Friday, June 19, 2009

sakaratul maut



"macam mana rasa orang nak mati"


Mesej yang saya terima ketika saya dikampus usu medan. Persoalannya yang agak pelik dan sedikit sukar mahu menjawabny. Tapi saya cuba untuk menjawabnya. Jadi saya menggunakan pendekatan yang halus untuk menjawabnya.

Saya memang tidak merasai bagaimana menghadapi sakaratulmaut dan perasaan hendak mati. Tetapi mengingati mati adalah sunnah dan mengharap mati adalah dilarang. Kenapa boleh begitu? Memang islam telah melarang kita mengharapkan dan berdoa dengannya. Larngan ini dilakukan agar bisa kita menambah kebaikan dan diberi masa untuk bertaubat. Bukan menambah kesesatan. Saya selitkan sedikit hadis yang diberi oleh sahabat saya mengenai hujah tentang sakaratulmaut.

anas meriwayatkan rasullullah bersabda

"janganlah salah seorang dari kalian mengharap-harap kematian karena suatu bahaya yang menimpanya. Namun jika ia ter[aksa melakukannya hendaklah ia mengucap 'YA ALLAH panjangkanlah umurku jika hidup lebih baik bagiku dan matikanlah aku jika kematian lebih baik bagiku"

Mengharapkan kematian dibolehkan JIKA kuatir kalau agama dan akidah boleh rosak ketika hidup sepertimana diucapkan MARYAM :

"aduhai alangkah baiknya aku mati sebelum ini dan aku menjadi barang yang tidak bererti lagi dilupa"..(maryam:23)

dan saya tambah lagi dengan dalil al-quran dimana kematian boleh diminta dengan sesuatu alasan berkenaan akidah kita :

"wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang saleh " (yusuf :101)

Jika hujah saya berkenaan pengharapan kematian tidak wajar kecuali jika akidah boleh rosak sepanjang hayat kita kerna kehidupan tidak akan bereti kalau semua orang di dunia mengharap kematian umpama kematian itu dijual dengan harga yang murah seperti harga sebiji gula-gula. Memang mati itu satu kemestian tetapi jangan jadi satu kemestian itu umpama kita tidak perlu hidup di dunia dengan alasan "aku sudah putus asa hidup didunia". Ingatlah sakaratulmaut merupakan suatu proses penceraian amal soleh dengan hidup kita. Matinya kita terputusnya amal soleh ketika didunia yang merupakan suatu bekalan untuk akhirat.

Ada juga pertanyaan "kenapa orang yang melakukan kebaikan, sentiasa bertahajud tetapi minta pada ALLAH supaya nyawa diambil".

Iman kita bukan diukur dengan perbuatan seseorang tetapi berdasarkan hati. Keimanan merupakan suatu kejernihan yang merasuk ke dalam hati. Jadi tidak wujud kes orang beribadah meminta untuk mati kecuali beribadah "terpaksa". Barngsiapa yang melakukan kebaikan, ketergesaannya dalam meminta kematian merupakan suatu perbuatan yang tidak mendatangkan kebaikan untuknya. Nabi bersabda kepada SAAD BIN ABI WAQQASH:

"wahai saad! jika kamu memang diciptakan untuk masuk syurga, maka panjanglahnya umurmu atau kebaikan amalanmu seluruhnya baik bagimu"

Berdasarkan hadith yang disandarkan pada rasullullah jika dicipta untuk masuk syurga tidak payahlah buat baik. Hidup makan dan tidur sahaja. Kalau dicipta masuk neraka pun tidak usah susah payah bertambah amalan. Perkara ini saya cuba menjawabnya berdasarkan dalil.

pertama, persoalan ini mengaitkan keadilan tuhan. Jadi saya mengemukakan 2 aliran untuk menguatkan hujah saya. Pertama mu'tazilah dimana aliran ini yakin dengan keadilan tuhan dan ikhtiar, Yang kedua aliran asy'ariah meyakini jabr yaitu soal neraka dan syurga sudah ditentukan. Aliran ini memang berbeza dalam mengaitkan tentang keadilan ALLAH. Kalau dipikirkan pendapat aliran ini memang bertentang dengan fahaman kita dimalaysia. Memang saya kurang setuju dengan aliran ini kerna amalan hidup didunia merupakan bekalan untuk akhirat. Jadi aliran mu'tazilah banyak diterima oleh masyarakat kerana ia flexible dan boleh diterima oleh masyarakat sekarang. Mazhab syiah pula bertentangan dengan dua aliran tetapi dalam aspek keadilan dan dosa pahla ia setuju dengan mutazilah kerna manusia bebas melakukan apa sahaja dan amalan manusia yang menentukan syurga atau neraka ketika di akhirat. cukup hujah saya tentang aliran kerna amat cetek sekali dalam pengetahuan berkenaan aliran ini.

kedua ialah, "umur seseorang tidak menambah kepada pemiliknya melainkan kebaikan". kerna bukan umur yang membawa kepada kebaikan di akhirat tetapi amaln didunia. Sebab itu kita memang dipush untuk menambah amlan kebaikan kerna amal maruf boleh melawan kejahatan selama iman masih ada. Sebab itu tak wajarlah kalau orang buat jahat dan dosa sebab dia putus asa dengan rahmat ALLAH dengan mengatakan "aku memang dicipta untuk masuk neraka ". Kalau begitu kita seakan-akan menafikan keadilan tuhan yang maha adil.

"katakanlah hai hamba-hambaku yang melampui bata terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa terhadap dari rahmat ALAH. sesungguhnya ALLAH mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialh yang maha pengampun lagi maha penyayang"..(azzumar:53)

kerna itulah kalau dirasa diri itu akan masuk neraka segaralah bertaubat. Pintu taubat sentiasa terbuka luas. Allah selalu menerima taubat dari hamba selama nyawa belum sampai di tenggorakan. segeralah bertaubat selama pintu masih terbuka sebelum matahari terbit dari barat sebelum taubatmu ditolak!.(kata-kata ini juga dituju pada saya yang sering alpa hidup di dunia)

Sebab itulah disunat mengingati mati. kadang kala ada segelintir orang ketika sakaratulmaut meghampirinya badannya menggigil ibarat seekor lembu disembelih. Keadaan itu biasanya selepas asar dan peliknya keadaan itu hanya berlaku kepada orang islam bukan orang kafir. Itulah buktinya ALLAH masih mengasihi hambaNYA yang beriman. Semua orang islam mendapat tanda ini cuma mereka sedar atau tidak. Tanda ini memang enak sebab itu ramai yang tidak perasaan jika ada segelintir yang perasan segeralah ingat mati dan beristighfar mohan taubat dari PENCIPTA kita nescaya getar itu akan hilang. Tambahkanlah amalan kebaikan sebagai bekalan jika orang yang tidak perasan mereka ini golongan yang alpa akan habuan didunia sehinggalah kematian menjemput mereka tanpa sebarang manfaat.

segerakan taubat jangan menunda taubat.

"dab bertaubatlahkamu sekalian kepada ALLAH hai orang2 yang beriman supaya kamu beruntung" annur:31

sedangkan nabi muhammad telah diampuni dosa dan bebas dari melakukan dosa, baginda masih bertaubat dan memohon keampunan ALLAH sebanyak 100 kali setiap hari. Sebab itu kita disunatkan menyebut istighfar sebanyak 100 kali setiap hari agar diampunkan dosa.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah Subhanahu wa ta’ala. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhirAkan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah Subhanahu wa ta’ala yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

kesimpulannya, banyak tanda-tanda yang ALLAH bagi pada kita supaya segera bertaubat tetapi kita ini selalu alpa dan merasa nikmat akan kesenangan di akhirat. Ali bin abi talib sangat takut akan 2 ahlnya antaranya : "angan-angan yang panjang akan membuat orang lupa akan akhirat sedangkan hawa nafsu akan menghalangi manusia dari mengikuti kebenaran". ketahuilah dunia telah pergi meninggalkan dan akhirat akan segera menyongsong. Kalau seseorang telah mencintai dunia lebih kepada akhiratnya,sibuk dengan penghiasan dan lelazatan dunia sehingga alpa dan lalai nescaya ia tidak sempat membina rumah diakhirat. orang yang angan pendek akan segera melakukan amal soleh dan menggunakan sisa umur yang tinggal dengan sebaik-baiknya.

Kadang-kala masyarakat kita ini ada suatu tren iaitu apabila umur meningkat ke 50 barulah terhegeh-hegeh je surau. dan yang pelik surau di kampung saya hanya orang tua yang mengunjungi. Dimanakah golongan orang muda. S.I.B.U.K. kata-kata yang ditakuti dan digeruni, kata ustaz hasrizal. Ada hadith yang mengatakan kalau umur sudah sampai 40 tahun jika ia tidak sempat bertaubat sampai bila-bila dia tidak akan bertaubat. hadith itu saya kurang tahu kerna setahu sata hadith itu hadit qudsi (palsu). WALLAHUALAM sesungguhnya hidayah adalah milik ALLAH.

Saya harap persoalan sahabat (kak min) yang mesej saya terjawab. Sesungguhnya saya adalah hamba ALLAH yang masih cetek ilmu dam amat dahagakan ilmu.

p/s 1: penerangan saya berdasarkan buku yang dibaca dan diberi oleh datuk saya yaitu buku deti-detik sakaratulmaut. syukran ya tok. Ketika menulis blog jari-jemari saya menggeletar saat menaip sakaratul maut. Adakah tanda-tandanya. Sesungguhnya ingat mati adalah sunat. "YA ALLAH panjangkanlah umurku jika itulah yang terbaik buatku. aku masih dalam kedaifan mencari agama ALLAH"

p/s 2 : cuti ini aku nak habiskan semua buku kepunyaan atukku dalam stor. Lapang dadaku melihat buku2 yang sarat dengan ilmu.

p/s 3 : tenx 2 sahabat2 yang terkena dengan persoalan ini, juz nak tahu pandangan suadari tentang tajuk ini.

No comments: