Monday, December 1, 2008

perpecahan umat islam..


Soalan yang sering ana utarakan kepada sahabat2..benarkah umat islam sekarang tidak bersatu..??tengok sajalah di peristiwa pahit di iran yang banyak memberi pengajaran kita semua di mana akhirnya pembunuhan sesama orang Islam yang bermazhab Syiah dan Sunni...Turut terjadi di Pakistan dan di mana sahaja adanya pelbagai pemikiran yang taksub mazhab ini.. Di Malaysia pun seperti di beberapa negara Islam Sunni, semacam ada perancangan halus untuk memecah belahkankan umat Islam kepada beberapa mazhab..sekarang ini wahabi semakin menular di negara kita..hizbut tarith,syiah dan seumpamanya..dan apabila sesebuah negara menggunakan pelbagai mazhab sehingga memberi kecelaruan yang teramat buruk..apakah yang akan terjadi kepada umat islam di negara kita??..sampai yang ada bertikam lidah menegakkan kebenaran..Di Mesir juga, larangan menukar mazhab difatwakan oleh para ulama mereka, bimbangkan akan parah lagi perpecahan yang ada..

Berbalik kepada soal perpecahan sesama sendiri, ana pernah terfikir..apa sikap kita terhadap berbagai-bagai mazhab seperti Syiah dan Wahabi..biarkan Wahabi di Arab Saudi dan Syiah di negara Iran..Malaysia dan alam Melayu tinggalkan kepada anutan dan pemikiran tradisi kita, dalam akidah bermazhabkan Asya‘irah atau pengikut mazhab Imam Asy‘ari dan fekah pula bermazhabkan Imam Shafi‘i. Kita tidak ada masalah dengan mazhab yang kita pegang dan anuti selama ini..tapi yang mempunyai persoalannya..penangan wahabi atau syiah semakin kuat..apakah peranan kita sebagai umat islam??

Di sebaliknya, apa pula perlunya ajaran mazhab Hambali dengan pendekatan keras ala Wahabi diperkenalkan di Malaysia? Sedangkan orang Melayu menganuti Islam dengan cara yang lembut dan bersifat kesufian..Wahabi, banyak membidaahkan segala amalan umat Islam yang sedia ada sehingga segala-galanya ditolak daripada tahlil dan qunut, hingga sambutan Maulidur Rasul dan amalan bacaan Yasin..Apakah yang menjadi perkiraan mereka selain daripada golongan taksub, bukan lagi membidaahkan orang lain..

Pada tahun awal 70-an, idea-idea islah dan reform gerakan Islam luar negara juga sudah dibawa ke sini, maka tersebarlah idea-idea Hasan al-Banna, Syed Qutub, al-Maududi, Said Hawwa dan sebagainya.. Ia adalah idea yang baik, jika dapat ditapis daripada segi pendekatan dan disesuaikan dengan iklim di Malaysia.. Namun ramai orang pada satu ketika dulu terperangkap dengan idea2 itu akhirnya juga mengambil pendekatan ‘megkafirkan’ orang lain setelah membaca tafsir Fi Dzilal al-Quran dan Ma‘alim fi al-Tariq..terfikir juga..adakah kafir hukum atau kafir politik?

Mazhab masih menjadi penting untuk mendapat kaedah dan metode mengambil hukum dan kefahaman daripada al- Quran dan al-Sunnah.. Mereka yang menyeru kepada al-Quran dan al-Sunnah tanpa bermazhab sama seperti mereka yang tidak mahu atau rasa perlu masuk ke sekolah, belajar sendiri untuk dapat ijazah..Mampukah semua orang berbuat demikian? Pada keadaan biasa, masing-masing memerlukan sekolah dan maktab untuk mendaptkan ijazah.

umat Islam di Malaysia menghadapi krisis kepimpinan, bukan dalam kepimpinan politik sahaja , tetapi kepimpinan intelektual dan ilmu.. Ia menjadi lebih parah, jika ilmu dipelajari secara separuh-separuh dan secara berpecah-pecah.. Mereka belajar hanya daripada satu perspektif, lalu menghasilkan natijah ilmu yang dangkal..

Ada mereka yang mahir hadis tetapi kurang kefahaman dalam hukum fekah, ada yang alim fekah tetapi jahil hadis, ada yang tahu pemikiran moden yang buta bahasa Arab dan tahu ilmu agama tetapi buta dengan ilmu alat seperti ilmu moden.. Jadilah para ilmuan seperti tujuh orang buta yang ingin menafsirkan bentuk seekor gajah.. Akhirnya tidak ada yang benar-benar tepat kerana mereka hanya mengambil faham berdasarkan persepsi dan perspektif mereka sahaja..


yang penting sekali..peranan komuniti ulama atau badan-badan agama yang seharusnya dapat menyatukan pandangan mereka ini dengan kekerapan mengadakan pertemuan dan perbincangan.. Orang awam menjadi keliru dengan keadaan yang ada.. Bagaimana orang ramai boleh percaya kepada doktor, kalau doktor sendiri pun sakit? Wallahualam..

المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضاً"
"org mukmin dgn mukmin seperi binaan yg mengukuhkan satu sama lain"

p/s: sesiapa yang ade informasi pasal wahabi silalah bagi komen..

1 comment:

mykucen said...

hmn klu pasal wahabi ni tataw sgt lah, kta bkn ambik terus semuanya scara direct tnpa peneliti(aka berfikir pnjng)

tapi, seeloknya kta lbh kpd langkh berjaga-jaga, bnyk benda2 dn amalan yg baru dewasa ini sdh sgt jauh dripd kaedah dn pendekatan para salaf, apa mgkn tiada lbh baik dr ada, atau ada dr tiada, fitrah mrka mgkn berbeza...

entahla... kta ikut keimanan msng2 mana2 yg diyakini ke jln yg lurus lg sahih.

waallahu'alam

p.s skdr pendpt sy sj