Monday, June 15, 2009

ustaz fathi yakan

Berita yang kuterima lewat malam kelmarin ketika kenduri kesyukuran diadakan. Berita tentang pemergian seorang mujahid dalam dunia harakah islamiyyah. Sungguh aku tidak dapat menerima hakikat kerna pemergian beliau meninggalkan kesan terhadap dalam jiwa aku. Segala buah fikiran yang bernas dalam tulisan sangat dirasai apabila mendengar berita sedih itu. Walaupun beliau meninggalkan dunia yang fana namun perjuangan yang ditinggalkan tetap akan terus kami perjuangkan. . Dunia islam menangisi pemergianmu

Al-fadhil ustaz Dr. Fathi Yakan telah meninggalkan kita 13 jun 2009 sabtu yang lepas. Dr Fathi Yakan lahir pada tahun 1933 di kota Tripoli di Lubnan Utara merupakan salah seorang yang paling penting bagi gerakan Islam di dunia Islam, seorang pengasas gerakan Islam di Lubnan sekitar 50an.Terasa sungguh kehilangan beliau dalam dunia islam. Beliau yang merupakan Ketua جبهة العمل الاسلامي, mantan ahli parlimen Lubnan Dr Fathi Yakan telah meninggal pada usia 76 tahun setelah bergelut dengan penyakitnya.Sungguh besar jasanya dalam mewarnai dunia harakah islamiyyah.

Pemergiannya meninggalkan satu sumbangan yang sangat besar dalam dunia pentarbiyahan pejuang Islam. Antara bukunya, 'Maza Yakni Intima'i Lil Islam' ( Apa Erti Saya Menganut Islam ) dan 'Almutasaqitun 'ala toriqidda'wah' (Golongan yg tercicir di jalan dakwah) menjadi antara sumber rujukan utama usrah di pelbagai peringkat masyarakat. Buku yang menjadi pilihan utama bagi golongan pendakwah di malaysia.

Beliau memiliki kerjasama penting untuk memperkuatkan ideologi Islam dari gerakan Islam di dunia Arab.Beliau menyertai pilihanraya parlimen pada tahun 1992 dan memenangi kerusi bagi puak sunni di Tripoli. Peranan beliau di Libanon, sebagai seorang ahli politik menyatukan dan menghindari perselisihan di antara rakyat Lubnan, terutama antara kekuatan mejoriti dan minoriti.Pada tahun 1992 juga beliau merupakan salah seorang peserta Muktamar Islam Antarabangsa.

AL-fatihah buat pemergian beliau. Moga beliau ditempatkan digolongan para mujahid. Ameen.


p/s1 : berita pemergian beliau disertai dengan berita tentang penggantungan YB nizar (menteri besar perak). Beliau digantung selepas sehari berada di parlimen bersam-sama 4 orang ahli parlimen yang lain. moga YB nizar tabah menhadapi mehnah dan dapat memperjuangkan haknya dan hak rakyat perak. Kami disini sentiasa mendoakannya

p/s 2: 18 jun 2009, jam 5.00 petang akan diadakan HI TEA dan dialog bersama di PASTI ASSOLIHIN yang dianjurkan oleh DPP kawasan jasin. Sesi dialog ini akan dimeriahkan dengan kehadiran DRS idham Lim abdullah Adun Titi Serong.


2 comments:

A. MUCHLIS said...

mengenangkan ust fathi yakan, teringat bhw beliau umpama pintu masuk kami ke dalam harakah islamiyah menerusi magnum opusnya "apa ertinya sya menganut islam".

stay istiqamah walau dimana jua yeah!

qamarunnajami said...

to a.muchlis

itulah buku usrah ketika saya dimatrik..keintelektualan beliau amat saya kagumi..tidak mudah lupa akan penulisannay mengenai harakah islamiyyah..