bismillah

Tuesday, November 25, 2008

cinta atas dasar dakwah??

إن السيدة "عائشة" كانت تقول :

" ما غرت على أحد من نساء النبي – صلى الله عليه وسلم – ما غرت على "خديجة" وما رأيتها ، ولكن كان النبي – صلى الله عليه وسلم –يكثر من ذكرها وربما ذبح الشاة ثم يقطعها أعضاء ثم يبعثها في صدائق خديجة فربما قلت له كأنه لم يكن في الدنيا إلا خديجة، فيقول إنها كانت وكان لي منها ها ولد

Bahawa Aisyah berkata: Aku tidak cemburu ke atas seorang pun daripada isteri-isteri Rasulullah sebagaimana aku cemburu terhadap Khadijah. Rasulullah selalu menyebutnya , dan kadangkala apabila Rasulullah menyembelih kambing, dia akan memotong sebahagian daripada kambing itu lalu dihantarkannya kepada kawan-kawan Khadijah. Mungkin aku pernah berkata kepadanya : "..seolah-olah di dunia ini tiada orang lain selain Khadijah!" Maka Rasulullah menjawab: Sesungguh antara kami, kami dikurniakan anak...

kadang2 kita kagum cinta rasullullah pada khadijah..
sehingga menyebabkan aisyah cemburu..
apa yang menyebabkab rasulullah mencintainya??
mudah sahaja..
semua berlandaskan iman dan dakwah..
so..bersabarlah wahai nisa' serta rijal..
selagi percaya qada' dan qadar..
kau pasti menemuinya..
cinta berlandaskan syariat serta keredhaan ALLAH..
jagalah hatimu wahai dai'..
bila dai'e tidak menjaga hatinya..maka rosaklah dirinya..
terfitnah lah islam dan runtuhlah dakwah ditangannya..
maka waspadalah hatimu agar ia selamat dari kekotoran nafsu yang menipu..




cinta islamik??

teringat juga ada seorang hamba ALLAH menanyakan soalan pada ana "haram ke bercinta??"pelik juga dia tanya soalan seperti itu..try lah nak korek rahsia dia.."kenapa tanya macam tu..any problem to share??".."ada ke cinta islamik??"kata dia pada ana..terkejut juga ana tak ada hujan tak ada angin tetiba taufan..dah lah waktu itu tengah makan..nasib baik tak tersembur makanan tu..tengak riak wajahnya macam menanti jawapan kat mulut ana..actuali no idea nak jawab macam mana..hentam lah.."pernah bersms?"kata ana kat dia.."pernah selalu juga"jawabnya.."ermm pernah call?"..kata ana lagi.."pernah juga"..jawabnya..ana jwab persoalannya tadi pasal cinta islamik..susah gak soalan nie..try lah jawab..

kenapa ALLAH jadikan setiap benda berpasang2..telinga ada pasangan..mata ada pasangan..apa kurangnya manusia..manusia pun ALLAH jadikan berpasang2..rijal dan nisa..tak ada dalam dunia ini yang berlandaskan islamik..semua tipu..kalau ada pun lepas nikah..bagi satu contohlah..setiap kali anti sms..mesti ada rasa feeling..nak cakap sayang2 kat dia walupun tak terkata..tipulah kalau tak ada feeling tu..ana tidak menafikan memang fitrah manusia itu menginginkan sesuatu untuk mendorongnya daripada orang yang berlainan jantina daripadanya. Tetapi perlulah dengan cara yang terkawal..


Kalau sudah masuk sampai fasa ingin ada perkataan ‘sayang’ daripadanya, ana sarankan dua perkara. Pertama, kahwin dan yang kedua tinggalkan sahaja..Ini kerana jika fasa ‘sayang’ itu dah terluah dan terlalu lama berlaku sebelum kahwin, ini mungkin akan menyebabkan satu perasaan pelik datang. Jemu dan bosan..off course lah bosan..sedangkan makan dengan lauk yang sama selama satu bulan pun bosan..apatah lagi manusia.. entah hormon jenis apa yang dirembeskan keluar atau bahagian saraf yang mana bertindak balas apabila menerima ransangan dan menyebabkan perasaan jemu dan bosan itu berlaku.. Tetapi itulah hakikat..

berbalik persoalan cinta islamik..ada ke cinta berlandaskan islam..ada juga seorang insan berkata kat ana.."ala kami ni cinta berlandaskan dakwah..nanti boleh lah meneruskan perjuangan ini..menyambung rantai2 perjuangan rasulullah.."terkejut dengan kata itu..kita ni manusia..ada kala iman kita kurang ada kala iman kita bertambah..di saat kita dilamun "cinta islamik" syaitan serta cucu cicitnya sedaya upaya meminta simpati untuk "menyedekahkan" sedikit maksiat kepadanya..sikit jerk bukan banyak pun..yela..saat berjumpa terpandang mata bak kata orang pandangan pertama..bukan ke pandangan pertama itu panahan syaitan..ermm..mulalah bersms..tanya khabar.."kaifa haluki anti".."sehat..macam mana dengan perjalanan program dakwah itu?"..kemudian esoknya.."syukran ya ukhti..program kita berjalan lancar..hari ini ana berkelapangan..kalau tak ada halangan ana mahu belanja makan tanda terima kasih"..aik dah mula belanja makan..takkan berdua kot..itulah fitrah manusia yang menginginkan cinta..cinta berlandaskan nafsu tapi dalam masa yang sama menggunakan pelbagai alasan untuk menutupinya..kita tak boleh nak menafikannya..tapi kalau boleh kawal lah ia sebelum ia merebak..mencegah better than mengubati..memang payah kalau nak mengubati cinta manusia lebih2 yang dah tahap parah..if operation pun belum tentu sembuh..

Jadi, bolehkah berlaku ‘Cinta Islamik’ sebelum pernikahan jika begitu? so tepuk dada tanya diri..alangkah bagus kalau cinta itu selepas pernikahan..baru mantap..tidak semua yang sanggup berbuat demikian..







2 comments:

Abu Khalifah said...

say no to 'couple'!! Mari martabatkan cinta kerana redha Allah... Allahuakbar!!

Anonymous said...

say no 2 couple..
thanks 4 read