Monday, November 10, 2008

dakwah effect pada keputusan exam??




"Insya Allah kalau kita bersusah payah dengan dakwah dan tolong agama Allah, nescaya Allah akan tolong kita”, kata seorang senior pada ana

Kata-katanya itu sedap didengar, tetapi realitinya separuh benar separuh batil..tidak mengapa janji kita ikhlas dalam menyebar dakwah..teringat waktu di matrik sering juga sahabat jadikan kata2 itu sebagai kata semangat..budak baru katakan

DULU-DULU

dulu masa ana di matrik..teringat kata2 seorang ustazah(miss izati)..dalam berdakwah memerlukan pengorbanan dan semangat yang tinggi.."barangsiapa yang menolong agama ALLAH maka ALLAH akn menolongnya"..kata2 ini tidak silap hadith atau ayat quran..jadi kalau sahabat sekalian korbankan waktu belajar untuk buat usrah dengan anak buah atau buat program dan seumpamanya..nescaya ALLAH akn bantu sahabat2 sekalian dalam exam..ada juga miss izati cerita pasal seorang sahabatnya..ketika exam sahabat masuk dewan dengan otak kosong atau "nol"..dengan tak baca apa2 disebabkan program dakwah yang dijalankan..ALLAH tolong beliau..sudah lah exam tu bahasa jerman..lagi lah tak tahu.jadi ALLAH mahu bantu hamba nya..ketika sedang menjawab soalan itu tiba2 datanglah seorang pensyarah memberi jawapan kepada beliau..dengan tidak disangka2..itulah ganjaran sesiapa yang muliakan islam maka ALLAH akan memuliakannya(menolongnya)..cerita dari seorang ustaz ana yang mengajar di sekolah maahad assaiyidah khadijah..beliau pun mengalami peristiwa seperti itu..ustaz ini lagi "best" rasanya..ketika jawab exam ada notadi depan papan hitam..orang lain semua tidak nampak hanya ustaz saja yang nampak..tak tahu lah betul ke tidak cerita ustaz..

Itu kalau versi ‘hikayat menjadi’.

Bagi yang tidak menjadi, pernah di suatu era, ada aktivis dakwah yang menganggap kesanggupan menggagalkan diri dari pengajian atas nama dakwah adalah satu PENGORBANAN yang ditabik rakan sepasukan.

Kita tolong Allah, Allah akan tolong kita… mudah sahaja sifirnya.

Contoh-contoh ekstrim begitu adalah fenomena biasa di era 70′an dan 80′an. Era orang mencampak televisyen ke sungai kerana ‘membenci dunia’.

HARI INI

Namun hari ini, contoh begitu mungkin sudah tidak sebegitu biasa kita dengar. Perbuatan membuang pengajian atau pekerjaan kerana mahu berdakwah sudah jarang-jarang sekali sampai ke telinga kita. Akan tetapi, sikap yang berlegar pada mindset yang sama itu masih sering dilihat dalam catatan aktivis dakwah di kampus hingga ke hari semasa.

Dek kerana kerapnya ana berprogram bersama sahabat masa di matrik, ana terus menerus mengesan masalah ini berlaku di sana sini. Bahawa ramai pelajar yang bersemangat dan aktif dengan dakwah, kecundang di bilik darjah. Kecundang di dewan kuliah. Apakah golongan yang kecundang akademik hanya dari kelompok dakwah? Tentu sahaja tidak. Mereka yang lemah di bidang pengajian atau mungkin terus gagal, terdiri daripada mereka yang beridentitikan pelbagai. Mungkin yang mabuk bercinta, mungkin yang kaki gig, mungkin yang tiada sebab apa-apa sekali pun. Punca kemunduran akademik memang pelbagai. Malah ana tidak terkejut jika ada pelajar yang kecundang pengajian hanya disebabkan oleh cuaca!tetapi dari segi prospektif ketika menguruskan program..banyak juga pelajar yang "malas" belajar sanggup turun padang..kadang2 terkejut juga dengan kerajinan..subhanallah..

Tetapi apa yang ingin diperbahaskan kali ini adalah soal hubung kait aktiviti dakwah dengan aktiviti kuliah..tapi susah betul kalau ada yang extreme belajar..ada juga yang ana jumpa ketika di usu.."aku datang sini nak belajar bukan nak join aktiviti kat sini..banyak duit mak aku habis sebab aku..so aku tak nak la join apa2 lain kali la"kata seorang pelajar di usu..sedih juga bila kalau ana ajak dia tolak..xpa la janji dah ajak..terima atau tidak lain cerita

‘ESCAPISM’

Kenapa suka berdakwah tetapi lesu di bilik kuliah?

ada satu blog ana terbaca..jadi ana copy paste jela ya..

"Di suatu ketika, saya pernah menyeru anak muda aktivis dakwah supaya mencari keseronokan di dalam mengerjakan amal Islami. Cari nilai untuk menyalakan KEINGINAN YANG MEMBARA. Jangan hanya bergantung pada soal kewajipan, tekanan suasana dan mengikut trend semata. Dakwah itu mesti inside-out. Ia harus datang dari kepercayaan diri bahawa setiap satu tugasan dakwah, menambah makna dan nilai dalam hidup. Tetapi dalam masa yang sama, keseronokan dakwah itu jugalah yang kemudiannya menjadi salah satu sebab mengapa aktivis dakwah di kampus hilang minat dan tumpuan pada pelajaran. Mereka bertemu dengan kepuasan dan keinginan di dalam dakwah, tetapi tidak di bilik kuliah. Sama sahaja… sama ada pelajar di bidang pengajian Islam, mahu pun sains atau undang-undang, ia boleh terjadi. Penyakit hilang minat dan keghairahan terhadap mata pelajaran di bilik kuliah sering berlaku. Dakwah menjadi tempat mahasiswa dan mahasiswi ini melarikan diri dari tekanan, kebosanan dan segala perasaan negatif yang dialami semasa menghadiri kuliah, tutorial dan menyiapkan assignment. Segala perasaan yang tidak seronok lagi merimaskan itu, dapat dilupakan seketika semasa hadir ke dalam usrah, tamrin, ceramah, malah demonstrasi. Bukan sahaja program dakwah harakiyyah, malah sebahagian pelajar lebih konsisten dan hadir dengan penuh minat ke kelas-kelas menadah kitab dan pengajian tidak formal tetapi mengabaikan kelas, peperiksaan dan tidak endah pada kemerosotan keputusan peperiksaan." ALASAN

Melebihkan dakwah mengatasi pelajaran boleh berlaku atas sebab yang pelbagai.

“Ana tahu… dah duduk di universiti ni, mana ada yang lebih penting selain pelajaran. Tapi entahlah… macam dah tak ada mood nak study!”, kata seorang pelajar.

kadang emosi pelajar tidak stabil..seorang sahabat ana pun ambil bidang kedokteron pun mengeluh "aku malas la nak study normal lah budak medik failed kertas..ulang balik semester"..ini tanggapan positif atau negatif..sama2 lah kita renung kembali ya.

Alhamdulillah… biar pun tindakannya membelakangkan akademik itu salah, tetapi sekurang-kurangnya beliau mengakuinya. Menyedari bahawa dirinya sedang berdepan dengan masalah. Mudah-mudahan lebih jelas jalan untuk keluar dari kesulitan ini.

Tetapi, kebimbangan itu datang apabila pelajar-pelajar yang aktif dengan dakwah membelakangkan usaha dan ikhtiarnya di dalam pelajaran dengan kepercayaan yang salah. Kepercayaan yang disangkanya sebagai jalan beragama.

Sifirnya mudah.

Tiada manusia yang suka dengan hasil kerja ala kadar, bagai melepaskan batuk di tangga. Dan sebelum kita sesama manusia lebih memilih hasil kerja yang ada nilai kesungguhan,Allah SWT itu sebagai Tuhan lebih Memandang hasil kerja dan ibadah hamba-Nya yang dilakukan secara yang terbaik. Optimum.

Itqan.

Seorang Muslim yang benar-benar menghayati nilai Islam dalam kehidupan seharian akan melakukan apa sahaja secara bersungguh-sungguh. Sama ada sebagai memenuhi kehendak habl min al-naas sesama manusia, mahu pun dalam menunaikan tanggungjawabnya pada habl min Allah!

Maka, bersifat ala kadar dalam menerima keputusan peperiksaan justeru ala kadar juga dalam membuat persiapan pengajian… bukanlah kualiti yang layak bagi seorang Muslim. Apatah lagi Muslim yang mahu memperjuangkan Islam.

Lupakah kita kepada firman Allah SWT:

“Sesungguhnya orang terbaik yang boleh engkau ambil bekerja adalah orang yang mempunyai kekuatan lagi amanah” [Al-Qasas 28 : 26]

Kesempurnaan pada kelayakan seseorang yang ingin diberi tugasan adalah gabung jalin yang kemas di antara integriti dan kompetensi. Bukan sahaja mempunyai kualiti akhlaq malah memiliki kemahiran, ilmu pengetahuan dan segala kekuatan yang diperlukan untuk sebuah tugasan.

Kita tidak mahu gerakan Islam dan barisan saf perjuangan Islam dipenuhi dengan longgokan sisa manusia yang tidak berkualiti. Membiarkan pencapaian masing-masing di dalam akademik pada tahap atas urat, adalah suatu pengkhianatan kepada ketinggian dan kemuliaan Islam.muhasabah balik lepas ni..dah banyak lalai..

p/s..teringat kata ustaz hasrizal nak tulis blog pun mesti kena ayat yang boleh orang baca .. jangan tulis ayat macam ayat sms..insyaALLAH ustaz..

No comments: