bismillah

Tuesday, November 18, 2008

keinsafan..




hari ini lab praktikum biochemistry habis cepat..xpernah dalam sejarah habis cepat lab..paling cepat 2 jam lebih..nampaknya ALLAH permudahkan jalan ana..janji ngan ivy mesti ditepati..akhirnya ana sampai dulu dari dia..ha..ha..habis la ivy teruk kene belanja..siapa sampai lewat kena belanja..tapi ana dah janji nak belanja dia..lain hari lah suruh belanja dia (banyak cantik)..petang ini ada program usrah di rumah tini..tidak lain untuk making usrah dengan pelajar setambuk 08 selain ACMS..hanya one group jerk dapat bentuk..alhamdulillah la.masa kat usrah sempat lah makan berjemaah,baca mathurat sama2 dan solat berjemaah sekali..seronok jugalah..ermm jumpa linda satu matrik dulu..dah la satu aras..so banyak la mahu diceritakan..dari A sampai ke Z bercerita..seronok gak jumpa budak satu matrik..


usai berusrah ngan budak2..janji lak dengan lisa nak jumpa dia..dah ok ke dia di tempat baru..ermm..rasa macam tak sedap hati lak kalau tak jenguk dia..walau kepenatan sesangat sedaya upaya tunjukkan kemanisan kat lisa..bukan apa kalau boleh biarlah dia rasa tenang tengok keikhlasan hati ana..mujurlah housemate asfahana menemani ana..dalam keheningan malam merempuh kabus2 sejuk..di sertai tertegaknya bulu roma menahan kesejukan..ini tidak mematahkan ana dan asfahana untuk menjenguk lisa..syukran ya asfahana kerana sudi menemani ana yang banyak kerenah..rasa lega sikit sebab muka lisa kelihatan gembira dengan suasana baru di rumah srikandi..nasib baik senang nak ajak usrah ngan dia..so amik masa la tuk usrah sikit ngan dia..kebetulan pulak terserempak dengan kak fahimah yang selama ini banyak membantu aku dari segi pelajaran serta kondisi di sini..sempat jugak kak fahimah bagi sedikit nasihat..rasa macam banyak nasihat..petik dari kata2 nya..

"hidup ini singkat sebenarnya..ALLAH masih sayangkan kita sebab itu ALLAH bagi satu jalan lurus dan banyak jalan bercabang kat kita..jadi pilihlah jalan mana mahu di ikutinya..kat perantau orang banyak dugaan..terlalu mencabar..sebab itu rasulullah pernah bersabda "sesungguhnya kesabaran itu ada pada benturan yang pertama.." jangan terlalu emosi sangat..redha apa yang ditentukan..jangan lihat semua sudut negatif..selalu thinking positif..emosi yang tak terkendali hanya akan melelahkan menyakitkan dan meresahkan diri sendiri..dalam sebuah hadith rasullullah bersabda "ya ALLAH saya minta padaMU saat marah dan lapang dada"..jadi kalau ada yang tidak puas hati atau marah kat semua dosen atau pelajar disini disebabkan ketidakadilan sistem pelajaran di mana semua berpihak kepada pelajar indonesia..if kalau fail sekali pelajar indonesia akan sedaya upaya "mengpasskan" palajar tersebut..tetapi lain pulak pelajar internasional dimana sistem kuota diamalkan..sebab itu lah sifat sabar dan redha wajib ada.."dan demikian KAMI telah menjadikan kamu (umat islam) umat yang adil dan terpilih"..surah al-baqarah..sebab itulah kenapa nabilah di pilih untuk belajar di sini..banyak dugaan..banyak cabaran yang harus ditempuh..sebab akak yakin nabilah mampu mengatasinya (cam 2 lah ayat dia)..nabilah bawa imej islamik..ramai orang hormat nabilah tapi jangan sia2 kan kehormatan yang diberikan..semua orang akan pandanr dari hujung rambut dan kaki..dorang akan sedaya upaya cari kelemahan nabilah..sebab itu kalau nabilah bawa usrah jaga imej baik2..tabahlah menghadapi ujian ALLAH..jangan merungut..try adapt invironment kat cini..kalau dorang wat yang salah jangan tiru mereka sebab itu mungkin budaya kita tetapi bukan budaya kita..mungkin first time nabilah nampak keburukannya tapi itulah yang mematangkan diri nabilah..nak bawa islam bukan senang..sebab itu nabilah mempunyai satu tanggungjawab yang besar..kembalikan fikrah islam yang sebenar..jadi ucaplah "hasbunallah wa nikmal wakil"..sering lah mengingati ayat tersebut nescaya ALLAH akan menolong mu..harap nabilah dapat adapt dengan suasana kat sini..insyaALLAH akak akan membantu"...

masa naik angkut nak pi mana ya??


itulah kata semangat2 yang diberi pada ana..sebelum ini tiada seorang memberi kata2 perangsang face to face dengan keadaan kakak senior yang begitu ramai (naik segan lak)..kalau ada pun masuk telinga kanan keluar telinga kiri..syukran ya ukhti..masa pun tidak mengizinkan..nampaknya beca motor pun dah tunggu luar..so kami pun balik..akan ku ingat kata2 kak fahimah..aisey pas balik janji nak teman as makan pisang bakar sambil dengar her problem..bg ler cikit nasihat walau dah lamer xbagi tazkirah kat orang...kagum gak dengan as dengan sifat terus terang nya..kan lagi bagus orang cam dia..susah nak dapat orang yang mencari dari yang dicari..syukran ya ukhti asfahana sebab banyak gak menyedarkan ana..ermmm ana rasa lega sikit..4 janji ana dah tunaikn dalam satu hari..amazing tul..first janji nak belanja ivy makan..kedua janji dengan tini nak wat usrah kat sei martebing..ketiga janji nak lawat lisa kat rumah barunya..keempat makan dengan as kat pondok daun..nanti kempunan lak dia malam2..sian tul ana tengok..jangan marah ya as..

No comments: