bismillah

Monday, April 20, 2009

muslimat perlu berubah!!


Alhamdulillah segala pujian bagi ALLAH kerna diberi peluang untuk merasai kenikmatan hidup dan diberi peluang untuk mengakses internet.Sudah lama tidak mengakses internet,Sedang asyik leka dengan membaca blog,ana terkesima dengan satu blog dengan tajuknya "muslimat agen perubahan".Sebelum ana mengupas dengan lebih lanjut berkaitan dengan tajuk ini,eloklah kiranya para pembaca blog terutama yang bergelar muslimat cuba membuka minda dan berdapang dada (salamatussodri).Jangan sempitkan pemikiran anda dengan benda yang boleh anda bertindak agresif.Ingatlah menjadi seorang muslimah, engkau telah dimuliakan disebabkan keteguhanmu di jalan ALLAH. Sebelum ana mengupas dengan lebih lanjut tentang tajuk ini ana lampirkan "apa komen mereka tentang muslimat"

komen mereka:

  1. selalu buat meeting lambat,tak tepat waktu. Isi meeting tidak ada kaitan dengan tajuk yang dibincangkan
  2. gagal membuat perancangan dan persediaan yang rapi sebelum memulakan program
  3. terlalu bergantung dengan orang lain untuk menggerakkan kerja
  4. gagal dalam membuat awlawiyat (keutamaan) tugas rumah atau gerak kerja jemaah
  5. tidak memberi kefahaman islam dan perjuangan pada anak-anak
  6. kurang memahami konsep wala' dan thiqah
  7. banyak bercakap dari membuat gerak kerja
  8. selalu bersifat assabiyah dan tidak bergaul dengan wanita yang tidak sefikrah dengan mereka
  9. selalu menyalahkan muslimin jika perancangan tidak rapi
  10. selalu beremosi dan bertengkar sesama sahabat jika idea tidak diterima
Biasakah anda mendengar rungutan demikian. Dan apa tindakan anda. Sabarlah wahai muslimat. Mula2 ana baca artikel itu,emosi tidak stabil, saling menafikan, menyalahkan orang lain. Tapi sedarkan anda bahawa segala kenyataan di atas adalah BENAR. Dan anda terfikir mahu meneruskan tradisi itu atau mahu merubah??. Segalanya terserah pada anda. Jika anda seorang muslimah sejati maka rubahlah kenyataan di atas. Taatilah syariat dan berpegang teguh pada alquran dan assunnah. Wahai muslimah sedarlah engkau,engkau telah dipilih ALLAH menjadi seorang muslimah pengikut ajaran nabi MUHAMMAD dan sebagai peneladan jejak langkah Aisyah r.a, Khadijah r.a dan Fatimah r.a.

Bagimana nak jadikan kerja dakwah kita efisien dan mantap jika kita terus melakukan perkara yang sama. Tapi kita tidak boleh merubah 100% kenyataan diatas kerna kita manusia memang dilahirkan pelupa dan sering membuat keselahan. so jom guna konsep jaya

  1. muslimat jangan bertindak emosi jika meeting ngan pihak muslimin atau sesama akhwat
  2. sediakan satu plan dan takwim sebelum mulakan meetg
  3. salamatussodri dengan semua pihak terutama muslimin (banyak cerita dari sahabt kat mesia)
  4. membuat keputusan berpandukan akal ye jangan berpandukan emosi. Dan jangan wat keputusan sorang2 kerna lebih afdal keputusan berpandukan majlis syura
  5. latihkan diri menghadiri meetg tepat pada waktunya
  6. mesra rakyat selalu jangan assabiyah jerk mana lah dakwah nak jalan
  7. mantapkan ukhwah dan amalkan konsep takaful
  8. belajar berdikari. beli motor or kereta senang nak gerak
  9. hargailah sahabat yang telah bertungkus lumus menjayakan program bukn cemburu sebb idea kita ditolak dan jika yang mempunyai keluarga hargailah suami anda yang telah berpenat lelah memperjuangkan agama ALLAH
  10. fokus pada meeting.Aktifkan diri dalam meeting jangan berdiam diri kerna berdiam diri kita akan cepat bosan dan mulalah mengundurkan diri dalam organisasi

Jika muslimin berjuang menegakkan agama ALLAH,pasti engkau tidak mahu ketinggalan dari berjuang dan menegakkan agama ALLAH. Mungkin anda keliru manakah pilihan anda "keluarga atau jamaah"?. Untuk setiap perjuangan ada pengorbanan. Biar kita berkorban jangan kita terkorban. Apa yang diharapkan moga para muslimat disana dapat mengalas 2 tanggungjawab itu dengan sebaik mungkin dan seimbang. Jika anda tidak mampu dan ingin mengorban antara satunya,peganglah prinsip ini "biarlah kita bersama perjuangan islam hingga ke akhir hayat walaupun banyak rintangan dan halangan". Yang pasti perjuangan jangan ditinggalkan.

Ayuh muslimat bangkitlah. Jangan anggap anda lemah dan berasa rendah diri. Ingatlah bahwa dirimu amatlah mulia dan tinggi martabatnya sebagaimana dalam firman allah:

"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati padahal kamulah yang paling tinggi derajatnya jika kamu orang beriman" surah al-imran:139

sedarlah dunia sekarang amat memerlukanmu wahai muslimat. Keintelektualanmu, kerajinanmu, dan kecerdikanmu amatlah diperlukan untuk membangunkan masyarakat. So tanamkan elemen MP3 (tiru ayat sahabat) :

M=Multimedia

P=Public Speaking

P=Penulisan

P=Peka Isu


teringat ana kata-kata ummu muhammad

"Di belakang seorang lelaki hebat pastinya seorang wanita yang sangat hebat,”
Ummu Muhammad pantas menjawab "Tidak, demi Allah, jika wanita itu ada di balik kesuksesan dr. Rantisi hingga ia meraih syahadah, maka tak lain dia adalah ibunya-Allahuyarhamuha- yang telah membesarkan dan mendidiknya dengan sebaik-baik pendidikan. Beliaulah yang menanam makna kemuliaan dan ketinggian harga diri di jiwa As-Syahid.”

Tarbiyah seorang muslim bermula dari rumah. Jadi amatlah penting tugas seorang muslimat yang merupakan pencorak kain putih seorang anak. Muslimat memainkan peranan yang amat penting dalam melahirkan perintis2 dan mujahid2 yang akan menegakkan agama ALLAH. So faham2 jela jangan pandang lemah dan remeh terhadap muslimat dan muslimat sendiri haruslah kreatif dalam menjalankan keaktivian berdakwah,tidak gentar berhujah, tidak lemah dari segi mental dan fizikal,mantap kerohaniannya dan tidak lemah penampilah sebagai seorang muslimat. Jadi..ayuh bangkitlah wahai muslimat. Gunakanlah keintelektualanmu sebagai aset untuk memajukan gerakan kerja dan masyarakat juga bangsa. Muhasabah balik apa yang dilakukan sepanjang bergelar pejuang dan yakinkan diri bahwa ALLAH adalh sebaik2 pelindung dan pertolongan kita. Jadi usah khuatir dan bimbang kerna engkau sentiasa dilihat ALLAH kerna ALLAH sudah meninggikan derajat mu disisiNYA jika engkau istiqamah dalam perjuangan islam kerna ALLAH.

terngiang2 kata keramat ini
"mati hanya sekali maka bersedialah pada hari itu"

"Ya Allahu Ya Rabb, matikanlah diriku dalam keadaan sempat bertaubat, sedang betaubat serta berada dalam keadaan yang baik. Ku rindukan syahid di jalan Mu ya Allah. Moga Allah terus menetapkan keimanan dan aqidah kita sebagai seorang muslim dan mu’min."

“Keimanan kita menentukan cara kematian kita.”


bangkitlah wanita
bangkitlah muslimat

bangkitlah mahasiswi



p/s 1:segala kondisi dan kenyataan berdasarkan pengalaman. Jangan marah ya.Untuk kebaikan bersama
p/s 2 : para muslimat mudah sensitif dan beremosi dalam gerak kerja jadi peganglah kata2 ini"bersabarlah.tabahlah,jangan putus asa dan jangan berputus harapan dari nikmat ALLAH kerana ALLAH selalu bersamamu"
p/s3 : teringin nak makan asam pedas melaka. Saper rajin mask bagi2lah sikit..


7 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
hajar said...

ni ape ade pesanan khas asam pedas..ish3..potong je..

qamarunnajmi said...

to hajar..
he2..mengidam ler..blik lamer g..
hu2..
nk mskkn bley aja..trime ngan tgn terbukak....he2..thanx 4 visiting

Ahmad A Halim said...

Sebuah keputusan syuro(meeting) akan boleh dijalankan dengan baik oleh sebuah komuniti, maka syuro yang dilaksanakan haruslah sebuah syuro yang bermutu. Ada beberapa nilai yang menentukan mutu sikap dan keputusan da'wah, iaitu:

(1)Sejauh mana keputusan itu tepat dengan situasi, tempat, momentum, orang dan institusinya. Tidak hanya benar, tapi benar yang tepat, karena benar dan tepat adalah isi atau inti sebuah keputusan.
(2) Sejauh mana keputusan da'wah itu efektif dalam mencapai tujuan yang ingin dicapai. Efektiviti sebahagian terkait dengan kebenaran dan ketepatan, lainnya adalah pada penyataan.
(3) Sejauh mana kita dapat mempertahankan keserasian dan ketetapan dalam memegang dan pengambilan keputusan. Ketetapan yang menentukan warna dasar dari karakter kita secara kolektif: apakah itu berupa kebenaran atau kepentingan, idealisme atau pragmatisme.

Ahmad A Halim said...

sekadar perkongsian.. afwan b.indo.. seputar syuro.. http://alwaanwatch.blogspot.com/

qamarunnajmi said...

to alwan

benar kata nta..sebuah keputusan mesti pada syuro..datz why wala amat penting dalm sebuah organisasi..if wala tidak ada, sistem tarbiyah,manhaj sebuah organisasi mungkin terabur mengakibatkan satu organisasi bisa hancur..

sebab itu kita kene kreatif dalam melontarkan idea supaya idea yang kita utarakn dapt diterima n gunakan teori swot or brain storming..but apa2 pown syuro adlh penting dalm mengendalikan keputusan kita..bile kiter utarakan kertas kerja kita (idea) hendaklah sistematik supaya majlis syuro dapt menilai kita dari pelabagai sudut dan itula dapt meyakinkan mereka

dalm sebuah organisasi..sistem tarbiyah jgn diperlecehkan n diremehkan..sebb tarbiyah lah dapt menghasil seorang individu yang berjaya,intelektual n kreatif..

pengalamn byk mengajar ana..jika runtuhnya tarbiyah sesorg..maka yang lahir adalah individu yang sia2 dalm sebuah organisasi..
syukran atas nasehat nta..nasehat yang begitu berharga..syukran ya akhi

Anonymous said...

tul2..muslimat jgn emosi yer..tunjukkn kehebatn nda..