bismillah

Thursday, June 18, 2009

AURAT..

“kak..kak..tepi2 nak lalu,”, jerit adik saya sambil menyembunyi diri di balik mesin basuh

“pehal lak nie..nak men nyorok2 lak dalam rumah..tempat lain xder ke?”, gumam saya dalam hati

Tok2..pintu dapur diceroboh..faris (sepupu ) masuk melulu menuju saya

“amboi..xreti nak beri salam pe?nie pehal lak nie”, kata saya pada dia..adik saya still nyorok kat blakang mesin basuh

“sorry k.sau..tak sempat..nak cepat ni..mak bah ada?”

“ada kat blakang..”

“woit dik..pehal ko kat blkang nie..dah-dah kuar..line clear..pasal ler ko main nyorok-nyorok kat situ kan kotor..ingat kene kejar hantu”,saya membebel

“bukan menyorok la..tak nmpak ke orang tak pakai tudung..kan nampak si faris..kan dosa..menampakkan aurat pada bukan muhrimnya..dah le faris tu dah sunat..sunat kan tanda baligh”,adik saya membebel

Perghhh... saya kompius nie. Sunat tanda dah baligh ek.

Actuali..perbualan ini saya tujukan pada orang yang tak reti-reti nak menutup aurat pada orang bukan muhrim walaupun dah besar gajah..sedangkan adik saya umur 10 tahun pun berlari2 sampai benjol kepala dia semata2 nak tutup aurat pada sepupunya,faris (11 tahun). Inikan yang dah besar. Dah tahu beza hak dan batil. Persoalan saya sekarang “akal korang letak kat mana?sampai tak nampak hak dan batil?belajar agama islam dari sekolah tadika. Tak kan tak dapat nak bezakan..Tak tahu aurat itu apa”..mungkin tak dapat hidayah lagi. Doakan lah mereka ya.

So saya terangkanlah balik kepada orang yang lupa akan pelajaran aurat iaitu pelajaran budak tadika. Aurat diklasifikasikan dengan pelbagai erti mengikut pendapat ulama. Perbezaan ulama mengenai batasan aurat lelaki dan wanita dapat dilihat dengan jelas dalam mazhab-mazhab berikut.

Mazhab Syafi'e menurut pandangan terkuatnya membataskan bahagian-bahagian badan yang dianggap aurat pada lelaki ketika sembahyang iaitu yang terletak di antara pusat dan lutut. Bagaimanapun, pusat dan lutut itu sendiri tidak dianggap aurat, tetapi menutup sebahagiannya dianggap menjadi kelaziman untuk membolehkan ditutup secara sempurna bahagian-bahagian badan yang dianggap aurat itu.

Batas aurat wanita pula ialah seluruh badan bagi wanita bebas kecuali muka, dua tapak tangan di bahagian atas dan bahagian bawahnya.

Mazhab Hanafi membataskan bahagian-bahagian badan yang dianggap aurat pada lelaki ketika sembahyang bermula daripada pusat sehingga ke lutut. Yang peliknya mazhab ini menganggap pusat tidak aurat, tetapi sebaliknya bagi lutut.

Wanita yang merupakan hamba pada Mazhab Hanafi mempunyai batas aurat sama seperti lelaki ketika sembahyang kecuali perut dan belakang yang juga dianggap aurat.

Batas aurat wanita bebas pula pada mazhab ini ialah seluruh badan kecuali dua tapak tangan dan ini tidak termasuk bahagian atas tapak tangan. Dua tapak kaki wanita bebas juga tidak dianggap aurat, iaitu bahagian atasnya.

Mazhab Hanbali dalam pendapat terkuat dan digunapakai oleh kebanyakan pengikut mazhab itu pada hari ini membataskan bahagian-bahagian badan yang dianggap aurat pada lelaki dan wanita sama seperti Mazhab Syafi'e kecuali muka wanita yang dianggap aurat.

Mazhab Maliki pula membahagikan aurat lelaki dan wanita ketika sembahyang kepada dua bahagian. Pertama, aurat berat (mughallazah) dan aurat ringan (mukhaffafah).

Aurat berat pada lelaki ialah kemaluan dan dubur dan aurat ringan mereka pula ialah selain daripada kemaluan dan dubur.

Aurat berat wanita bebas pula ialah seluruh badan kecuali unjuran badan dan dada. Unjuran badan itu ialah anggota bahagian hujung badan seperti tangan, kepala dan kaki. Semua unjuran badan itu tidak dianggap aurat berat ketika sembahyang.

Mazhab Maliki pula membataskan apa yang dianggap aurat ringan pada wanita bebas itu termasuk dada, lengan, leher, kepala dan kaki. Sedangkan muka dan dua tapak tangan tidak dianggap aurat langsung pada mazhab itu yang mempunyai ramai pengikut di negara-negara Arab di Afrika Utara dan negara-negara Afrika. Kebanykan ulama juga berpendapat begitu.

Aurat ringan wanita yang merupakan hamba pula dalam Mazhab Maliki serupa dengan aurat lelaki kecuali punggung yang dianggap sama dengan kemaluan dan dubur yang terbilang daripada aurat berat. –dipetik dari blog skypin.tripod

Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-

“hai nabi, katakanlah kepada isteri mu dan anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal karena mereka tidak diganggu dan ALLAH adalah maha pengampun lagi maha penyayang” surah al-ahzab ayat :59

“Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.” –sumber blog ustaz zaharuddin

Allah memerintahkan wanita yang berada dimuka bumi ini wajib menutup aurat walau bagaimana pun keadaan. Dah beri penjelasan maksud aurat .Tak tahulah kalau kali ini bertambah tidak tahu.Mudah-mudahan ALLAH mengampuni dosa-dosanya

“biarlah AKU bertindak terhadap orang yang AKU ciptakan sendiri” surah al-muddassir ayat 11

Ada orang pakai tudung tapi bersilang nampak dada. Boleh ke kita assume dia tutup aurat. NO!! Because ALLAH berfirman tutuplah kepalamu hingga menutupi dada. So conclusionnya tak payah lah nak silang-silangkan tudung tambahan lak tudung pendek. Nak berfesyen boleh tapi ikutlah syariat. Yang haram tetap haram. Fesyenlah anda sebanyak mana tapi most important tudung tidak jarang,tudung tidak boleh menampakkan dada.

Kesimpulannya. Saya bukan nak hentam korang yang buat-buat tak reti nak tutup aurat tapi memberi sedikit nasihat walau dah berbuih-buih bagi nasihat. Lagi satu trend orang melayu, pakai tudung hanya keluar sahaja. Nak pergi kuliah pakai tudung ,nak pergi shopping pakai tudung. Tapi kalau orang bukan muhrim ziarah ke rumah kita,jangan harap lah nampak tudung dekat kepala. Sidai baju kat halaman rumah yang sudah pasti orang lalu lalang pun masih ada hati nak mempamerkan rambut ikal mayang. Dan persoalan ana sekarang, anda masih faham ke maksud aurat. Dan adakah anda praktikan apa yang anda faham?

Saudari yang saya kasihi sekalian, Ilmu pengetahuan bukan untuk di simpan dalam otak tapi untuk diamalkan. Salah satu kelemahan orang melayu terima apa yang diberi tapi malas dipraktikan. Sebab itulah umat islam sekarang lemah dan tidak berdaya. Dan saya sayangkan saudari sekalian, tutuplah aurat anda walau dimana anda berada dan jagalah semampu mana aurat anda dari penglihatan orang yang bukan muhrim. Buktikan wanita itu lebih cantik dari bidadari syurga. ALLAH akan meningkatkan darjat setinggi-tingginya dengan syarat kamu bertakwa dan beriman kepada ALLAH. Last sekali, walau bagaimana pun saya doakan para wanita disana mendapat hidayah dari ALLAH dan diampuni dosa-dosa. Bukan mahu membenci tetapi dengan harapan kenyataan ini adalah sebuah kasih sayang dari saya untuk anda sekalian. Kalau yang baca tak terasa-rasa tak tahu lah nak bagi macam mana. Sesungguhnya hidayah itu milik ALLAH.


p/s 1 : perjuangann kita bukan suatu permulaan dan perakhiran tetapi perjuangan kita adalah menyambung rantai-rantai perjuangan rasullullah.

p/s 2 : “muslimat amatlah diperlukan dalam sebuah jemaah bagi mendokong manhaj perjuangan yang sebenar. Berjuanglah wahai para muslimat bagi mewujudkan pentarbiyahan yang mantap demi islam tercinta

p/s 3 : benar kata orang, kita berjuang bukan nama sesuatu jemaah, kita berjuang bukan atas ukhwah yang dibina, kita berjuang bukan kita dicari tetapi kita berjuang demi agama islam tercinta kerana ALLAH dan kita lah penyambung rantai-rantai perjuangan.

2 comments:

hidayah said...

adik... peace...
we have a chemistry...
huhuhu,
k.sau kenapa dak adik x lari jer msuk bilik air jer... kan senang, seperti mana yg k.dayah slalu buat...
: ) huhuhu...

qamarunnajmi said...

to hidayah

ntah la..ko tanyer dak adik..seb bek la dia xnyorok kat almari..klu xabes satu almari..hu2..