramai yang berkurung di rumah disebabkan agensi kemanusian memberi amaran bahawa bekalan air, makanan n perubatan semakin menyusut..

kita berbalik pula pada isu obama barack..tanggal 20 januari 2009 obama barack akan memulakan tugas sebagai Presedin Amerika Syarikat..mula menghitung hari tetapi mengambil sikap membisu terhadap konflik terbaru membabitkan kekejaman zionis ke atas penduduk palestin..menurut sumber, obama akan terus memantau situasi di Gaza,konflik yang setakat ini meragut lebih 450 nyawa..bagaimanapun tindakan obama menimbulkan kemarahan dunia arab.. "ia permulaan suatu yang tidak baik", kata pemimpin HAMAS Khaled Meshaal..suatu yang pelik bagi kita sebab kenapa Obama boleh bersuara mengenai isu serangan mumbai tetapi tidak sepatah pun berkata mengenai rejim Israel..Adakah obama mengamalkan polisi berat sebelah seperti ini.

palestin dikelilingi oleh negara arab..yang menjadi persoalannya semua negara arab mengambil sikap berdiam diri..tetapi berlainan pulak negara yang bukan islam iaitu Perancis (menjadi negara erorah pertama) menyuarakan bantahan bila tentera israel mula memasuki Genting Gaza berbanding AS yang mengambil sikap berdiam diri..Bernard Kouchner (menteri luar perancis) berkata keputusan menghantar tentera darat menjadikan serangan udara akan menjadikan konflik itu bertambah buruk dan berbahaya..operasi ini juga merumitkan usaha antarabangsa untuk mewujudkan perjanjian damai di genting Gaza..perancis juga menagaskan Israel tiada hak untuk melancarkan serangan darat yang boleh mengancam orang awam..sementara presiden george W.Bush berkata Israel sengaja berbuat demekian untun mempertahankan diri..

Pemerintah Iran juga menyebut serangan darat Israel di Jalur Gaza adalah kesalahan strategi dan mengatakan Israel tidak akan pernah melenyapkan kelompok Hamas."Serangan darat oleh rezim Zionis (Israel) adalah satu kesalahan strategis dan tujuan untuk melenyapkan Hamas tidak akan dapat dicapai karena Hamas adalah satu bangsa dan satu bangsa tidak akan pernah dapat dimusnahkan," kata Menlu Iran Manouchehr Mottaki yang dikutip dalam satu percakapan telepon dengan beberapa sejawat Eropanya.

sekarang yang menjadi persoalan kita..dimanakah kedudukan malaysia sebagai negara islam dalam membantu rakyat palestin..menurut suatu sumber, indonesia yang merupakan negara islam terbesar menghantar 1000 orang rakyatnya untuk dijadikan mujahid disana..tetapi kita hanya merenung masa depan mereka tanpa berbuat sesuatu..jadi apa yang ana boleh simpulkan berkenaan suasana di palestin ialah..HAMAS dan FATAH patut bersatu demi keamanan rakyat palestin..tujuan ISRAEL menghentam palestin adalah untuk menghancurkan HAMAS.. seperti kata pemerintah iran HAMAS adalah suatu bangsa yang tidak dapat dimusnahkan..Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad juga menuduh bahwa "mereka yang memiliki hubungan terbuka dan rahasia kepentingan-kepentingan mereka pada Zionis (Israel) seharusnya tahu bahwa mereka akhirnya akan pergi bersama ke neraka."

p/s : pesanan ana kepada sahabat2..marilah kita bersolat hajat disertakan dengan qunut nazilah dan solat jenazah ghaib untuk pejuang2 palestin yang telah mati syahid..moga2 ALLAH menempatkan mereka di kalangan orang2 beriman.. berdoalah moga2 sikap para pemerintah negara arab membuat sesuatu dalam situasi ini seperti perancis..kita doakan juga moga2 obama barack mengambil tindakan terhadap tentera zionis..sama2lah kita doakan..ameen rabbal alamin...

2 comments:

nabihah said...

sekarang da dekat seribu lebih rakyat palestin mati akibat serangan di gaza.. sepatutnya kiter sesama saudara islam juga turut membantu.. barangan israel kiter kna boikot.. kod bar yang ader 9556 kat depan jgan dibeli.. wallahu hak..

qamarunnajmi said...

ek aku boikot taw..juz magi jerk terbeli..per nak wat buang membazir..juz kali nie berhati2..lets boikot israel nyer barang..megi,nestle,care4 n so on..
hidup islam..takbir..ALLAHUAKBAR..!!